Selipar

| Wednesday, January 04, 2012 | |
Assalamu 'alaikum (jarang bagi salam dalam setiap entri)...


Hari ni. Bukan, pagi ni... Aku datang kerja pakai selipar. Antah apa punya tahap bebal boleh terlupa pakai kasut pulak. Sebaik masuk dalam lif, aku dah dapat rasa lain macam. Lif berhenti di tingkat dua, pintu pun terbuka. Masuk sorang brader yang aku kenal. Orang lain pun kenal. Orang lain kenal dia sebagai seorang yang peramah tapi pada orang tertentu.


Dia masuk, tekan butang bernombor 15. Berpakaian kemas, kasut cutting macam mulut alligator. Babi, langsung tak tegur aku...


Dulu mula-mula kenal, boleh tahan ramahnya. Bila tau jawatan aku yang kecil berbanding dengan dia, terus berubah. Cakap pun sepatah-sepatah.


Sepanjang dalam lif, dia usha kaki aku. Macam la kaku aku ni bercagu. Bastard!


******************************


Berdasarkan pemerhatian aku terhadap individu-individu yang berada di persekitaran kerja aku, aku perasan ada beberapa orang yang akan selalu tegur aku setiap kali terserampak, ada jugak yang rajin berbual dengan aku dalam nada perbualan penuh dengan kata-kata kasar dan lawak bangang. Tak kurang pulak yang sangat tak suka berkawan dengan aku, dek kerana cara aku menggunakan bahasa kasar dalam perbualan, atau pun melihat  semua perkara dalam keadaan lawak.


Ok, aku tak kisah kalau kau tak suka berkawan dengan aku disebabkan aku suka mencarut dan berbahasa kesat dan buat lawak bangang dan sembang merapu dan membahankan orang lain dan segala macam perkara yang cuma dilakukan oleh barbarian.


Mungkin tahap aku agak rendah untuk berkawan dengan orang yang bertamadun macam mereka, tapi tolong jangan keji selipar yang aku pakai...!


(gambar sebenar objek hinaan, pernah menjadi profile picture untuk fuckbook beberapa bulan lalu)


Sekian entri terasa hati...

14 comments:

telor power Says:
January 4, 2012 at 4:18 PM

kehkehkeh...macam mana lu bley lupa pakai kasut. kes lambat lah ni

SM Says:
January 4, 2012 at 4:31 PM

dah tua, biasa la. lupa pakai helmet pun pernah, nasib baik tak start moto lagi.

telor power Says:
January 4, 2012 at 4:32 PM

nasib bukan tahap kritikal

Lady Windsor Says:
January 4, 2012 at 4:50 PM

Hello buddy...kes ko tu kecil-kecilan jer...macam haku ni...officer maybank siap cakap aku tak layak nak apply credit card depa..dia belum tengok lagi form aku masa aku duduk depan, dia cuma tengok aku pakai tshirt poyo, tudung bawal dan bawak envelope jer nak apply credit card...bila dia cakap x layak...aku buat muka seposen dan hulur form aku...sekali air muka dia berubah dan terus offer goldcard haramjadah ke benda ntah...masa tu air muka aku pula berubah dan aku kata terima kasih je leh, tadi encik kata tak layak, so saya nak p City Bank la kalu gitu...sampai client lain pun cebik kat dia...keji sgt perangai dia sebab judge a book by its cover...padan muka dia...sampai la ni aku x buat credit card sama maybutuhbank...

reen afny Says:
January 4, 2012 at 5:40 PM

laaa pasal selipar je pun. tu pun dorang nak pertikaikan. dekat sini pun kteorang pakai selipar. relax je bos tengok... haha

sabar eh... orang sabar selalu dapat lebih ;)

SM Says:
January 4, 2012 at 5:45 PM

hahaaa...!

Pok Amai-Amai Says:
January 5, 2012 at 8:31 AM

Selipar mahal tu. Aku pki selipar Mydin rege RM3 je. Huhuhuhu..

SM Says:
January 5, 2012 at 10:18 AM

MF : selipar ni tengah naik sekarang. budak-budak asrama tak digalakkan bawak pergi surau.

ralphrazaq Says:
January 5, 2012 at 10:54 AM

selipar ni tebal la..xsedap pakai pun..

SM Says:
January 5, 2012 at 11:04 AM

selesa. classic tebal, slim nipis sikit dan lebih lembut, cutting untuk perempuan. (free promo)

ralphrazaq Says:
January 5, 2012 at 11:15 AM

SM - kalu aku beli, aku beli kaler meriah..biar masuk lift sume tgk tang kaki aku hahaha!!

SM Says:
January 5, 2012 at 2:23 PM

itu dah macam kanak-kanak ribena pulak.

ralphrazaq Says:
January 5, 2012 at 4:11 PM

SM - mestilah..aku kan kanak2 lg

SM Says:
January 5, 2012 at 4:55 PM

kanak-kanak?