Jenin

| Thursday, February 09, 2012 | |
Assalamu 'alaikum. Petang tu angin sepoi-sepoi bahasa melemparkan dirinya dari arah timur laut, menandakan musim monsun penghujung kalendar baru bermula. Sebagai jantan sejati, aku tetap steady mengawal wajah macho aku mengemudi perjalanan aku ke tempat aku mencari makan, walau pun kadang-kala angin bertindak sedikit kasar terhadap diri aku yang kerdil ni. Takpe, aku tetap rilek je dengan makhluk tuhan yang satu ni.


Beberapa minit perjalanan aku memasuki tengah Pusat Bandar Puchong, aku ternampak satu bangunan tambahan pusat membeli-belah baru yang selama ini aku tak perasan akan progress pembinaannya. Yang aku tau, bangunan tu dah siap. Bangunan megah berwarna sepadan dengan bahagian yang lama tu dibina betul-betul bersempadankan dengan lombong. Lombong yang beberapa lama dulu pernah digali hasilnya dari perut bumi oleh `mawas berakal' dari benua lain. Ada kawan aku kata untuk dijadikan pembalut coklat Cadbury, ada jugak yang kata untuk dijadikan penutup tin susu Isomil. Aku peduli apa, sebab aku langsung tak suka makan coklat atau tak pernah minum susu Isomil. Entah la, bandar Puchong ni kata orang dulu cuma kawasan estet je. Estet yang pernah menempatkan beberapa kumpulan gangster. Tapi aku yakin tahap gangster mereka tu tetap tak boleh lawan dengan anak harimau yang biasa melintas jalan dua puluh tahun dulu, betul-betul di atas hihgway yang aku lalui sekarang ni.


Di sekeliling kawasan ni, sukar untuk aku kesan kehadiran kereta yang berharga kurang daripada RM 50 ribu. Peratusan kereta yang mahal-mahal melebihi kereta murahan. Mentang-mentang la kawasan ni membangun dengan kadar kepesatan yang tak masuk akal, kereta yang melata kat sini pun macam nak gila jugak dia punya perangai. Tapi kebanyakannya yang drive kereta mahal ni aku tengok bermata sepet pulak. Tak aci siot! Yang ni pun aku tak heran jugak. Tunggu la bila aku dah kaya banyak esok, bukan setakat BMW tujuh siri, Bugatti Veyron pun aku boleh beli banyak-banyak. Aku nak parking sampai ke tol Sungai Besi. Lepas tu siapa-siapa nak pinjam aku bagi je terus. Apa la sangat dengan... Oops! Sipi lagi nak hentam tiang lampu. Orang bodoh mana yang pasang tiang kat tengah-tengah laluan aku ni? Memang fucked duck betul la...


Setelah selesai membetulkan arah perjalanan, aku menumpukan sedikit perhatian aku dengan arah trafik di kedudukan 5 meter dari aras jalan. Pemandangan di sini lebih luas lagi. Dan titik fokus aku lebih jauh lagi hinggakan menjangkau ke garisan horizon yang dibalam dengan susunan bangunan apartment dan pejabat. Arghh...! Silau mata aku. Pancaran matahari dari tasik tadi membuatkan mata aku pedih buat seketika. Besar rupanya tasik buatan `mawas berakal' ni. Sejak tadi lagi aku masih belum melewati sempadan penghujungnya. Dulu, tasik itu pernah menjadi tempat pertemuan aku dan rakan-rakan perjuangan aku setiap petang. Dikhabarkan, ikan-ikan bersaiz mega dari pelbagai spesis telah menduduki tasik yang dulunya lombong sejak operasi perlombongan ditutup, kesan kejatuhan harga komoditi tu. Tapi, aku yang bermulut kecil ni cuma mampu memilih ikan-ikan kecil sahaja sebagai juadah hidangan. Apakan daya, makhluk kecil macam aku ni cuma mampu memliki rezeki yang kecil juga. Satu hari nanti, bila saiz aku dah semakin besar, aku akan pastikan aku mampu menghidangkan ikan dari gred terpilih untuk memenuhi perut aku dan ahli keluarga aku. Kemudian, bila kami dah kenyang, barulah kami mampu menjana idea-idea yang bernas buat merancang perjalanan kehidupan kami sekeluarga. Takkan selamanya aku sekeluarga akan mendiami tempat yang usang dan buruk tu.


Aduhh...! Celaka apa, ada pulak kabel ampaian baju melintang laluan aku. Bikin pedih ubun-ubun aku. Nasib baik tak terkoyak.


Kali ni, aku tak perlu memperbetulkan perjalanan aku kerana pesongan yang disebabkan oleh perlanggaran tadi adalah dalam satah menegak, bukannya mengufuk. Jadi destinasi aku takkan tersasar. Cuma altitud je yang terganggu. Bodoh punya umat `mawas berakal'. Balkoni tak cukup besar ke nak lintangkan ampaian sampai ke tengah jalan? Kau memang fucked duck betul la...


Zass....! Aku melintasi persimpangan berlampu isyarat dengan kederasan yang sempurna seperti Azizulhasni Awang membelah velodrom. Aku tidak dilahirkan sebagai makhluk yang cukup bodoh untuk berhenti ketika lampu isyarat merah menyala. Buat malu kaum je...


Pernah dulu mendiang kawan aku berhenti di persimpangan yang sama, konon-kononnya ingin menjadi rakyat yang berbudi pekerti dan layak menjadi ahli parlimen. Tapi akhirnya dia menerima gelaran mendiang kerana tubuhnya lumat digilis tayar lori yang bersaiz lapan puluh kali ganda dari badannya. Tu la, kan aku dah cakap. Makhluk yang mustahil berkenderaan macam kita ni tak elok sangat ikut peraturan yang dicaturkan oleh `mawas berakal' tu semua. Bullshit je...


Kalau la aku dilahirkan dalam golongan `mawas berakal' tu, aku pasti sekarang aku sedang berada di dalam bas yang masih berkonduktor di bawah sana tu. Lepas cukup setahun dapat gaji, duit yang aku kumpul dalam akaun simpanan akan aku gunakan untuk bayaran muka kereta kancil 660 tangan kedua. Lepas tu, aku jaga elok-elok kereta tu. Bikin sikit-sikit enjin, make up cantik-cantik. Kurang-kurang dapat la aku tackle awek teller Cimb Bank sebelah Domino Pizza tu. Tiap-tiap pagi aku lalu masa dia tengah turun dari bas, dia buat-buat tak nampak je. Mentang-mentang la saiz fizikal aku ni kecil, ingat aku takde perasaan yang besar ke? Bila kau duduk dalam kereta kancil aku, aku nak pusing punat air-con aku ke tahap maksimum. Biar kau menggigil kesejukan dan mintak aku berhenti sekejap kat Petronas Sri Kembangan sebab nak singgah toilet. Masa tu, aku buat tak dengar je. Biar padan muka kau kena batu karang! Kau buat la petua kepala-lutut-kepala-lutut tu sampai bengkak. Hahahahaaa...!


Aduh...! Mak ai, sakitnya. Benda apa yang aku hantuk ni? Macam belakang parang yang buat dari spring lori je. Anak harom mana pulak yang design jejantas ni rendah sangat? Ini memang sah orang yang grade 2.0 je ni. Dah la hutang PTPTN tak bayar-bayar lagi. Buat kerja pulak asal boleh. Nak jimat kos la tu. JKR ni pun satu. Benda simple macam ni pun nak tunggu ada yang terhantuk sampai mati ke baru nak perasan? Aku taknak la kes macam kat MRR2 Kepong tu jadi kat sini. Karang berjela-jela pulak suratkhabar buat follow up apa yang pak menteri carutkan. Pundek, abis benjol dahi aku!


Brrrr....!!!!! Aku kasi geleng-geleng sikit kepala aku biar pening ni hilang sikit. Bila medula oblongata aku dah stabil, baru la boleh sambung berangan. Almaklum la, berangan tu kan sebahagian daripada cita-cita. Tanpa cita-cita siapalah kita. Dulu jugak, aku pernah bercita-cita nak jadi angkasawan. Tapi disebabkan aku ni cuma masuk kelas guna tingkap ram kaca yang renggang je, maka kehadiran aku dalam kelas Fizik tak pernah disedari. Tunggu la tahun depan bila aku berjaya cari laluan mudah ke bangunan Fakulti Sains kat UiTM Jalan Othman sana, selamba je aku patuk lubang hidung cikaro-cikaro sana. Baru diorang tau siapa aku. Tak tau ke, semua orang patut diberikan hak mendapatkan pendidikan yang sama rata tanpa mengenal kedudukan atau pangkat, usia, latar belakang kesihatan, bentuk fizikal dan jugak suara yang garau? Bila aku dapat grade 4.0 dan mencengkam skrol degree esok, aku akan pastikan editor suratkhabar satu dunia menjadi gila dengan fenomena yang aku cetuskan. Satu-satunya makhluk dari kaum aku yang berjaya ke menara gading dan bergelar sarjana dalam usia yang terlalu ganyut. Ha, lepas tu baru la...


Gedegang...!!!!


***********************************************************************************************************





Semut Muda Bontot Tonggek : Hehe, cara jugak daging baru ni kan chief. Hanyir tak hilang lagi.



Semut Tua Mata Rabun : Makan tak boleh cakap, kau nak kena terajang ke?


Semut Muda Bontot Tonggek : Aye aye chief. Tapi kesian tengok nate bodo ni, muda lagi dah mati keji. Chief rasa apa dia punya COD?



Semut Tua Mata Rabun : Aku rasa dia ni kuat berangan kot, tu yang sampai terlanggar tingkap kat atas tu. TOD pulak, paling lewat pun pagi tadi.


Semut Muda Bontot Tonggek : Langgar tingkap sampai mati? Takkan sampai lagu tu kot?



Semut Tua Mata Rabun : Biasa la, kuat berangan otaknya kosong. Bila dah kosong, tengkorak kau macam cawan Arcopal yang takde air. Terhantuk bucu meja sikit dah retak. Lama-lama pecah la dia.


Semut Muda Bontot Tonggek : Wah, macam Gil Grissom la chief ni.



Semut Tua Mata Rabun : Tau takpe. Dah, cepat sikit korek biji mata dia tu. Lepas packing semua, kita balik markas. Nanti aku ajar macamana nak buat report kat Source Department.


Semut Muda Bontot Tonggek : Aye aye chief!!! 



*****Perbualan dua ekor semut di atas tingkat dua RC hood kurang dua belas jam selepas bunyi gedegang yang menggegar tingkap sebuah hospital bersalin di Bandar Puteri, Puchong.


Sekian cerita binatang berlagak macam `mawas berakal'...

25 comments:

NenetPenne (NP) Says:
February 9, 2012 at 2:30 PM

apa motif sebenarnya nih?
pusat bandar puchong..my place..
kat situ mmg byk bangunan baru..jalan masuk ada bangunan baru,
jalan keluar rumah aku pun ada bangunan baru... memang duduk tengah bandar laa aku...

Pok Amai-Amai Says:
February 9, 2012 at 2:58 PM

Aku tak phm ape yg ko cube smpikan. Tp lagi aku tak phm, ape ko bt kat spital bersalin tu? Bini ko nak bersalin ke? Bgtau aku wad bape, ley aku dtg melawat.

=p

SM Says:
February 9, 2012 at 2:58 PM

pusat bandar puchong adalah antara tempat kat selangor yang paling pesat membangun berbanding 20 tahun dulu.

motif? ada banyak...

SM Says:
February 9, 2012 at 2:59 PM

MF : aku harap kau orang yang akan faham.

NenetPenne (NP) Says:
February 9, 2012 at 3:21 PM

entry kau panjang pastu meleret2... pening aku... cuba kalau kau buat entry straight to the point..tak byk menda2 lain kan senang..

eh tapi dah blog kau kan..sukati kau lah kan... :), tak suka baca, blah... kan..

SM Says:
February 9, 2012 at 3:27 PM

ala, kadang-kadang je...

Lady Windsor Says:
February 9, 2012 at 4:25 PM

berpinau mata aku nak baca..kalau aku punya surat cinta le ko...

Lady Windsor Says:
February 9, 2012 at 4:27 PM
This comment has been removed by the author.
SM Says:
February 9, 2012 at 4:32 PM

kali ni aku sengaja bagi meleret dan merapu sikit. lantak la kalau korang tak faham pun!

Pok Amai-Amai Says:
February 9, 2012 at 5:00 PM

Aku tak fhm...sorry...sbb susunan cite ko bersimpang siur...kejap cite tu, kejap cite nie...

Pls bt comeback mcm entri lame ko tu. Aku igt g entri belalang tempur ko. Ayat gramatis. Sonok aku nak baca.

=D

SM Says:
February 9, 2012 at 5:06 PM

yang pertama : kisah diceritakan oleh seekor burung yang kuat berangan, sehingga akhirnya mati terlanggar tingkap bangunan.

yang kedua : perbualan dua ekor semut. yang tua perasan macam bagus.

aku menulis (menaip) dengan cara aku sendiri. akan terjemahkan dalam bentuk aksara apa yang terlintas dalam fikiran.

belalang tempur? mana satu wei???

Pok Amai-Amai Says:
February 9, 2012 at 5:36 PM

Road bastard: Padan muka kau si bodoh sombong...

Hah! Yg tu le. Aku suke. Hahahaha! Ada ala-ala ayat2 dlm entri NP. Kelakar tp ade isu.

SM Says:
February 9, 2012 at 5:37 PM

aku bukan kain ela yang warnanya plain. saja nak mencuba gaya yang sedikit lari dari kebiasaan.

reen afny Says:
February 9, 2012 at 10:28 PM

waa panjangnya entry tapi aku baca semua tau! *bangga

mula2 tak paham apa yang nak disampaikan. rupanya kau nak cerita pasal berangan kan?
banyak cerita yang kau selitkan. bagus2.


1. kalauada orang nak pinjam kereta kau nak bagi terus? gila pemurah...

2. yang pasal kawan kau yang da arwah tu, tu rekaan ke betul2?

3. pasal awek keje cimb tu kau yang nak tackle dia eh. lalalaa

4. bagus la kalau kau ada niat nak blaja lagi. bak orang kata, gapailah ilmu hingga ke hujung nyawa. ;)

SM Says:
February 9, 2012 at 10:38 PM

1. tu kalau aku kaya gila la...

2. rekaan semata-mata. itu kalau aku ni seekor burung yang kuat berangan.

3. tu pun rekaan jugak.

4. sebelum ni aku ada sambung belajar program jarak jauh, tapi...

reen afny Says:
February 10, 2012 at 11:39 PM

ceitt semua rekaan rupanya.. ooh lupa, tajuk entry pun jenin. hoho

4. buat pjj? so apa jadi??

SM Says:
February 12, 2012 at 11:48 PM

1-3. kau bukan setakat kena faham font warna merah tu, tapi kena tau kenapa aku buat tajuk tu jenin. hahahaa... kbai!

4. disebabkan masalah aku yang suka tidur dalam kelas, aku buat keputusan berhenti sekerat jalan supaya tak menyusahkan kawan-kawan yang terpaksa bagi aku pinjam nota-nota dan jawapan assignment. kbai!

reen afny Says:
February 13, 2012 at 9:26 AM

hahaha okay apa berangan.. laaa boleh pulak. kau da sampai sem berapa time berhenti tu?

SM Says:
February 13, 2012 at 3:16 PM

sem tiga, ambil business study. tak kena dengan jiwa aku.

reen afny Says:
February 13, 2012 at 4:40 PM

hakhak sengal... aku rasa kau patut amek wartawan ke. kau kan pandai bab2 isu semasa ni lepas tu suka karang blog panjang2.. hehe larikkkkk

SM Says:
February 13, 2012 at 4:44 PM

kau ingat aku ni bapak rajin ke nak taip panjang berjela. tengok mood la.

reen afny Says:
February 13, 2012 at 4:57 PM

haha rajin la daripada aku. cuba tengok entry kau dengan entry aku. lagi pendek dan beberapa entry je sebulan. kahkah

SM Says:
February 13, 2012 at 5:00 PM

petang ni aku tak nampak jalan sebab tertutup dengan hidung aku yang kembang.

reen afny Says:
February 13, 2012 at 5:10 PM

hakhak maksudnya?? tengah suka ke tengah marah?? hohoho larikkkkkkkkk

SM Says:
February 13, 2012 at 5:14 PM

bangga