Aku Bukan Melayu

| Wednesday, February 29, 2012 | 36 comments |
Kadang-kadang aku rasa lebih baik aku jadi cina. Cina muslim yang pastinya tak makan daging haram dan tak teguk air setan yang direjam. Sebab sejak seminggu ni aku rasa sangat-sangat malu dengan perlakuan sekumpulan samseng yang berkokok macam ayam jaguh tapi telurnya tiada. Mereka ni aku anggap sama macam golongan penggemar makan bangkai dan kaki sungkit bontot orang.


Kesimpulannya, meLAYU bangsat ni lebih baik tiap-tiap hari hadap daging babi sebagai menu hidangan makan malam mereka kalau mereka terus membuatkan aku malu mengaku sebagai meLAYU!


Sekian entri amarah bertempat...

Air Liur Sahabat

| | 21 comments |


On one of the rainy night, Kumaran (Sasikumar) and Nallavan (Allari Naresh) escape from Thrissur and landed in Chennai city. They start a new life by working at a petrol station.  They stay at a rented house in a small community surrounded by various members of the society with the help of their old friend Pullikutty (Ganja Karuppu). 


They soon win the hearts of the people with their honesty and kindness. Nallavan promptly falls for his co-worker Tamilarasi (Nivetha). Whereas, Kumaran who has constant run-ins with their neighbour, a movie dancer Bharathi (Swathi) who dislike him at first, but falls for him after coming to know his helpful nature and kind  demeanours. Soon, the love blooms between them.


There seems to be no end to Kumaran's newfound luck when he starts a delivery service with his friends, which ends up being a successful business. Just when things start looking up in life for Kumaran and his friends, a mysterious man appears and the past comes back to haunt them.


******************************


Ini adalah sinopsis yang aku salin dan tampal berkenaan dengan filem terbaru dari Asstro Thangathirai bertajuk Poraali. Aku rasa dah lebih dua minggu filem ni ditayangkan, tapi sampai sekarang aku tak sempat lagi nak hadap dari mula sampai habis. Sempat tengok sekerat-sekerat je, rasa macam pundek pun ada. Tak feel langsung.


Apa yang aku ingat, ada satu scene tu yang tak mungkin (mustahil sama sekali) kita dapat lihat melalui filem tempatan. Scene di mana salah seorang watak utama mengalami serangan sawan secara tiba-tiba hingga air liurnya meleleh ke dagu. Dalam keadaan yang panik tu, seorang lagi watak utama cuba memberikan bantuan mengikut apa yang dia termampu. Menjerit meminta tolong, memapah kawannya naik ke atas riba dan salah salah satu aksinya yang kelihatan sangat natural dan paling menarik perhatian aku adalah...


...mengesat air liur yang betul-betul meleleh dari mulut kawannya dengan menggunakan tangan!


Aku tak rasa kelakuan ini akan ditonjolkan dalam filem seperti Ombak Rindu. Paling kuat pun scene dimana Saiful Apek mengesat kahaknya sendiri dalam Biar Betul. Dalam dunia realiti, rasa-rasanya sanggup tak kita lakukan perkara yang sama terhadap sahabat kita yang kononnya `sanggup sehidup semati'?


Sekian entri pengorbanan untuk sahabat.

...dalam bilik.

| Tuesday, February 28, 2012 | 21 comments |
Politik takkan wujud kalau seseorang itu terpendam sahaja di dalam biliknya dan tidak bertemu sesiapa. - Hasmi Hashim.


Eh,  apakah aku sekarang sedang berpolitik? Ye kot. Dan yang pasti, aku tidak mengamalkan politik kepartian. Kerana sifat taksub dengan politik yang menjurus kepada kepartian pasti akan mendatangkan petaka ke anak cucu...


Sekian entri susulan untuk quote seseorang.

Politik Kedai Kopi

| | 22 comments |
Buletin 1:30. Skrin di tv menunjukkan seorang lelaki sedang bercakap memberikan pendapat tentang dasar-dasar caca marba si pemerintah. Berdasarkan beberapa ayatnya, jelas menunjukkan sokongan tak berbelah bahagi terhadap segala usaha bodoh pemerintah untuk memenangi hati rakyat yang tak terpelajar.


"Hek eleh, interview brader pakai kopiah ni. Kat kedai kopi pulak tu. Politik kedai kopi ni bukan boleh pakai pun. Bersidang kat situ, habis pun kat situ jugak," kata Stan sambil tergelak sebelum menghirup teh tarik kurang manis gelas kecil.


"Wei, lu jangan main-main bai. Ahli mesyuarat kedai kopi ni la yang bagi undi. Boleh lu kata tak penting. Takde kedai kopi, takde la persidangan. Takde persidangan, takde la perbalahan. Takde perbalahan, takde la jugak pendapat bodoh. Kalau takde pendapat bodoh berkenaan ahli politik nyanyuk, takde la orang yang terpengaruh. Kalau semua tu takde, takde la orang keluar mengundi..." selamba aku jawab macam dah tersusun ayat sejak semalamnya.


Aku tengok Stan, Stan tengok aku. Kami sama-sama tersengih...


Sekian entri sembang lebat dengan kawan-kawan...

Makyong, Wayang Kulit dan Penyu

| Monday, February 27, 2012 | 8 comments |
Penghargaan dan seribu tahniah kepada seorang lelaki cina berkemeja putih jalur hitam halus lengan panjang ketika sesi debat antara Lim Guan Eng dengan Chua Soi Lek kerana berbahasa Melayu semasa mengajukan soalan berkaitan makyong, wayang kulit dan penyu. You are the winning folk! Terima kasih...

Awek Pondok Tol

| | 23 comments |
8:15 pagi
Khamis, 23 Februari 2012
Lorong tunai
Plaza Tol Gombak
...menghala ke Pantai Timur.


Bos : Pergh! Sekali sumbing la wei...
Aku : Ok la tu bai. Nama dia pun sedap apa. Boleh jual dalam majalah Mangga. Kecacatan macam tu, ada jugak kebaikannya. Selalu je senyum. Marah, senyum. Sedih, senyum. Nak maki pun sambil senyum!
Bos : Banyak la. Nanti kang dia cakap "hafang faghu fayik fang?"*. Seriau aku dengar.
Aku : Ala, memang kena la tu. Esok kau dah tua pun pekak badak. Bukan dengar apa pun. Janji pandai jaga hati laki sudah...
Dia : Wei, kepala hotak kau pekak badak!!!


*terjemahan - abang baru balik bang?


******************************


Hek eleh, itu pun nak memilih sangat si gemuk ni. Muka kalau dalam rate 8/10 tu kira ok la jugak. Ni kalau bagi kat makcik cleaner yang dah double menopause tu pun dia ketis je pakai ibu jari kaki! Hahahaaa...!!!


Pasal mulut sumbing, muka senget, jalan capik atau tangan pengkor, tu semua kerja Tuhan. Yang jadi hakim kat sana bukan kita, dan kat sini pun kita tak sepatutnya nak mengada-ngada jadi hakim jugak. Kalau muka cantik tapi perangai macam Fasha Sandha (sekadar contoh) tak guna jugak. Dada tu kalau boleh belah, keluarkan hati, potong dadu lepas tu letak kat pinggan. Tak sampai setengah minit mesti menderu lalat datang kerumun. Berbanding dengan awek muka tak lawa tapi hati cantik. Belum siap potong lagi, rama-rama dah datang hinggap. Dia punya cantik hati tu dah serupa bunga la... Eh, boleh pakai ke analogi sadis aku ni?


Ah, pergi jahanam... So, tak payah la berkira sangat dengan muka tu. Kalau aku jadi awek tu, nak je aku gantung cermin kat tingkap pondok tol, lepas tu tulis "korang ingat muka korang tu macam James Dean ke apa?"...


Sekian entri untuk orang tak sedar diri.

Cintaku Di Hujung Jarinya

| Saturday, February 25, 2012 | 11 comments |


Awek gua memang taiko sial! Sila klik `pause' pada minit ke 0:51. Gua harap satu hari nanti bila lu dah pencen menyanyi, lu boleh bertanding jadi calon pilihanraya. Tunjuk satu jari tengah kat kamera TV3!


Masa gua tengok video lu kat tiub awak yang baru berusia empat hari tu pun, lu dah dapat  1,703,354. Bayangkan kalau lu masuk bertanding... Gua sanggup korbankan darah buat upah hantu supaya diorang ikut beratur mengundi sekali!




Hail Adele...!!!


Sekian entri khas untuk awek gua yang berani!

Tanah Tinggi

| Friday, February 24, 2012 | 22 comments |
Macam gampang pulak rasa sejak akhir-akhir ni dengan atmosfera negara. Rasa bosan ada, rasa macam babi panggang pun ada. Tiap-tiap hari nak fikir masalah bagi pihak pemerintah. Diorang ni kalau menipu depan tv pandai la, tapi cuba suruh diorang jadi imam solat subuh. Mau lintang-pukang. Doa qunut jadi doa makan. Nak memantapkan Islam, meLAYU dan raja-raja konon. Sudah la, sembang kat kedai kopi lagi baik!

Mana aku nak merenung masa depan orang kedana yang tertindas, mana aku nak cari jalan nak setel hutang negara yang makin menimbun, mana lagi aku nak fikirkan masalah remaja kita yang suka kongkek merata-rata... Tu belum kira kegawatan politik yang makin bercelaru sejak muka Najib selalu tubik tv sejak akhir-akhir ni, tanda-tanda awal PRU makin dekat.

Nasib baik dalam dua hari ni bos aku ajak naik tanah tinggi yang tak berapa nak tinggi memuncak ke syurga. Hawanya yang tak berapa sejuk, tak berapa nak suam sangat. Dapat la aku ambik peluang ni usha-usha sikit pokok-pokok hutan yang berselerak kat cerun-cerun. Cuci mata. Sambil layan corner baring seumpama Tohai dan AE86 dia. Cuma bezanya aku bawak kereta buatan Malaysia je.
(aku sengaja buat gambar ni macam zaman Sharifah Aini sekolah menengah)


Ini adalah lawatan yang entah ke berapa kali, aku malas nak kira. Tahun lepas, hampir setiap minggu aku kena jenguk ke sini. Saling tak ubah macam ahli parlimen tua bangka tak sedar diri gila anak dara yang melawat kawasan. Dan tahun ni, disebabkan projek dah setel, sekembalinya aku di sini, dapat la aku nak menumpukan fokus aku pada serangga yang dah mula menjadikan site aku ni sebagai tanah perkuburan diorang.


Mana taknya, asal nak mati je masing-masing landing kat atas lantai. Tu aku belum panjat bumbung lagi tu. Kalau aku jenguk kat situ, silap-silap bangkai babi hutan pun ada.


Misi kali ni, aku nak mengumpul beberapa jenis serangga yang tak terdapat kat semak sekangkang beruk depan rumah aku. Walau pun sedikit ralat sebab tak dapat snap gambar kumbang tanduk, tapi aku agak puas hati apabila melihatkan koleksi gambar yang tak seberapa kualiti dan kuantitinya ni. Dan setelah melakukan kajian selama beberapa jam untuk mencari nama-nama saintifik bagi spesis serangga rare ni, berikut aku sediakan antara hasil kajian dan penemuan untuk tatapan aku sendiri menjelang hari tua kelak...




Disebabkan aku malas nak search Google bagi nama lima daripada enam nama saintifik serangga kat atas tu, jadi aku boleh dianggap sebagai orang pertama yang menemui spesis rare ini dan layak menerima hadiah nobel.


Untuk itu, aku bercadang memberikan beberapa spesimen yang aku bawak balik kepada sesiapa yang berminat menjalankan kajian yang lebih mendalam.




Sekian entri mari mengenal serangga...

Susu II

| Thursday, February 23, 2012 | 18 comments |


Intro:


Seorang lelaki berkumis nipis bangun perlahan-lahan dari tempat duduknya sambil membetulkan kemeja merah jambu berjalur biru halus yang dipakainya. Kolar baju yang tadinya senget sedikit beberapa milimeter ke kanan dinaikkan agar searas dengan yang sebelah lagi, beberapa kali walau pun akhirnya perbuatannya itu seolah langsung tidak mendatangkan kesan. Mata bundarnya yang perlapikkan kanta berbingkai halus, kemas memerhatikan tulisan-tulisan yang tercoret pada sehelai kertas di tangan kanannya. 


Pasangan skandalnya, seorang wanita pertengahan umur yang baru dikenali semasa sesi perbicaraan yang memakan masa hanya beberapa jam kelihatan cuma duduk tegak membatukan diri. Namun, dari raut wajahnya, jelas sekali menunjukkan dia langsung tidak menunjukkan minat atas keputusan yang bakal dibacakan. Apa yang dia tahu sejak mula prosiding berlangsung pada sebelah paginya, tertuduh adalah seorang lelaki tak berguna yang tidak memerlukan peguam langsung untuk membelanya. Semua bukti telah jelas. Yang bergerak hanyalah anak matanya yang menjelajah ke segenap pelusuk ruang kamar perbicaraan. Di tangannya tergenggam kemas sebatang pen biru berjenama Kilometrico. Sesekali dia mengetuk-ngetuk perlahan mata pen bersaiz 0.5mm ke muka kertas, mungkin untuk mengalirkan dakwat yang mulai membeku.


Ehem...! Ketua juri berkumis nipis berdeham sekali. Membetulkan aliran saliva di terowong kerongkongnya. Dia memejamkan matanya beberapa saat, sambil bibirnya terkumat-kamit. Halkum kecil yang tergantung di birai lehernya bergerak ke atas dan ke bawah setiap kali dia menelan air liur. Sepertinya dia sedang memanjatkan doa dan memohon petunjuk daripada Tuhan, walau pun kadang-kala perbuatan dalam kehidupan realitinya langsung menyamai kehidupan manusia tidak bertuhan.


Sehabis berdoa, matanya kembali dibulatkan dan diarahkan kepada hakim perbicaraan. Sesaat kemudian, pandangan matanya dilemparkan pula ke arah kertas di tangan. Bebola matanya menari-nari mengikuti baris-baris coretan di muka kertas. Namun begitu, dia tidak sepatutnya merujuk kepada ayat-ayat yang tertulis di kertas itu, oleh kerana dia sendiri telah tahu apa yang perlu diperkatakan sebentar lagi.


Kamar perbicaraan sunyi sepi. Masing-masing menumpukan pandangan mata ke arah ketua juri berkumis nipis. Kini, dia adalah satu-satunya individu yang menjadi perhatian sekelian manusia di situ sejak prosiding bermula.


Ehem, ehem... Setelah berdehem beberapa kali, dia memulakan bicara... "Yang arif, saya sebagai ketua juri dengan ini mengumumkan bahawa kami telah mencapai keputusan dengan sembilan orang menyokong dan seorang menentang, mendapati bahawa tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan yang dikenakan..."


Cif Inspektor Ahmad Kamal bin Hj Ishak (bukan nama sebenar)


Salah seorang daripada ahli pasukan pendakwa, menyandarkan badannya di kerusi berkemasan fabrik import dari Mongolia. Tersenyum puas kerana kerja mudahnya membawa pesalah kecil telah selesai. Dalam perkiraannya, selepas ini ada lagi beberapa kes kecurian yang bakal menjadikan namanya muncul lagi di muka akhbar dan sebagai bahan bualan di kalangan anggota polis beberapa balai di daerahnya. Di dalam hatinya...


"Ha, padan muka kau. Duduk la kau dalam penjara tu dua bulan. Orang lain semua suap anak kat rumah dengan hasil duit halal, kau pulak nak mencuri. Tak tau malu ke buat kerja haram? Makan duit haram? Sampaikan susu pun nak curi! Orang-orang macam kau ni patutnya aku tembak je bagi mati. Nasib baik hari tu kau menyerah je. Kalau kau lari, dah terbazir peluru aku sebutir..."


Wan Sarkinah binti Wan Rosli (bukan nama sebenar)


Pemilik dua buah butik kecantikan di sebuah bandar satelit. Telah memulakan perniagaan berkaitan produk penjagaan kecantikan sejak sepuluh tahun lalu. Dia adalah salah seorang penerima skim pinjaman untuk usahawan bumiputera yang dilancarkan pemerintah beberapa tahun yang lalu dan menggunakan dana tersebut untuk mengubahsuai premis perniagaannya ke taraf bangsawan. Pinjaman itu diterima sebaik sahaja dia berjaya memperolehi surat sokongan daripada ahli parlimen tempat dia mengundi. Mengambil tempat di baris kedua dari hadapan bersebelahan laluan tengah. Di dalam hatinya...


"Ya Allah, apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni. Orang sanggup mencuri sebab beberapa paket susu tepung? Bertaubatlah. Moga hukuman ni dapat menginsafkan dia."


Kamarul Ikhwan Solihin bin Kamarul Affendy Julaihi (bukan nama sebenar)


Seorang pengurus projek bagi sebuah syarikat kontraktor pembinaan yang berpangkalan di Singapura. Berpendapatan lebih RM7000 sebulan dan memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di bandar berhampiran dan sebuah lagi banglo di Kuching, yang menempatkan kedua-dua ibu bapanya. Masih bujang. Hadir untuk mengikuti prosiding di mahkamah atas alasan mahu menenangkan fikiran setelah lebih tiga minggu menghabiskan masa di tapak binaan. Di dalam hatinya...


"Cis, apa la punya orang. Banyak lagi kerja dia boleh buat. Kerja mencuri jugak yang dia pilih? Patut la ramai mat bangla dengan indon yang kerja kat sini sekarang. Mana tidaknya, orang sendiri pun lebih suka buat kerja jenayah. Nak hidup senang, tapi tak nak usaha. Dasar manusia pemalas!"


Si kakak (tidak perlu nama samaran)


"Ibu, mana babah? Lama dia tak balik. Babah pergi beli susu kakak ye?" soal si kecil itu pada suatu petang seraya memalingkan wajah ke arah ibunya yang sedang bersimpuh menahan sebak. Di tangannya tergenggam erat sebiji botol susu berisi air suam yang tinggal separuh. Dia terpinga-pinga, tercari-cari. Dan kadang-kala sedikit kebingungan apabila telah hampir seminggu dia tidak bermanja dengan babahnya.


Sekian kisah antologi drama...

2012-1942=70

| Wednesday, February 22, 2012 | 17 comments |
Ketika itu, kehadiran mereka dengan berpakaian seragam tentera empayar dan bersenjatakan raifal seringkali dimomokkan sebagai haiwan kecil yang langsung tidak mendatangkan gusar. Sesetengah daripada mereka digambarkan sebagai tikus mondok yang akan berdecit lari apabila disergah, dan ada pula yang dianggap seperti monyet sarkas yang hidup untuk diperbodoh-bodohkan.


Tetapi akhirnya, gerombolan bermata sepet ini dengan mudah mencantas kehadiran kumpulan imperialis berhidung catuk keluar dengan aibnya.






Sekian entri pengajaran untuk yang suka memandang rendah...

Isoroku Yamamoto

| Tuesday, February 21, 2012 | 10 comments |
Isoroku's Death Poem
I have no face
To show the living God
Nor have I words to speak
To the families of comrades who are gone
Beneath this sod
Old proverbs fade into homilies
My body is not of iron
But with iron will
I will drive deep into the enemy camp
I'll leave this humble soldier's blood to spill
As sparks and streaks of light escape this lamp
So wait a while, young warriors
Here, below the empire's sun
Below the empress moon
I'll fight this farewell battle
And I'll follow you
On your petal-strewn path
Someday soon
Isoroku Yamamoto
1884-1943

Sajak tulisan general perang Jepun lewat Perang Dunia Kedua kat atas kadang-kala berjaya meremangkan bulu roma aku. Terutamanya ketika dibacakan sewaktu aku di dalam mood `tenang'...


Sekian entri ingatan untuk `holly death'.

Susu

| | 11 comments |


Dup...! Aku menepuk keras daun pintu dengan permukaan tapak tangan aku. Terasa sedikit kebas mulai menjalar hingga ke siku beberapa saat sebaik aku menggenggam erat dan mengepal-ngepal buku lima. Aku usap-usap lagi tapak tangan aku dengan sedikit menekan buat menghilangkan rasa pijar yang memanaskan urat saraf sekitar pergelangan tangan. Sehabis dielus, aku mengusap-usap kepala sambil memicit-micit sedikit agar bungkaman bingung di dalam dasar kepala otak aku dapat mencair.


Fikiran aku semakin kusut sejak beberapa jam yang lalu. Entah sudah berapa lama aku duduk bertinggung di muka pintu ini, aku tak pasti. Yang aku pasti, udara suam pagi sudah bertukar menjadi sedikit ganas di luar sana. Suara-suara sayup dari surau berhampiran sudah lama tidak kedengaran. Mungkin para jemaah semuanya sudah beransur pulang ke rumah masing-masing. Gelas kecil berwarna jernih berisi air suam di antara celah kangkang aku kelihatan berkocak sedikit ketika daun pintu itu aku tepuk sebentar tadi. Isi perutnya sudah tidak suam lagi. Tidak pula sejuk. Hanya mengadaptasikan diri mengikut suhu persekitaran.


Hanya inilah yang tinggal di dapur. Tiada lagi gula yang berbaki walau pun sebutir. Tiada lagi serbuk kopi yang menjadi kegemaran aku sejak sekian lama. Entah, kalau tak silap aku mungkin bekas kopi di atas para telah kosong sejak tiga atau empat bulan yang lalu. Dan tiada juga serbuk teh yang tersisa walaupun sesudu kecil untuk dibancuh menjadi sekole teh o nipis buat menghangatkan tembolok.


Dari bertinggung, aku melabuhkan punggung aku di birai pintu, tetap mengadap ke luar sana. Aku kendurkan sedikit kaki kanan dan kiri aku silih berganti beberapa kali. Lega. Kekejangan yang melingkari urat kaki aku mulai samar. Hmmm... Aku melepaskan desahan nafas yang panjang. Namun tidak cukup untuk meleraikan kekusutan yang kini sedang galak bersarang di dalam benak aku.


Sebaik lirikan mata aku dilarikan dari jalan besar di luar sana ke dalam perut gelas yang jernih, serta-merta aku teringat akan dapur aku yang semakin sepi daripada bunyi ketukan sudip memukul kuali. Dahulu, dapur itu seakan menjadi nadi yang menggerakkan denyutan kasih sayang kami empat sekeluarga. Pasti riuh dengan suara kakak menjerit-jerit meminta pesanan bagaikan seorang tukang masak restoran tepi jalan, ketika dia sebenarnya sedang mengajuk ibunya yang sibuk memasak. Tak ketinggalan juga sekali-sekala disulam dengan suara tangisan si adik apabila diusik oleh si kakak.


Tetapi semua itu seakan terhenti sebaik aku dibuang kerja lebih dua bulan yang lalu atas alasan yang tak masuk akal. Untuk mengurangkan perbelanjaan atas sebab pesanan yang semakin kurang, kata branch manager aku pada satu petang tu. Sialan! Dasar penipu. Kebetulan pagi esoknya ketika aku datang untuk mengambil gaji terakhir, aku melihat sebuah van yang sarat dengan hampir sepuluh orang lelaki berwajah asing memuntahkan isinya betul-betul di depan pintu utama kilang. Dan kebetulan juga, aku dapat mengecam sebuah kereta import dengan nombor pendaftaran baru mengisi ruang parkir khas untuk general manager. Sialan!


Kita cuma mentimun, kalau depa nak berhentikan kita, apa kita boleh buat? Hang terima je la! Begitu lebih kurang kata-kata Abang Jai sehari sebelumnya. Aku terpaksa akur dengan keputusan pengurusan tertinggi yang mahu menggantikan khidmat aku dengan tenaga dari luar. Tetapi mereka masih lagi berdolak-dalih tentang alasan sebenar aku diberhentikan. Bukan sahaja aku, tetapi beberapa orang yang menerima nasib sama seperti aku juga turut tak berpuas hati.


Sejak itu, tiada lagi ikatan sayur bayam yang menjadi kegemaran kakak mengisi ruang istimewa di dalam peti sejuk second hand di dapur. Begitu juga sayur berdaun yang lain. Sudah lama tidak kelihatan. Dan tiada ikan selar kuning yang biasa menghuni bersama-sama beberapa jenis sayuran lagi. Selain ikan yang boleh aku beli penuh satu plastik dengan harga hanya RM3 itu, ikan kerisi yang sudah pecah isi perutnya juga sering aku hadiahkan untuk si dia hampir setiap kali tibanya hari sabtu. Lauk hari minggu... Kata aku sambil tersenyum kepada dia. Walau apa pun yang aku hulurkan, dia tetap menyambutnya dengan wajah yang sama cantiknya seperti kali pertama aku lihat beberapa tahun dulu. Cuma bezanya, kali ini kerut di halaman wajahnya semakin bertukar menjadi kedut-kedut usia.


Bila terkenangkan semua kesusahan yang dia kongsi bersama aku sejak sekian lama ni, hati aku mulai sayu. Seorang yang cantik dan bijak tidak sepatutnya menerima nasib yang malang seperti ini. Hampir setiap malam, sebelum melelapkan mata aku akan diselubungi dengan perasaan bersalah terhadap dia. Selayaknya dia mengecapi hidup yang lebih nikmat berbanding apa yang dia miliki sekarang. Mendiami sebuah rumah setinggan di tepi sebatang sungai bersebelahan sebatang lebuhraya yang sesak, tidak mempunyai pekerjaan tetap yang layak dengan kelulusan. Hanya sesekali mengambil upah menjaga budak kecil dengan bayaran RM30 seminggu, atau pun mengambil tempahan menjahit baju raya dari jiran-jiran sebelah. Tetapi sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk orang lain mengupah dia menjahit baju. Hari raya sudah lama berlalu.


"Abang, macamana... Kesian tengok kakak. Malam tadi dia asyik menangis je. Last-last saya bagi je air suam. Tu pun lambat nak pujuk. Si adik takpe, sebab masih boleh menyusu badan." Tiba-tiba khayalan aku terputus. Aku berpaling ke arah dia yang duduk bersimpuh tak jauh dari aku sambil menepuk-nepuk si kakak yang sedang lena. Pandangan matanya sayu. Tepat menusuk jantung aku melalui bebola mata aku.


Dengan kedudukan mengiring ke kanan, tubuh kecil si kakak dilapik dengan sehelai kain pelikat lusuh buat pemisah antara kulit halus si kakak dengan permukaan lantai ruang tamu rumah aku. Keseluruhan rumah kecil ini, lantainya langsung tidak beralaskan tikar getah. Hanya sebidang tikar mengkuang  yang berlubang di tengah-tengah menjadi hamparan dapur buat kami sekeluarga menjamah nasi berlauk kicap malam tadi. Kaki kecil dengan beberapa lebam kesan gigitan nyamuk sudah semakin keding. Jari-jari kaki si kakak bergerak-gerak sedikit menandakan tindakan refleks yang terhasil apabila seekor lalat hinggap di hujung ibu jari kakinya. Geli agaknya. Kedua-dua kakinya bertindan antara satu dengan lain, dengan kaki kanannya berada di bawah. Dadanya berombak perlahan-lahan mengikut rentak nafasnya. Tiada lagi esakan dan sedu kecil sepertimana mula-mula dia melelapkan matanya malam tadi. Dapat aku kesan, esakan dan seduan itu mengambil tempoh hampir ke subuh untuk surut.


Aku lihat, mata si kakak terpejam kurang rapat. Kelopak matanya tidak bertaup antara satu sama lain dan kelihatan anak matanya bergerak-gerak sedikit. Tapi aku pasti, anak kecil berusia tiga tahun itu masih lagi lena dibuai mimpi sejak malam tadi. Mungkin matanya yang tak rapat itu disebabkan kegagalan dia mendapatkan apa yang dia mahu sebelum tidur. Aku renung dalam-dalam raut wajah si comel itu. Wajah yang kadang-kala menahan tangis setiap kali menerima tengkingan kasar aku, akibat terlalu degil meminta itu dan ini. Tengkingan yang diterima dari abah yang sedang diselubungi nafsu amarah.


Pagi ini, nafsu amarah itu langsung memencilkan diri jauh dari hati aku. Ruang kosong itu diisi dengan perasaan belas yang teramat sangat. Dan kemudiannya bertukar menjadi hiba. Kedua-dua mata kakak yang lebam aku usap dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Usapan yang membisikkan seribu janji untuk membahagiakannya sampai bila-bila. Aku tau, tak mungkin si kecil ini mengerti akan janji yang aku tanamkan andai aku luah dalam bentuk kata-kata. Sebab itu, semalam bibir munggil ini telah membiaskan kata-kata yang cukup memeritkan untuk aku telan mentah-mentah.


Babah jahat, tak mau beli susu kakak. Aku hampir terduduk mendengar kata-kata sepahit hempedu dari mulut yang baru pandai bercakap pelat itu. Hmmm..... Aku mengeluh lagi. Mengeluh mengenangkan kegagalan aku mengotakan janji aku terhadap si kakak saat pertama kali aku mengucup dahi selang beberapa minit selepas dia dilahirkan dulu.


"Nanti la abang belikan. Mungkin hari ni dapat gaji. Dapat la beli lauk sikit. Kakak pun dah lama tak makan bayam tumis air. Adik dah boleh bagi bubur nasi kan? Nanti abang belikan sekali kentang, boleh campur dalam bubur tu." Aku menjawab soalan dia sambil memalingkan kembali muka ke halaman rumah.


"Abang dah dapat kerja ke? Oh, yang selalu tu abang pergi kerja ye, kat mana?"Soalnya lagi.


Aku hanya mampu tersenyum. Senyuman yang tidak memberikan apa-apa makna dan kesan langsung kerana senyuman itu aku telah sembunyikan dari pandangannya. Tidak! Tak mungkin aku akan membiarkan dia membaca penipuan yang sedang aku rancang ini. Aku tak mahu dia kecewa dengan aku sebagaimana si kakak semalam.


Aku rasakan seolah terdapat cecair hangat yang menyusur turun melalui permukaan pipi kiriku. Agaknya genangan air mata yang aku tahan dari tadi tak dapat lagi aku empang. Berderai sedikit demi sedikit. Seksa. Sungguh menyeksakan apabila air mata yang mengalir sebegini lesu juga tak mampu aku kesat kerana aku takut dia menyedari kehadiran cecair derita ini.


Memang sejak hampir seminggu ini, aku menjalani rutin siang yang sekata. Keluar pagi lebih kurang pada waktu begini dan pulang pada lewat petang. Hampir menyamai rutin ketika aku masih bekerja di kilang moulding dua bulan lalu. Tapi yang membezakan antara aku dua bulan dulu dengan aku yang sekarang adalah, kerja. Sekarang aku magih gagal mendapatkan sebarang pekerjaan. Semua rutin harian yang aku jalankan cumalah bertujuan tidak mahu membuatkan kerisauan si dia berpanjangan. Biarlah dia menganggap aku telah berjaya mendapatkan bekerjaan. Sekurang-kurangnya dia mempunyai cerita yang boleh disampaikan kepada si kakak. Supaya si kakak dapat mengharap aku bakal pulang membawa susu buatnya. Biarlah. Biarlah mereka tertipu dengan tindak laku aku asalkan mereka dapat mengecap nikmat satu pengharapan walau pun untuk beberapa ketika cuma.


Bukannya aku berkira atau memilih pekerjaan, tapi semua usaha aku ketika meredah tempat-tempat manusia berkumpul mencari rezeki menemui jalan buntu. Tiada satu tempat pun yang sudi menawarkan peluang untuk aku menumpahkan keringat. Aku tak berkira. Tidak kisah walau kerja apa pun yang ditawarkan, asalkan halal.  Tetapi kebuntuan yang membungkam kepala aku sama tebalnya dengan rasa kecewa yang aku rasakan. Kecewa dengan tindakan mereka yang lebih gemar mengupah orang luar.


Sekali lagi perumpamaan mentimun yang Abang Jai sebutkan dulu melintas di dalam kepala. Kalau mereka tak sudi menerima aku sebagai pekerja, apa lagi yang aku boleh buat? Aku hanya sayuran kecil yang amat nipis kulitnya. Mustahil untuk aku menahan diri daripada terluka tatkala mereka menindih tubuh aku, dan mustahil juga aku dapat menggolekkan badan aku ke atas mereka tanpa tercalar sedikit pun.


Di bengkel welding sudah, restoran mamak pun sudah. Semuanya sudah penuh, kata mereka. Apatah lagi pusat cucian kereta yang juga sudah dimonopoli oleh pekerja dari seberang laut sana. Begitu juga keadannya di gudang sebuah pasaraya yang aku singgahi minggu lalu. Masih sukar untuk melihat kelibat pekerja yang berkulit sama seperti aku. Sialan!


Sebagai parti yang telah diberi kepercayaan selama 50 tahun, rakyat sepatutnya bersyukur kerana kami telah berjaya membela nasib rakyat sehingga terhapus golongan miskin di negara ini. Taraf hidup rakyat juga semakin meningkat dan terdapatnya peluang kerja yang seiring dengan kepesatan ekonomi.


Itulah antara ayat yang aku ingat tercetak di muka hadapan sebuah akhbar arus perdana di kedai runcit seberang lebuhraya sana. Ketika itu, bibir aku hanya mampu mengukir senyuman tawar. Hanya senyuman tawar dan kosong, tak lebih dari itu. Namun, rasa kecewa di dalam hati aku waktu itu mampu sahaja menggerakkan otot-otot tangan aku untuk membaling botol kicap yang aku pegang kemas di tangan kanan. Akan aku bayangkan cecair hitam pekat berjenama murah ini menyimbahi wajah sang pemerintah yang mengeluarkan kata-kata itu. Pekatnya semakin bertambah apabila bercampur dengan darah yang mengalir dari kepala mereka itu. Rasakan, biar kau rasakan kesakitan yang aku pikul sekarang. Kesakitan yang mewakili tangisan anak kecil aku saban malam.


Hmmm....Sekali lagi aku melepaskan keluhan yang dalam. Tangan kanan aku menyeluk ke dalam saku seluar jeans yang lusuh tercari-cari sesuatu.


Jumpa. Sekeping not RM10 yang aku pinjam dari Abang Jai petang kelmarin masih belum aku gunakan. Hanya itu yang mampu aku pinjam, RM10. Rasanya tak mampu lagi aku meminjam wang dari Abang Jai yang kini bekerja mengikut lori sampah. Walau pun dia tak kisah, tapi aku kisah.


Walau kawan-kawan aku yang lain tak kisah, tapi aku tetap kisah. Bukan sahaja dengan kawan-kawan, malah aku juga sudah jenuh meminjam dari adik aku seorang cikgu tadika walau pun dia jarang memberikan jawapan menghampakan. Aku rasa, sudah cukup setakat itu aku menadah tangan di hadapan mereka. Tak sanggup lagi aku menjadi pengemis terhormat seperti itu lagi.


Not RM10 itu aku genggam kemas di dalam poket. Poket kanan aku kini mengembung dengan genggaman tangan aku. Pada perkiraan kasar aku, wang ini begitu besar nilainya sehingga boleh aku gunakan untuk membeli sekampit gula dan seikat sayur bayam kegemaran kakak petang nanti. Tapi, bagaimana dengan susu?


Serta-merta aku bingkas bangun. Secara tiba-tiba aku sudah mendapat bayangan ke mana arah tujuan aku pagi ini. Kali ini aku nekad. Aku nekad takkan membiarkan kakak tidur dengan mata bengkak lagi...


"Abang dah nak pergi kerja ye?" Tanya si dia dari dalam apabila menyedari aku sudah beberapa meter meninggalkan pintu rumah.


Aku tidak menjawab, hanya menoleh ke arah kakak yang masih tidak bergerak. Di dalam hati, aku membisikkan satu nekad berserta janji buat si kecil itu.


Kakak, petang nanti abah balik bawa susu...



Tepuk Tangan

| Monday, February 20, 2012 | 25 comments |


Apabila ditanyakan tentang item B(11) di dalam borang kepada seorang petugas, ini adalah jawapan yang diberikan;


"Oh, takde apa sebenarnya. Tak isi pun takpe. Tapi kalau isi, senang la sikit kami nak asing-asingkan nanti bila tiba waktu ceramah. Kami punya calon pilihanraya memang suka sangat kalau tiap kali dia bercakap, orang tepuk tangan ramai-ramai. Meriah katanya. Jadi sesiapa yang takde tangan tu, kami suruh la dia jadi tukang sorak pulak."


Ini bukan entri untuk `mencederakan hati' mereka yang kurang upaya. Tetapi hanya mahu `menganjing' para pemerintah yang galak berucap dan juga kepada para penepuk tangan yang tak faham akan maksud perkataan diperkudakan.


Sekian entri untuk penyokong buta!

Bergolek Di Laut Dalam II

| Sunday, February 19, 2012 | 10 comments |


Setiap kali menonton video ini,
aku akan klik butang pause pada minit yang ke 4:44
kerana dia telah memberikan renungan yang timeless...

Sekian...

Bergolek Di Laut Dalam

| Saturday, February 18, 2012 | 12 comments |


Salah satu sebab kenapa aku gilakan Adele adalah, dia tak perlu berpakaian bagaikan seorang pelacur seperti kebanyakan mereka di luar sana (dan di sini)...


Sekian!

Samak

| | 6 comments |
"Ketika itu, novelis yang memperjuangkan fahaman ateis disanjung hingga diangkat karyanya menjadi buku teks. Kisah-kisah hanyir dunia pelacuran, perzinaan dan kebobrokan akhlak bangsa diangkat begitu hebat dalam novel-novel ini seolah-olah penulisnya tidak bertuhan! Saya percaya, novel-novel yang menghidangkan bahan hanyir yang berada di pasaran kini adalah buah-buah busuk yang ditanam generasi sasterawan zaman itu. Sewaktu masyarakat sastera lemas bergelumang dengan karya-karya berdosa ini, Ustaz Azizi muncul dengan Seorang Tua di Kaki Gunung yang sempat `menyamak' sedikit dunia sastera." Rohidzir Rais, PTS Litera Utama Sdn Bhd.


Ya, novel yang beliau maksudkan adalah novel pertama yang aku beli. Dan sehingga kini kekal sebagai satu-satunya novel yang aku balut dengan plastik seperti buku teks sekolah rendah, sebelum aku membacanya suatu masa dulu.


Sekian entri ingatan untuk Allahyarham. Al-Fatihah...

`Like'

| Friday, February 17, 2012 | 11 comments |


Gila! Dan bernanah hati aku bila ada orang `like' gambar ni dalam fuckbook. Oh ya, baru sekarang aku sedar yang kita sudah semakin ketandusan hiburan hinggakan bahan yang sebegini juga mampu menghiburkan jiwa kita. Kalian gembira melihat mayat anak kecil ni? Jika ya, jangan takut kerana kalian tidak bersendirian. Ada ramai lagi yang sukakan pemandangan yang sebegini rupa.


Atau pun butang `like' pada fuckbook ini mempunyai significant yang berbeza-berbeza tanpa dapat aku huraikan? Entah la. Aku sekarang sedang ternanti-nantikan apa lagi bahan yang mampu buat manusia terhibur.


Sekian entri membangkang untuk fuckbookers...

Dari Akhbar Semalam

| Thursday, February 16, 2012 | 15 comments |
"The victim, who wished to be identified only as Poon, 47, had been attacked by three robbers including a woman, who chopped off his left hand before relieving him of his handphone and money he had withdrawn from an ATM."
page 1, the Sun
Wednesday
February 15, 2012


"...in response to a statement by Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein that the "feel safe" factor is still lacking among Malaysians despite the drop in crime rate."
"...the overall crime index for last year had dropped 11.1% from the previous year, but Malaysian still felt unsafe."
page 4, the Sun
Wednesday
February 15, 2012


**************************************************


"Eh, takpa la. Mari saya hantar you." Katanya dengan nada bersungguh-sungguh. Aku bukannya sombong sampai tak nak naik kereta dia. Atau pun bukan sebab aku ni gayat naik four wheel drive. Tapi macam tak berbaloi sangat nak bazirkan bahan api dari kenderaan pacuan empat roda ni semata-mata nak hantar aku balik rumah. Dalam perkiraan kasar aku, kalau aku berjalan dengan lenggok lemah gemalai mungkin akan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke pintu pagar rumah aku dari al-Nafil Maju ni.


Jantan kabaret macam aku ni, tak mungkin takut gelap. Malah, berjalan di tengah kegelapan malam dan melintasi kawasan rumah pangsa menuju rumah aku takkan langsung menjejaskan stamina aku untuk bangun keesokan paginya.


"Tak mau la, dekat sangat rumah aku dari sini. Sebelah rumah flet tu je." Aku juga cuba menolak dengan bersungguh-sungguh. Kenapa la macha ni risau sangat pasal aku. Selama ni aku jalan kaki rilek je, takde apa-apa pun. Kalau meeting point tu jauh, baru la aku bawak moto. Tu pun kalau tak hujan. Takkan la dia ni sayang kat aku sampai macam ni sekali kot. Atau pun dia masih lagi terganggu dengan perbualan kami sebentar tadinya tentang kes rompakan yang mengakibatkan seorang lelaki putus tangan kirinya, tetapi telah berjaya disambung semula oleh doktor-doktor grade 4.0 dan tak pernah main-main masa zaman belajar dulu.


"Ala, mari la. Saya sudah bikin susah sama you. Keluar malam-malam macam ni." Tangannya singgah di bahu kiri aku.


"Ok la, aku pun tak pernah lagi naik kau punya Hilux ni..." Jawab aku sambil mengirinya menuju ke kenderaan pacuan empat roda yang diparkir di seberang jalan.


**************************************************


Ohya, mungkin pagi semalam kami telah membaca naskhah akhbar yang sama. Tetapi aku lebih meneliti laporan berita di muka 4 dan juga muka 30 di sisi kiri dan kanan sekali. Manakala jiwa dia lebih terganggu dengan laporan di muka depan dan gambar tangan yang juga terdapat di muka 4.


Apa-apa pun, kali ni aku cuba untuk tidak berada di sisi yang bertentangan dengan pemerintah kita dalam isu jenayah. Agak-agak apa la rasanya bila aku berjaya mengetepikan kerisauan tentang kes jenayah hari ini seperti saranan Hishammuddin tu. Rasa bahagia? Tidak. Sedikit waspada? Tidak juga. Tetapi aku rasa macam orang bodoh yang menipu diri sendiri.


Sekian entri tak puas hati dengan penipuan statistik...

Cita-cita

| | 24 comments |
Sebagai kanak-kanak Malaysia yang lahir dan membesar di dalam negara beriklim khatulistiwa, aku percaya ramai daripada kita pernah mempunyai cita-cita. Kalau tak ada pun, sekurang-kurangnya kita pernah menipu untuk menjadi seorang doktor atau polis ketika ditanya oleh cikgu atau pakcik belah mak berkenaan dengan cita-cita bila dah besar nanti.


Sekitar usia sekolah rendah, profesion yang sering melintasi benak kita hanyalah menjurus kepada jenis pekerjaan yang biasa kita perhatikan seperti guru, yang kita nampak tiap hari dari pagi hingga petang; atau doktor, yang kita jumpa bila mak kita bawa kita ke klinik apabila demam tak kebah walau pun dah telan cortal; atau pun mahu menjadi polis gara-gara terpengaruh dengan kehebatan aksi polis menarik picu di kaca tv.


Kemudian, seiring dengan perubahan hormon dalam badan kita sebaik kita mencapai peringkat akil baligh lebih kurang sewaktu melangkah ke sekolah menengah, ramai pula antara kita yang bercita-cita ingin berjaya seperti Zamani Slam, Yusry KRU, Amy Mastura atau sekurang-kurang menjadi `beauty without brain' seperti Fasha Sandha. Itu bagi mereka yang tidur malamnya ditemani cetakan majalah Mangga. Tetapi bagi yang ulat buku dan terpaksa menghabiskan 50 jam seminggu di dalam kelas tuisyen, ramai yang menanam cita-cita ingin menjadi selebriti bertaraf dunia seperti Chef Wan, atau doktor kacak bergelar angkasawan, atau ahli politik yang bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat kelas bawahan sambil menipu di depan kamera, atau pun sekurang-kurangnya menjadi ahli perniagaan berjaya.


Tapi...


Minggu lepas, tak ingat hari apa. Kalau tak silap aku hari Khamis atau Jumaat kot. Ada seorang brader kat tempat kerja aku bawa anak dia datang ofis, umur 12 tahun baru masuk darjah enam yang jarak sekolah ke rumah cuma beberapa ratus meter. Aku syak brader ni mesti nak ajar budak ni cara-cara ponteng tanpa disedari. Sebab brader ni pun jarang nampak muka kat ofis. Tempat yang dia selalu ada selain kat kafe adalah kolam pancing.


Setelah beberapa minit penat melayan budak ni bermain Need For Speed secara LAN antara pc aku dan pc bapak dia, aku ajak budak ni pekena air kotak kat pantri. Salah satu soalan cepu emas yang aku tanyakan adalah, "Haziq bila besar nanti nak jadi apa?"


"Memang Haziq dah besar pun." Jawab budak muka bulat dan kening tebal ni. Pergh, kecik-kecik lagi dah pandai jadi lawyer buruk perangai. Nak je aku cucuh biji mata tu dengan api rokok ni.


"Yela, sekarang dah besar. Maksud uncle, nanti bila dah habis sekolah. Dah dewasa dan kacak macam uncle. Haziq nak kerja apa?" Terang aku dengan penuh sabar.


Dan dia jawab sambil tersengih "Nak jadi blogger..."


Gampang betul la budak ni...!


Selamat hari Khamis dan selamat memakai baju batik untuk kaki dan tangan orang awam sekelian.


Sekian entri cita-cita merepek si budak kecil.

Apa Kata Survey!

| Wednesday, February 15, 2012 | 20 comments |
Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut hari Kekasih. -sumber kat sini.


Aku malas nak tanya apa kata survey, sebab zaman sekarang dah ramai antara kita ni yang datang dari latar belakang keluarga dan pendidikan yang berbeza seterusnya akan mencambahkan pandangan yang bercampur-campur tentang sesuatu isu. Lebih-lebih lagi jika isu itu melibatkan cara hidup kita sehari-hari yang semakin kita budayakan.


Kalau dah tiap-tiap tahun kita celebrate Hari Fuck Kekasih ni bersama pacar dan keluarga dengan acara makan-makan kat restoran yang sedap-sedap; atau clubbing dengan pisang sampai muntah-muntah; atau lebih istimewa lagi dengan mengadakan acara pecah tanah.


Tapi tiba-tiba ada pulak pihak yang menegah kita daripada melakukan acara tahunan tu. Maunya kita tak rasa terjentik! Kau apahal nak halang aku buat itu buat ini. Aku tak pernah susahkan siapa-siapa. Apa yang aku buat ni pun atas tujuan yang baik. So, why you give a damn shit about this? Aku tetap dengan agama aku, itu yang pasti. Dan yang lebih pasti, esok dah mati kubur asing-asing!


Sekian entri nak tumbuk muka menteri...

Chance and Change

| | 26 comments |



Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again


Sanggupkah kita memberikan peluang kedua, ketiga atau pun sentiasa melapangkan tangan untuk menghadiahkan sesuatu yang amat tak terperi nilainya iaitu peluang? Adakah memenuhi permintaan seseorang untuk diberikan peluang kedua atas kesalahan yang dia pernah dilakukan itu, nilainya lebih besar daripada apa yang ada di kedua-dua hemisfera bumi? Kadang-kala, semakin sukar kita memberikan kemaafan, semakin sukar juga untuk kita memahami jalur-jalur kebaikan yang seakan ghaib setiap kali kita menafikan peluang orang lain.


Dan, apakah kita sentiasa rasa selesa mensia-siakan setiap peluang yang telah dianugerahkan kepada kita? Kalau macam tu, rasanya tak perlu lagi kita tercari-cari suluh cahaya yang mampu mengubah bayang legap yang kita tinggalkan.


Sekian entri pendek mencari peluang...

Radio Rosak

| Tuesday, February 14, 2012 | 18 comments |
Secara teknikalnya, kerosakan radio boleh disebabkan oleh pelbagai punca dan juga mengakibatkan beberapa jenis kecacatan serta menjejaskan prestasi radio tu sendiri. Yang pernah terjadi kepada radio kereta lama aku adalah, volume yang tiba-tiba meningkat secara mendadak. Hinggakan mak aku yang duduk kat sebelah pun terperanjat sampai menggigil kaki. Yang terkini, radio kereta aku yang sekarang tak dapat menerima pancaran frekuensi dengan baik hinggakan suara orang yang menyanyi keluar dari speaker macam tersangkut-sangkut seolah-olah aku sedang memutarkan cakera padat cetak rompak.


Itu pasal radio dalam kereta. Tapi radio dalam kehidupan sebenar pun tak jauh bezanya pada aku. Tetap tidak pernah mendatangkan masalah yang besar. Selalunya radio rosak yang dalam bentuk manusia ni ada beberapa jenis. Ada jenis yang menjengkelkan apabila percakapan mereka yang tak henti-henti tu lebih berupa memuji-muji diri sendiri dan merendah-rendahkan orang lain. Langsung enggan memberikan peluang kepada orang lain untuk mencelah. Kalau boleh, dia akan terus menceritakan semua perkara yang hebat-hebat tentang dia sambil menantikan kata-kata pujian.


Dan ada juga jenis radio rosak yang amat aku senangi iaitu mereka yang tetap bercakap tanpa henti tapi pada masa yang sama bijak menyusun tutur kata. Seboleh-bolehnya mereka akan mengelak daripada menyentuh keperibadian negatif orang lain, dan akan menjadikan sifat positif orang lain sebagai bahan cerita yang indah. Pada masa-masa tertentu dia tahu bila akan berhenti seketika untuk memberi peluang orang lain mencelah, sebelum menyambung cerpen lisannya. Untuk orang yang sebegini, aku rela duduk membatu sambil membenarkan dia menceritakan sekian banyak kisah secara marathon sampai pagi.


Tetapi, yang lebih berharga lagi daripada radio rosak sama ada  jenis yang pertama atau kedua seperti di atas adalah, gramophone (atau dirujuk sebagai phonograph). Sebab pada aku gramophone adalah hasil kepintaran manusia dalam bidang kejuruteraan dan kesenian sekaligus. Membuatkan ciptaan kebanggaan manusia zaman dahulu ini kekal sebagai antara objek yang bernilai tinggi dan klasik sepanjang zaman.




Dan ya, aku ada seorang sahabat yang aku suka sifatkan dia sebagai gramophone  bukan hanya dia petah dan banyak bercakap, tetapi juga kerana nilai klasik dan profil unik yang dia ada berbanding kawan-kawan aku yang lain. Hahahahaaa...!!!


Sekian entri penghargaan untuk sahabat...

F For Fuckentine

| Monday, February 13, 2012 | 25 comments |
...beliau berkata, penutupan plaza tol tersebut adalah hadiah kepada rakyat sempena Hari Kekasih.


-14 Feb 2009, sumber berita aku dah lupa, tapi lebih kurang begitulah statement yang aku baca dalam salah satu akhbar berbahasa Melayu petang tu. Aku yakin, aku tak silap baca.


Fuck the duck...

Landasan Ke Utara

| | 39 comments |
Perjalanan selama lebih kurang tujuh jam bersama orang yang aku hormati ke utara kelmarin, telah memberikan beberapa kesimpulan dan harapan yang baru kepada aku tentang sistem pengangkutan awam di semenanjung terutamanya keretapi. Pada aku, kenderaan berlandasan ini mempunyai nostalgianya yang tersendiri memandangkan beberapa ciri-ciri unik yang tak ada pada beberapa jenis pengangkutan yang lain. Nostalgia dan ciri klasik inilah yang telah membuatkan aku pergi mendapatkan tiket ke Butterworth untuk perjalanan malam bersama-sama orang yang aku hormati, walau pun sebelumnya dia seperti memberikan beberapa alasan `malu-malu kucing' kepada aku. Namun, akhirnya dia tewas dan bersetuju setelah termakan pujukan dan kata-kata manis aku. Berikut adalah perkara-perkara yang aku simpulkan sepanjang perjalanan:


(bermula dari utara Perak hingga Butterworth ada banyak construction,
yang aku pasti bukannya menguntungkan orang macam aku)

  • Kelewatan tren berlepas selama hampir dua jam  telah meyakinkan aku bahawa landasan keretapi juga tak terlepas daripada ancaman kesesakan lalulintas walau pun pada waktu malam!




  • Stesen KL Sentral adalah pusat pengangkutan dalam bandar yang aku anggap antara yang termaju di rantau ini, tapi apa punya taik hidung masin la, langsung tak disediakan perkhidmatan wifi secara percuma. Walau pun korang ada terminal udara dalam bandar yang pertama di dunia tapi tu semua tak bermakna kalau kau mengabaikan kepentingan orang yang pakai handset cabuk macam aku ni, yang sentiasa mengharapkan sambungan internet secara percuma.




  • Keretapi Tanah Melayu Berhad patut mengekalkan ciri-ciri klasik pada sesetengah koc seperti tidak menyediakan air-con. Orang zaman dulu travel jauh-jauh takde air-con rilek je boleh berdengkur sepanjang jalan. Di dalam koc M1 iaitu yang paling belakang, aku hanya dapat bertahan selama sejam lebih sahaja sebelum aku lebih kerap melepak di ruang antara gerabak yang tidak ber`air-con' sambil mengintai ke luar tingkap dan ditemani Winston Light sekotak.




  • Petugas lelaki di dalam tren telah berkhidmat dengan penuh ramah, setaraf dengan pramugari MasWing. Tak seperti awek kaunter 2 di stesen KL Sentral pada Isnin 6 Februari lepas yang buat muka sombong kat aku. Soalan aku secara lisan dijawab dengan muncung yang mengunjuk ke arah kalendar di depannya. Ya, aku nampak sebab aku ni bukannya buta. Tapi aku tanya tarikh sebanyak dua kali cuma nak pastikan takde kesilapan. Kalau kau silap print tiket, kau sanggup ke tadah pipi nak kena penampar aku? Jadi tak perlu buat muka sentap bila aku sound `jangan garang sangat' sebelum aku berambus. Itu lebih baik daripada susunan lima jari kat pipi kau tu.




  • Penang Sentral di Butterworth yang menggabungkan bas, feri dan keretapi sedang menjalani kerja-kerja menaiktaraf. Aku harap mereka mampu menyaingi kemegahan KL Sentral memandangkan projek jambatan Pulau Pinang kedua sedang rancak berjalan. Dan lagi, jangan kedekut nak sediakan wifi percuma!



(tercari-cari signage batu nama stesen macam kebanyakan stesen keretapi yang lain tapi takde,
takkan dah cabut kot)


Sekian entri komen membina...

Sama Aras

| Saturday, February 11, 2012 | 17 comments |
Sama ada,

Kau adalah pemerintah teragung yang memegang kuasa tiga perempat daratan dan lautan di dunia selama berdekad-dekad. Mempunyai bala tentera yang terdiri jutaan pahlawan hebat, mampu menumbangkan sebuah kerajaan dalam masa hanya sekelip mata. Dan nama kau akan dicatat dalam kitab-kitab hikayat, kisah dongeng anak-anak kecil dan bahan kajian sarjana terkemudian.

Atau pun,

Kau adalah manusia terkaya yang pernah wujud sejak sejarah peradaban mula tertulis. Tapak kasut kau diperbuat daripada lapisan gentian daripada unsur-unsur kimia yang tak mungkin dapat ditemui daripada hasil galian dari perut bumi. Belajar menulis dengan menggunakan dakwat emas sejak kecil. Pilihan fabrik yang membaluti badan adalah daripada sutera dari baka ulat-ulat terbaik dari ceruk tersembunyi benua China.

Atau pun,

Kau adalah ketua yang dihormati oleh segenap lapisan pekerja kerana dikenali sebagai individu yang bereputasi tinggi melangit. Pintar dalam menyusun strategi perniagaan hingga mampu membentuk empayar konglomerat dalam segala macam bidang. Nama kau pasti akan meninggalkan bau dalam semua jenis produk walau pun atas sekotak susu soya sekali pun.

Tetapi,

Lima kali sehari akan tiba waktunya di mana kepala kita semua berada pada satu aras yang sama, aras yang juga setara dengan tapak kaki....


Sekian entri terjadual...

Bercakap

| Friday, February 10, 2012 | 15 comments |
*7:43 pagi;
Awal pagi, aku duduk atas bangku plastik. Di depan mata tertayang secawan kecil kopi tarik bancuh sendiri, dengan buih setinggi hampir suku inci beralaskan piring plastik berwarna biru muda. Bontot cawan ngam-ngam memenuhi ruang bulat di dasar piring. Beberapa sentimeter ke kanan, tertonggok sebungkus nasi lemak berlauk ikan masin dan telur dadar baki daripada tiga puluh potongan yang lain. Aku tersenyum. Mata terbuka, telinga terpasang.


*Sepuluh minit kemudian;
Bungkusan nasi lemak dah jadi leper. Tiada lagi bersisa walau pun sebutir nasi. Licin, kecuali sambal yang pagi ni sedikit masin dan terlebih pedas. Pedas yang mungkin disengajakan semata-mata mahu mengimbangi rasa masin yang tak mampu di`repair' lagi. Dilipat kecil-kecil hingga bersaiz lebih kurang separuh daripada not RM10. Dibiarkan di tempat yang sama. Cawan kecil baru empat kali dihirup, tetapi tiada lagi buih yang kelihatan. Hilang entah ke mana. Mungkin sedang meleleh masuk melalui esofagus oleh proses peristalsis. Atau pun telah tersejat oleh udara hangit dan angin dari putaran kipas dan air-con serentak. Senyuman aku makin melebar. Mata masih terbuka, cuping telinga tetap terpasang dengan ampuhnya. Menangkap segenap getaran gelombang bunyi yang dibawa zarah-zarah udara.


*Hampir dua puluh minit sejak kali pertama melihat jam tangan;
Bilangan manusia masih tidak berkurang, malah bertambah sebanyak dua orang lagi. Namun adunan suara garau, lembut, ayu, manja dan macho semakin menebal. Seolah penghuninya bertambah dua kali ganda berbanding sebelumnya. Lelehan kopi tarik dari bibir cawan kecil dah sampai hingga ke bontotnya, dan kemudiannya mendiami dasar piring. Dah kering dan melekit, membuatkan beberapa kali piring terangkat beberapa saat ke udara dek kerana dasarnya yang melekat dengan bontot cawan. Bungkusan nasi lemak tetap begitu. Tak terusik. Senyuman aku juga begitu, tak berubah. Tapi masih mampu mengusik hati bohsia yang teringin di`monggek'. Mata aku sengaja dibulatkan dengan kening lentik sedikit terangkat sebagai hiasan. Cuping telinga aku semakin capang sedikit. Dengan suhu normal manusia biasa.


*Hampir jam 8:30 pagi;
Suhu di dalam ruang bersaiz 12'x20' meningkat beberapa darjah selsius, berkadar terus dengan tekanan udara yang juga turut meningkat. Peningkatan yang disebabkan oleh haba yang terhasil daripada lapan jasad yang memiliki organ yang mampu berlisan iaitu mulut, serta pertambahan peratusan gas karbon dioksida menggantikan oksigen. Tetapi hanya tiga atau empat pasangan bibir atas dan bawah sahaja yang tegas bergerak-gerak. Tanpa ada pit stop di pertengahan percakapan. Kopi tarik dalam cawan kecil aku tinggal separuh. Suhunya sudah turun kepada suhu bilik, dan tidak mendatangkan mudarat besar jika dihirup melalui hidung. Bontot cawan juga tidak lagi panas. Namun kepanasan itu telah berpindah kepada sepasang daging pejal yang melekap pada muka bangku plastik iaitu bontot aku. Bungkusan nasi lemak tanpa sisa kekal tak terusik sejak kali terakhir aku menyentuhnya. Gerakan otot-otot sekitar bibir aku tidak lagi menguntum senyuman, sebaliknya telah menghasilkan sengihan manis. Cuping telinga masih begitu juga. Tetap cantik bak kelopak bunga raya yang mekar dipanah cahaya mentari pagi.


*Lebih lima minit selepas 8:30 pagi;
Macam gampang betul la! Tak boleh blah lagi. Aku mesti memisahkan bontot aku dari muka bangku plastik. Pagi ni aku tak terasa nak bercakap lebih daripada sepuluh ayat, memilih untuk menjadi pemerhati sunyi aksi-aksi tangan dan kepala yang sentiasa ligat bergerak seiring dengan jalan cerita tuan empunya jasad. Kisah yang sama, isu yang sama, masalah yang juga serupa. Tanpa ada sedikit pun titik idea yang bertunas. Semuanya cerita sama. Kisah gaji, korupsi, bebanan hidup dan sedikit gosip pagi ni adalah olahan isi percakapan pagi semalam. Perbualan pagi semalam tak lebih dan tak kurang sama macam pagi kelmarin. Sama. Tindakan aku tepat apabila terdengar ayat cedokan sama dari jam 7:43 pagi tadi ketika tangan kanan aku menguak daun pintu dan tangan kiri menatang piring berwarna biru muda yang mengampu cawan kecil berisi kopi tarik. Masih berbaki separuh. Hampir sejam, sedikit letih kerana menjadi ketulan batu angguk di tengah-tengah kumpulan manusia yang bercakap. Kawan-kawan, hari Isnin kita berdebat lagi. Kali ini aku melangkah dengan senyuman, mata bercahaya dan telinga yang masih terpasang sama macam semalam.


"Big people talk about ideas, average people talk about things, and small people talk about other people". Familiar with this quote? As for me, no matter who and how big they are, they are still a human being that need to talk with each other in their daily interaction life. But not most of them will come out with a solution or act on what they have talking about.


Sekian entri gelagat pantri di pagi hari...

Takut Tanpa Sebab

| Thursday, February 09, 2012 | 12 comments |
Kita (aku sebenarnya) seringkali takut akan perkara yang belum tentu lagi sahih kewujudannya. Entahkan iya, entahkan tidak. Entahkan langsung tidak memberikan kesan kalau wujud di depan mata sekalipun. Tapi sebenarnya rasa takut yang tak bersebab itulah yang telah mencederakan diri kita tanpa kita (dan aku jugak sebenarnya) sedari.


Sekian entri merepek seketika...

Amarah Mawas Berakal

| | 13 comments |
Kau ni semua tak betul, semua tak kena. Sikit-sikit rasuah, sikit-sikit tiris! Apa yang kau nampak semuanya tak betul. Kau tak nampak ke negara kita ni sedang pesat membangun. Peduli apa kalau rasuah bersepah pun. Yang penting kau tak kebulur! Kalau dah tak suka sangat, kau pergi pindah negara lain la...!


***Jawapan aku senang je, fuck you! Aku bukan orang yang sesuai untuk berhujah dengan orang yang macam ni.


Sekian entri terajang untuk `mawas berakal'...

Jenin

| | 25 comments |
Assalamu 'alaikum. Petang tu angin sepoi-sepoi bahasa melemparkan dirinya dari arah timur laut, menandakan musim monsun penghujung kalendar baru bermula. Sebagai jantan sejati, aku tetap steady mengawal wajah macho aku mengemudi perjalanan aku ke tempat aku mencari makan, walau pun kadang-kala angin bertindak sedikit kasar terhadap diri aku yang kerdil ni. Takpe, aku tetap rilek je dengan makhluk tuhan yang satu ni.


Beberapa minit perjalanan aku memasuki tengah Pusat Bandar Puchong, aku ternampak satu bangunan tambahan pusat membeli-belah baru yang selama ini aku tak perasan akan progress pembinaannya. Yang aku tau, bangunan tu dah siap. Bangunan megah berwarna sepadan dengan bahagian yang lama tu dibina betul-betul bersempadankan dengan lombong. Lombong yang beberapa lama dulu pernah digali hasilnya dari perut bumi oleh `mawas berakal' dari benua lain. Ada kawan aku kata untuk dijadikan pembalut coklat Cadbury, ada jugak yang kata untuk dijadikan penutup tin susu Isomil. Aku peduli apa, sebab aku langsung tak suka makan coklat atau tak pernah minum susu Isomil. Entah la, bandar Puchong ni kata orang dulu cuma kawasan estet je. Estet yang pernah menempatkan beberapa kumpulan gangster. Tapi aku yakin tahap gangster mereka tu tetap tak boleh lawan dengan anak harimau yang biasa melintas jalan dua puluh tahun dulu, betul-betul di atas hihgway yang aku lalui sekarang ni.


Di sekeliling kawasan ni, sukar untuk aku kesan kehadiran kereta yang berharga kurang daripada RM 50 ribu. Peratusan kereta yang mahal-mahal melebihi kereta murahan. Mentang-mentang la kawasan ni membangun dengan kadar kepesatan yang tak masuk akal, kereta yang melata kat sini pun macam nak gila jugak dia punya perangai. Tapi kebanyakannya yang drive kereta mahal ni aku tengok bermata sepet pulak. Tak aci siot! Yang ni pun aku tak heran jugak. Tunggu la bila aku dah kaya banyak esok, bukan setakat BMW tujuh siri, Bugatti Veyron pun aku boleh beli banyak-banyak. Aku nak parking sampai ke tol Sungai Besi. Lepas tu siapa-siapa nak pinjam aku bagi je terus. Apa la sangat dengan... Oops! Sipi lagi nak hentam tiang lampu. Orang bodoh mana yang pasang tiang kat tengah-tengah laluan aku ni? Memang fucked duck betul la...


Setelah selesai membetulkan arah perjalanan, aku menumpukan sedikit perhatian aku dengan arah trafik di kedudukan 5 meter dari aras jalan. Pemandangan di sini lebih luas lagi. Dan titik fokus aku lebih jauh lagi hinggakan menjangkau ke garisan horizon yang dibalam dengan susunan bangunan apartment dan pejabat. Arghh...! Silau mata aku. Pancaran matahari dari tasik tadi membuatkan mata aku pedih buat seketika. Besar rupanya tasik buatan `mawas berakal' ni. Sejak tadi lagi aku masih belum melewati sempadan penghujungnya. Dulu, tasik itu pernah menjadi tempat pertemuan aku dan rakan-rakan perjuangan aku setiap petang. Dikhabarkan, ikan-ikan bersaiz mega dari pelbagai spesis telah menduduki tasik yang dulunya lombong sejak operasi perlombongan ditutup, kesan kejatuhan harga komoditi tu. Tapi, aku yang bermulut kecil ni cuma mampu memilih ikan-ikan kecil sahaja sebagai juadah hidangan. Apakan daya, makhluk kecil macam aku ni cuma mampu memliki rezeki yang kecil juga. Satu hari nanti, bila saiz aku dah semakin besar, aku akan pastikan aku mampu menghidangkan ikan dari gred terpilih untuk memenuhi perut aku dan ahli keluarga aku. Kemudian, bila kami dah kenyang, barulah kami mampu menjana idea-idea yang bernas buat merancang perjalanan kehidupan kami sekeluarga. Takkan selamanya aku sekeluarga akan mendiami tempat yang usang dan buruk tu.


Aduhh...! Celaka apa, ada pulak kabel ampaian baju melintang laluan aku. Bikin pedih ubun-ubun aku. Nasib baik tak terkoyak.


Kali ni, aku tak perlu memperbetulkan perjalanan aku kerana pesongan yang disebabkan oleh perlanggaran tadi adalah dalam satah menegak, bukannya mengufuk. Jadi destinasi aku takkan tersasar. Cuma altitud je yang terganggu. Bodoh punya umat `mawas berakal'. Balkoni tak cukup besar ke nak lintangkan ampaian sampai ke tengah jalan? Kau memang fucked duck betul la...


Zass....! Aku melintasi persimpangan berlampu isyarat dengan kederasan yang sempurna seperti Azizulhasni Awang membelah velodrom. Aku tidak dilahirkan sebagai makhluk yang cukup bodoh untuk berhenti ketika lampu isyarat merah menyala. Buat malu kaum je...


Pernah dulu mendiang kawan aku berhenti di persimpangan yang sama, konon-kononnya ingin menjadi rakyat yang berbudi pekerti dan layak menjadi ahli parlimen. Tapi akhirnya dia menerima gelaran mendiang kerana tubuhnya lumat digilis tayar lori yang bersaiz lapan puluh kali ganda dari badannya. Tu la, kan aku dah cakap. Makhluk yang mustahil berkenderaan macam kita ni tak elok sangat ikut peraturan yang dicaturkan oleh `mawas berakal' tu semua. Bullshit je...


Kalau la aku dilahirkan dalam golongan `mawas berakal' tu, aku pasti sekarang aku sedang berada di dalam bas yang masih berkonduktor di bawah sana tu. Lepas cukup setahun dapat gaji, duit yang aku kumpul dalam akaun simpanan akan aku gunakan untuk bayaran muka kereta kancil 660 tangan kedua. Lepas tu, aku jaga elok-elok kereta tu. Bikin sikit-sikit enjin, make up cantik-cantik. Kurang-kurang dapat la aku tackle awek teller Cimb Bank sebelah Domino Pizza tu. Tiap-tiap pagi aku lalu masa dia tengah turun dari bas, dia buat-buat tak nampak je. Mentang-mentang la saiz fizikal aku ni kecil, ingat aku takde perasaan yang besar ke? Bila kau duduk dalam kereta kancil aku, aku nak pusing punat air-con aku ke tahap maksimum. Biar kau menggigil kesejukan dan mintak aku berhenti sekejap kat Petronas Sri Kembangan sebab nak singgah toilet. Masa tu, aku buat tak dengar je. Biar padan muka kau kena batu karang! Kau buat la petua kepala-lutut-kepala-lutut tu sampai bengkak. Hahahahaaa...!


Aduh...! Mak ai, sakitnya. Benda apa yang aku hantuk ni? Macam belakang parang yang buat dari spring lori je. Anak harom mana pulak yang design jejantas ni rendah sangat? Ini memang sah orang yang grade 2.0 je ni. Dah la hutang PTPTN tak bayar-bayar lagi. Buat kerja pulak asal boleh. Nak jimat kos la tu. JKR ni pun satu. Benda simple macam ni pun nak tunggu ada yang terhantuk sampai mati ke baru nak perasan? Aku taknak la kes macam kat MRR2 Kepong tu jadi kat sini. Karang berjela-jela pulak suratkhabar buat follow up apa yang pak menteri carutkan. Pundek, abis benjol dahi aku!


Brrrr....!!!!! Aku kasi geleng-geleng sikit kepala aku biar pening ni hilang sikit. Bila medula oblongata aku dah stabil, baru la boleh sambung berangan. Almaklum la, berangan tu kan sebahagian daripada cita-cita. Tanpa cita-cita siapalah kita. Dulu jugak, aku pernah bercita-cita nak jadi angkasawan. Tapi disebabkan aku ni cuma masuk kelas guna tingkap ram kaca yang renggang je, maka kehadiran aku dalam kelas Fizik tak pernah disedari. Tunggu la tahun depan bila aku berjaya cari laluan mudah ke bangunan Fakulti Sains kat UiTM Jalan Othman sana, selamba je aku patuk lubang hidung cikaro-cikaro sana. Baru diorang tau siapa aku. Tak tau ke, semua orang patut diberikan hak mendapatkan pendidikan yang sama rata tanpa mengenal kedudukan atau pangkat, usia, latar belakang kesihatan, bentuk fizikal dan jugak suara yang garau? Bila aku dapat grade 4.0 dan mencengkam skrol degree esok, aku akan pastikan editor suratkhabar satu dunia menjadi gila dengan fenomena yang aku cetuskan. Satu-satunya makhluk dari kaum aku yang berjaya ke menara gading dan bergelar sarjana dalam usia yang terlalu ganyut. Ha, lepas tu baru la...


Gedegang...!!!!


***********************************************************************************************************





Semut Muda Bontot Tonggek : Hehe, cara jugak daging baru ni kan chief. Hanyir tak hilang lagi.



Semut Tua Mata Rabun : Makan tak boleh cakap, kau nak kena terajang ke?


Semut Muda Bontot Tonggek : Aye aye chief. Tapi kesian tengok nate bodo ni, muda lagi dah mati keji. Chief rasa apa dia punya COD?



Semut Tua Mata Rabun : Aku rasa dia ni kuat berangan kot, tu yang sampai terlanggar tingkap kat atas tu. TOD pulak, paling lewat pun pagi tadi.


Semut Muda Bontot Tonggek : Langgar tingkap sampai mati? Takkan sampai lagu tu kot?



Semut Tua Mata Rabun : Biasa la, kuat berangan otaknya kosong. Bila dah kosong, tengkorak kau macam cawan Arcopal yang takde air. Terhantuk bucu meja sikit dah retak. Lama-lama pecah la dia.


Semut Muda Bontot Tonggek : Wah, macam Gil Grissom la chief ni.



Semut Tua Mata Rabun : Tau takpe. Dah, cepat sikit korek biji mata dia tu. Lepas packing semua, kita balik markas. Nanti aku ajar macamana nak buat report kat Source Department.


Semut Muda Bontot Tonggek : Aye aye chief!!! 



*****Perbualan dua ekor semut di atas tingkat dua RC hood kurang dua belas jam selepas bunyi gedegang yang menggegar tingkap sebuah hospital bersalin di Bandar Puteri, Puchong.


Sekian cerita binatang berlagak macam `mawas berakal'...