SYTYCD : The Irish Dance and The Bleeding Toe

| Saturday, January 28, 2012 | |

Dulu ketika musim ke lima program ni nak bermula, aku telah memberikan komen berbunyi "A bunch of American idiots try to fool themselves on stage" di dinding fukcbook tetapi telah diikuti dengan komen berjela yang tidak sependapat dengan aku. Sebenarnya, ini adalah antara program realiti yang aku boleh layan sambil santai sejak zaman aku belum ada Asstro lagi kerana kebolehan teknikal yang ditunjukkan oleh peserta-peserta amatur yang begitu mengagumkan dalam bidang tarian.


Ketepikan obsesi segelintir idiots yang langsung tak berbakat untuk menjadi penari hingga menyusahkan orang lain, dan aku boleh nampak kecintaan mereka yang betul-betul berbakat dalam disiplin tarian yang mereka amalkan tak kira sama ada yang berbentuk moden, kontemporari atau tarian tradisional. Tapi entah kenapa aku tak begitu berselera dengan SYTYCD versi Malaysia.


Malam semalam, aku telah menghabiskan masa tiga jam berbaring di depan tv menonton episod pembukaan SYTYCD tanpa aku sedari program ini telah masuk musim ke lapan! Kenapa ada tanda seru pada ayat yang sebelum ni, apakah sebab aku begitu mengagumi program ni? Tidak...


Aku cuma terkejut bahawa irish dance sebenarnya mempunyai sejarah yang berkaitan dengan penguasaan empayar British pada masa dahulu. Betul atau tidaknya fakta yang si Mary Kate ni bagitau aku tak pasti dan aku (Melayu) malas nak cari sejarah yang sebenarnya.
(Mary Murphy sering hilang kawalan setiap kali melihat peserta lelaki tidak berbaju)


Kemudian kepala hotak berjambul aku dilintasi dengan persoalan berIQ rendah iaitu, selama ratusan tahun orang Inggeris telah menguasai sepertiga glob hingga negara mereka digelar sebagai `tanah yang sentiasa siang', entah apa lagi doktrin-doktrin keras yang mereka laksanakan ke atas tanah jajahan mereka yang telah mempengaruhi kebudayaan tanah jajahan itu hingga turun temurun.


Tak mustahil kalau satu hari nanti ada yang mendakwa lagu Jong-jong Inai terhasil apabila seorang lelaki cuba melarikan diri dari askar Inggeris ketika terkantoi sedang curi-curi makan nasi dagang di dalam sel tahanan. Semasa dalam pelarian itu, kakinya telah tersadung tunggul pokok inai hingga berdarah ibu kaki. Jadi sebagai mengenang darah pahlawan yanh telah menitis dari ibu jari kaki lelaki itu, mereka yang telah menyaksikan kejadian itu sependapat menggubah sebuah lagu kanak-kanak untuk didodoikan kepada anak kecil supaya semangat melawan (atau semangat melarikan diri) pahlawan dapat meresap ke dalam diri anak cucu mereka.


Mungkin...


Sekian entri pasca tontonan realiti tv.

5 comments:

reen afny Says:
January 30, 2012 at 10:16 AM

suka tengok perempuan tu dancing... lembut gila. aku ingat tarian tap (tak tahu eja) tadi. huhu

SM Says:
January 31, 2012 at 12:33 AM

tap dance lain, lebih kepada irama yang terhasil daripada hentakan kaki dengan menggunakan kasut khas. tapi tapper jarang dapat pergi jauh dalam SYTYCD.

reen afny Says:
February 1, 2012 at 3:29 PM

yeke sebap skill dorang kat kaki je. tangan jarang guna. huhu

SM Says:
February 2, 2012 at 1:16 AM

tapi tetap cantik. benda-benda yang klasik dan tradisional ni memang indah.

reen afny Says:
February 2, 2012 at 3:24 PM

yela... kalau menari tap ramai2 lagi menarik sebap tengok rentak sama je..