Landasan Ke Utara

| Monday, February 13, 2012 | |
Perjalanan selama lebih kurang tujuh jam bersama orang yang aku hormati ke utara kelmarin, telah memberikan beberapa kesimpulan dan harapan yang baru kepada aku tentang sistem pengangkutan awam di semenanjung terutamanya keretapi. Pada aku, kenderaan berlandasan ini mempunyai nostalgianya yang tersendiri memandangkan beberapa ciri-ciri unik yang tak ada pada beberapa jenis pengangkutan yang lain. Nostalgia dan ciri klasik inilah yang telah membuatkan aku pergi mendapatkan tiket ke Butterworth untuk perjalanan malam bersama-sama orang yang aku hormati, walau pun sebelumnya dia seperti memberikan beberapa alasan `malu-malu kucing' kepada aku. Namun, akhirnya dia tewas dan bersetuju setelah termakan pujukan dan kata-kata manis aku. Berikut adalah perkara-perkara yang aku simpulkan sepanjang perjalanan:


(bermula dari utara Perak hingga Butterworth ada banyak construction,
yang aku pasti bukannya menguntungkan orang macam aku)

  • Kelewatan tren berlepas selama hampir dua jam  telah meyakinkan aku bahawa landasan keretapi juga tak terlepas daripada ancaman kesesakan lalulintas walau pun pada waktu malam!




  • Stesen KL Sentral adalah pusat pengangkutan dalam bandar yang aku anggap antara yang termaju di rantau ini, tapi apa punya taik hidung masin la, langsung tak disediakan perkhidmatan wifi secara percuma. Walau pun korang ada terminal udara dalam bandar yang pertama di dunia tapi tu semua tak bermakna kalau kau mengabaikan kepentingan orang yang pakai handset cabuk macam aku ni, yang sentiasa mengharapkan sambungan internet secara percuma.




  • Keretapi Tanah Melayu Berhad patut mengekalkan ciri-ciri klasik pada sesetengah koc seperti tidak menyediakan air-con. Orang zaman dulu travel jauh-jauh takde air-con rilek je boleh berdengkur sepanjang jalan. Di dalam koc M1 iaitu yang paling belakang, aku hanya dapat bertahan selama sejam lebih sahaja sebelum aku lebih kerap melepak di ruang antara gerabak yang tidak ber`air-con' sambil mengintai ke luar tingkap dan ditemani Winston Light sekotak.




  • Petugas lelaki di dalam tren telah berkhidmat dengan penuh ramah, setaraf dengan pramugari MasWing. Tak seperti awek kaunter 2 di stesen KL Sentral pada Isnin 6 Februari lepas yang buat muka sombong kat aku. Soalan aku secara lisan dijawab dengan muncung yang mengunjuk ke arah kalendar di depannya. Ya, aku nampak sebab aku ni bukannya buta. Tapi aku tanya tarikh sebanyak dua kali cuma nak pastikan takde kesilapan. Kalau kau silap print tiket, kau sanggup ke tadah pipi nak kena penampar aku? Jadi tak perlu buat muka sentap bila aku sound `jangan garang sangat' sebelum aku berambus. Itu lebih baik daripada susunan lima jari kat pipi kau tu.




  • Penang Sentral di Butterworth yang menggabungkan bas, feri dan keretapi sedang menjalani kerja-kerja menaiktaraf. Aku harap mereka mampu menyaingi kemegahan KL Sentral memandangkan projek jambatan Pulau Pinang kedua sedang rancak berjalan. Dan lagi, jangan kedekut nak sediakan wifi percuma!



(tercari-cari signage batu nama stesen macam kebanyakan stesen keretapi yang lain tapi takde,
takkan dah cabut kot)


Sekian entri komen membina...

39 comments:

Telor Power Says:
February 13, 2012 at 1:32 AM

wah.....lama sudah aku x travel by train. rindu plak. dulu masa blajar di utara, aku selalu guna train dari arau ke KL. hahaha 14 jam siot, sgt seronok.

Telor Power Says:
February 13, 2012 at 1:33 AM

owh...aku 1st rupanya

SM Says:
February 13, 2012 at 1:34 AM

gua memang tunggu lu singgah. gua ada cadangan, apa kata lu travel dari utara ke selatan guna train. lepas tu ambik gambar mana-mana stesen yang lu sempat. sebab sepanjang pemerhatian aku, bangunan KTM banyak yang lama-lama. cantik jugak kalau shoot. lu buat tema stesen keretapi. sekadar cadangan...

Telor Power Says:
February 13, 2012 at 1:41 AM

SM : menarik idea & mmg journey yg menarik tu, tapi aku kena cari kawan yang boleh teman. boleh mati kutu bro kalo sorang naik train hhahaha

SM Says:
February 13, 2012 at 1:51 AM

kalau aku ni macam dulu lagi, banyak masa free. dah lama aku buat projek macam ni. dapat tangkap sorang kaki, lepas tu pakat baik punya. kalau tak dapat pun, sorang-sorang pun jadi la.

Lady Windsor Says:
February 13, 2012 at 2:03 AM

TP...cehh bangga la tu jadi 1st...aku saja nak bagi ko peluang bro..okeh aku setuju travel by train..stesen kesukaan aku adalah stesen keretapi bagan serai...sebab aku ada nostalgia minum teh tarik jam 1 pagi kat situ...

SM Says:
February 13, 2012 at 2:15 AM

LW : sayangnya perjalanan kali ni pemandangan aku agak terhad. bila dah melepasi bidor baru la aku nampak semua sebab hari makin cerah. kalau ke selatan, ada beberapa stesen yang memang old school gila. korang patut tengok.

Telor Power Says:
February 13, 2012 at 2:20 AM

Lady W : mau tak bangga sis hahaha

SM : kalau ke selatan yg aku tahu di kluang aje. lagipun aku tak pernah naik train ke selatan

Lady Windsor Says:
February 13, 2012 at 2:35 AM

SM
part old school tu best kan...aku biasa tengok la weiii....dulu aku balik tepen naik ketapi la bhai..

TP
ok set ya..one day nanti aku turun ipoh...

blu4sky Says:
February 13, 2012 at 8:27 AM

eii SM, ko xde jumpa tapak kaki aku kat stesen butterworth tu..hahahah

teringat zaman study, balik cuti ramai-ramai balik kl naik train.. seronok giler...

Pok Amai-Amai Says:
February 13, 2012 at 10:44 AM

Aku suke nek keretapi. Dulu aku selalu berangan nak travel satu Msia nek keretapi. Org tua aku pnh bwk kitorang travel nek keretapi dr Arau (ms tu kmpg aku kat Perlis) ke JB (singgah umah makcik aku). Aku suke sgt tgk panorama yg pd mata aku msh dara dgn pembangunan. Klu lah aku boleh merasanya lagi.

Aku tak kisah dgn wifi or watsoever seme tu. Janji aku dpt nek keretapi Msia (still msh terbaik kalau nak dibandingkan kat Indonesia). Dan ko nek coach ijau tu? Bestnya! Aku mmg nak nek coach ijau tu!!!!!!!!!!

ralphrazaq Says:
February 13, 2012 at 10:51 AM

1 - macam mana tren pun boleh mengalami kelewatan..terutama sekali ktm..sangat sedut hahaha

2 - ada wifi la...aku masuk hari tu elok je..siap berfacebook bagai..cuma wifi kat kl sentral tak bagi akses sangat..tenggelam timbul je, senang kau wifi kat mcD je la.

3 - kalau dah kaki rokok tu mengaku aje la..ape la

4 - hahaha betul tu, kadang-kadang aku lebih suka tanya petugas lelaki berbanding perempuan..kerek der..kau ni memang berdarah pahlawan la...asyik nak baran je..bugis ea?

SM Says:
February 13, 2012 at 3:15 PM

tp : kau patut cuba.

LW : patut la...

blu : takde kerja aku nak sukat tiap inci lantai platform. haha!

MF : macamana kau tau koc hijau? gila sejuk dia punya air-con.

ralph:
1. dekat dua jam tu beb! kembung pundi kencing aku tunggu lama sangat sambil minum air tin.
2. ada macam takde. gila!
3. darurat la weh.
4. bukan marah la, tu aku punya stail gurau manja kalau berhadapan dengan minah yang muka masam tak mau senyum.

ralphrazaq Says:
February 13, 2012 at 3:24 PM

sm :

1 - eh ada la...kau je tak terer...aku berinternet sampai bateri low..hehe.

2 - alasan!

3 - itu kau punya gurau manja...giler la..hahahaha!!

SM Says:
February 13, 2012 at 3:37 PM

ralph :
1.sebab handset aku tak power kot.
4.gurau gaya pahlawan!

reen afny Says:
February 13, 2012 at 4:16 PM

aah la aku pun dah lama tak travel by tren... semenjak da pandai drive kan. haha nanti mesti jakun lagi. da lah aku memang tak reti naek tren, mesti tanya orang even da banyak kali naek. weeee pengakuan ikhlas gitu. haha #travel pergi ke kl kot. haha


aitt, orang kerja private pun sombong ke?? ingat gomen je. kahkah

SM Says:
February 13, 2012 at 4:18 PM

ra : itu private yang dimiliki gomen.

ralphrazaq Says:
February 13, 2012 at 4:29 PM

reen - statement kau buat aku nak lempang laju-laju je

SM Says:
February 13, 2012 at 4:33 PM

hahahaa...!!! lempang laju-laju? ini baru betul berdarah pahlawan...

ralphrazaq Says:
February 13, 2012 at 4:37 PM

alamak..kantoi dengan SM la pulak hahaha

SM Says:
February 13, 2012 at 4:38 PM

ralph : kau memang srikandi. reen tak maksudkan semua orang gomen tu pemalas. tapi sebahagian besarnya.

ralphrazaq Says:
February 13, 2012 at 4:41 PM

memang yang taik tu ramai buat orang sakit hati tapi bunga yang wangi orang tak nampak langsung!!

SM Says:
February 13, 2012 at 4:44 PM

yang wangi tu seringkali memencilkan diri, pandai menjaga statusnya sebagai sesuatu yang bernilai tinggi, tak perlu memegahkan diri di tengah khalayak. cewah!!!

reen afny Says:
February 13, 2012 at 4:45 PM

kahkah larikkkkk ada orang mengamok... ;p

maksud aku yang kerja bahagian servis memang macam tu ke?? suka tarik muka time cakap dengan customer tahu...

ralphrazaq Says:
February 13, 2012 at 4:47 PM

X SETUJU walaupun kebanyakan memang taik kucing

SM Says:
February 13, 2012 at 4:52 PM

aku nak puji staf kat kaunter kwsp, mereka memang profesional. tapi lain-lein tempat terutamanya pihak berkuasa tempatan, ada yang macam nak mintak terajang je style buat kerja.

reen afny Says:
February 13, 2012 at 5:02 PM

hahaha kan2... yeayy SM sokong aku. okeh larikkkk nanti kena pelangkong dengan ralph. hoho

SM Says:
February 13, 2012 at 5:08 PM

rupanya ralph ni pun pemarah jugak la. hahahaa!!!

reen afny Says:
February 13, 2012 at 5:12 PM

tahu takpe... cuma aku okay sikit kot. haha larikkkkk

ralphrazaq Says:
February 13, 2012 at 5:19 PM

tetiba aku rasa jelik..huh!! (muka mencemik)

SM Says:
February 13, 2012 at 5:22 PM

weh, minta maaf kat ralph cepat.

reen afny Says:
February 13, 2012 at 5:24 PM

maen2 je kot... k sory

SM Says:
February 13, 2012 at 5:26 PM

ha, tau takut!

reen afny Says:
February 13, 2012 at 5:27 PM

malas nak gaduh je. kbai

Pok Amai-Amai Says:
February 13, 2012 at 5:32 PM

Betulkan coach ijau? Coach sumbangan ikhlas kerajaan Jepun (sbnrnye nak menebus dosa diorang dok jajah tanah kite dulu).

Mmg sejuk. Lagi2 ko amik Senandung Malam. Ah, cemburu siot aku.

SM Says:
February 13, 2012 at 5:44 PM

MF : betul. aku ambil senandung mutiara, stesen terakhir adalah butterworth.

Telor Power Says:
February 13, 2012 at 8:12 PM

lady w: ok sis....

SM : ya mmgaku akan cuba , tapi bukan buat masa sekarang..


MF : sumbangan dari jepun eh...baru aku tahu huhuhuhu

mana nak tahu aku main naik ekonomi class jer hahaha

SM Says:
February 14, 2012 at 9:47 AM

tp : aku akan tungguuuu....

Telor Power Says:
February 14, 2012 at 10:06 AM

SM : baek2.