Awek Pondok Tol

| Monday, February 27, 2012 | |
8:15 pagi
Khamis, 23 Februari 2012
Lorong tunai
Plaza Tol Gombak
...menghala ke Pantai Timur.


Bos : Pergh! Sekali sumbing la wei...
Aku : Ok la tu bai. Nama dia pun sedap apa. Boleh jual dalam majalah Mangga. Kecacatan macam tu, ada jugak kebaikannya. Selalu je senyum. Marah, senyum. Sedih, senyum. Nak maki pun sambil senyum!
Bos : Banyak la. Nanti kang dia cakap "hafang faghu fayik fang?"*. Seriau aku dengar.
Aku : Ala, memang kena la tu. Esok kau dah tua pun pekak badak. Bukan dengar apa pun. Janji pandai jaga hati laki sudah...
Dia : Wei, kepala hotak kau pekak badak!!!


*terjemahan - abang baru balik bang?


******************************


Hek eleh, itu pun nak memilih sangat si gemuk ni. Muka kalau dalam rate 8/10 tu kira ok la jugak. Ni kalau bagi kat makcik cleaner yang dah double menopause tu pun dia ketis je pakai ibu jari kaki! Hahahaaa...!!!


Pasal mulut sumbing, muka senget, jalan capik atau tangan pengkor, tu semua kerja Tuhan. Yang jadi hakim kat sana bukan kita, dan kat sini pun kita tak sepatutnya nak mengada-ngada jadi hakim jugak. Kalau muka cantik tapi perangai macam Fasha Sandha (sekadar contoh) tak guna jugak. Dada tu kalau boleh belah, keluarkan hati, potong dadu lepas tu letak kat pinggan. Tak sampai setengah minit mesti menderu lalat datang kerumun. Berbanding dengan awek muka tak lawa tapi hati cantik. Belum siap potong lagi, rama-rama dah datang hinggap. Dia punya cantik hati tu dah serupa bunga la... Eh, boleh pakai ke analogi sadis aku ni?


Ah, pergi jahanam... So, tak payah la berkira sangat dengan muka tu. Kalau aku jadi awek tu, nak je aku gantung cermin kat tingkap pondok tol, lepas tu tulis "korang ingat muka korang tu macam James Dean ke apa?"...


Sekian entri untuk orang tak sedar diri.

23 comments:

Lady Windsor Says:
February 27, 2012 at 8:07 AM

1st!
Hah seb baik ko punya entry ni back up gadis tol tu..kalu ko sama cam bos ko tu...aku maki ko siap2..

Err setuju dengan contoh Fasha Sondeh tu, muka cantik belum tentu hati cantik..

Dan perumpamaan ko sangat ekzegeret..belah dada potong hati berderu lalat kerumun..well said! hahahah...aku suka!

SM Says:
February 27, 2012 at 9:24 AM

hahaa... orang macam ni aku bambu je. dapat kau `pekak badak'!

Anonymous Says:
February 27, 2012 at 10:50 AM

aku hari-hari jumpa toll gate girl...depa ni ok je tapi banyak kali aku nampak tol sg balak menghala ke bangi, minah tollnya ramai yang cun melecun..

Lwindsor

Telor Power Says:
February 27, 2012 at 11:42 AM

ah alangkah ruginya aku....kerana aku tak perlu tempohi tol2 utk pi bekerja....


* rugi disini adalah dari segi jumpa toll gate
bukan dari segi duit utk bayar tol

SM Says:
February 27, 2012 at 11:56 AM

LW : awek tol kat LDP memang terbaik, nama pun dah macam pelakon!

TP : untung sebab tak payah keluar duit. rugi sebab tak dapat cuci mata. aku syak diorang ni ambik yang muka boleh blah je kot.

Telor Power Says:
February 27, 2012 at 12:53 PM

SM : ya itu salah 1 taktik mereka supaya orang ramai lebih kerap menggunakan tol berbanding jalan yg tiada tol.

baru dapat cuci mata walau terpaksa mengeluarkan duit.

SM Says:
February 27, 2012 at 1:41 PM

TP : taktik yang menjadi buat yang mata keranjang... nasib baik gua ni masih tebal iman di dada...

Pok Amai-Amai Says:
February 28, 2012 at 12:48 PM

Bukan ke lelaki selalu tak sedar diri? Mcm diri tu dah semacho Johnny Depp lagaknye..

=p

SM Says:
February 28, 2012 at 12:55 PM

MF : tak semua. contohnya aku ni, hahahaa...!!! kadang2 perempuan jugak yang buat sesetengah lelaki tak sedar diri. kalau boleh nak yang perfect segala. hinggakan sebahagian kami (yang bodoh) terpaksa bersaing dengan diri sendiri untuk menjadi macho (tapi tetap bodoh).

NenetPenne (NP) Says:
February 28, 2012 at 2:07 PM

aku kalau pencen, tak nak jadi toll gate makcik..aku nak jadi peronda lebuhraya... weeeee.....

SM Says:
February 28, 2012 at 2:09 PM

NP : pergh, dah macam abang misai dalam drama usop haslam pulak.

NenetPenne (NP) Says:
February 28, 2012 at 2:37 PM

@SM
best tau...
kau tak nak? nanti kalau kita kerja sama2, boleh ronda hiway sama2... naik 4x4 tau kalau malam, kalau siang, nak motor..alamakkkk!!!!!

SM Says:
February 28, 2012 at 2:41 PM

kalau malam aku taknak kerja, sebab aku banyak dengar cerita seram kat highway. baik mengopi sampai pagi. dah pagi, punch out! hahahaa!!!

NenetPenne (NP) Says:
February 28, 2012 at 3:09 PM

@SM
tak baik..
makan gaji buta...
dosa!!!!!!!!

tu pasal kalau malam kena kerja berdua... oklah tu..aku ada kau, kau ada aku... hiksss...

SM Says:
February 28, 2012 at 3:17 PM

aku jaga R&R kat highway, ok apa. daripada terus balik rumah layan tv...

NenetPenne (NP) Says:
February 28, 2012 at 3:44 PM

alasangggg...

Pok Amai-Amai Says:
February 28, 2012 at 5:28 PM

Ko dlm kategori mane? Bodoh macho? Atau setakat bodoh? Atau cuma macho? Atau ade definisi lain g yg sesuai? Heheheheh....

Lady Windsor Says:
February 28, 2012 at 8:56 PM

Helloo NP, sila pergi meronda naik motor ya...SM pun sila ikut NP..i jadi ketua toll...hahahaha..so i nak ronda naik truck...

SM Says:
February 28, 2012 at 10:09 PM

NP : aku takut hantu kat highway.

MF : ok, kalau kau sebagai perempuan, kau suka yang macamana? si bodoh yang berlagak macho atau si macho yang bodoh? sejujurnya, aku rasa ramai perempuan memilih rupa berbanding otak. sebab tu ramai yang tergila-gilakan pelakon/penyanyi hanya berdasarkan penampilan atau sekadar melihat gambar di majalah. aku harap kau tak macam tu. hahahaa!!!

LW : malas. kena kopi tarik kat R&R lagi cara.

reen afny Says:
February 29, 2012 at 1:36 PM

haha tula manusia. suka sangat memilih, padahal diri sendiri tak cermin. wupssss

SM Says:
February 29, 2012 at 1:45 PM

oit, mengata aku la tu. kau nak kata aku tak sepadan dengan adele ke? hahaaa...!!!

reen afny Says:
February 29, 2012 at 4:08 PM

hakhakhak woii terasa eh. haha wee larikkkkk..... mana ada. aku cakap diri aku jugak. haha

SM Says:
February 29, 2012 at 5:19 PM

nasib baik kau!!!