Bercakap

| Friday, February 10, 2012 | |
*7:43 pagi;
Awal pagi, aku duduk atas bangku plastik. Di depan mata tertayang secawan kecil kopi tarik bancuh sendiri, dengan buih setinggi hampir suku inci beralaskan piring plastik berwarna biru muda. Bontot cawan ngam-ngam memenuhi ruang bulat di dasar piring. Beberapa sentimeter ke kanan, tertonggok sebungkus nasi lemak berlauk ikan masin dan telur dadar baki daripada tiga puluh potongan yang lain. Aku tersenyum. Mata terbuka, telinga terpasang.


*Sepuluh minit kemudian;
Bungkusan nasi lemak dah jadi leper. Tiada lagi bersisa walau pun sebutir nasi. Licin, kecuali sambal yang pagi ni sedikit masin dan terlebih pedas. Pedas yang mungkin disengajakan semata-mata mahu mengimbangi rasa masin yang tak mampu di`repair' lagi. Dilipat kecil-kecil hingga bersaiz lebih kurang separuh daripada not RM10. Dibiarkan di tempat yang sama. Cawan kecil baru empat kali dihirup, tetapi tiada lagi buih yang kelihatan. Hilang entah ke mana. Mungkin sedang meleleh masuk melalui esofagus oleh proses peristalsis. Atau pun telah tersejat oleh udara hangit dan angin dari putaran kipas dan air-con serentak. Senyuman aku makin melebar. Mata masih terbuka, cuping telinga tetap terpasang dengan ampuhnya. Menangkap segenap getaran gelombang bunyi yang dibawa zarah-zarah udara.


*Hampir dua puluh minit sejak kali pertama melihat jam tangan;
Bilangan manusia masih tidak berkurang, malah bertambah sebanyak dua orang lagi. Namun adunan suara garau, lembut, ayu, manja dan macho semakin menebal. Seolah penghuninya bertambah dua kali ganda berbanding sebelumnya. Lelehan kopi tarik dari bibir cawan kecil dah sampai hingga ke bontotnya, dan kemudiannya mendiami dasar piring. Dah kering dan melekit, membuatkan beberapa kali piring terangkat beberapa saat ke udara dek kerana dasarnya yang melekat dengan bontot cawan. Bungkusan nasi lemak tetap begitu. Tak terusik. Senyuman aku juga begitu, tak berubah. Tapi masih mampu mengusik hati bohsia yang teringin di`monggek'. Mata aku sengaja dibulatkan dengan kening lentik sedikit terangkat sebagai hiasan. Cuping telinga aku semakin capang sedikit. Dengan suhu normal manusia biasa.


*Hampir jam 8:30 pagi;
Suhu di dalam ruang bersaiz 12'x20' meningkat beberapa darjah selsius, berkadar terus dengan tekanan udara yang juga turut meningkat. Peningkatan yang disebabkan oleh haba yang terhasil daripada lapan jasad yang memiliki organ yang mampu berlisan iaitu mulut, serta pertambahan peratusan gas karbon dioksida menggantikan oksigen. Tetapi hanya tiga atau empat pasangan bibir atas dan bawah sahaja yang tegas bergerak-gerak. Tanpa ada pit stop di pertengahan percakapan. Kopi tarik dalam cawan kecil aku tinggal separuh. Suhunya sudah turun kepada suhu bilik, dan tidak mendatangkan mudarat besar jika dihirup melalui hidung. Bontot cawan juga tidak lagi panas. Namun kepanasan itu telah berpindah kepada sepasang daging pejal yang melekap pada muka bangku plastik iaitu bontot aku. Bungkusan nasi lemak tanpa sisa kekal tak terusik sejak kali terakhir aku menyentuhnya. Gerakan otot-otot sekitar bibir aku tidak lagi menguntum senyuman, sebaliknya telah menghasilkan sengihan manis. Cuping telinga masih begitu juga. Tetap cantik bak kelopak bunga raya yang mekar dipanah cahaya mentari pagi.


*Lebih lima minit selepas 8:30 pagi;
Macam gampang betul la! Tak boleh blah lagi. Aku mesti memisahkan bontot aku dari muka bangku plastik. Pagi ni aku tak terasa nak bercakap lebih daripada sepuluh ayat, memilih untuk menjadi pemerhati sunyi aksi-aksi tangan dan kepala yang sentiasa ligat bergerak seiring dengan jalan cerita tuan empunya jasad. Kisah yang sama, isu yang sama, masalah yang juga serupa. Tanpa ada sedikit pun titik idea yang bertunas. Semuanya cerita sama. Kisah gaji, korupsi, bebanan hidup dan sedikit gosip pagi ni adalah olahan isi percakapan pagi semalam. Perbualan pagi semalam tak lebih dan tak kurang sama macam pagi kelmarin. Sama. Tindakan aku tepat apabila terdengar ayat cedokan sama dari jam 7:43 pagi tadi ketika tangan kanan aku menguak daun pintu dan tangan kiri menatang piring berwarna biru muda yang mengampu cawan kecil berisi kopi tarik. Masih berbaki separuh. Hampir sejam, sedikit letih kerana menjadi ketulan batu angguk di tengah-tengah kumpulan manusia yang bercakap. Kawan-kawan, hari Isnin kita berdebat lagi. Kali ini aku melangkah dengan senyuman, mata bercahaya dan telinga yang masih terpasang sama macam semalam.


"Big people talk about ideas, average people talk about things, and small people talk about other people". Familiar with this quote? As for me, no matter who and how big they are, they are still a human being that need to talk with each other in their daily interaction life. But not most of them will come out with a solution or act on what they have talking about.


Sekian entri gelagat pantri di pagi hari...

15 comments:

Pok Amai-Amai Says:
February 10, 2012 at 2:32 PM

Apesal aku tak ley komen ko eh?

Pok Amai-Amai Says:
February 10, 2012 at 2:32 PM

Komen aku td tak kua. Penat aku menaip...

Telor Power Says:
February 10, 2012 at 4:42 PM

sama gak macam aku, xleh komen. skrg dah lupa nak komen apa...

tunggu aku baca balik

reen afny Says:
February 10, 2012 at 5:52 PM

kahkah tp sengal... rajen baca dua kali eh. haha

reen afny Says:
February 10, 2012 at 5:55 PM

kau lepak sorang2 je ke?? best kan duduk2 sambil tengok gelagat orang sekeliling. tapi ingat, kadang2 ada juga orang yang sedang perhatikan kita... weeee bajet retis lew tewww~ kbai


the people that talking about other people and not taking a solution to that problem is defined as busy body. hahahaha yea??? =.=

Telor Power Says:
February 11, 2012 at 12:22 AM

SM : ko mmg pemerhati dan pendegar yg bagus.

SM Says:
February 12, 2012 at 11:42 PM

MF : entah, entri yang ni ada problem kot. kau komen apa beb. aku kena tau.

tp : ceh, boleh pulak lupa.

ra : lepak ramai-ramai, tapi aku suka tengok diorang talking bullshit. hahahaa!!!

Telor Power Says:
February 12, 2012 at 11:53 PM

kehkehkeh

reen afny Says:
February 13, 2012 at 9:24 AM

lepas tu kau gelak2 kan dorang dalam hati an an. tahu sangat. haha

SM Says:
February 13, 2012 at 3:15 PM

ra : syok wei gelakkan orang ni.

reen afny Says:
February 13, 2012 at 4:20 PM

tahu takpe... tula bajet hebat lagi. padahal tak tahu orang tengah gelakkan dia. haha memang kejam jadi pemerhati ni.... wink*

SM Says:
February 13, 2012 at 4:35 PM

aku kalau tengah senyap pun agak kejam jugak.

reen afny Says:
February 13, 2012 at 4:55 PM

maksudnya??? aku tahu....
mesti tengah mencarut2 kan. hahaha

SM Says:
February 13, 2012 at 4:59 PM

ya, kau dah faham dengan aku.

reen afny Says:
February 13, 2012 at 5:03 PM

mesti lah....