Cita-cita

| Thursday, February 16, 2012 | |
Sebagai kanak-kanak Malaysia yang lahir dan membesar di dalam negara beriklim khatulistiwa, aku percaya ramai daripada kita pernah mempunyai cita-cita. Kalau tak ada pun, sekurang-kurangnya kita pernah menipu untuk menjadi seorang doktor atau polis ketika ditanya oleh cikgu atau pakcik belah mak berkenaan dengan cita-cita bila dah besar nanti.


Sekitar usia sekolah rendah, profesion yang sering melintasi benak kita hanyalah menjurus kepada jenis pekerjaan yang biasa kita perhatikan seperti guru, yang kita nampak tiap hari dari pagi hingga petang; atau doktor, yang kita jumpa bila mak kita bawa kita ke klinik apabila demam tak kebah walau pun dah telan cortal; atau pun mahu menjadi polis gara-gara terpengaruh dengan kehebatan aksi polis menarik picu di kaca tv.


Kemudian, seiring dengan perubahan hormon dalam badan kita sebaik kita mencapai peringkat akil baligh lebih kurang sewaktu melangkah ke sekolah menengah, ramai pula antara kita yang bercita-cita ingin berjaya seperti Zamani Slam, Yusry KRU, Amy Mastura atau sekurang-kurang menjadi `beauty without brain' seperti Fasha Sandha. Itu bagi mereka yang tidur malamnya ditemani cetakan majalah Mangga. Tetapi bagi yang ulat buku dan terpaksa menghabiskan 50 jam seminggu di dalam kelas tuisyen, ramai yang menanam cita-cita ingin menjadi selebriti bertaraf dunia seperti Chef Wan, atau doktor kacak bergelar angkasawan, atau ahli politik yang bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat kelas bawahan sambil menipu di depan kamera, atau pun sekurang-kurangnya menjadi ahli perniagaan berjaya.


Tapi...


Minggu lepas, tak ingat hari apa. Kalau tak silap aku hari Khamis atau Jumaat kot. Ada seorang brader kat tempat kerja aku bawa anak dia datang ofis, umur 12 tahun baru masuk darjah enam yang jarak sekolah ke rumah cuma beberapa ratus meter. Aku syak brader ni mesti nak ajar budak ni cara-cara ponteng tanpa disedari. Sebab brader ni pun jarang nampak muka kat ofis. Tempat yang dia selalu ada selain kat kafe adalah kolam pancing.


Setelah beberapa minit penat melayan budak ni bermain Need For Speed secara LAN antara pc aku dan pc bapak dia, aku ajak budak ni pekena air kotak kat pantri. Salah satu soalan cepu emas yang aku tanyakan adalah, "Haziq bila besar nanti nak jadi apa?"


"Memang Haziq dah besar pun." Jawab budak muka bulat dan kening tebal ni. Pergh, kecik-kecik lagi dah pandai jadi lawyer buruk perangai. Nak je aku cucuh biji mata tu dengan api rokok ni.


"Yela, sekarang dah besar. Maksud uncle, nanti bila dah habis sekolah. Dah dewasa dan kacak macam uncle. Haziq nak kerja apa?" Terang aku dengan penuh sabar.


Dan dia jawab sambil tersengih "Nak jadi blogger..."


Gampang betul la budak ni...!


Selamat hari Khamis dan selamat memakai baju batik untuk kaki dan tangan orang awam sekelian.


Sekian entri cita-cita merepek si budak kecil.

24 comments:

Lady Windsor Says:
February 16, 2012 at 8:47 AM

1st!

Lady Windsor Says:
February 16, 2012 at 8:47 AM

2nd!

Lady Windsor Says:
February 16, 2012 at 8:48 AM

3rd!

Lady Windsor Says:
February 16, 2012 at 8:48 AM

4th!

Lady Windsor Says:
February 16, 2012 at 8:49 AM

5th!

ralphrazaq Says:
February 16, 2012 at 8:50 AM

sm - kau keje gomen gak kan? aku dah agak dah

Lady Windsor Says:
February 16, 2012 at 8:51 AM

Karang aku baca, nak g minum melo gelas kecik jap! Apasal word verification ko ni susah bebenor?

Lady Windsor Says:
February 16, 2012 at 8:52 AM

Ralph, jom g minum...

ralphrazaq Says:
February 16, 2012 at 10:56 AM

lw - dah minum dah kak...hehe

sm - pemikiran kita lebih kurang je..dulu masa sekolah rendah nak jadi peguam sebab minat tengok cerita cina kat tv3..drama pasal peguam..naik sekolah menengah, cita-cita makin kabur..takde hala tujuan...sampai la form 5..bila cikgu tanya pasal cita-cita aku bagi jawapan menipu je..ada sorang kawan aku (lelaki) dia nak jadi wakil rakyat..memang sedap kena bahan dengan kitorang lepas dia mengaku tu hahahaha

SM Says:
February 16, 2012 at 11:15 AM

LW :

aku dah agak mesti kau punya angkara, sampai lima petak depan kau rebut!

ralph :

aku tau la, kalau hari ni nampak orang naik moto pakai baju batik, mesti dia kaki dan tangan orang awam.

aku respek kawan kau tu sebab jujur, mengaku nak jadi wakil rakyat.

Lady Windsor Says:
February 16, 2012 at 11:19 AM

Aku punya cita2 macam biasalah, mula2 nak jadi baby sitter, lepas tu nak jadi pembantu rumah, kemudian bila dah besar sikit nak jadi chef..sekarang aku dah merasa jadi semua...tak mau jadi apa dah...nak berehat je..

o ya aku keje separa gomen..

SM Says:
February 16, 2012 at 11:20 AM

LW : tipu la sekarang ni kau takde cita-cita. aku tau mesti ada, tapi kau saje taknak reveal ATAU kau tak sedar yang kau ada `cita-cita tersembunyi'.

Lady Windsor Says:
February 16, 2012 at 11:29 AM

cita2 aku nak beli honda...tapi aku tak cukup duit...ada sapa-sapa nak belanja aku sebiji honda? replika tak mau, nak yang real on the road, so aku boleh start terus..dah!

SM Says:
February 16, 2012 at 11:33 AM

itu bukan cita-cita, tapi mengada-ngada!

Pok Amai-Amai Says:
February 16, 2012 at 11:44 AM

Apesal aku selalu terlps nak jdk pengomen 1st eh?

Betul ke bdk tu ckp nak jdk blogger? Hahaha! Blogger mcm beautifulnara tu ke? Oklah kot. Kaya dgn blog.

Kuang, kuang, kuang...

SM Says:
February 16, 2012 at 12:38 PM

MF : rilek beb, walau pun kau bukan yang pertama tapi kau antara yang aku nantikan... haah, aku pun tak pasti dia tau ke apa itu blog.

Mr.Clive Says:
February 16, 2012 at 1:56 PM

hahah setailo kot bercita2 nak jadi blogger..mane tau boleh ganti perezhilton. LOL :P

SM Says:
February 16, 2012 at 2:01 PM

clive : lain kali aku nak tanya budak tu punya blog. kalau ada la...

reen afny Says:
February 16, 2012 at 2:56 PM

agagaga! dia boleh belajar daripada kau la SM kalau nak jadi blogger terkenal. hahahaha!!

SM Says:
February 16, 2012 at 3:09 PM

ra : belajar dengan aku buat apa, lagi lingkup ada la.

reen afny Says:
February 16, 2012 at 3:22 PM

kau blogger tegar! agagaga

Telor Power Says:
February 18, 2012 at 1:53 PM

last!

mmg cilake jawapan budak haziq tu. meh aku jotos pale dia .

SM Says:
February 18, 2012 at 11:18 PM

ra : tegar ke jadah apanya.

tp : jangan wei, mana tau menjadi.

Telor Power Says:
February 19, 2012 at 1:50 AM

owh mgkn dia follower tegar red mummy
atau mgkn juga dia pernah baca artikal red mummy di akhbar. sebab tu dia nak jana pendapatan dgn menjadi blogger.