From Penang With Cherry

| Wednesday, February 01, 2012 | |


11:45 am - 12:20 pm
Rapid Penang no. 401
Tambang Sehala : RM2.00


Tak tau nak kata apa, memang inilah dia. Perkara yang tak terlintas langsung aku nak buat bila berada di atas tanah permukiman kat KL sana, iaitu naik bas Rapid KL! Apa punya gila aku nak naik bas rapid tu walau pun aircon sejuk gila babi boleh buat air hidung aku meleleh ke bibir bawah. Jadi disebabkan aku tak suka berada di tengah himpitan kelompok manusia dengan percampuran bau ketiak yang pelbagai, aku lebih gemar memilih menjadi lelaki siuman dengan menunggang belalang tempur untuk ke mana saja.


Itu bila di KL, yang mana aku tak mungkin mati keras kalau ditinggalkan sendirian di tengah roundabout Jalan Othman. Tapi bila berada di tempat orang, aku terpaksa berlagak macho dengan buat muka selamba melangkah naik ke atas bas sambil bertanyakan destinasi laluan walau pun mata aku yang tak buta huruf ni dapat membaca perkataan `Jetty' pada muka depan bas. Berbekalkan kepingan not seringgit berjumlah dua belas ringgit di poket kanan aku, aku yakin duit pecah ini mampu membawa aku hingga ke rumah.


"Berapa ringgit bang?" aku bertanya kepada brader driver bas kulit hitam manis badan berisi sikit. Confirm dah kahwin. Untuk soalan ni, aku tak perlu berpura-pura bercakap dalam slang utara kerana sudah jelas, soalan genius ini tidak akan keluar dari mulut orang tempatan. Yang ni aku memang tak tau berapa tambangnya sebab tu aku tanya. Menurut kata staff di guess house dan kawan dia yang aku tak tau apa dia buat kat reception tu, tambang sehala untuk bas yang menuju jeti adalah RM1.40. Untuk lebih selamat, aku memilih untuk bertanyakan kepada orang yang lebih arif iaitu brader driver Rapid ni.




Sepanjang perjalanan, aku memilih untuk berdiri di sisi kanan dalam bas, bukan di luar kerana Tuhan masih belum menarik nikmat kewarasan otak aku. Aku memilih berdiri kerana aku lebih senang meninjau pemandangan supaya aku dapat melihat gelagat semua orang yang berada di luar bas. Bagaimana seorang penunggang mencelah antara bas dengan kereta yang diparkir di sisi kanan jalan, atau kecantikan dan keunikan bangunan Masjid Kapitan Keling. Aku tak sangka pulak gabungan rekaan bumbung limas dan kubah besar di tengah dan kecil di sisi begitu boleh menjadi. Dua elemen yang agak berbeza sifat pandangan luarannya. Tapi kalau kena dengan gaya reka letak, posisi, ketinggian dan jugak perincian pada dinding dan bumbung; semua itu menjadi.


Selain daripa tu, aku dapati bandaraya Georgetown ni memang mempunyai persona yang tersendiri. Cukuplah dengan bangunan Komtar yang masih lagi memegang gelaran bangunan tertinggi di pusat bandar (betulkan kalau aku silap). Dan biarkan bangunan-bangunan lama yang menyudahkan kecantikan struktur asli bandaraya ni. Kalau la aku tinggalkan brader TP kat tengah bandar ni sendirian berbekalkan kamera digital single lense reflect siap terisi dengan bateri yang baru dicaj dan kad memori kosong, aku yakin dia pasti akan sanggup tinggal selama 36 jam lagi tanpa makan dan minum. Panorama ini adalah makanan rujinya!


Sebaik bas menyusur masuk ke Jalan Jelutong, mata aku telah secara tidak sengaja dijamu dengan kelibat seorang lelaki cina (aku pasti) berseluar pendek sedang menunggang Honda EX5 berwarna hitam. Apa yang menarik dan aku takkan dapat lihat di pekan Bahau atau Marang adalah, `penumpang' lelaki cina tersebut bukannya manusia. Bibir aku tersengih melihatkan kaki `penumpang' lelaki cina itu terjulur keluar dari singkapan helaian surat khabar yang menutupi sebahagian badannya. Sekali lagi, sengihan aku makin melebar bila rapid yang aku tumpangi memintas lelaki tersebut dan `penumpang'nya. Dapat dilihat dengan jelas, kepala `penumpang' tersebut elok terletak menghala ke aras bontot lelaki itu dengan muncungnya yang tonyok! Sangat comel kalau `penumpang' itu bukannya binatang yang haram...




12:50 pm - 1:00 pm
Feri Pulau Payar
Tambang Sehala : Percuma (tapi hilang nyawa kalau jatuh laut)


Ini adalah saranan kawan aku bahawa aku tidak perlu mengambil bas dari stesen bas Sungai Nibol pulang ke KL. Sebaliknya, sebagai orang luar aku perlu menghidu kemanisan udara Selat Melaka betul-betul di atas dek feri. Aku terima cadangan itu, dan aku rasa aku sedikit rugi apabila menghabiskan umur selama 86 tahun (umur sebenar aku bukan untuk tontonan umum) tanpa pernah sekali pun menjadi penumpang pengangkutan air ini. Sebaik turun dari bas dan bertanyakan arah ke jeti untuk mengambil feri daripada brader driver bas, kanta cermin mata aku sedikit demi sedikit berubah menjadi gelap hingga ke tahap maksimum, menjadikan aku dapat melihat keadaan persekitaran dengan lebih jelas lagi. Tanpa perlu mengerdipkan mata setiap dua saat.


Berjalan kaki sendirian di tempat orang buat pertama kali adalah suatu perasaan yang sangat indah. Dan mengetahui aku bakal menjadi penumpang kepada jenis pengangkutan yang penting sebelum terbinanya monumen pengangkutan darat yang merentang dari tanah besar ke pulau, juga sesuatu yang sedikit mengujakan. Terima kasih kepada brader driver bas dan perisian GPS (tak lupa juga pada Tuhan!) yang membuatkan aku saling tak tumpah seperti orang tempatan!


Sepanjang melewati deretan gerai jualan menuju ke bangunan jeti, aku sedikit kaget melihatkan beberapa orang di sebelah aku berjalan naik dengan laju sebaik sahaja kelihatan deruan penumpang keluar dari lorong di depan sana. Apakah pulau ini sedang dilanda tsunami dan sesiapa yang memang berniat meninggalkan pulau ini perlu berjalan dengan langkah yang pantas? Tidak mungkin la kot. Sebab aku pasti, pahala aku masih lagi lebih tinggi sedikit berbanding dosa yang aku buat, yang tidak melayakkan aku mati dengan cara menyayat hati. Ohya, mungkin terdapat tandas di atas sana...


Sebaik tiba di penghujung laluan, tiba-tiba aku menjadi orang yang terakhir apabila pintu pagar di depan aku ditutup dengan pantas oleh brader penjaga pagar sambil tangannya menunjukkan lampu merah besar yang sudah menyala. Pergh, dah macam traffic light pun ada. Cuma takde lampu kuning je. Aku akur, lantas pergi mendapatkan tempat duduk di sebelah kanan sana sambil menyalahkan diri sendiri. Inilah akibatnya menjadi manusia yang terlalu menghayati suasana.


Menjadi penunggu di barisan kerusi adalah perkara yang kurang aku senangi, lebih-lebih lagi aku kini berada di tempat yang sepatutnya aku mempunyai kamera di tangan. Jadi, sebagai penghilang kebosanan, aku berlegar-legar di sekitar ruang menunggu mengambil gambar dengan menggunakan telefon murahan. Ternyata, kerajinan aku terbayar secara tunai apabila aku berjaya memuatkan dua ekor gergasi yang sedang leka bersantai di dermaga yang berkedudukan ke utara sedikit dari jeti, ke dalam kad memori telefon murahan aku. Keperkasaan dan ketampanan dua ekor gergasi itu terus mengingatkan kepada seorang kawan aku yang terbaik, yang telah hilang buat seketika. Dan hingga entri ini ditaip, aku masih lagi menunggu dia memunculkan diri...




Terserlah kegagahan dua ekor gergasi ni, dan aku adalah antara manusia yang tak layak memuatkan diri ke dalam perut gergasi-gergasi itu.




Gerai hujung bertentang dengan kedai handset signage Celcom
Koaw Teow Sup dan Ais Kosong
Harga  : RM3.30


Baru aku sedar, kali terakhir perut aku terisi kunyahan makanan adalah lebih kurang lima jam sebelumnya. Memandangkan not seringgit aku masih tersisa banyak lagi dan aku juga tidak perlu mengerahkan tenaga yang banyak ekoran kehadiran eskalator turun dari platform penumpang di jeti ke aras tanah, aku mengambil keputusan tepat dengan mengarahkan otot-otot aku agar membawa organisme berpakaian ini ke arah di mana aku boleh mendapatkan makanan yang halal dan sesuai untuk musafir. Melintasi jalan yang tidak sesak dan berhiaskan hoarding biru yang menutupi tapak binaan berhampiran, kanta cermin mata aku sekali lagi berubah kepada 70% kadar kegelapannya, sekaligus menyerlahkan aku sebagai individu yang bergaya seperti hero tamil meredah hutan lalang. Arah tujuan aku adalah, pusat penjaja sementara bersebelahan Penang Sentral.


Tidak perlu melakukan tawaf yang berkali-kali, aku terus melabuhkan bontot di salah sebuah premis yang tertera ejaan yang sama sekali seperti ditulis oleh pelajar yang gagal UPSR. Manakan tidak, perkataan `goreng' diubah sesuka hati nenek dia menjadi `goring' pada paparan menunya. Ah, apa aku kisah. Dengan gaya selamba, aku memesan koaw teow sup iaitu jenis makanan yang dah sejak beberapa minit sebelumnya aku target. Kena pulak dengan harganya yang mampu milik, aku tambahkan lagi ais kosong sebagai bilasan makanan ni.


Dari saat pertama aku hirup kuah supnya, aku yakin inilah rezeki yang Tuhan turunkan kepada aku hari tu sebab apa yang mengalir melepasi trakea menuju ke dalam kantung perut aku, terlalu nikmat untuk digambarkan. Tiga komponen utama dalam mangkuk ini iaitu kuah sup yang sedikit masin mungkin untuk disesuaikan dengan bintang utamanya; koaw teow yang lembut dan sedikit kenyal namun tidak hancur dan mudah untuk dikunyah oleh barisan gigi aku yang tidak tersusun; serta potongan ayam `goring' yang telah di`goring' dengan sempurna. Sempurna! Tidak perlukan aksesori tambahan yang melampau dan mengaui mata seperti taugah atau bebola ikan, cukup dengan cincangan daun sup sebagai perasa hujung lidah.




2:05 pm - 7:15 pm
Ekspress Super Nice
Tambang Sehala : RM31.00 + doa naik kenderaan sepanjang jalan


Apa, Puduraya? Biar betul brader ni. Jual tiket bas berhenti kat Puduraya? Setau kepala hotak aku, Puduraya yang dah transform menjadi Pudu Sentral tu tidak lagi menerima bas ekspress perjalanan jauh. "Betoi bang, bas ni pi Duta dulu lepaih tu pi Puduraya," memang yakin betul gaya brader ni menjawab. Dari sinaran bebola matanya, aku dapat rasakan ketulusan seorang lelaki muslim yang mencari nafkah halal dan enggan bercampur aduk dengan unsur-unsur subahat. Ok, apa salahnya aku mencuba. Kalau aku kena halau turun kat exit Bukit Tagar pun apa ada hal. Bukannya aku ni pakai rantai emas atau pemilik perniagaan yang asetnya berbilion ringgit pun. Takde siapa yang selera nak bunuh aku kat semak kelapa sawit sana. Dan tak mungkin jugak aku akan sesat sebelum sampai ke rumah. Bila terdengar je perkataan Puduraya, ulu hati aku terus tergedik-gedik macam bohsia nampak 125z custom stripe punya dengan seat tonggek tinggi macam spoiler Evo 7.




Setelah servis bertukar tangan antara aku dan penjaga kaunter, aku pun dengan caragas mencari bilik air lelaki untuk membuang bahan perkumuhan di dalam pundi kencing walau pun aku tau pundi kencing aku masih belum lagi mengasak mahu dimuntahkan isinya. Apa yang diberitahu sebelumnya, bas hanya akan berhenti di hentian sebelah Simpang Pulai di mana hentian yang tidak mempunyai tempat makan sengaja dipilih pemandu. Tak pasti sama ada atas arahan company atau atas kerelaan pemandu itu sendiri. Tapi memang itu satu prosedur yang agak aku gemari. Tak perlu membuang masa lama di satu-satu hentian atau kawasan rehat semata-mata nak membeli sweet corn atau pun jeruk mangga. Membuang masa.


Perjalanan selama lima jam aku rasakan agak mengerikan apabila pemandu ini bagaikan baru lepas bergaduh dengan bini nombor tiga. Manakan tidak, dia mampu mengejar dan memintas sebuah bas Plus Liner yang mempunyai kuasa turbo dan telah bertolak 15 minit lebih awal semasa berhenti rehat di hentian Simpang Pulai. Gila babi apa. Aku rasa, kelajuan purata bagi bas ini adalah antara 120 km/j hingga 130 km/j dan kadang-kala ketika menyusuri laluan yang lurus aku jangkakan kelajuan yang dicapai adalah melebihi 140 km/j. Tahniah aku ucap kat driver ni sebab berjaya sampai ke hentian Puduraya tanpa ada yang hilang nyawa walau pun bas dipandu dengan kaedah `halilintar membelah langit`.


Dan sepanjang jalan, setiap kali terjaga dari tidur selain daripada menghafal doa naik kenderaan dalam bahasa Melayu, aku juga menyerahkan nyawa aku kepada driver ni sebagai pengganti Tuhan. Sebab dia yang menentukan hidup mati kami penumpang sepanjang jalan!


Mujur juga, pemandangan sepanjang jalan tidak begitu membosankan membuatkan aku terlupa dengan nyawa aku yang sentiasa bagai di hujung bumper. Apa yang aku perasan, anchoring telah ditambah pada tebing batu sekitar km 264 sebelum Ipoh berbanding setahun yang lalu. Adakah tebing yang mempunyai kecerunan 90 darjah itu berpotensi menjadi pembunuh senyap di lebuhraya selain daripada pemandu jahanam?


Apa pun, aku telah selamat sampai di rumah dan sekali lagi menghayati rintik-rintik hujan renyai berasid di Kuali Klang. 




7:50 pm - 9:05 pm
Rapid KL no ##
Tambang Sehala : RM2.50 (percuma bangla di sebelah yang humming sepanjang jalan)


Perjalan seterusnya hingga sampai ke depan pintu rumah tidak dapat aku dedahkan untuk mengelakkan perbuatan sabotaj oleh pelampau Yahudi. Mana la tau ada pihak-pihak yang cemburu dengan tiket kenangan bas Rapid Penang dan gambar dua gergasi yang menjadi simpanan paling bernilai aku...


Sekian entri cerita perjalanan pulang.

19 comments:

Anonymous Says:
February 1, 2012 at 3:10 PM

lor...puduraya dah moden dah skrg ni..hawa dingin sepenuhnya di tingkat atas...

rindu pulak kt penang bila baca entry ni...terbaekkk :D

reen afny Says:
February 1, 2012 at 3:23 PM

panjangnya.. huhu macam tu ke tiket rapid? laen macam je. siap bole bayar cash kan. rapid kl kena guna kad kot. dem... huhu da lama tak travel naek bus. mesti jakun balek nanti. hahaha

Telor Power Says:
February 1, 2012 at 4:51 PM

ok. panjang....smbung lewat mlm nanti baca. bz bro

NenetPenne (NP) Says:
February 1, 2012 at 4:57 PM

......

SM Says:
February 2, 2012 at 1:02 AM

anon : ya betul, kali pertama jejak kaki kat puduraya sejak beberapa tahun. jauh lebih baik.

ra : tiket rapid penang memang klasik. interior yang selesa, aircon tak terlalu sejuk, memang mari! rapid kl boleh guna kad atau cash la. kad kredit je tak boleh guna.

NP : panjang sangat ke? hahahaa!!!

SM Says:
February 2, 2012 at 1:03 AM

anon : ohya, penang juga adalah tempat yang berbaloi untuk dilawati.

Pok Amai-Amai Says:
February 2, 2012 at 8:26 AM

Fuh! Catatan perjalanan nie. Dlm byk2 cerita, alkisah cina bwk motor tu. Adakah penumpang adalah...BABI?

ralphrazaq Says:
February 2, 2012 at 8:59 AM

aku suka dengan pulau pinang...

SM Says:
February 2, 2012 at 10:05 AM

PA : ya, babi yang aku rasa dah dipotong besar-besar. hahahaa...! comel?

ralph : aku juga suka, tapi bukan sebagai tempat tinggal.

Telor Power Says:
February 2, 2012 at 11:48 AM

36jam eh. malah lebih kot kalau ada bateri spare dan memori lebih dan kelengkapan yang lain ada.



aku bakal ikut jejak dimana ko singgah nanti bro.

parts bawa babi jadi pembonceng motorsikal tu kalo dapat capture tentu gempak kehkehkeh.

ralphrazaq Says:
February 2, 2012 at 12:21 PM

sm - a'ah....kalau takat nak jalan-jalan boleh la tp kalau untuk bermastautin aku pun tak nak

SM Says:
February 2, 2012 at 12:43 PM

tp : jangan lupa bro, kalau lu pergi sana. ambik gambar banyak-banyak bangunan kat sana. lagi satu, mana tau bernasib baik jumpa lagi apek dengan pembonceng misteri tu.

ralph : kita tunggu je apa pandangan orang penang. kat ofis aku takde orang penang, kangar ada la.

Telor Power Says:
February 2, 2012 at 1:15 PM

sm: aku cuba yang terbaek la....agak payah kalau nak jelajah dgn kederat kaki nie...

SM Says:
February 2, 2012 at 1:27 PM

tp : apa ada hal, kedai banyak sepanjang jalan...

reen afny Says:
February 2, 2012 at 3:19 PM

aah panjang do entry kau yang ni. tapi lagi panjang entry 5 cerita hindi tu. hukhuk


haha tahu takpe, aku ingat aku salah tengok. da macam rupa tiket bas metro je. huhu

kad kredit? mengong la dia ni =.=

Telor Power Says:
February 2, 2012 at 3:30 PM

ya kedai banyak dan akan ku cari beca disitu nanti kehkehkeh

NenetPenne (NP) Says:
February 2, 2012 at 4:27 PM

@SM
ha ah panjang sangat entry ni... tu yang tak reti nak komen tu....

SM Says:
February 4, 2012 at 1:43 AM

ra : aku selalu buat entri kontot, sekali-sekala buat panjang best jugak. yela, kad kredit mana boleh pakai! buat selit kat pintu bas boleh la.

tp : apa barang naik beca. dah serupa jantan kabaret pulak. hahahaa...! (gurau je beb)

NP : takpe, even you are still here. that was more than enough for me. cewah...!

Telor Power Says:
February 4, 2012 at 2:47 AM

jantan kabaret...hahaha baru nampak mcm pelancong. secara langsung beri pendapatan pada si penaik beca tu kehkehkeh