Asstro Pertama

| Monday, February 06, 2012 | |
RM0.00 You have purchased Asstro First Movies for RM15.00. Enjoy your movie on ch.489 after 5 mins. Your entitlement will expire on 07/02/2012 10:57 PM.



Pertama sekali, aku jamin apa yang aku lakukan ini adalah yang pertama sekali dalam hidup tetapi mungkin bukan yang terakhir. Manakan tidak, Asstro pada aku bukanlah sesuatu keperluan dalam hidup. Kalau ada aku tak mati, tapi kalau takde pun aku tak boleh terbunuh dengan mudah. Namun, beberapa kali juga terjadi apabila tindakan protes aku terhadap angka 6% sebagai cukai yang dikenakan oleh pemerintah telah membuatkan malam aku hanya diserikan dengan bunyian-bunyian daripada putaran dvd dari deck aku, berulang-ulang menarikan filem-filem lama. Atau pun jeritan teruja dan aksi meraikan gol daripada watak-watak artificial oleh Konami atau EA Sports menandakan dvd games yang aku miliki sedang diteroka skill dan strateginya.


Tetapi, untuk beberapa hari ni. Entah kenapa hujan yang kerap turun pada waktu sore bukan setakat membataskan pergerakan aku pulang dari kerja, malahan perancangan jahat aku untuk mendapatkan dvd pasar malam sebuah filem tempatan terus terkubur. Celaka apa! Macam kambing bandot takut hujan. Baru dua tiga titik kena hujan, hidung dah start berair sampai bibir bawah kalau tak dilap cepat-cepat. Bila sekali mukus tu melintas, kadang-kala aku terpaksa menghulurkan sedikit lidah agar dapat mengingat kembali rasa garam yang sebenar. Hahahahaaa...!!!! Pengotor sial!!!


Pesanan ringkas dari nombor yang tak guna dibalas datangnya ketika aku telah kehabisan rancangan untuk ditonton. Tetapi, sebelum itu jejari runcing dari kedua-dua belah tangan aku telah bekerja keras mengoperasikan telefon bimbit murahan di tangan kanan dan kawalan jauh Asstro di tangan kiri. Nak download filem ni, tiba-tiba aku terasa simpati pulak. Macamana nanti kalau filem ni betul-betul membuatkan aku rela meletakkannya dalam senarai yang terbaik? Aku tak mahu memikul rasa bersalah hingga ke jinjang neraka. Berbekalkan perview di saluran 481 dan keyakinan jitu dan utuh setelah menilai beberapa komen positif di internet sebelum ini, aku telah membulatkan tekad untuk menolak RM15.00 lagi dari akaun Cimb Cliks aku pada bulan hadapan menuju terus ke dalam saku akaun Asstro aku.


Dan, hasilnya aku berupaya menonton sebuah filem yang aku kira berbaloi secara marathon. Bila-bila masa yang kepala abah aku suka, sama ada sebentar lagi sebaik entri ini ditaip atau sebaik aku selesai solat subuh esok pagi. Di bawah adalah komen malas aku terhadap filem yang aku beli untuk tontonan selama 48 jam iaitu Songlap.


Yang baik dari mata (tanpa kepala) aku yang genius pra-sekolah:
  • Banyak menampilkan shot-shot dari jarak dekat, tetapi semua subjek tetap tidak kehilangan fokus atau sekurang-kurangnya aku dapat kesan kehadiran objek yang mempunyai fungsi dalam babak-babak berkaitan. Contohnya, kaki lelaki bertopi kledar yang membunuh Abang Mat telah kelihatan memasuki premis tempat geng jenayah ni berkumpul, kalau diamati dengan teliti melalui ruang bukaan pada roller shutter. Perkara ni aku perasan ketika kali ketiga aku menonton. (+8/10 markah)
  • Tiada babak-babak yang tak perlu. semuanya berjalan lancar sebaik adegan permulaan dimainkan sehingga ke penamat. Adegan yang meleret-leret yang wajib ada dalam filem meLAYU telah ditiadakan. Menandakan ini (pada aku) bukanlah filem meLAYU tetapi filem tempatan. (+8/10 markah)
  • Kesinambungan setiap babak adalah jelas. Tidak ada satu pun yang tersangkut-sangkut atau melompat-lompat, membuatkan aku faham dengan jalan cerita yang ingin disampaikan sama ada secara zahir atau `tersembunyi' sebaik tontonan pertama selesai. (+9/10 markah)
  • Olahan pada dialog yang diucapkan semuanya kena pada tempatnya dan ringkas, menjadikan jalan cerita bertambah jelas. Pelakon tidak merepek dengan ayat-ayat merapu atau kelakuan badut sarkas mintak penumbuk kat muka. (+7/10 markah)
  • Babak flashback yang aku sangat tak gemar dalam kebanyakan filem meLAYU juga telah ditiadakan. Kisah lalu yang biasanya menjadi babak wajib dalam flashback hanya perlu dimasukkan dalam dialog yang ringkas. Contohnya watak Am tersasul ketika memarahi Hawa jelas menunjukkan dia pernah menjadi mangsa dera oleh ibunya, seorang pelacur. (+8/10 markah)
  • Sekali lagi, plot penting yang telah berlalu tidak ditunjukkan menggunakan babak flashback. Cukup dengan dialog ringkas antara watak utamanya. Contoh, soalan bertalu-talu oleh Hawa iaitu "Ini anak siapa?" kepada bapanya jelas menunjukkan dia pernah menjadi mangsa inses oleh bapanya sendiri. (+6/10 markah)
  • Sinematografi yang berkesan dengan setiap situasi. Penggunaan cahaya yang sangat natural. Wajah pelakon kadang-kala tidak ditonjolkan dengan sepenuhnya atau terlindung dengan bayang-bayang sepanjang filem terutama ketika babak yang berlangsung di dalam bilik atau rumah. Namun begitu, emosi dan permainan wajah mereka tetap tidak tersembunyi oleh kerana gerak kerja kamera yang cukup bijak, sambil memanipulasikan bahasa tubuh pelakon. (+9/10 markah)
  • Semua ekstra dalam filem ni pandai berlakon dari akak jual kaunter tiket dan brader ulat kat Bus Stand Pekeliling, pelanggan kedai mamak hinggalah kepada perempuan-perempuan yang jadi bahan dagangan Abang Mat; tidak seperti kebiasaan filem meLAYU yang lain. Yang berlakon jadi tiang lampu pun macam gampang je berlakon. Kalau aku ada kat set masa tu, dah lama aku sepuk je muka masing-masing sampai berdarah hidung. Contoh, filem Soal Hati (Afdlin Shauki dan Erra Fazira) di mana seorang lelaki yang Erra Fazira silap sangka sebagai Afdin telah memalingkan muka dan badan tak ubah macam daun pintu yang diselak ke dalam. Langsung takde perubahan reaksi, statik! Bercakap pun, nada do re mi lagi sedap didengar. Fuck the duck! (+10/10 markah)
  • Filem ini cuba dibikin dengan serealistik yang mungkin. Contoh pertama : tidak menggunakan anak patung sebagai ganti kepada bayi Hawa sepanjang filem. Yang dikendong tu bayi real! Bukan anak patung, tangan dan kaki tu siap bergerak-gerak lagi. Contoh kedua : props yang digunakan untuk rumah Am dan Ad tidak keterlaluan mewahnya. Benda-benda biasa yang kita nampak kalau memasuki rumah bujang kat tengah bandaraya ni. Set tv 14" yang terletak atas kabinet kecil terpakai, dan juga deretan baju-baju tersangkut di dinding bilik tidur. Kalau nak tengok benda ni dalam drama atau filem meLAYU yang lain, jangan korang harap! Motherfuckers ni semua kalau buat cerita, set semua nak nampak cantik je. Watak utama kerja kerani atau kerja kilang je, tapi interior dalam rumah dah macam rumah sepupu Eric Leong! Again, fuck the duck! (+10/10 markah)
  • Cerita ini aku anggap tidak tergantung, walau pun kita boleh buat beberapa kesimpulan sebaik tamat menonton. Apa jadi pada Am yang terlepas peluang untuk mengikuti adiknya Ad menjalani kehidupan baru di Kuantan bersama Hawa? Adakah dia akan terus diburu oleh saki-baki orang Mama? Ringkasnya, filem ini tidak meletakkan happy ending sebagai penamat jalan cerita. Banyak lagi sebenarnya, Tapi cukuplah aku bagi sepuluh point je, senang nak bagi markah. (+6/10 markah)

Yang kurang baik, tapi kira ok lagi:

  • Gubahan skor muzik oleh Monoloque yang mengekori setiap babak pada aku sangat tidak menjadi. Tiada graf turun naik yang mampu membantu mood tontonan aku. Terasa mendatar. Aku tak tau pulak kalau cuma ini je yang Monoluque mampu lakukan. Sebab, apa yang aku tau Loque sebagai orang kuat Monoloque telah menghasilkan karya-karya yang hebat sejak 1.2 miligrams dan Butterworth Pushful ketika bersama Emmet dalam Butterfingers dulu. Atau pun aku silap baca kredit di akhir filem, yang ni orang lain kot. Mungkin, betulkan kalau aku silap. (-6/25 markah)
  • Tidak seperti Shaheizy Sam yang kekal cemerlang dalam filem ni, pada aku si Syafie Naswip masih lagi membawakan karakter yang sama seperti filem-filem terdahulu. Permainan mimik muka yang terlalu `seposen'. Beberapa aksi lakonannya kurang meyakinkan terutama ketika dia baru dipukul oleh bapa Hawa. Sama juga dengan Zara Ali yang aku anggap biasa-biasa je lakonan dia. Tapi, pelakon yang lain-lain macam Omar Abdullah, Normah Damanhuri dan Hasnul Rahmat (terutamanya) aku malas nak ulas. Semua dah tau pun diorang ni memang `boleh blah' punya kalau buat kerja. Angkat topi untuk mereka. (-4/25 markah)
  • Aku rasa, babak kejar-mengejar antara Kheong dan Am masih perlu diperbaiki lagi. Aku tau, babak yang melibatkan kejar-mengejar menggunakan kereta di tengah kesibukan trafik di tengah bandar adalah antara kerja yang amat sulit untuk dilaksanakan. Jadi, tak salah rasanya kalau babak Am melarikan diri dengan berlari di celah-celah bangunan terbiar sambil merempuh segala macam semak-samun dan bahan buangan dipanjangkan lagi, untuk menunjukkan betapa Am perlu melarikan diri dari Kheong sejauh yang mungkin. Sekadar cadangan. (-3/25 markah)
  • Sebelum menonton, aku mengharapkan aksi tumbuk-menumbuk dan kejar-mengejar yang hebat. Tapi itu semua tidak banyak kelihatan. Atau pun, aku harus sedar ini bukannya filem yang mengetengahkan keganasan sebagai perencah utama. Itu je kot, aku ada masa lagi 24 jam untuk menonton filem ni sampai berak hijau. (-3/25 markah)
Secara keseluruhannya, walau pun berdurasi kurang daripada dua jam, Songlap adalah filem yang memberikan kepuasan kepada aku sejak sekian lama selepas Anak Halal. Setelah kiraan daripada pihak juri awam dan profesional diambil kira, aku memberikan 3.45 bintang kepada filem ini. Sekian, terimalah slogan tidak melebihi 20 patah perkataan di bawah.

Saya suka filem Songlap kerana filem ini langsung tidak membabitkan polis dari mula hingga habis, pada saya polis Malaysia hanya buat semak je dalam filem.

Sekian entri macam bagus, konon-konon pengkritik filem...

37 comments:

Lady Windsor Says:
February 6, 2012 at 10:43 PM

1st!

Lady Windsor Says:
February 6, 2012 at 10:44 PM

2nd!

Lady Windsor Says:
February 6, 2012 at 10:44 PM

3rd! ok done..hehe

Lady Windsor Says:
February 6, 2012 at 10:48 PM

aku tersangatlah musykil bila mengetahui ko menonton filem melayu, lebih2 lagi filem songlap tu..mesti kelaszz filem tu...

err...perincian ko mengenai pengotor sial tu...ceittt! berjaya merasuk minda aku untuk berkata yuckk!!!

SM Says:
February 6, 2012 at 11:01 PM

5th!

jangan tamak sangat, aku pun nak jugak. bukan pengotor yang `sial' la beb. tapi tu sebagai kata penguat, macam `siot' atau `ek' dalam slang johor.

Lady Windsor Says:
February 7, 2012 at 12:18 AM

faham...sangat pengotor..hahaha...bukan pengotor yg sial...tapi kotor itu sendiri yg sial kan...sampai la ni aku tak 'cara' dengan perkataan siak...haha

Pok Amai-Amai Says:
February 7, 2012 at 9:53 AM

Aku rs, komen ko yg ko kate tak appear tu...ko komen kat entri Para Tuhan Manusia kan? Aku tak delete mana2 komen melainkan permintaan blogger. Atau mgkn blog aku dah biol> Ouh tidak! Ok. Aku nak c'tnue baca entry ko. Bwh2 t aku komen g.

Pok Amai-Amai Says:
February 7, 2012 at 9:58 AM

Aku tak nak komen yg len sbb aku tak tgk g cite tu. Walau dlm ati membuak2 nak tgk sgt tp aku kedekut nak beli Astro First. Sudahnya, aku sgp menunggu raya t. MAne tau kot kuar kan?

Aku nak komen psl adegan yg tak membabitkan polis. Walaupun aku anak polis, aku pun same setuju dgn ko. Adegan yg ade polis sbnrnya menyemakkan filem. Dongeng. Muak. Jelik. Jelak. Bodoh. Busuk. Tak ada imej polis s'skema' Gerak Khas atau Roda-Roda KL tu tau tak!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Telor Power Says:
February 7, 2012 at 7:59 PM

cerita songlap eh....aku suka, menarik kerana bagi aku ia merupakan cerita ttg realiti kehidupan yg mmg wujud dan pernah berlaku hingga kehari ini.


walaupun "lemau" bg bukan pengemar filem begini. tapi bg aku overall terbaek. mcm budak kelantan, spinning gasing, dan filem2 arahan arwah yasmin ahmad

Telor Power Says:
February 7, 2012 at 8:00 PM

aku suka part,, cara mancing ibu2 mengandung tanpa bapa tu masa kat bas stesen bas di pekeliling tu

SM Says:
February 8, 2012 at 7:56 AM

LW : perkataan `cara' yang kau guna tu lawak siot! tu kaedah penggunaan yang biasa. tapi `cara' yang aku guna sebelum ni membawa maksud yang lain.

MF : of tidak, kau mesti tonton ini filem. dvd pirate pun takpe. bukan disebabkan temanya yang biasa tapi, aku suka kaedah pembikinannya yang simple tapi.... tula!!!

tp : lu tengok kat panggung ke? budak kelantan ending hancur! spinning gasing ada scene ngentot!

Kasih Nur Ain Says:
February 8, 2012 at 8:46 AM

ya..sy jugak suka filem songlap...

Telor Power Says:
February 8, 2012 at 9:34 AM

SM : yup kat panggung ada, layan softcopy movie ada juga.

ngetot ke, gaduh ke berbunuh ke...semua tu mmg ada pernah berlaku dibumi malaysia.kehkehkeh....

SM Says:
February 8, 2012 at 9:44 AM

KNA : ya, sama-sama...

tp : tapi kalau tak tunjuk dalam filem pun takpe. contoh ; filem ni. kita semua tau mak Ad dan Am adalah pelacur dan kita tau hawa adalah mangsa inses, tapi tak tunjuk pun orang bersenggama (atau scene atas katil).

Telor Power Says:
February 8, 2012 at 9:52 AM

SM : betul gak pendapat ko tu bro...

tapi pada yg tak faham dan pada yg ambil masa lama utk fahami jalan cerita, mmg susah la... mungkin dia akan tertanya2 lebih.

SM Says:
February 8, 2012 at 9:57 AM

tengahari semalam kawan aku datang lepak rumah sebelum sesi mengail, sempat jugak layan se`round'. tapi dia lebih banyak bertanya daripada menonton. letih siot!

Lady Windsor Says:
February 8, 2012 at 10:18 AM

Hahaha benci dan keji kan bila tengok cerita sambil layan soalan org yg tak faham2...

SM Says:
February 8, 2012 at 10:23 AM

LW : ya, kalau boleh aku nak jerit, "eh, kau duduk jauh-jauh boleh tak?"

NenetPenne (NP) Says:
February 8, 2012 at 11:33 AM

eeeeuuuwwww pengotor!!!!!!!!

aku rasa nak lempang jer orang yang sibuk bertanya pasal cerita kat tv tu...atau orang yang lambat pickup...

SM Says:
February 8, 2012 at 1:32 PM

NP : aku tak suka menonton bersama-sama orang yang banyak tanya masa sesi menonton. rasa sangat sedut...

ralphrazaq Says:
February 8, 2012 at 3:08 PM

TP - budak kelantan ada adegan kena rogol..aku tengok kt panggung sambil tutup muka..

SM - ombak jahattttttt!!!!!! hahahaa

SM Says:
February 8, 2012 at 3:18 PM

ombak jahat? serious shit, aku kagak ngerti.

ralphrazaq Says:
February 8, 2012 at 3:21 PM

sm - ombak rindu tapi aku panggil filem tu ombak jahat...

SM Says:
February 8, 2012 at 3:27 PM

sori beb, itu bukan filem yang jadi perhatian aku. aku lebih memilih filem malaysia, bukan filem meLAYU.

ralphrazaq Says:
February 8, 2012 at 3:40 PM

sm - mg la..tp itu contoh filem sedut walaupun jalan cerita yang nak disampaikan tu ada...paham tak?

SM Says:
February 8, 2012 at 4:22 PM

malas nak faham. novel dia pun aku tak baca... hahahaaa!!! pap! pap! pap! (bunyi tepuk meja)

ralphrazaq Says:
February 8, 2012 at 4:33 PM

sm - aku pun x layan novel dia

Telor Power Says:
February 8, 2012 at 9:05 PM

SM : ya paling betul sekali tu, aku pun malas nak layan org byk bertanya dari menonton. hilang segala feel yg ada.


ralph : tangan mmg tutup muka tapi jari terbuka dijarang2 kan ...kehkehkeh


NP & Lady W : aku pun turut sokong. mmg aku tak suka org byk tanya tambah2 pula kalau cerita antoo + seram. cerita antoo aku suka layan sorang. feel giler walau cerita mcm hampeh. rasa ketakutan tu menyerapi habes ke tengkuk dan tubuh.

SM Says:
February 9, 2012 at 7:55 AM

ralph : mustahil siot!

tp : aku lebih suka pergi tengok movie sorang-sorang daripda nak melayan orang sebelah yang banyak tanya. bukan kacau daun, tapi kacau taik!

Telor Power Says:
February 9, 2012 at 9:12 AM

layan movie sorg kat rumah ok, tapi kalau kat panggung aku bersa sgt janggal

Lady Windsor Says:
February 9, 2012 at 9:30 AM

SM pap pap pap tu ooo bunyi tepuk meja kah...aku ingat bunyi apa...hahahaha!

ralphrazaq Says:
February 9, 2012 at 9:38 AM

sm - ye....aku tak layan novel dia dan masa filem ni hot aku baru tau dia adaptasi dari novel.

telor - hahahaha tipu la kalau aku tak tengok, tapi tengok dengan muka berkerut...ngeri kot emm.

SM Says:
February 9, 2012 at 9:56 AM

tp : kat panggung pun ok gak, tapi jangan pilih hari minggu. rasa macam bangsat pulak kang. hahahaa!!

LW : meja kayu belian. bunyi pun padu.

ralph : jadi, adakah `ombak jahat' ni berjaya menandingi reputasi novel yang asal?

ralphrazaq Says:
February 9, 2012 at 11:10 AM

eh mane perginya komen aku??

sm - aku tak baca novel dan aku tak tengok filem ni..kau kan ada astro pertama..langgan la

SM Says:
February 9, 2012 at 11:15 AM

ralph : aik, komen kau? semua ada tu ha... ke kau ada komen lain tapi lupa klik publish, terus close window. belum petang dah berangan...

Telor Power Says:
February 9, 2012 at 11:38 AM

sm: itu mmg tersangat bangsat kalau ke pawagam pd hari mggu, dan hari2 cuti sekolah. memang sesak nak mampos. aku pernah alami semasa duduk di kota JB dahulu.

tapi sekarang tiada masalah lagi, kerana tmpt disini(tmpt skrg area aku duduk) lebih kepada selesa. masa akan dtg tak pasti lagi

ralphrazaq Says:
February 9, 2012 at 12:12 PM

sm - mungkin kot...penat je aku taip laju-laju..cis

telor - book online je la..senang, boleh pilih tempat...kalau tak sesak bukan bandar namanya..filem War Horse macam gempak kan?