Sama Aras

| Saturday, February 11, 2012 | |
Sama ada,

Kau adalah pemerintah teragung yang memegang kuasa tiga perempat daratan dan lautan di dunia selama berdekad-dekad. Mempunyai bala tentera yang terdiri jutaan pahlawan hebat, mampu menumbangkan sebuah kerajaan dalam masa hanya sekelip mata. Dan nama kau akan dicatat dalam kitab-kitab hikayat, kisah dongeng anak-anak kecil dan bahan kajian sarjana terkemudian.

Atau pun,

Kau adalah manusia terkaya yang pernah wujud sejak sejarah peradaban mula tertulis. Tapak kasut kau diperbuat daripada lapisan gentian daripada unsur-unsur kimia yang tak mungkin dapat ditemui daripada hasil galian dari perut bumi. Belajar menulis dengan menggunakan dakwat emas sejak kecil. Pilihan fabrik yang membaluti badan adalah daripada sutera dari baka ulat-ulat terbaik dari ceruk tersembunyi benua China.

Atau pun,

Kau adalah ketua yang dihormati oleh segenap lapisan pekerja kerana dikenali sebagai individu yang bereputasi tinggi melangit. Pintar dalam menyusun strategi perniagaan hingga mampu membentuk empayar konglomerat dalam segala macam bidang. Nama kau pasti akan meninggalkan bau dalam semua jenis produk walau pun atas sekotak susu soya sekali pun.

Tetapi,

Lima kali sehari akan tiba waktunya di mana kepala kita semua berada pada satu aras yang sama, aras yang juga setara dengan tapak kaki....


Sekian entri terjadual...

17 comments:

Lady Windsor Says:
February 11, 2012 at 8:46 AM

1st!
Aku ingatkan ko buat entry cerpen...ayat berbunga2 la beb...

Telor Power Says:
February 11, 2012 at 12:38 PM

hebat bleh karang buku dah nie bro

ok. aku suka entri nie
mmg sama paras. sujud menyembah pada yg ESA tanda menghambakan diri.

Lady Windsor Says:
February 11, 2012 at 2:32 PM

Ok lah entry ini aku tekan butang like...sekaya mana pun manusia, esok nak balik negeri pakai kain kapas juga...cuma yang membezakan kain kapas itu bermakna atau tidak adalah berapa taat kita sujud pd garis yg sama...

reen afny Says:
February 11, 2012 at 4:27 PM

betul2.. yang pasti suatu hari nanti kita akan kembali kepada-NYA. yang penting masa didunia ni lah kena rajin bertemu dengan-NYA.

Telor Power Says:
February 12, 2012 at 12:08 AM

pernah dahulu aku ditanya,

kita manusia adalah mahkluk sempurna dicipta,krn dianugerahkan akal (terletak dlm otak)yg mmbezakan darjat kita tinggi antara mahkluk2 lain yg dicipta oleh ALLAH.

tapi semasa kita menghambakan diri sujud pada ALLAH, akal kita terletak dimana? di bumi yg sama paras bak kata bro SM. di mana haiwan2 membuang najisnya jatuh ke bumi(ketanah).
persoalannya dimana taraf akal yg kita banggakan sbg mahkluk sempurna ciptaanNya.

aku tergamam dan kelu otak blank...tiada jawapan. lalu si penyoal suruh aku cari jwpn, smpai skrg tak dpt nak jawab.

tukang soal adalah ustaz tahfiz di kg aku semasa aku dok melepak blkg masjid. korang ada jwpn x?

p/s: lebih kurang begitu lah soklan nya

SM Says:
February 12, 2012 at 11:40 PM

LW : kau ingat aku reti ke nak bikin cerpen ni. nak buat cerita klentong rati la. korang semua banyak dah kena klentong! hahahahaa!! eh, sepatut nya aku masukkan point `seberapa taat ketika sujud' tu dalam entri sangat deep la beb!

tp : aku bikin entri ni pun bila teringatkan cakap ustaz aku masa sekolah agama dulu. sebagai manusia, kebanyakan masa kepala kita berada pada kedudukan yang paling tinggi tak seperti haiwan seperti kucing atau monyet. tapi bila kita berhadapan dengan Allah, kepala kita berada setaraf dengan tapak kaki. masa tu aku buat-buat faham je maksud ustaz aku tu. tapi la ni, masih sama jugak. buat-buat faham...

ra : rajin? aku kadang-kadang terlepas jugak. hahaha!

Telor Power Says:
February 12, 2012 at 11:53 PM

sm : walau xfaham tp ada dapat tangkap ssikit2 kira ok la tu

SM Says:
February 12, 2012 at 11:57 PM

haha, ya betul tu beb!

Lady Windsor Says:
February 13, 2012 at 12:01 AM

ko nyer ayat power beb...alu buat cerpen meletops wa cakap lu..ni wa jeles neh..

SM Says:
February 13, 2012 at 12:03 AM

kepala hangguk, aku sendiri malas nak baca banyak kali apa yang aku taip. nak susun ayat pun aku dah pening. janji korang faham. hahahaa!!!

Lady Windsor Says:
February 13, 2012 at 12:15 AM

ko kalu tulis panjang memang aku x baca..

SM Says:
February 13, 2012 at 12:18 AM

yela, orang lain tulis panjang-panjang kau baca pulak. dik non jeles ni...

reen afny Says:
February 13, 2012 at 4:19 PM

aku pun do. hukhuk #pengakuan ikhlas lagi. larikkkkk

tp... woww komen terpanjang pernah dia komen la. hahaha

SM Says:
February 13, 2012 at 4:34 PM

jangan main-main, TP tu mood dia tengah baik. tu yang steady je komen.

reen afny Says:
February 13, 2012 at 4:55 PM

hakhak terbaekkkkk la bro...

Telor Power Says:
February 13, 2012 at 8:15 PM

baek tak baek la...tgh dtg mood nak beri pendapat. tak salah kan...kehkehkeh

asyik nak merapu jer tak pasal2 hinggap plak nanti sedas dua tamparan maut yg padu dari owner belog hahaha

SM Says:
February 14, 2012 at 9:47 AM

lu orang semua memang power!