Susut Nilai

| Thursday, February 02, 2012 | |
Pertengahan minggu lepas, perbualan yang tiada permulaan dan penghujung antara `kumpulan manusia yang bercakap' ketika sesi perdebatan pagi telah tersesat kepada isu belanja sekolah anak. Sebuah meja empat segi tepat bersaiz dua kaki kali enam kaki dan berlapikkan alas meja berwarna merah telah menjadi saksi mata dan telinga akan cakap-cakap empat orang lelaki (termasuk aku) yang takkan sampai ke langit. Kesesatan perbualan itu telah membuatkan seorang lelaki botak iaitu aku mencelah di selekoh ketika tiga orang lagi ahli `kumpulan manusia yang bercakap' berhenti seketika untuk memberi laluan kepada malaikat melintas.


"Berapa belanja sekolah anak kau sehari?" Soalan yang memang aku tujukan kepada seorang ahli `kumpulan manusia yang bercakap'. Seorang bapa kepada empat orang anak lelaki, berbadan bulat dan kulit agak gelap walau pun dia adalah jenis manusia yang tak suka berjemur di tengah panas. Dia adalah orang yang sesuai untuk menjawab soalan itu berbanding kami yang masih belum kenal ungkapan `belanja sekolah anak'.


"Seorang aku bagi dua ringgit. Empat orang dah lapan ringgit sehari," jawabnya. Ok, aku boleh terima itu memandangkan dua ringgit adalah satu nilai kecil yang takkan buat kita melelehkan air mata jika tercicir di tengah jalan atau terkurang di dalam baki duit yang dipulangkan ketika berbelanja di pasar borong Seri Kembangan.


"Berapa harga makanan kat kantin sekolah tu? Boleh la kot budak-budak tu menyimpan." Satu nafas sahaja aku gunakan untuk menuturkan satu soalan ringkas berIQ rendah dan satu lagi andaian bersifat ahli politik cuba menarik minat seorang pakcik tua yang kebosanan mendengar ceramah jam 11.00 malam. Kalau dulu zaman aku menjadi budak kurus sikat belah tepi dan bersekolah di pinggir bandar, 50 sen yang dibekalkan untuk kegunaan setiap hari adalah satu nilai yang mantap bagi perut langsing aku. Harga sepiring mee goreng berkuahkan minyak recycle dan sebungkus kecil sirap berperisa air paip masih lagi boleh memberikan baki kepada 50 sen itu hingga ke waktu pulang.


"Kuih seketul 50 sen..." Jawab dia ringkas.


What the fuck! Anak kau sekolah kat planet luar sistem suria ke? Pasar malam kat tempat aku pun jual kuih seringgit untuk tiga ketul. Bagi peniaga yang tamak dan mengamalkan kezaliman Gengkhis Khan pulak dah start jual seketul 40 sen. Tu pun sebab trend jahanam ni baru je nak meresap ke dalam kawasan perumahan aku. Kalau tak, aku rasa sampai sehari sebelum kiamat mungkin harga seringgit tiga ketul tu boleh kekal lagi.


Hari ni, dengan beberapa jujukan masalah yang singgah menepuk ke bahu kanan dan kiri aku, dan kadang-kala tersasar hingga tertampan te[at ke ubun-ubun kepala hotak aku, barulah aku sedar bahawa tak selamanya nilai sesuatu objek lagaan manusia tu iaitu matawang akan kekal selamanya.


Apabila meneliti syiling 50 sen yang baru aku terima dari brader kedai makan ketika waktu tengahari semalam, aku dapati adalah sesuatu yang agak janggal meletakkan nilai sen yang tertinggi kepada kepingan berwarna emas ni. Sangat tak patut. Adakah ini adalah petunjuk awal bahawa saiz juga telah dimanipulasikan untuk melambangkan nilai? Kalau macam tu la gayanya, memang sesuai betul la. Sesuai bila syiling yang baru ni digunakan untuk membayar seketul karipap di kantin sekolah anak kawan aku tu...




Token permainan yang aku tukar di Tesco Sungai Dua tempohari jauh lebih menarik lagi berbanding syiling baru ni. Again, fuck the duck...!


Sekian entri kejutan terhadap nilai dan saiz.

28 comments:

Anonymous Says:
February 2, 2012 at 8:13 AM

mari sokong dinar emas dan dirham :)

Pok Amai-Amai Says:
February 2, 2012 at 8:23 AM

Salam pagi. Wah, rasa tenang dan damai je pagi nie kan?

Sebelu maku nak komen psl belanja sekolah anak, apa kata aku komen psl fuck the duck tu dulu? Sebagai aktivis haiwan, tak baik fuck the duck. Binatang kecik je tu. Naya je.

Ok. Berbalik pd topik asal. Mmg gilalah kuih seketul 50sen. Gila ke ape> Dahlah susah nak dpt tender kantin sekolah. Bila dah dpt, cekik darah. Dah tu, kualiti kebersihan mst kureng. Umah aku sebelah sekolah. Aku tgk kantin sekolah tu, tak teratur. Tapi tak pe. Selagi ada pihak yg melindungi. Kita boleh bt ape kan?

Oh, ya....mcm ne nak tanam sifat bwk bekal kat anak lelebih g kat anak lelaki? Sbb lelaki kan....bwk bekal kang katanya tak macho. Aduhai.

ralphrazaq Says:
February 2, 2012 at 9:07 AM

anak dia darjah berapa? anak buah aku darjah 2 pun kakak aku bagi rm3..eeii macam2

bact. Says:
February 2, 2012 at 9:27 AM

saiz duit makin susut
harga makin naik
kuantiti jugak susut.

menarik bukan?

SM Says:
February 2, 2012 at 10:04 AM

anon : emas adalah pemegang kuasa yang unggul sejak dulu. lebih-lebih lagi untuk digunakan sebagai matawang.

MF : hahahaaa...! bukan aku nak `fuck' sama itu `duck' la... just the word that doesn't bring any mean.

aku dulu pun bawak bekal masa darjah satu dan dua je. lepas tu aku tak terasa macho di kalangan kawan-kawan. nak didik anak bawak bekal tu boleh kalau anak tu ada kesedaran.

pasal kantin sekolah, ini sikap negatif yang ada dalam hampir semua pengusaha kantin. lepas batuk di tangga. masak ala kadar, kebersihan seadanya. sebab mereka memegang pasaran secara monopoli. ke mana lagi orang (pelajar) nak beli makanan kalau bukan pada mereka. sebab tu mereka tak takut kehilangan pelanggan. aku syorkan tender kantin tu diisi oleh lebih daripada satu pengusaha. baru ada persaingan.

ralph : tak terfikir pulak nak tanya umur anak dia. karang kalau tanya, kena tau pulak tarikh lahir bapak dia sekali.

bact : menarik sebab macam buah-buah domino yang menimpa satu sama lain. satu jatuh, semua jatuh. satu naik, semua ikut naik jugak tanpa sebab.

Telor Power Says:
February 2, 2012 at 10:39 AM

zaman aku sekolah rendah rm1 tuk kongsi dgn 3 org

sek.men rm 1 tuk aku sorang, time mewah pegang duit masa dok asrama.

saiz dan nilai eh!!!mgkn ini pertanda barang naik lagi kot.

Anonymous Says:
February 2, 2012 at 11:34 AM

melepaskan batok ditangga :)

batok alat dibuat drpd tempurung utk ceduk air dlm tempayan dikaki tangga rmh melayu zmn dulu... :)

dari jawi ke rumi, kita tesalah eja 'batok' sbg 'batuk'..huhu

ralphrazaq Says:
February 2, 2012 at 12:17 PM

ape kaitan plak kena tanya umur bapak??? x phm aku...

SM Says:
February 2, 2012 at 12:42 PM

tp : tanda-tanda kecil kenaikan harga barang sentiasa ada. cuma perasan dengan tidak je.

anon : sumpah aku tak tau nama benda tu adalah `batok'! bagus jugak dapat info yang semacam ni. terima kasih. sumpah aku memang tau pasal kekeliruan penggunaan huruf `wau' yang menggantikan huruf `O' dan `U'.

ralph : takde kaitan. sama takde kaitan dengan darjah berapa budak tu. hahahaa...!!!! (sroottt...)

Anonymous Says:
February 2, 2012 at 1:06 PM

rasanya ejaan jawi tak ada huruf 'wau'

ba alif ta kaf (kalau tak silap..maaf kalo salah :)

SM Says:
February 2, 2012 at 1:26 PM

`ba alif ta kaf' bunyinya `batak'. ada perkataan yang menggunakan huruf `wau' untuk ganti huruf `O' seperti `botak', `kotak'atau `goyang'. minta betulkan kalau aku silap.

Lady Windsor Says:
February 2, 2012 at 2:06 PM

err ini entry jawi ke entry bawak bekal gi skolah...zaman aku gi skolah dulu,,bawak duit doploh sen je masa darjah satu..bila naik darjah enam, arwah mak aku bagi 50 sen...itu pun dah rasa banyak gila...siap boleh beli pensil, rubber dan ruler pendek satu set...so korang boleh agak aku hidup zaman mana kan...hik!

SM Says:
February 2, 2012 at 2:11 PM

LW : zaman batu? zaman neolitik? zaman renaissance? atau milenium baru yang penuh dengan daya? hahahaa...!

Lady Windsor Says:
February 2, 2012 at 2:28 PM

zaman purba kala di suatu tempat yang pasirnya berwarna emas, yang mana tempat itu di sebuah daerah yang pemandangannya berkilat-kilatan...

reen afny Says:
February 2, 2012 at 3:17 PM

kahkah fuck the duck??

mak aku jual still jual kuih 3 singgit kot. kalau orang beli lebih dari singgit je mesti da dapat lebih. huhu


haaa aku setuju bab duit tu. da rupa token je aku tengok do. huhu

Telor Power Says:
February 2, 2012 at 3:22 PM

betul la tu..."wau" digantikan untuk huruf "O"

Telor Power Says:
February 2, 2012 at 3:24 PM

reen : bagus, suruh mak ko kekalkan harga begitu tapi saiz kasi beso dari yg skrg. lagi bagus kalau kuih2 tu sidaluti cekelat

Emmet Says:
February 2, 2012 at 4:41 PM

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

ralphrazaq Says:
February 2, 2012 at 5:27 PM

sm - ssroottt...wei, aku tanya anak buah hari minggu lepas, tanya dia selalu rehat kat sekolah makan ape je? mahal ke? dia cakap makan nasi lemak tapi tu pun mahal..aku tanya la bape..dia kata RM3..hak tuihh..!! tak caya la aku

SM Says:
February 2, 2012 at 5:51 PM

ra : lima bintang dan penghormatan untuk mak kau. mak kau je, kau takde!

tp : pergh, kau ingat ni buat amal ke nak buat kuih besar gedabak. aduiii... hahahahaa!!!

ralph : tu dia...! anak buah kau ni pun mesti sekolah kat luar sistem suria.

Anonymous Says:
February 2, 2012 at 7:42 PM

mungkin selama ni org igt batuk tu adalah penyakit batuk :)

tapi batuk tu sebenarnya batok (benda), makna peribahasa tu buat kerja separuh jln.lepas jirus kaki terus tinggal batok ats tangga, tak letak dlm tempayan balik...camtu la kira2nya..he...

lg satu 'pa ga ra' : pegar (tp kslpn berlaku bila terjemah jawi ke rumi sbg pagar)

hrpkan pegar, pegar makan padi (bukan pagar) pegar tu sejenis burung.fungsinya halau haiwan perosak tanaman padi

sekadar berkongsi :)

SM Says:
February 2, 2012 at 9:24 PM

anon :
terima kasih banyak-banyak atas informasi yang aku sendiri tak tau. begitulah kiranya. terjemahan dari tulisan jawi kepada rumi yang akhirnya mendatangkan kekhilafan yang berterusan.

aku harap satu masa nanti (kalau boleh dalam tempoh terdekat) akan terdapat saluran terbaik yang boleh digunakan memperbetulkan keadaan seperti ini, sebab kesilapan ini telah diterima sebagai sesuatu yang lazimnya benar terutamanya telah digunakan dengan sangat meluas sama ada dalam cetakan teks rujukan sekolah atau oleh media massa.

aku harap... terima kasih atas perkongsian.

ralphrazaq Says:
February 3, 2012 at 9:08 AM

sm - hahaha weh dia sekolah kebangsaan seri suria....xpe nt aku akan soal siasat

SM Says:
February 4, 2012 at 1:39 AM

ralph : kat suria, patut la...

reen afny Says:
February 9, 2012 at 10:53 PM

hakhak siot... mak aku memang, bukan nak meniaga, nak buat amal jariah. huhu


tp.. sengal, mana ada kapirap salut choc. pelik je. haha

SM Says:
February 9, 2012 at 10:57 PM

pergh, entri lama pun kau selera nak komen lagi. bagus la kau ni, macam myvi lagi best wok ow ow!

Telor Power Says:
February 9, 2012 at 11:06 PM

reen : aku setuju ngan SM kata tu

reen skali lg : buat jer mesti sedap punya lah. bahahaha....

SM Says:
February 9, 2012 at 11:08 PM

wok ow ow...! oink oink!!!