Dari Akhbar Semalam

| Thursday, February 16, 2012 | |
"The victim, who wished to be identified only as Poon, 47, had been attacked by three robbers including a woman, who chopped off his left hand before relieving him of his handphone and money he had withdrawn from an ATM."
page 1, the Sun
Wednesday
February 15, 2012


"...in response to a statement by Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein that the "feel safe" factor is still lacking among Malaysians despite the drop in crime rate."
"...the overall crime index for last year had dropped 11.1% from the previous year, but Malaysian still felt unsafe."
page 4, the Sun
Wednesday
February 15, 2012


**************************************************


"Eh, takpa la. Mari saya hantar you." Katanya dengan nada bersungguh-sungguh. Aku bukannya sombong sampai tak nak naik kereta dia. Atau pun bukan sebab aku ni gayat naik four wheel drive. Tapi macam tak berbaloi sangat nak bazirkan bahan api dari kenderaan pacuan empat roda ni semata-mata nak hantar aku balik rumah. Dalam perkiraan kasar aku, kalau aku berjalan dengan lenggok lemah gemalai mungkin akan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke pintu pagar rumah aku dari al-Nafil Maju ni.


Jantan kabaret macam aku ni, tak mungkin takut gelap. Malah, berjalan di tengah kegelapan malam dan melintasi kawasan rumah pangsa menuju rumah aku takkan langsung menjejaskan stamina aku untuk bangun keesokan paginya.


"Tak mau la, dekat sangat rumah aku dari sini. Sebelah rumah flet tu je." Aku juga cuba menolak dengan bersungguh-sungguh. Kenapa la macha ni risau sangat pasal aku. Selama ni aku jalan kaki rilek je, takde apa-apa pun. Kalau meeting point tu jauh, baru la aku bawak moto. Tu pun kalau tak hujan. Takkan la dia ni sayang kat aku sampai macam ni sekali kot. Atau pun dia masih lagi terganggu dengan perbualan kami sebentar tadinya tentang kes rompakan yang mengakibatkan seorang lelaki putus tangan kirinya, tetapi telah berjaya disambung semula oleh doktor-doktor grade 4.0 dan tak pernah main-main masa zaman belajar dulu.


"Ala, mari la. Saya sudah bikin susah sama you. Keluar malam-malam macam ni." Tangannya singgah di bahu kiri aku.


"Ok la, aku pun tak pernah lagi naik kau punya Hilux ni..." Jawab aku sambil mengirinya menuju ke kenderaan pacuan empat roda yang diparkir di seberang jalan.


**************************************************


Ohya, mungkin pagi semalam kami telah membaca naskhah akhbar yang sama. Tetapi aku lebih meneliti laporan berita di muka 4 dan juga muka 30 di sisi kiri dan kanan sekali. Manakala jiwa dia lebih terganggu dengan laporan di muka depan dan gambar tangan yang juga terdapat di muka 4.


Apa-apa pun, kali ni aku cuba untuk tidak berada di sisi yang bertentangan dengan pemerintah kita dalam isu jenayah. Agak-agak apa la rasanya bila aku berjaya mengetepikan kerisauan tentang kes jenayah hari ini seperti saranan Hishammuddin tu. Rasa bahagia? Tidak. Sedikit waspada? Tidak juga. Tetapi aku rasa macam orang bodoh yang menipu diri sendiri.


Sekian entri tak puas hati dengan penipuan statistik...

15 comments:

Mr.Clive Says:
February 16, 2012 at 2:22 PM

how can malaysians feel safe pabila keluarkan duit dari atm,tangan kene tetak?

alo minister,think realistically.just because the crime rate drop doesn't mean it's not there.

SM Says:
February 16, 2012 at 2:27 PM

clive : bro, kali ni aku cuba untuk menjadi kurang realistik dengan meletakkan diri aku `di dalam kasut' menteri tu. walau pun dia sedar dengan tahap keyakinan rakyat yang kurang dalam isu keselamatan walau pun crime rate dah menurun, tapi dia terpaksa mengambil tanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan yang bersifat `mententeramkan persepsi' masyarakat. aku sedikit setuju dari sudut itu. tapi kurang setuju kalau setiap kali dia akan mengambil pendekatan tak seimbang macam ni.

reen afny Says:
February 16, 2012 at 2:54 PM

menipu diri sendiri apa?? tula pasal.. tahun ni dia kira baru 2 bulan kot. memang la rasa statistik jenayah makin menurun. huhu tunggu akhir tahun la rombak balek...


#pleasr prove you're not a robot??? jadah nya weh.. ahaha

SM Says:
February 16, 2012 at 3:08 PM

ra : itu statistik tahun lepas la...

reen afny Says:
February 16, 2012 at 3:14 PM

agaga tapi............
kau tulis tarikh semalam? hahaha

SM Says:
February 16, 2012 at 3:20 PM

akhbar semalam, takkan aku nak tulis tarikh hari ni pulak. budak kecik memang susah faham.

Pok Amai-Amai Says:
February 16, 2012 at 4:08 PM

Humang aih! Aku selalu isau tiapkali nak cucuk uit. Thts y selalu elak nak cucuk kat bank yg sunyi2. Lelagi mlm. Tp kdg2 have to kan?

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Tp lagi aku skt ati klu org asiklah nak sedapkan ati kite. Mcm sedapkan ati nak bg bonus. Tp tak bg2 gak bonus tu. Adehhh!

SM Says:
February 16, 2012 at 4:15 PM

MF : baru aku sedar, kadang-kadang mereka ni menipu pun atas sebab yang tertentu. permainan psikologi namanya. tapi dalam sesetengah keadaan, bersikap telus itu lebih baik. kau ada tengok gambar tangan tu?

Telor Power Says:
February 17, 2012 at 1:48 AM

bz giler....apa akhbar pun aku xdapat baca dari hari senin lepas.
wah mmg tak selamat pun malaysia nie...

statistik yg nk kelirukan rakyat jer media nie.

SM Says:
February 17, 2012 at 7:36 AM

tp : kalau aku jadi menteri mungkin aku pun buat macam t jugak. tapi biar la berpada-pada. dalam masa menipu untuk mengawal sentimen rakyat, biarla pada masa yang sama meningkat tahap kecekapan badan keselamatan dan kebolehpercayaan rakyat.

Telor Power Says:
February 17, 2012 at 10:41 AM

betul tu...tapi kalau badan keselamatan pun lebih kurang nak rilek2 memanjang aje ....segala usaha pun yg dirangcang akan tergendala. ah bersepah aku tgk sekarang nie...

bila ada berlaku jenayah, baru nak terhegeh2.

p/s : kalo ko jd menteri jgn lupa sogok aku hahahaha

SM Says:
February 17, 2012 at 11:05 AM

jadi menteri? dapat jadi ketua pemuda kawasan pun dah ok. boleh buat duit tu...

Pok Amai-Amai Says:
February 17, 2012 at 4:00 PM

Kl uade peluang nak tgk, jgn hrp aku nak tgk. Aku mmg tak ley tgk. Tdo mlm aku tak lena nanti. Bukan sebab takut tp entahlah...adehhh!

reen afny Says:
February 17, 2012 at 5:55 PM

yeeeee maksud aku... kau tulis tarikh semalam kan? so, maksudnya statistik tu mesti la dari tahun ni jugak. hmmm aku pun tak paham. kbai

SM Says:
February 18, 2012 at 7:33 AM

tarikh semalam yang aku taip tu adalah tarik siaran akhbar la. tapi statistik tu adalah untuk tahun lepas. "crime index for the last year"... FOKUS!