Simpang-siur

| Wednesday, January 11, 2012 | |
Pertama sekali, bagi sesiapa yang tak tau jadah apa yang kat atas ni, meh sini aku bagi tau. Ini adalah lukisan design bagi persimpangan lebuhraya yang biasa kita lalui kat Malaysia. Kat highway Utara-Selatan memang bersepah-sepah dari hujung ke hujung. Kat Lembah Klang lagi la berterabur, dan lebih kompleks lagi design dia. Dari susur jalan biasa masuk ke lorong utama lebuhraya, dari lorong utama lebuhraya keluar sekejap ke jalan biasa lepas tu masuk balik highway yang lain. Nampak biasa? Tak faham dengan tujuan kenapa aku tepekkan lukisan ni dalam entri. Orang yang tak mengalami je yang tak faham.


Ok, yang kat bawah ni lukisan yang aku dah zoom in dan siap dengan  situasi sekali. Tapi nak faham dengan lebih real, perhati objek-objek berwarna dengan petunjuk.


Petunjuk
A : kedudukan awal kereta pertama.
A' : kedudukan kereta pertama yang berikutnya.
B : kedudukan awal kereta kedua.
B' : kedudukan kereta kedua yang berikutnya.
anak panah hijau : laluan yang biasa diambil oleh pemandu budiman.
titik ungu : kedudukan semasa brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai.
anak panah ungu : laluan brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai yang (dikatakan0 sepatutnya.

Ok, dipendekkan cerita, aku bagi kesimpulan tentang perkara yang bakal berlaku kat brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai tu.



1. Brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai akan sampai di depan pintu rumahnya dengan muka yang meradang dan badan yang basah disebabkan percikan lopak air di atas permukaan jalan.


2. Beberapa ratus meter di hadapan, kelihatan brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai sedang menolak kapcainya kerana tayar tanpa tiub yang baru ditukar minggu lepas terbarai kena paku.


3. Brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai akan memaki hamun sesiapa sahaja sepanjang perjalanan kerana tak puas hati dengan kereta harga ratusan ribu yang memandu laju di sebelahnya tadi menyebabkan dia terkejut beruk.


4. Brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai buat muka selamba sambil tersenyum mengenangkan nasib dirinya yang hanya mampu menjadi rider berbanding orang lain yang menjadi driver dan berkebolehan membuli pembayar cukai jalan yang lain.


5. Brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai mati eksiden...


Sekian entri kecaman kepada genius designer dan road bastard.


*jangan tanya macamana dan dari mana aku dapat design highway ni.

37 comments:

NenetPenne (NP) Says:
January 11, 2012 at 2:15 PM

brader muka hensem tunggang kapcai tu dah mati?? tidakkkk...
aku baru nak mengorat

wey kau kerja kat JKR ke?
aku tahu kau tak bagi aku tanya tapi menda yang kau tak bagi tulah aku suka tanya....
kau nak marah aku ke?
jangan marah nanti kau tak comel...

wey!!! LW dah balas sms aku laa wey... hati manyakkkk senang....

NenetPenne (NP) Says:
January 11, 2012 at 2:29 PM

ni nak kira salah jalan atau salah pemandu kereta?

sorang nak ke kiri
sorang nak ke kanan
yang jadi mangsa, abang kapcai hemsem..
kalau nak ke kiri atau kanan, pandang2lah dulu..jangan main lalu jer.... huh...

SM Says:
January 11, 2012 at 2:43 PM

tekaan kau tu salah. tapi yang pasti, aku ni `coolie' je.

ok, aku dah boleh lepaskan tanggungjawab menjaga kau tu kat dia balik. orait?

aku salahkan dua-dua. design jalan yang tak mengambilkira keperluan (dan keselamatan) penunggang; serta sikap pemandu yang budiman.

Lady Windsor Says:
January 11, 2012 at 2:44 PM

4 th!

Lady Windsor Says:
January 11, 2012 at 2:45 PM

Aku br sampai Penang weiii...tak cukup tanah nak baca entry korang...haha malam ni mau aku tak tdo nak khatam blog u all...haha...

SM Says:
January 11, 2012 at 2:46 PM

LW : yes, ada pun kau. NP rindu sama kau. kesian dia aku tengok.

SM Says:
January 11, 2012 at 2:47 PM

LW lagi : aku punya baca tajuk je. takde apa2 pun.

Pok Amai-Amai Says:
January 11, 2012 at 3:59 PM

Peh! LW blk dr Penang je terus terjah blog SM! Jeles ah aku mcm nie. Ko dpt layanan istimewa. Bukan takat LW tp NP gak. Disebabkan aku tak dpt layanan istimewa mcm diorang bt kat ko...ape kate ko lyn aku istimewa lak? Klu ko bz, 1st blog ko terjah adalah blog aku...boleh?

Tapi jgn ko tny reason pulak sbb aku mcm mls nak jwb.

=p

Tapi, betul ke mamat hensem motor kapcai tu mati?

NenetPenne (NP) Says:
January 11, 2012 at 4:12 PM

@SM
aku tak tanya pun kau kerja apa kat JKR tu... ooo jadinya betul lah kau kerja kat JKR yer?? kantoiiii

no no no
abang kapcai hensem tu tak salah sebab dia hensem..ha ha boleh gituh???


@Fara
tulah u, i pi blog u pun u tak komen balik pastu u pilih2 pulak komen siapa yang u nak reply.. :P


@LW
nak kopi 434 tak? buat temankan u baca blog kawan malam nanti? he he he...

SM Says:
January 11, 2012 at 4:27 PM

MF : ala, aku pagi-pagi memang cek kau punya blog dulu. jangan takut, kau punya antara teratas walau pun kadang-kadang aku tak sempat tinggalkan jejak, suma baca je. sebab kalau boleh aku nak tinggalkan komen yang boleh pening kepala sendiri.

pasal brader kapcai tu punya hayat tu, past is past. cuma kekecewaan aku masih berpanjangan tentang kewujudan kami penunggang kapcai yang hensem ni tak diendahkan bila nak design jalan. kau biasa lalu federal highway lalu cycle lane? aku tak syorkan kau lalu waktu malam atau hujan lebat. boleh bawa maut!

NP : aku bukan kerja jkr.

ya, semua penunggang kapcai yang hensem tak salah, malah patut dihormati kewujudan mereka.

kopi timbang kilo pun ok gak. kalau tak silap pasar malam tanjung karang ada kot.

NenetPenne (NP) Says:
January 11, 2012 at 4:53 PM

@SM
kopi timbang kilo aku tak main laaa..sebab kat rmah tak ada penapis kopi..aku main yang dalam sachet je tau....


malaysia memang kurang bab2 prihatin ni..usahkan kepada penunggan motosikal, kelengkapan untuk orang2 OKU pun kurang lengkap...

aahhh kesian abang handsome tu.... tak sempat nak ngurat....

cemana kau tahu dia dah mati? kau ada masa kejadian tu eh???

Pok Amai-Amai Says:
January 11, 2012 at 5:17 PM

NP - Hahahah. Dulu reply seme komen. Tp skg tak dan. Reply komen Sm pun sbb komen SM kebanyakannya mcm bt I tak puas hati! Hahahah! Klu I tak reply means I agree dgn komen U all! Hiks!

Tp kan Net, seme entri U, I bace tau.....heheheh!

=p

Tak seme penunggang motor tu budak rempit. Aku pelik, bdk rempit yg kuang ajar kat jalanraya tu, liat lak nyawa derang kan? Adehhh!

Lady Windsor Says:
January 11, 2012 at 6:37 PM

MF, jangan kecik hati..blog u pun special cuma I tak terjah cepat2 sbb entry u heavy and I kena scrutinise betul2 supaya x nampak poyo kalau posting...

SM blog ko pun heavy tp aku suka terjah dulu dgn motif nak kucar kacirkan barisan ko ni...mwahahahaha...

NP, nak! Kat atas cruise I x sempat nak minum kopi u...huhu

telor power Says:
January 11, 2012 at 9:36 PM

kesian brader tu, nak wat mcm mana dah sampai seru. yeah aku sokong SM,
kesemua penunggang kapchai memang hensem.termasuk lah wa.

eh2 kejap. kenape brader kapchai tu tak tunggu line clear baru teruskan perjalanan motor dia yg tiub bocor tu, nie mesti feeling layan carut2 sampai terlupa kereta yg mendatang. takpun mmg semua driver nak buli rider2 yg ada diatas jln raya.

Lady W: ko pi penang,tlg servey tempat menarik.aku malsa layan google.

MF: jgn kecik ati...aku pun selalu baca belog ko.

NP: perhatin juga eh ko pada rider2 dan org OKU.Bagus!

Lady Windsor Says:
January 12, 2012 at 1:29 AM

TP..bukit jambul ka, padang kota ka, gurney drive pun ok kalu ko nak pekena siput bintang...cikaro pun ramai witu wehh...

telor power Says:
January 12, 2012 at 8:59 AM

lady W : ok walaupun tu yg biasa2 aku pergi mgkn aku akan jejak balik kot

NenetPenne (NP) Says:
January 12, 2012 at 12:38 PM

@fara
bak kata LW, blog u isinya berat kena baca betul2 ddan fahami betul2 dulu..
tapi i pun baca jugak walaupun jarang komen..hiksss


@LW
jom kita pi penang jom...driver? TP dgn SM...hak hak hakkk


@TP
off course i perihatin dgn rider sebab i one day pun nak jadi rider, tak nak jadi pillion... tak best..tapi mungkin best kalau rider handsome ..

@LW lagi
mana abang2 rider motor besar tu?? nak bekenalan nih...ha ha ha..

@SM
eh ni blog kau ker?? haaaaaa haaaa

telor power Says:
January 12, 2012 at 12:49 PM

jom penang, jelajah sana plak secara naik moto kapchai.

SM Says:
January 12, 2012 at 1:31 PM

NP :
kopi tu rasa dia agak raw sedikit, elok untuk orang yang enggan tidur. eleh kau ni, bila tau brader tu hensem je terus prihatin. hahaaa!

MF :
yang ni pun kadang-kadang aku musykil jugak. kenapa orang macam brader hensem tu je yang sering jadi mangsa. aku rasa mungkin sebab situasi kot. budak-budak rempit tu akan beroperasi waktu tertentu je, dan pada waktu tak terdapat saingan lain kat atas jalan. cuma sesama mereka je. jadi yang merbahaya pada ketika itu cuma budak rempit je. tapi yang macam brader hensem tu pulak, mereka selalunya mati kena langgar waktu pagi dan petang. pada waktu tu, semua orang nak bergegas termasuk jugak `para pemandu budiman' ni. jadi secara matematik mudahnya, mereka terletak dalam kedudukan paling bawah dalam rantaian makanan.

LW :
blog aku heavy? hahahaaa! heavy dengan longgokan ****** je.

TP :
penunggang kapcai akan lebih hensem kalau botak. tayar bocor tu adalah kes berlainan. ada lima kes yang aku simpulkan.

LW :
aku tak berapa `into' sangat kat penang ni, sesak! tapi kata orang banyak jugak port mancing!

NP :
ini blog kita bersama, "bersekutu bertambah tahu".

TP :
apa gila konvoi naik kapcai. belum naik highway dah berkecai meninggal kena sebat dengan `pemandu budiman'. hahahaa!!!

(gila penat reply secara pukal!)

reen afny Says:
January 12, 2012 at 3:05 PM

hahaha sape suruh lambat reply... weh, brader tu da meninggal ke?? l-fatihah..

laa, aku baru nak tanya camne kau design jalan2 ni. dari haritu lagi nak tanya tau. hehe

NenetPenne (NP) Says:
January 12, 2012 at 3:38 PM

@TP
konvoi pi penang naik motor kapcai?
errrr sorrylah...i nak naik airasia jewwww..ha ha ha...berlagak gila...

@SM
aku bukan enggan tidur laa cuma nak bagi tak mengantuk jer...
ye ya aku prihatin kalau rider tu handsome jer..ha ha ha....

SM Says:
January 12, 2012 at 3:40 PM

ra : jalan ni bukan aku yang design la.

NP : kalau macam tu, aku tak berani lalu depan kau naik moto. takut kau prihatin kat aku nanti.

NenetPenne (NP) Says:
January 12, 2012 at 3:44 PM

@SM
muntahhh darahhhh aku dgn statement kau.... LW tolongg!!!! baldi plisssss...ha ha ha

SM Says:
January 12, 2012 at 3:50 PM

ala, kamon la. sebab tu aku tak pernah bagitau kat mana aku berada dan identiti sebebar aku. kang kau muntah darah tiap-tiap hari. hahahaa...!

telor power Says:
January 12, 2012 at 3:52 PM

NP: aku konvoi sorang nanti naik kapchai...pasti ko jeles. kapal terbang aku dah muak hahaha

SM : lu doakan kan wa xkena sebat dgn "pemandu budiman" sudah

reen afny Says:
January 12, 2012 at 3:53 PM

aiyokk.. kurang fokus ke. maksud aku kau guna web apa design jalan tu. huhu

SM Says:
January 12, 2012 at 3:56 PM

tp : jangan takut, doa aku sentiasa mengekori kawan-kawan.

ra : nama software, pandai-pandai la kau cari. dan sekali lagi, bukan aku yang design tapi jalan ni memang wujud kat malaysia.

reen afny Says:
January 12, 2012 at 4:05 PM

haha yela2... okeh nanti aku cari. (kalau rajen) kbai

SM Says:
January 12, 2012 at 4:08 PM

ra : aku bagi tempoh sampai kau tua. kbai.

NenetPenne (NP) Says:
January 12, 2012 at 4:10 PM

@TP
tak jeles pun...
kalau motor goldwing ker bmw ker.. jeles laa jugak kan.... ha ha ha...
virago ker...
walaupun i selalu naik kapalterbang tapi i tetap tak muak sebab dapat tengok pramugara dan peramugari cun...

SM Says:
January 12, 2012 at 4:17 PM

peramugari maswing agak gojes juga. naik ATR72-500 memang best kalau ada peramugari yang cantik.

Lady Windsor Says:
January 12, 2012 at 5:37 PM

SM, yg aku dan NP dok cakap heavy tu blog MF la weii...blog ko ni memang port kami kucar kacirkan barisan...

TP, ko leh jadi driver kan...hikhikhik!

SM Says:
January 12, 2012 at 5:49 PM

LW:
kalau dah nama gangster estet tu. (emoticon geleng kepala)

Lady Windsor Says:
January 12, 2012 at 8:11 PM

SM tau tak pe..emoticong tongue!!!

telor power Says:
January 12, 2012 at 8:33 PM

Lady W: mmg boleh sgt2 jd drive tu?
tapi malas nak drive pada musim2 cuti perayaan nie, bazir masa je

NP: goldwing apa kelas...aku xminat motor macam tu. hensem lagi moto lc

SM: tq2

NenetPenne (NP) Says:
January 17, 2012 at 3:42 PM

@TP
goldwing kelas ke tak..kelas lagi lah dari kapcai...u ada goldwing?

telor power Says:
January 17, 2012 at 3:45 PM

NP: sepatutnya ada.tapi disebabkan kan aku lebih menyanyangi kapchai.jadi tak ada niat dan nafsu utk membelinya.