Politik Kedai Kopi

| Tuesday, February 28, 2012 | |
Buletin 1:30. Skrin di tv menunjukkan seorang lelaki sedang bercakap memberikan pendapat tentang dasar-dasar caca marba si pemerintah. Berdasarkan beberapa ayatnya, jelas menunjukkan sokongan tak berbelah bahagi terhadap segala usaha bodoh pemerintah untuk memenangi hati rakyat yang tak terpelajar.


"Hek eleh, interview brader pakai kopiah ni. Kat kedai kopi pulak tu. Politik kedai kopi ni bukan boleh pakai pun. Bersidang kat situ, habis pun kat situ jugak," kata Stan sambil tergelak sebelum menghirup teh tarik kurang manis gelas kecil.


"Wei, lu jangan main-main bai. Ahli mesyuarat kedai kopi ni la yang bagi undi. Boleh lu kata tak penting. Takde kedai kopi, takde la persidangan. Takde persidangan, takde la perbalahan. Takde perbalahan, takde la jugak pendapat bodoh. Kalau takde pendapat bodoh berkenaan ahli politik nyanyuk, takde la orang yang terpengaruh. Kalau semua tu takde, takde la orang keluar mengundi..." selamba aku jawab macam dah tersusun ayat sejak semalamnya.


Aku tengok Stan, Stan tengok aku. Kami sama-sama tersengih...


Sekian entri sembang lebat dengan kawan-kawan...

22 comments:

Mr.Clive Says:
February 28, 2012 at 9:50 AM

hoho setailo giler entri ni..sempoi aje...

Pok Amai-Amai Says:
February 28, 2012 at 12:49 PM

Skg nie entri ko pendek2 je kan?

Sinis.

SM Says:
February 28, 2012 at 12:52 PM

clive : di kedai kopi ada segalanya...

MF : kalau rajin dan ada banyak masa terluang, entri aku mungkin lebih daripada 1000 patah perkataan.

NenetPenne (NP) Says:
February 28, 2012 at 2:04 PM

pendek dan padat lebih bagus dari panjang berjela2 tapi isi entah hapa2... eh...

tak minat politik...

SM Says:
February 28, 2012 at 2:04 PM

NP : semua entri pendek khas untukmu...

NenetPenne (NP) Says:
February 28, 2012 at 2:33 PM

@SM
comellll...
maaf telah diterima..
sorry tak dapat nak balas sms sebab lupa nak top up.... ha ha...

SM Says:
February 28, 2012 at 2:37 PM

NP :

ceh...!!! sampai top up pun boleh lupa. tapi sup ekor idaman tu jangan dilupa.

bagi aku definisi comel pada pandangan kau.

NenetPenne (NP) Says:
February 28, 2012 at 3:06 PM

@SM
aku lupa tarikh luput top up...
sup ekor tetap kuingati walaupun tak sempat nak pegi ke kedai tu...
now i'm thinking of home made oxtail sup..
ohhh where to find fresh oxtail?

definasi comel:
comel bila sesorang tu memohon maaf dengan penuh keikhlasan...
comel seperti anak kucen yang sedang tidor itu
comel seperti teddy bear..
comel seperti puppies di kedai pet
comel seperti aku berjalan berpegangan tangan dengan exhubby aku...eh..ha ha ha...

SM Says:
February 28, 2012 at 3:16 PM

nah, home made pulak. ini sudah kes berat. ini barang memang susah nak cari beb. tunggu raya korban.

wei, kau mention exhubby kat sini kang dapat tau ehem2 tu, naya aku kena bambu. hahahaa...!!!

NenetPenne (NP) Says:
February 28, 2012 at 3:43 PM

dulu aku penah masak tau..
yelah susah nak cari, tunggu raya korban baru dapat..

kalau ehem2 tahu, apa aku kesahh??? mampuslah dia... mesti dia rasa seronok dapat tahu ni.. seseronok waktu dia pegang tangan masa belum kahwin dulu..muahaahahhaahah...

Lady Windsor Says:
February 28, 2012 at 8:53 PM

SM,
so ko rasa ko comel kah?

NP,
benarkan SM comel? kahkahkah...ke sup ekor u lagi comel?

SM Says:
February 28, 2012 at 10:05 PM

NP : lama lagi la nampaknya...

LW : aku akan berganda comel kalau dilihat sedang menghirup sup ekor.

reen afny Says:
February 29, 2012 at 11:41 AM

haha macam prepare dialog je weh? haha tapi memang terbaek... terusun je ayat. hehe

SM Says:
February 29, 2012 at 12:35 PM

ra : dah aku nak taip kat sini, kena la adjust sikit bagi cantik ayat.

reen afny Says:
February 29, 2012 at 1:38 PM

siot.... ingat betul2 keluar dari mulut kau. haha

SM Says:
February 29, 2012 at 1:45 PM

memang la aku ada sebut. tapi ayat tu aku dah adjust sikit bagi cantik tatabahasanya.

reen afny Says:
February 29, 2012 at 4:07 PM

hakhak dan ada titik noktah sekali. kalau tak mesti terus menerus kawan kau kena sembur kan. haha

SM Says:
February 29, 2012 at 5:19 PM

kalau ada koma je pun, aku malas nak sembur.

Telor Power Says:
March 1, 2012 at 2:28 PM

ini baru sembang kemas dan lebat di kedai kopi. mahu join pun kena ada ilmu perkembangan politik didada.kalau tak....jadi pendengar yg mati akal diam sambil tersengih sekali sekala la nampaknya.

SM Says:
March 1, 2012 at 2:43 PM

TP : gua suka lu punya ungkapan `sembang kemas'.

NenetPenne (NP) Says:
March 1, 2012 at 2:48 PM

@SM
lama lagi apa nya???


@LW
entah... tapi rasanya sup ekor lagi comel...

SM Says:
March 1, 2012 at 2:50 PM

lama lagi nak tunggu raya korban. jangan sampai aku yang terkorban sebelum hari raya tu sudaa... kempunan aku.