Tengah dan Selatan

| Monday, January 23, 2012 | |
Di sebuah pekan yang dahulunya kecil. Hanya sekadar laluan mereka yang berdestinasi ke selatan, atau yang berhala tuju jauh ke utara. Hanya menjadikan tempat ini sekadar medan persinggahan. Melepaskan dahaga dan rancaknya gelora perut. Kini, namanya bukan lagi seperti dulu. Bukan sekadar stesen perhentian.

Dengan luas binaan 800 kaki persegi dan keseluruhan binaan hanyalah setingkat. Mendapat status sebagai kos rendah kerana dihiasi dengan kemasan yang ala kadar dan organ dalaman hanya terdiri daripada bahan-bahan murah, namun kekal teguh selepas lebih dua puluh tahun. Tiga bilik tidur, satu tandas yang berasingan bilik mandi. Ruang makan yang sedikit berprivasi dan tersembunyi dari pandangan luar. Ruang kelegaan ke dari lantai ke siling hampir sepuluh kaki. Tanpa perlu plaster siling di atasnya,  tanpa perlu dikemaskan dengan kepingan jubin di lantainya, tanpa adanya skim coat yang halus hingga ke dapur, dan tak perlu juga wall fencing di depan dan belakang sempadan tanahnya.

Tibanya waktu malam, segalanya masih normal dengan gelak tawa keponakan kecil yang hampir sebaya. Enam orang semuanya, ditambah dengan tujuh orang lagi yang berusia. Setiap hasta ruang telah dipenuhi dengan jasad nyata dan suara.

Malam semakin memanjat ke dinihari, jarum pendek si muka bulat semakin lama semakin menjauhi angka dua belas. Hawa dingin menghampiri ke ulu hati, mencari-cari ruang yang masih diselubungi kehangatan untuk diselimuti dengan kesejukan. Sebaik kepala menjejak ke bantal kekabu separa kusam, mata langsung tak terganggu walau kedapatan seekor dua serangga yang mengutik ibu jari kaki. Kekal lena, kekal tidak terganggu. Hingga segala nikmat lena secara automatiknya memudar tatkala azan subuh kedengaran dari surau kecil di hujung jalan.

****************************

Pelik. Aku juga setiap hari melalui persekitaran yang hampir sama di sebuah kuali besar yang dinamakan Lembah Klang. Mempunyai rumah yang lebih kurang sama saiznya. Bahan binaan yang hampir sama. Jumlah bilik yang sama. Kawasan perumahan yang kemajmukannya sama.

Tapi aku jarang mendapat ketenangan dalam tidur yang sama. Apakah kerana hawanya yang sangat berbeza? Panas? Ohya, mungkin juga disebabkan tempat pemastautinan kekal aku sekarang penghuninya senang menggelumangkan diri mereka dengan dosa!

9 comments:

Telor Power Says:
January 23, 2012 at 12:20 PM

balik aje ke kg halaman der. baru tenang.Lembah klang kan suasana bandar walau design rumahnya sama.

NenetPenne (NP) Says:
January 23, 2012 at 1:46 PM

why do u have to write in such a way? ok ok...ur blog..sorry
lagipun aku bukan berjiwa sastera..my bad..

pasal rumah ni eh? pasal panas eh? tak per, panas dunia tak sama dgn panas neraka... u will be fine

Lady Windsor Says:
January 23, 2012 at 6:00 PM

Kadang2 rumah yg kecil pun boleh jadi luas dan sejuk andai penghuni di dalamnya hidup dengan landas yg tidak bertentangan....

SM Says:
January 25, 2012 at 1:10 PM

tp : aku dah ikat perjanjian untuk jadi penunggu dalam kuali besar ni.

NP : aku suka tulis (taip) pusing-pusing, guling-guling macam tenggiling. ini neraka dunia.

LW : ya, aku suka rumah kecil yang luas di dalamnya.

Lady Windsor Says:
January 25, 2012 at 5:09 PM

Kalau kau datang ke windsor, ada ruang yg kecil tapi ko akan rasa luas sangat dan ada ruang yg luas tapi ko akan rasa keciknya....magic kan? Hahaha...

SM Says:
January 25, 2012 at 5:16 PM

berapa keluasan?

Lady Windsor Says:
January 25, 2012 at 6:34 PM

25 x 75.. Satu ruang je yg aku occupied..satu digunakan oleh hosmet manakala ruang lain adalah tidak berusik langsung..

SM Says:
January 26, 2012 at 10:34 AM

hosmet? ismet ulam raja? burung raja udang? hahahaa!!!

Lady Windsor Says:
January 26, 2012 at 10:48 AM

pilih je lah mana satu ko nak..