Susu II

| Thursday, February 23, 2012 | |


Intro:


Seorang lelaki berkumis nipis bangun perlahan-lahan dari tempat duduknya sambil membetulkan kemeja merah jambu berjalur biru halus yang dipakainya. Kolar baju yang tadinya senget sedikit beberapa milimeter ke kanan dinaikkan agar searas dengan yang sebelah lagi, beberapa kali walau pun akhirnya perbuatannya itu seolah langsung tidak mendatangkan kesan. Mata bundarnya yang perlapikkan kanta berbingkai halus, kemas memerhatikan tulisan-tulisan yang tercoret pada sehelai kertas di tangan kanannya. 


Pasangan skandalnya, seorang wanita pertengahan umur yang baru dikenali semasa sesi perbicaraan yang memakan masa hanya beberapa jam kelihatan cuma duduk tegak membatukan diri. Namun, dari raut wajahnya, jelas sekali menunjukkan dia langsung tidak menunjukkan minat atas keputusan yang bakal dibacakan. Apa yang dia tahu sejak mula prosiding berlangsung pada sebelah paginya, tertuduh adalah seorang lelaki tak berguna yang tidak memerlukan peguam langsung untuk membelanya. Semua bukti telah jelas. Yang bergerak hanyalah anak matanya yang menjelajah ke segenap pelusuk ruang kamar perbicaraan. Di tangannya tergenggam kemas sebatang pen biru berjenama Kilometrico. Sesekali dia mengetuk-ngetuk perlahan mata pen bersaiz 0.5mm ke muka kertas, mungkin untuk mengalirkan dakwat yang mulai membeku.


Ehem...! Ketua juri berkumis nipis berdeham sekali. Membetulkan aliran saliva di terowong kerongkongnya. Dia memejamkan matanya beberapa saat, sambil bibirnya terkumat-kamit. Halkum kecil yang tergantung di birai lehernya bergerak ke atas dan ke bawah setiap kali dia menelan air liur. Sepertinya dia sedang memanjatkan doa dan memohon petunjuk daripada Tuhan, walau pun kadang-kala perbuatan dalam kehidupan realitinya langsung menyamai kehidupan manusia tidak bertuhan.


Sehabis berdoa, matanya kembali dibulatkan dan diarahkan kepada hakim perbicaraan. Sesaat kemudian, pandangan matanya dilemparkan pula ke arah kertas di tangan. Bebola matanya menari-nari mengikuti baris-baris coretan di muka kertas. Namun begitu, dia tidak sepatutnya merujuk kepada ayat-ayat yang tertulis di kertas itu, oleh kerana dia sendiri telah tahu apa yang perlu diperkatakan sebentar lagi.


Kamar perbicaraan sunyi sepi. Masing-masing menumpukan pandangan mata ke arah ketua juri berkumis nipis. Kini, dia adalah satu-satunya individu yang menjadi perhatian sekelian manusia di situ sejak prosiding bermula.


Ehem, ehem... Setelah berdehem beberapa kali, dia memulakan bicara... "Yang arif, saya sebagai ketua juri dengan ini mengumumkan bahawa kami telah mencapai keputusan dengan sembilan orang menyokong dan seorang menentang, mendapati bahawa tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan yang dikenakan..."


Cif Inspektor Ahmad Kamal bin Hj Ishak (bukan nama sebenar)


Salah seorang daripada ahli pasukan pendakwa, menyandarkan badannya di kerusi berkemasan fabrik import dari Mongolia. Tersenyum puas kerana kerja mudahnya membawa pesalah kecil telah selesai. Dalam perkiraannya, selepas ini ada lagi beberapa kes kecurian yang bakal menjadikan namanya muncul lagi di muka akhbar dan sebagai bahan bualan di kalangan anggota polis beberapa balai di daerahnya. Di dalam hatinya...


"Ha, padan muka kau. Duduk la kau dalam penjara tu dua bulan. Orang lain semua suap anak kat rumah dengan hasil duit halal, kau pulak nak mencuri. Tak tau malu ke buat kerja haram? Makan duit haram? Sampaikan susu pun nak curi! Orang-orang macam kau ni patutnya aku tembak je bagi mati. Nasib baik hari tu kau menyerah je. Kalau kau lari, dah terbazir peluru aku sebutir..."


Wan Sarkinah binti Wan Rosli (bukan nama sebenar)


Pemilik dua buah butik kecantikan di sebuah bandar satelit. Telah memulakan perniagaan berkaitan produk penjagaan kecantikan sejak sepuluh tahun lalu. Dia adalah salah seorang penerima skim pinjaman untuk usahawan bumiputera yang dilancarkan pemerintah beberapa tahun yang lalu dan menggunakan dana tersebut untuk mengubahsuai premis perniagaannya ke taraf bangsawan. Pinjaman itu diterima sebaik sahaja dia berjaya memperolehi surat sokongan daripada ahli parlimen tempat dia mengundi. Mengambil tempat di baris kedua dari hadapan bersebelahan laluan tengah. Di dalam hatinya...


"Ya Allah, apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni. Orang sanggup mencuri sebab beberapa paket susu tepung? Bertaubatlah. Moga hukuman ni dapat menginsafkan dia."


Kamarul Ikhwan Solihin bin Kamarul Affendy Julaihi (bukan nama sebenar)


Seorang pengurus projek bagi sebuah syarikat kontraktor pembinaan yang berpangkalan di Singapura. Berpendapatan lebih RM7000 sebulan dan memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di bandar berhampiran dan sebuah lagi banglo di Kuching, yang menempatkan kedua-dua ibu bapanya. Masih bujang. Hadir untuk mengikuti prosiding di mahkamah atas alasan mahu menenangkan fikiran setelah lebih tiga minggu menghabiskan masa di tapak binaan. Di dalam hatinya...


"Cis, apa la punya orang. Banyak lagi kerja dia boleh buat. Kerja mencuri jugak yang dia pilih? Patut la ramai mat bangla dengan indon yang kerja kat sini sekarang. Mana tidaknya, orang sendiri pun lebih suka buat kerja jenayah. Nak hidup senang, tapi tak nak usaha. Dasar manusia pemalas!"


Si kakak (tidak perlu nama samaran)


"Ibu, mana babah? Lama dia tak balik. Babah pergi beli susu kakak ye?" soal si kecil itu pada suatu petang seraya memalingkan wajah ke arah ibunya yang sedang bersimpuh menahan sebak. Di tangannya tergenggam erat sebiji botol susu berisi air suam yang tinggal separuh. Dia terpinga-pinga, tercari-cari. Dan kadang-kala sedikit kebingungan apabila telah hampir seminggu dia tidak bermanja dengan babahnya.


Sekian kisah antologi drama...

18 comments:

Lady Windsor Says:
February 23, 2012 at 1:39 AM

1st!

Telor Power Says:
February 23, 2012 at 3:27 AM

2nd

Telor Power Says:
February 23, 2012 at 3:27 AM

dah lewat esok gua baca....

NenetPenne (NP) Says:
February 23, 2012 at 11:26 AM

kita tak tahu apa masalah yang membuatkan pencuri tu mencuri susu..
mungkin dia dah byk kali mintak kerja, tak dapat..
eh mcm2lah...

hakikatnya orang suka membuat kesimpulan dan menjatuhkan hukum tanpa mengetahui perkara sebenar...

Cik Ina Do Do Cheng Says:
February 23, 2012 at 11:36 AM

cik ina tak tau nak komen apa. cuma cik ina nak bagi tau , suatu masa dulu cik ina pernah berada dalam situasi yang sama cam babah, susah sangat, panjang cite tu, tapi IsyaAllah tak sampai mencuri. maafkan cik ina kalau salah menafsir mengenai babah, sebab cik ina kurang jelas cerita sebenar mengenai babah.

Telor Power Says:
February 23, 2012 at 12:36 PM

ok...memang betul kita kena kaji kesalahan dan punca kenapa tertuduh melakukan salah.

mencuri tu memang dah sah2 berdosa

tapi, sedih gak kisah begini. tapi kalau aku di letak ditampat situasi begini, mgkn aku akan turut mencuri juga walau ia salah.

Pok Amai-Amai Says:
February 23, 2012 at 5:12 PM

Err...aku tak sempat nak baca entri ko. Bz la hari nie....nanti aku komen g.

Aku Says:
February 23, 2012 at 10:01 PM

setiap manusia ada ceritanya...

itu je yg aku boleh simpulkan...

NenetPenne (NP) Says:
February 23, 2012 at 10:49 PM

mana pegi tuan tanah ni...

NenetPenne (NP) Says:
February 23, 2012 at 10:49 PM

tuan tanah!!
ooo tuan tanah!!!!

NenetPenne (NP) Says:
February 23, 2012 at 10:50 PM

cari bawah buku tak ada
cari dalam laci pun tak ada
cari dalam fridge pun tak ada jugak...
ke pegi mencuri panties?
ha ha
*larikkkkkkk***

Lady Windsor Says:
February 24, 2012 at 9:01 AM

NP..i rasa tuan tanah kedaung ni pergi bertapa kat gunung ledang sat sat ni dok pikir nak belanja kita spagetti...jom lariiii!

NenetPenne (NP) Says:
February 24, 2012 at 12:15 PM

@LW
tak pun dia dah pi fishing tak bagitau kita sebab dia takut kita nak follow... ha ha ha

Mr.Clive Says:
February 24, 2012 at 7:52 PM

ni org ckp, dont judge a book by its cover.sebelum kite tau kenapa dan kenapa sesuatu berlaku,siasat dulu... :)

Telor Power Says:
February 24, 2012 at 9:10 PM

Lady W & NP : Bro SM ada pesan kat aku,jgn beritahu kemana dia menghilang. dia ada tugas rasmi, misi nak selamatkan dunia dgn buat sedikit kajian tanpa gangguan

kehkehkeh

SM Says:
February 24, 2012 at 10:57 PM

NP : sekali lagi aku suka dengan komen kau. hampir menepati kehendak soalan. 9/10.

cik ina : hahaa!!! cerita imaginasi pasal babah tu ada dalam entri tajuk `susu'. tapi yang sebenar tu, tak tau la. apa yang ada di sini cuma sebagai `hentaman' kepada mereka yang dirasakan `patut dihentam'.

TP : bukan kau sorang je. aku juga akan mencuri kalau berada `di dalam kasut' babah. apa yang penting, si kakak takkan tidur dengan mata lebam sebab menangis tak dapat susu.

aku : setiap manusia ada cerita, cerita yang pelbagai. sebab catu cerita disampaikan oleh pelbagai jenis pembawa.

NP : eleh, baru sekejap aku takde. dah rindu. hahahaa!!!

LW : tekaan kau hampir tepat.

NP : aku dah tak mancing ikan sekarang.

clive : masalahnya, sistem perundangan kita lebih cenderung menyiasat betul atau tidak tertuduh itu telah melakukan kesalahan, tanpa berminat menyiasat punca kepada kelakuan jenayah tu.

TP : ya, tugas rasmi berkaitan keselamatan global. dan telah berjaya. sila rujuk entri terkini. hahahaa...!!!

NenetPenne (NP) Says:
February 26, 2012 at 12:54 AM

@SM
rindu?? errrkkkkk

SM Says:
February 26, 2012 at 12:59 AM

NP : eleh, ngaku je la wei...