Pilihan Laluan

| Thursday, January 26, 2012 | |


Garisan Biru : Laluan 1
Jarak perjalanan sehala : 34.6 km
Tempoh perjalanan : 40 minit kalau tak hujan


Garisan Hijau : Laluan 2
Jarak perjalanan sehala : 30.8 km
Tempoh perjalanan : 35 minit kalau tak kena langgar lori


Setiap pagi, aku akan keluar dari rumah memulakan perjalanan mencari modal untuk membeli beras, gula dan sayur seawal jam 6:30 pagi. Itu paling awal. Dan kalau sebelah malamnya aku banyak menghabiskan masa di depan skrin monitor atau di depan tv melayan kerenah gangster jalanan di saluran 951, aku akan mengambil masa yang agak lama untuk memisahkan kepala dari bantal pada sebelah paginya, menyebabkan aku mungkin akan bertolak 10 atau 15 minit lebih lewat. Tapi aku jarang gagal untuk memenuhi temujanji dengan mesin pengetik masa di pintu masuk pejabat.


Sifir yang aku gunakan agak mudah. Perjalanan ke tempat kerja aku akan mengambil masa lebih kurang antara setengah jam hingga empat puluh minit kalau aku mengamalkan corak tunggangan yang santai dan selamat. Ini kerana, selain sayangkan belalang tempur, aku juga sayangkan nyawa yang Tuhan pinjamkan tanpa syarat yang ketat ini. Apa perlunya aku tergesa-gesa berlumba dengan masa kalau akhirnya aku hanya akan tiba di wad kecemasan hospital terdekat.


Parameter yang aku pakai untuk sifir ini pun agak mudah pembolehubahnya. Ada dua laluan terdekat. Laluan berwarna hijau atau pun biru. Selama ini aku hanya lebih selesa dan senang menggunakan lebuhraya iaitu laluan pertama berwarna biru. Namun begitu, semenjak seminggu lebih ni, hati aku telah mengarahkan handle belalang tempur aku dihalakan ke arah laluan kedua berwarna hijau pula.


Bukan bermaksud nak mengada-ngada, tapi aku sekarang lebih gemar memilih laluan yang tidak membosankan dan mempunyai pemandangan yang pelnagai berbanding menggunakan lebuhraya yang sangat statik pemandangannya serta mampu membuatkan aku berkhayal di atas jalan. Walau pun laluan yang aku pilih kini, aku terpaksa bersaing dengan objek-objek besar yang bergerak lebih pantas daripada belalang tempur aku.


Lebih kurang begitulah yang aku rasakan dalam hidup ni. Kadang-kala, aku perlu mencuba jalan yang sedikit berbeza berbanding rutin hari-hari semalamnya. Setiap hari kita keluar bekerja, sarapan sebelum memulakan kerja bersama kawan-kawan sepejabat, berhenti sebentar pada waktu tengahari untuk lunch, sebelum menyambung semula kerja. Kemudiannya, pulang semula ke rumah tepat apabila waktu pejabat tamat. Sebulan sekali atau seminggu sekali kita akan meluangkan sedikit masa melakukan aktivi bersama keluarga seperti makan di luar, keluar jalan-jalan menghabiskan duit yang sejemput dengan menonton wayang atau sekurang-kurangnya membeli-belah dari luar tingkap kedai. Setahun sekali pula bagi yang mendapat bonus tinggi, akan menetapkan tarikh yang ideal untuk keluar melancong tak kira sama ada bersama kawan-kawan atau pun bersama keluarga, atau setidak-tidaknya pulang ke kampung halaman apabila tibanya musim perayaan.


Tidakkah kita terfikir, tindakan yang sedikit terkeluar daripada kebiasaan akan menjejaskan tujuan hidup kita? Apakah tujuan hidup akan terpesong daripada matlamat yang asalnya? Tidakkah kita takut kalau-kalau menjejaskan kehidupan orang-orang yang ada di sekeliling kita?


Sekian entri memilih laluan hidup.



33 comments:

ralphrazaq Says:
January 26, 2012 at 12:36 PM

celah mane kau dapat lukisan ni? ow aku tau kau keje ape.....tetttt

Telor Power Says:
January 26, 2012 at 1:13 PM

SM: 1. setakat terpesong sedikit rasanya tidak mengapa kot.

2.laluan hijau: cepat dan mencabar, hidup ini perlu cabaran baru bermakna.

3.laluan biru: lambat sedikit, rugi masa. susah tentukan matlamat pasal sempat berangan dijalan yg panjang.

(aku cuba praktikkan ilmu tilik dari gambarajah yg ada)

ralph: dia kerja apa? aku nak tahu gak.

SM Says:
January 26, 2012 at 1:53 PM

ralph : aku suruh kau tilik diagram ni, bukan tilik kerja aku.

tp : aku boleh terima rumusan kau tu. tapi, berani ke kita?

Lady Windsor Says:
January 26, 2012 at 1:55 PM

Aku tak kisah ko lalu ikut jalan mana2 pun janji ko selamat sampai dan selamat balik dan selamat blogging..kalu nampak ko kat blog tu haku senang hati...ko kena ingat ko ada 999 tahun lagi perjanjian sulit dengan aku..ingat tau..jangan buat2 lupa pulak dan jangan memandai nak jadi superman kat jalan raya..

gedek! Says:
January 26, 2012 at 2:47 PM

kalau tak kena langgar lori tu yang tak boleh bla tu...

NenetPenne (NP) Says:
January 26, 2012 at 3:30 PM

eh beb..beb pulak..salah intro
eh SM, oklah tu kalau kau terdampar di wad kecemasan...ada lagi hayat untuk meneruskan kehidupan... kalau kau landing kat 'batu dua' cemana?? nangislah aku dgn LW, tak ada kawan...

SM Says:
January 26, 2012 at 3:52 PM

LW : aik, awal-awal lagi dah keluar baris.

gedek : laluan yang jadi pilihan kita, cuma tuhan yang lebih faham akan selok-beloknya.

NP : aik, kau pun cuba nak lari topik juagk.

ralphrazaq Says:
January 26, 2012 at 4:34 PM

kalau aku dh bese guna laluan lama, aku akan gunakan tanpa rasa bosan..laluan baru? emm....keinginan untuk mencuba tu ada..cuba sekali dh rasa macam susah je nak ulang balik..

NenetPenne (NP) Says:
January 26, 2012 at 5:18 PM

@SM
laaa aku tak prasan pulak aku lari topik..tapi topik tu termasuk dalam karangan kau jugaklaaa

ya lah..aku cuma doakan kau selamat pegi dan balik...dapat bawa balik rezeki untuk isteri dan anak2 kau...
kang kalau kau tak ada, anak2 kau sedih sebab bapak dia tak ada...bini kau aku tak sure pulak samada dia sedih atau gumbira...

peace!!!

SM Says:
January 26, 2012 at 5:45 PM

ralph : itu yang aku namakan "alternatif hidup".

NP : ceh, belum-belum dah peace. hahahaa...!

Telor Power Says:
January 26, 2012 at 7:48 PM

SM: sanggup atau tidak,kita kene tempuhi juga,sebab kita mana tahu jenis cabaran dan halangan yg menimpa. takpe, wa pasti lu dah pilih jalan yg betul.

Lady Windsor Says:
January 26, 2012 at 9:18 PM

Hah...ramai yg suka berpesan pesan kpd ko semoga selamat..

Err aku kan memang x pernah nak masuk dalam barisan, takkan le ko dah lupa..

DuniakuAbstrak Says:
January 26, 2012 at 10:28 PM

kalau lambat bangun aku pilih laluan selesa

kalau awal bangun aku pilih laluan berliku..

juz wanna kill the time

hehe

NenetPenne (NP) Says:
January 26, 2012 at 10:54 PM

@SM
yelah sebelum kau apa2kan aku baik aku bagi peace cepat2.... hiksss

NenetPenne (NP) Says:
January 26, 2012 at 10:56 PM

eh gambar tu kan mcm belajar sains kat sekolah2 pulak...
gambar bawah tempat kerja tu mcm bateri, rumah tu umpama mentol kecil
jalan2 tu umpama wayar yang menyambungkan bateri tu kepada mentol kecil tu...

SM Says:
January 27, 2012 at 7:35 AM

tp : apa lagi, try an error la.. hahaa!

LW : kau perlukan cahaya di siang hari.

DA : kalau hujan lebat, aku tak pilih laluan mana-mana. baik aku baring atas sofa.

NP : ceh, kata berjiwa srikandi... tapi hampeh rupanya. ohya, aku pernah try litar bateri-wayar-mentol tu kat basikal aku dulu. tapi...

Lady Windsor Says:
January 27, 2012 at 8:29 AM

SM, aku tak perlukan cahaya d siang hari, aku cuma perlu cahaya bulan saja supaya aku tak terbakar...

reen afny Says:
January 27, 2012 at 11:36 AM

ala, beza 5 minit je pun do. haha kadang2 bila aku press minyak pun terpikir jugak kang tak pasal2 masuk wad naye pulak kan.

aku rasa ada time jugak layan je bila drive slow2 ni sambil tengok pemandangan. hehe

NenetPenne (NP) Says:
January 27, 2012 at 11:50 AM

@SM
rasanya kau silap orang...tak penah pulak aku kata jiwaku ini berjiwa srikandi...

SM Says:
January 27, 2012 at 12:17 PM

LW : ohya, aku lupa kedudukan kau sebagai orkid malam.

ra : 5 minit yang sangat besar bezanya bagi orang penting macam aku. hahahaa!

NP : tapi aku dapat membaca gerak-geri kau yang lebih berupa srikendi.

Lady Windsor Says:
January 27, 2012 at 1:49 PM

NP: sah SM tersilap...dia nak kata i tu yg srikandi...ada pulak dia kata u srikendi...babap karang!

SM: dah tukar pada orkid malam pulak ya..aku rasa baik je ko kata aku ni pontianak harum sundal malam...tu pun nama bunga gak tu..

SM Says:
January 27, 2012 at 3:32 PM

yela, korang berdua la sri`kendi' melayu terakhir...

reen afny Says:
January 27, 2012 at 3:43 PM

gedik gila... so keluar la rumah awal oohkay. hihihi

SM Says:
January 27, 2012 at 3:48 PM

ra : apa gila, tu dah kira awal la tu. aku ketik kad kat perakam masa sebelum jam lapan pagi. kira ok la timing macam tu.

NenetPenne (NP) Says:
January 27, 2012 at 3:57 PM

@LW
jom babat SM secara jemaah...
u nak babat dia tang mana??? *wink wink sambil angkat kening...*

@SM
sri kendi? make sure kendi tu cap corning ware, corell, queen anne atau noritake yer... muahahahaa

reen afny Says:
January 27, 2012 at 3:59 PM

hahaa aku, pukul 8 baru nak gerak. hehehehe saje nak bagitau. kbai

SM Says:
January 27, 2012 at 5:12 PM

NP : arcopal pun ok.

ra : terlalu berdisiplin, patut gaji kena cantas. hahahaa!!!

Lady Windsor Says:
January 27, 2012 at 5:18 PM

SM, arcopal tak main...not our taste..kehkehkeh! (sila cebik bibir kalau rasa aku perasan)

SM Says:
January 27, 2012 at 5:31 PM

(emoticon cebik lubang hidung)

Lady Windsor Says:
January 27, 2012 at 7:39 PM

bluerkk...itu korek hidung namanya...cehhh!

NenetPenne (NP) Says:
January 27, 2012 at 11:14 PM

@SM
arcopal boleh aku jadikan wedding gift untuk kau...

@LW
cebik lubang hidung tu cemana agaknya yer.. cannot imagine kalau SM buat cam tu...

Lady Windsor Says:
January 28, 2012 at 1:04 AM

NP, ntah...I dok terbayang subang kat hidung...ala macam aci aci kan, subang kat hidung, cincin kat jari kaki...terbalik kuang depa ni...

reen afny Says:
January 28, 2012 at 2:45 AM

masuk sharp, balek pun sharp. kahkah jangan lambat dan balek cepat suda. huhu