Chance and Change

| Wednesday, February 15, 2012 | |
video



Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again


Sanggupkah kita memberikan peluang kedua, ketiga atau pun sentiasa melapangkan tangan untuk menghadiahkan sesuatu yang amat tak terperi nilainya iaitu peluang? Adakah memenuhi permintaan seseorang untuk diberikan peluang kedua atas kesalahan yang dia pernah dilakukan itu, nilainya lebih besar daripada apa yang ada di kedua-dua hemisfera bumi? Kadang-kala, semakin sukar kita memberikan kemaafan, semakin sukar juga untuk kita memahami jalur-jalur kebaikan yang seakan ghaib setiap kali kita menafikan peluang orang lain.


Dan, apakah kita sentiasa rasa selesa mensia-siakan setiap peluang yang telah dianugerahkan kepada kita? Kalau macam tu, rasanya tak perlu lagi kita tercari-cari suluh cahaya yang mampu mengubah bayang legap yang kita tinggalkan.


Sekian entri pendek mencari peluang...

26 comments:

Lady Windsor Says:
February 15, 2012 at 8:50 AM

1st!
Ko memang masih ada peluang...sentiasa!

reen afny Says:
February 15, 2012 at 9:04 AM

2ND!
kena berubah dulu baru dapat peluang kedua itu...

tapi.... kalau da berkali kali kena tipu, perlu ke kita bagi lagi peluang kepada orang tersebut??? hmmm

ralphrazaq Says:
February 15, 2012 at 9:40 AM

jika diberikan ku satu peluang..apa yang aku inginkan..pulihkan segala kesilapan...

SM Says:
February 15, 2012 at 10:27 AM

LW : this is not about me la... hahahaa!!!

ra : kalau dah berkali-kali, kita bagi peluang ketiga, keempat, kelima dan selanjutnya. tapi kalau dekat nak mati tak berubah jugak, kita bagi pelempang supaya cepat sampai ajal! hahaha!

ralph : macam lirik lagu der!

Pok Amai-Amai Says:
February 15, 2012 at 10:28 AM

Susah aku nak bg peluang sekali lagi kat seseorang. Lelagi org yg pnh mengkhianat hati aku.

Cewah! Mcm ayat dlm novel. Aku mgkn sikit hati kering la klu nak cite bab2 mcm nie. Aku mmg pemaaf orgnye tp klu nak bagi ruang semula kat seseorang tu...pyh le sikit.

Tp aku setuju komen Kak LW. Ko mmg sentiase ade peluang (utk diberi atau memberi peluang pd org len). Mgkn ko yg tak nak cube kot?

ralphrazaq Says:
February 15, 2012 at 10:30 AM

sm - memang lirik lagu pun..aku pun susah la nak bagi peluang dekat orang yang pernah mengkhianati...

NenetPenne (NP) Says:
February 15, 2012 at 10:32 AM

@SM
aku dan LW bercakap tentang memberikan kau peluang...

SM Says:
February 15, 2012 at 10:36 AM

MF : kalau macam tu, aku rasa kau patut hayati babak dalam `3 idiots' ni. part yang paling aku tersentuh sepanjang movie ni.

ralph : memang la susah. but we have to try, right? (sori, terspeaking)

NP : wah, rindu la kat kau! lama tak singgah sini. kalau aku nyanyi lagu ni kat kau mesti meleleh air mata kau kan. hahahaa!!!

ralphrazaq Says:
February 15, 2012 at 10:48 AM

sm - i don't give a damn try (sori aku pun terspeaking)

Lady Windsor Says:
February 15, 2012 at 10:49 AM

SM
..and im not talking about u too..'ko'here is refer to anybody, anyone which is always have a chance to change, to grab and to feel if they realise..life is about trial and error but if u did something right all the times...u are superb then..

again..'you' is anybody..everybody...include me too..

:)

SM Says:
February 15, 2012 at 10:50 AM

ralph : bagi la peluang beb. mana tau lambat laun dia boleh berubah. tak rugi rasanya dan sangat berbaloi kalau peluang yang kita tu berjaya buat dia berubah. (cewah, pandai pulak aku nak motivasi orang. aku ni pun belum tentu lagi!)

SM Says:
February 15, 2012 at 10:52 AM

LW :

"dan im tidak bercakap tentang u terlalu .. 'ko'here merujuk kepada sesiapa, sesiapa sahaja yang sentiasa mempunyai peluang untuk berubah, untuk merebut dan merasakan jika mereka sedar .. hidup adalah tentang percubaan dan kesilapan tetapi jika anda melakukan sesuatu yang betulsemua kali ... u memang hebat maka"

bengong punya google, nak translate benda simple pun berterabur. hahahaa...!!!

ok, maknanya sama-sama la kita ye. merci!

NenetPenne (NP) Says:
February 15, 2012 at 11:08 AM

@SM
kau nak nyanyikan lagu tu untuk aku? aku tak penah dengar lagu tu...

kalau kita tak try dan tak buat salah sampai bila kita nak tahu apa yang kita buat tu betul atau salah..

eh apa aku ckap nih?? dengg....

SM Says:
February 15, 2012 at 11:13 AM

NP : hahahaa, aku pun tak faham dengan ayat ketiga kau tu...

Lady Windsor Says:
February 15, 2012 at 11:54 AM

Hahaha...google excellent weii, maybe ayat aku yang mengong...menyebabkan google pun turut menjadi lintang pukang..

SM Says:
February 15, 2012 at 12:48 PM

LW : bukan la, google translate tak sesuai untuk translate keseluruhan ayat. biasa la, depa kan mesin. otak yang ada tu takde keupayaan untuk mengolah dengan lebih berkesan macam manusia.

reen afny Says:
February 15, 2012 at 1:43 PM

hakhak tahu takpe. senang cerita. takde la saket hati nak tuggu dia berubah. kuang3

SM Says:
February 15, 2012 at 3:48 PM

ra : garang pulak...

ralphrazaq Says:
February 15, 2012 at 3:54 PM

sm - "seribu tahun tak mungkin, bisa menghuraikan semua......lalalala"

SM Says:
February 15, 2012 at 3:55 PM

ah sudah, lagu apa pulak ni...?

ralphrazaq Says:
February 15, 2012 at 4:03 PM

sm - entah...lagu rock kapak ni..aku jawab based on jawapan kau pasal patut ke tak beri peluang kedua tu..hahahaha

NenetPenne (NP) Says:
February 15, 2012 at 4:44 PM

maksudnya:

kalau kita tak buat menda tu dan hanya berpeluk tubuh sahaja, adakah kita tahu menda tu salah atau tidak??

faham tak?? tak faham, sudah lah...

reen afny Says:
February 15, 2012 at 5:41 PM

aku iyakan aja kau statement kau tu. hehehe

SM Says:
February 15, 2012 at 6:20 PM

ralph : macam tak relevan je.

NP : (angguk-angguk kepala)

ra : terima kasih, back up kawan-kawan.

Telor Power Says:
February 18, 2012 at 1:49 PM

last


peluang tu sentiasa aku beri pada kawan2 yg ada buat salah, pasal aku pun bukan sempurna. tapi kalo org tu tak beri peluang kat aku, jgn harap aku beri peluang juga pada dia.

sekian

SM Says:
February 18, 2012 at 11:18 PM

manusia...