Tahun Baru

| Saturday, January 14, 2012 | |
Hari ini, panggilan pertama diterima pada waktu tengahari. Perbualan hanya berdurasi lebih kurang lima minit ketika aku berada di tebing sungai bersama-sama dua lagi kaki ngail. Dan temujanji ditetapkan pada penghujung panggilan. Petang nanti, dia datang rumah. Macam biasa.


Panggilan kedua, sejurus selepas azan asar. Katanya, kerana kesibukannya menguruskan kerja-kerja yang tertangguh, petang ditunda kepada waktu malam. Aku takde masalah. Memang aku tengah free, datang bila-bila masa je yang kau senang. Asalkan jangan datang jam dua pagi bawa molotov cocktail sudah.


Panggilan ketiga, diterima ketika aku sedang melayan Chong Wei membasahkan gelanggang dengan peluh masinnya dalam pertentangan separuh akhir Malaysian Open kat Bukit Jalil. Jangan jadi pandai sangat, aku baring depan tv kat rumah, Chong Wei yang kat Stadium Putra Bukit Jalil.


Hallo?
Saya sekarang dekat kedai la, tengah beli barang sikit.
Saya ingat hari ni memang takda senang la mau jumpa.
Memang tak sempat jugak.
Itu drawing you kasi email sama saya saja, nanti saya final, lepas tu saya boleh submit.
Sikit-sikit section tu you masukkan sample saja.
Saya masukkan dimension.
Eh, sorry la saya takda dapat datang.
Esok tahun baru.
Ini malam ada bakar-bakar baju lama jugak.
Esok pagi ada celebrate sikit.
Boleh ya, sudah email kasi tau sama saya.


Oh, baru aku tau esok 15 Januari diorang punya tahun baru. Teringat aku akan penerangan Priya masa kerja kat Puchong dulu. Penentuan tarikh-tarikh penting termasuk la tahun baru hanya dilakukan oleh orang-orang tertinggi dalam agamanya di tempat asal kelahiran agama ini. Tiada kaedah pengiraan yang khusus sebagaimana penentuan tarikh perayaan dalam kalendar Hijrah. Semuanya ikut sesedap rasa si pemegang `kitab' kat sana.


Bila aku bekerja bersama-sama dengan mereka yang berlainan agama dengan aku, barulah aku tau yang aku ni sebenarnya langsung tak tau sebab tak ambil tau tentang sahabat-sahabat berlainan fahaman agama dan kepercayaan yang berada disamping aku. Apa yang aku tau, perayaan-perayaan besar mereka agak penting pada aku jika melibatkan cuti umum. Lain-lain aku peduli apa.


Apakah kita ni sebenarnya mempunyai toleransi dalam percampuran etnik yang melibatkan komunikasi setiap hari? Pada aku, tidak. Kita lebih selesa melepaskan pucuk masing-masing...


Sekian entri tahun baru untuk agama lain.

14 comments:

telor power Says:
January 14, 2012 at 11:35 PM

kasi ponggel sama barang yang suda tarak pakai...

Lady Windsor Says:
January 15, 2012 at 5:34 AM

Ohh mereka pun ada pra tahun baru ke? Aku pun tak tahu...

SM Says:
January 16, 2012 at 7:58 AM

tp : baru aku tau jugak, ponggal tu bukan nasi semata-mata tapi juga ada campuran manisan, selepas melihat jiran aku buat kat depan rumah.

LW : tahun baru yang betul punya la.

telor power Says:
January 16, 2012 at 9:02 AM

SM: ko tak paw ke manisan tu hehehe

NenetPenne (NP) Says:
January 16, 2012 at 10:11 AM

setiap tahun baru harus diikuti dengan CUTI..

SM Says:
January 16, 2012 at 10:30 AM

tp : bukan untuk dimakan la wei...

NP : tetapi tidak dengan tahun baru yang ini.

NenetPenne (NP) Says:
January 16, 2012 at 11:18 AM

kerajaan kena amik kira jugak tau..
tahun depan harap2 malaysia istihar cuti..kata one Malaysia

SM Says:
January 16, 2012 at 4:09 PM

NP : kalau macam tu kena buat petisyen la kot...

reen afny Says:
January 16, 2012 at 5:16 PM

haha kadang2 je amek tahu. kalau hari tu penting, means cuti. kalau takde cuti tak amek tahu. haha kejam2...

SM Says:
January 16, 2012 at 5:31 PM

ra : kau memang rakyat malaysia yang tipikal.

reen afny Says:
January 17, 2012 at 4:37 PM

hamboiii ngutok nampak... okay la kau da bagitahu sikit2 adat resam dorang, kira aku tahu jugak la tu. haha

SM Says:
January 17, 2012 at 9:36 PM

ra : harap-harap jumlah cuti umum kat malaysia ni akan bertambah. mesti kau (dan aku) suka...

reen afny Says:
January 18, 2012 at 10:23 AM

haha tahu takpe. aku wajib la gembira kan. haha tula bestnya banyak perayaan dekat mesia ni. banyak cuti dalam setahun tu. haha

SM Says:
January 18, 2012 at 1:01 PM

tapi takde makna jugak kalau kau tak tau kenapa kau cuti. sama je macam cuti hari minggu yang lain. hahaa!!!