Pickelhaube ke Stahlhem

| Tuesday, January 10, 2012 | |
Millenium baru ni, negara matahari terbit dikenali sebagai negara yang mempunyai golongan anak muda yang begitu terkehadapan dalam bidang fesyen. Bagi la apa-apa je barang kat budak-budak comel bermata sepet diorang ni. Pasti akan dijadikan fesyen pelik-pelik yang bakal menjadi trend kat sana. Jauh mengalahkan pakar-pakar fesyen terkenal dari kota-kota di urban Eropah atau New York. Pendek kata, Paris Hilton atau Gwen Steffani pun boleh tertelan taik gigi tengok budak-budak Jepang ni punya perangai.


Itu aku tak heran, dah nama pun budak-budak. Bagi adult diaper pun diorang bantai lilit kat leher.


Hari tu, masa aku dok sibuk tonton siri pasal Hitler yang entah apa-apa kat Saluran Sejarah tanpa faham 90% apa yang diceritakan, aku teringat dengan satu objek yang aku pernah nampak tertenggek kat kepala askar German dalam visual berkaitan WWI(bodohnya, ada tiga perkataan `yang' dalam ayat ni). Memang stylo abis.





Aku rasa kalau nak dibandingkan dengan helmet Darth Vader rekaan George Lucas dan team dia yang diadaptasi daripada topi perang samurai Jepun zaman dahulu kala, memang tak boleh blah. Macam langit petala ke tujuh dengan kerak bumi! Ha, itulah yang dikatakan fesyen orang berperang.

Dikenali dengan nama Pickelhaube, helmet ini digunakan oleh askar-askar German ketika perang Dunia Pertama. Bentuk helmet ni agak menggerunkan dengan spike besar kat bahagian atas ubun-ubun kepala mereka. Tujuan spike ni diletakkan menurut para pereka dan pegawai atasan pihak empayar Nazi German ketika itu adalah untuk menggerunkan pihak lawan dari segi penampilan. Tetapi akhirnya spike kat atas kepala hangguk tu terpaksa ditiadakan dengan menggantikan jenis helmet yang baru dikenali sebagai Stahlhem pada tahun 1916 atas alasan yang kelakar jugak iaitu, askar German mudah menjadi sasaran tentera musuh ketika di medan perang! Bodoh jugak si fuhrer Aryan ni.


Yang syoknya, helmet lama Pickelhaube ni pun kira `cara' jugak dalam proses pembuatannya iaitu, dengan menggunakan kulit yang sangat istimewa kaedah penyediaannya. Tak percaya, tanya Wiki.

Apa-apa hal pun, barang lama tetap dikenang. Helmet yang nampak garang tapi bodoh ni tetap jugak dikekalkan sampai sekarang, tapi cuma untuk upacara-upacara tertentu je seperti untuk pakaian ahli pancaragam (termasuk negara Eropah yang lain) dan pakaian beraneka ragam ketika majlis konvokeysyen Tadika Seri Pagi Bandar Lestari Putra, Seri Kembangan...


(macho gila brader yang pakai Pickelhaube tu)


Tapi (lagi) sejak aku akil baligh sampai la ke zaman  tumbuh janggut kat ketiak ni, aku masih tak faham pasal orang perempuan. Kenapa high heels masih lagi wujud walaupun terang-terang telah menjadi satu lagi objek pujaan si fashion victim? Tak sakit ke...? Auch...





Sekian entri fesyen bersejarah....

37 comments:

SM Says:
January 10, 2012 at 10:58 AM

always 1st!

aku busy banyak, tiada banyak kesempatan untuk fokus kat blog sahabat-handai. kalian berjuang la dulu dengan doa aku sebagai peneman!

hahahaaa...!

ralphrazaq Says:
January 10, 2012 at 11:03 AM

alaaaa...baru nak jadi org 1st..x aci komen dulu..

telor power Says:
January 10, 2012 at 11:11 AM

aduh...takdapat aku nak menari2 kemenangan hari nie....huhuhu

ralphrazaq Says:
January 10, 2012 at 11:13 AM

TP - alah ari2 bernasib baik je kan? haha

telor power Says:
January 10, 2012 at 11:17 AM

ko memang suka sejarah eh..patut la ko suka ke muzium.

part fesyen kasut tumit tinggi tu yang mcm lebih gile dari fesyen topi perang

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 11:39 AM

aku suka topi nombor 2 tu..
lagi machoo kalau aku pakai ketika aku naik motor besar aku

reen afny Says:
January 10, 2012 at 11:47 AM

baru nak jadi num 1. haha
cepat gila korang komen...

nasib baek aku suka pakai wedges je.. haha eh yeke, high heels jadi pujaan fashion victim?? camne tu eh... tak paham..


btw, aku suka la helmet Pickelhaube tu. memang stylo. kalau pergi berperang musuh tengok pun ketar lutut jugak la kan. tapi helmet yg da di-modified tu macam penakut je. kosong dan simple sangat. *sekadar pendapat

ralphrazaq Says:
January 10, 2012 at 11:49 AM

reen - aku ada high heel tp jarang sgt pakai..selalu wedges menjadi teman setia, al maklum la org 'rendang'..hehe

reen afny Says:
January 10, 2012 at 2:32 PM

haa kan. kalau pakai wedges boleh lari2. aku tak reti pakai heels la. haha relax la.. aku pun rendah kot. yeayy ada geng! haha

SM Says:
January 10, 2012 at 3:29 PM

tp : aku sejak lahir dah minat sejarah. lebih-lebih lagi diorang punya barang yang berkaitan tu. sangat unit dan penuh dengan art.

NP : jangan pakai. kang kalau kau macho, aku macamana pulak? takkan cute kot.

ra : memang la tujuannya nak meningkatkan penampilan ke tahap yang menakutkan. tapi tak praktikal. unfunctionable!

ralph : tak semua orang sesuai pakai heels. tapi...

ralphrazaq Says:
January 10, 2012 at 3:50 PM

SM - ape tapi-tapi?

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 5:07 PM

@SM
kalau aku macho kau tentulah cute...

SM Says:
January 10, 2012 at 5:13 PM

ralph: tapi, ada SEBAPnya...

NP: pergh! abis tu, siapa bonceng siapa weh?

reen afny Says:
January 10, 2012 at 5:18 PM

SEBAP apa tu SM??? cuba cerita... haha

haaa tahu takpe. tak gerun langsung. macam budak2 zaman sekarang punya helmet naek basikal. haha

Pok Amai-Amai Says:
January 10, 2012 at 5:19 PM

Makkk! Kasut apakah itu? Sakit oh tumit!

Aku yg pompuan nie pun tak phm nape diorang suke pakai high heels sbb sakit ouh kaki!

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 5:27 PM

@SM
kalau naik moto, aku kat depan, kaulah yang kena duk belakang... ha ha ha...

aku nak cakap sesuatu tapi aku tak nak cakap kat sini nanti kau kecik hati..aku tunggu LW balik, aku sms dia nanti dia sms kat kau sebab aku tak ada nombor phone kau...

SM Says:
January 10, 2012 at 5:28 PM

ra : mungkin pada zaman dulu, first impression musuh kepada kita adalah sangat penting. sebap tu banyak kelengkapan perang yang mampu mengubah penampilan pemakainya menjadi garang yang amat.

MF : aku rasa, mereka (lelaki pun sama) ni lebih mementingkan kecantikan, selesa atau tidak tolak ke tepi. betul ke?

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 5:40 PM

@SM
aku suka pakai high heels sebab cantik... tak semua high heels tu sakit... tak semua...

SM Says:
January 10, 2012 at 5:43 PM

NP : kalau macam tu, apa kata kau bagi aku nama dan jenis high heels tu. bagi jelas sikit. sebab pada aku, takde kelebihan kalau pakai high heels ni. pendapat?

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 5:51 PM

@SM
kelebihan memakai heels tu bergantung kepada individu masing2 laaa
kadang2 pakai heels ni nak nampak segak bila berpakaian...
brand yang aku pakai macam2 tapi yang pasti bukan brand cleef...ha ha ha..

ada brand kasut charles and keith aku tak boleh pakai, sakit kaki sebab tak ergonomic. nak tahu pasal ergonomic sila tanya cik wiki

heels ni ada mcm2, ada yang tumit lebar, tumit runcing, wedges dan lain lain

dan pemakaian heels tu jugak mengikut kepada size badan pemakai...

SM Says:
January 10, 2012 at 5:54 PM

ok, aku assign kau buat entri pasal heels ni. bila dah abis exam la. nak jelaskan kat aku apa yang best sangat heels ni. siap gambar sekali. boleh?

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 5:58 PM

@SM
assignment?? tidakkkk!!!
best tu adalah bergantung kepada diri sendiri seumpama kau rasa best bila dapat makan tapai
bagi kau best tapi bagi orang lain mungkin tak best
kerana best atau tak adalah subjektif

kalau kau nak rasa best, cuba kau try pakai heels...ha ha ha..ada berani?

SM Says:
January 10, 2012 at 6:00 PM

takkan sampai lupa effect jangka panjang kot. tak (taknak) faham aku...

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 6:05 PM

@SM
i dont wear high heels everyday yer
wear it occasionally
kalau orang berilmiah dia akan cipta sesuatu mengikut ergonomic
kat malaysia jer orang tak pentingkan ergonomic dan tak peka apa itu ergonomic
that is why kalau kita cipta sesuatu adalah kita tahu kenapa ianya diciptakan bukan main cipta membabi buta jer..
mcm jugak nak pakai kasut heels ni..u dont simply buy, u must try first, feel it then baru beli
ada heels yang cantik tapi bila pakai hazabbbb

SM Says:
January 10, 2012 at 6:10 PM

aku belum cari kat wiki lagi apa tu ergonomic. jadi, maksud kau ada heels yang memang selesa dan tidak memudaratkan?

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 6:13 PM

@SM
dalam dunia ni mana ada menda yang tidak memudaratkan bro...

tapi bak kata orang, orang sanggup amik risiko untuk nampak cantik walaupun pada sesetengah orang mungkin tak faham kenapa kau harus pakai high heels..

SM Says:
January 10, 2012 at 6:19 PM

kalau kau kata sanggup ambik risiko untuk nampak cantik, aku satu tuju. cuma jangan sampai terlupa cantik bagaimana yang perlu kita perlihatkan.

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 6:23 PM

@SM
cantik untuk diri sendiri bukan untuk orang lain memuji kata cantikknya kau hari ini..
itu bukan aku

SM Says:
January 10, 2012 at 6:27 PM

apa yang aku faham dengan statement kau, cantik untuk diri sendiri adalah untuk mendapatkan kepuasan. betul tak?

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 6:30 PM

@SM
betul dan tepat sekali
bulls eyes...
self efficacy orang putih cakap..tapi aku lupa cemana eja efficacy tu...

SM Says:
January 10, 2012 at 6:36 PM

efficiency kot. nanti tanya LW. dia tu aku punya kamus manusia.

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 10:23 PM

@SM
bukan..efficiency
efficiency tu lain..
ahhh senang pakai self satisfaction jelah..
word self efficacy tu aku belajar dalam OB..

SM Says:
January 10, 2012 at 10:28 PM

oh, patut la aku tak pernah jumpa. efficiency tu pulak aku tak jumpa kat mana-mana. saje je tembak! out of target rupanya...

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 10:56 PM

tak pe..next time try lagi..
wey tak layan citer tamil ker?

SM Says:
January 10, 2012 at 11:01 PM

aku tengah layan kerja la kat dpn pc ni. tu yang caragas je balas komen kau.

NenetPenne (NP) Says:
January 11, 2012 at 10:23 AM

ralat: self efficacy tu bermaksud keupayaan diri sendiri untuk melakukan tugas dengan berjaya...

SM Says:
January 11, 2012 at 10:25 AM

ni mesti kes silap tengok buku nota ni...