Radio Rosak

| Tuesday, February 14, 2012 | |
Secara teknikalnya, kerosakan radio boleh disebabkan oleh pelbagai punca dan juga mengakibatkan beberapa jenis kecacatan serta menjejaskan prestasi radio tu sendiri. Yang pernah terjadi kepada radio kereta lama aku adalah, volume yang tiba-tiba meningkat secara mendadak. Hinggakan mak aku yang duduk kat sebelah pun terperanjat sampai menggigil kaki. Yang terkini, radio kereta aku yang sekarang tak dapat menerima pancaran frekuensi dengan baik hinggakan suara orang yang menyanyi keluar dari speaker macam tersangkut-sangkut seolah-olah aku sedang memutarkan cakera padat cetak rompak.


Itu pasal radio dalam kereta. Tapi radio dalam kehidupan sebenar pun tak jauh bezanya pada aku. Tetap tidak pernah mendatangkan masalah yang besar. Selalunya radio rosak yang dalam bentuk manusia ni ada beberapa jenis. Ada jenis yang menjengkelkan apabila percakapan mereka yang tak henti-henti tu lebih berupa memuji-muji diri sendiri dan merendah-rendahkan orang lain. Langsung enggan memberikan peluang kepada orang lain untuk mencelah. Kalau boleh, dia akan terus menceritakan semua perkara yang hebat-hebat tentang dia sambil menantikan kata-kata pujian.


Dan ada juga jenis radio rosak yang amat aku senangi iaitu mereka yang tetap bercakap tanpa henti tapi pada masa yang sama bijak menyusun tutur kata. Seboleh-bolehnya mereka akan mengelak daripada menyentuh keperibadian negatif orang lain, dan akan menjadikan sifat positif orang lain sebagai bahan cerita yang indah. Pada masa-masa tertentu dia tahu bila akan berhenti seketika untuk memberi peluang orang lain mencelah, sebelum menyambung cerpen lisannya. Untuk orang yang sebegini, aku rela duduk membatu sambil membenarkan dia menceritakan sekian banyak kisah secara marathon sampai pagi.


Tetapi, yang lebih berharga lagi daripada radio rosak sama ada  jenis yang pertama atau kedua seperti di atas adalah, gramophone (atau dirujuk sebagai phonograph). Sebab pada aku gramophone adalah hasil kepintaran manusia dalam bidang kejuruteraan dan kesenian sekaligus. Membuatkan ciptaan kebanggaan manusia zaman dahulu ini kekal sebagai antara objek yang bernilai tinggi dan klasik sepanjang zaman.




Dan ya, aku ada seorang sahabat yang aku suka sifatkan dia sebagai gramophone  bukan hanya dia petah dan banyak bercakap, tetapi juga kerana nilai klasik dan profil unik yang dia ada berbanding kawan-kawan aku yang lain. Hahahahaaa...!!!


Sekian entri penghargaan untuk sahabat...

18 comments:

Lady Windsor Says:
February 14, 2012 at 7:27 AM

1st!
jap g aku datang balik!

Lady Windsor Says:
February 14, 2012 at 7:31 AM

radio rosak? buang la beb, buat semak jer..
errr itu gramaphone rosak, jangan buang dulu...simpan seploh doploh tahun sampai antik...hah bernilai!

SM Says:
February 14, 2012 at 9:45 AM

aku nak tunggu radio tu bernilai tinggi dan mencpai tahap klasik.

gramophone tu aku akan simpan sampai aku takde kat sini lagi.

Lady Windsor Says:
February 14, 2012 at 11:06 AM

aku yakin lepas ko tak de anak cucu ko pun dan dan tu buang gramaphone dan radio antik tu...kehkehkeh!

Telor Power Says:
February 14, 2012 at 11:13 AM

aku nak jumpa sepisis radio rosak no 2 tu..mesti dia byk cerita.

Pok Amai-Amai Says:
February 14, 2012 at 11:17 AM

Aku rs, seme kwn kau dlm kategori unik. Dan aku rs, ko mmg memilih kwn yg unik. Hiks~ Cuma kawan ko yg umpama gramofon tu lebuh beruntunglah sebab ada penghargaan istimewa utk dia dari ko melalui blog nie.

Aku susah hendak menghargai kawan. Aku cuma menghargai sahabat. Tapi susah untuk aku mengiktiraf kawan itu ke peringkat sahabat. Bila dah pernah terkena, rasa serik tu mgkn masih ada.

SM Says:
February 14, 2012 at 12:59 PM

LW : takpe, janji dia tak buang aku bila aku dah takde.

tp : ada ramai spesis redio rosak yang macam ni di sekeliling kita, tapi susah nak cari yang istimewa macam ni.

MF : sesuatu yang istimewa memang layak diberi penghargaan. tak gitu?

reen afny Says:
February 14, 2012 at 2:25 PM

sape kawan kau tu? hehe

hoho aku rasa aku tergolong dalam kumpulan yang mana eh? radio kadang2 rosak kot. sebap aku ni pemalu. so tak banyak cakap. hehehe

SM Says:
February 14, 2012 at 2:27 PM

ra : kau bukan radio rosak, tapi tv rosak. SEBAP kadang-kadang gambar blur, tak fokus... hahahahaa!!!

Telor Power Says:
February 14, 2012 at 2:51 PM

SM : yang istimewa mmg susah cari, kalau senang ia dah xkira istimewa dah. aku sokong apa yg ko katakan tu


Reen : pasni ada entri ttg entri penghargaan ttg kawan dgn tajuk TV rosak. kehkehkehkeh :) ok aku chow dulu....

reen afny Says:
February 14, 2012 at 3:45 PM

SM dan tp......... gggrrrrr!!!! baek korang larikk sebelum aku kejar. hahaha

tv rosak? woww... aku sorang je tv? memang unik aku ni. kahkah

Dinas Aldi Says:
February 14, 2012 at 5:31 PM

Seronok kalau dapat jadi radio rosak yg disenangi itu.

Salam kenal, dik :)

SM Says:
February 14, 2012 at 5:45 PM

tp : tv rosak? hahahaa!!! terbaik ar!

ra : mau tak unik kalau dah asyik tak fokus je!

DA : seronok jugak kalau ada sahabat `radio rosak' macam ni. terima kasih.

Lady Windsor Says:
February 14, 2012 at 5:49 PM

so ko tak mo hantar baiki kah radio rosak ko tu...err aku rasa zaman sekarang tak de dah orang pakai gramaphone..baik ko buat tukun tiruan jer kat tasik puchong...ntah2 ikan pun tak hingin barang rosak tu..

SM Says:
February 14, 2012 at 5:50 PM

ya, tak bernilai pada orang lain. tapi pada aku, tiada langsung nilai yang boleh disetarakan dengan dia. ah, kau bukan faham pun maksud aku ni.

Lady Windsor Says:
February 14, 2012 at 10:48 PM

Ye lah...tak sampai akal aku nak ikut standard ko...

SM Says:
February 14, 2012 at 10:54 PM

konon la... kau lagi hebat bermadah dan menyusun tutur kata. berkali ganda lebih baik daripada kamus elektronik sebab kau kan pakar rujuk aku.

reen afny Says:
February 15, 2012 at 9:06 AM

ngek la.. kadang2 korang pun tak fokus! ceit... kbai