Percaya

| Monday, January 16, 2012 | |



Lebih kurang jam 6:30 petang, hari biasa yang biasa-biasa. Bukan hari minggu yang penuh penunggu. Petang yang suam-suam kuku, atmosfera di persekitaran pada aras lebih kurang 22.3m berdasarkan satah geodetik berbau agak harum dengan biasan aroma jalan tar yang baru lepas disirami hujan tropika. Permukaan jalan masih lembab. Namun terdapat tompokan-tompokan kering bersaiz kereta sedan di dalam beberapa petak parkir di kiri dan kanan jalan. Mungkin pemilik kenderaan beroda lima termasuk roda simpanan tidak mengalihkan kenderaan mereka sepanjang acara siraman hujan lebat sebentar tadi.

Di kaki lima deratan premis perniagaan yang lebih kurang beberapa kaki lebih tinggi daripada aras jalan, kelihatan seorang lelaki kacak berambut botak menyengetkan badannya sedikit ke kanan rapat pada handrail sambil memerhatikan gelagat beberapa pelanggan bank yang keluar masuk dari sebuah bank komersil. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan kepalanya meneleng mengekori susuk-susuk tubuh yang tidak dikenalinya.

Entah kenapa hari itu kelompokan manusia urban tidak begitu teruja memenuhi ruangan matanya seperti selalu. Jalan yang berkoordinat latitud 3°03'51.5" dan longitud 101°38'55.0” itu seperti tidak langsung mendatangkan keterujaan di hatinya untuk lebih mendalami perilaku penghuni sementaranya.

Di tangan kirinya tersepit sebatang rokok Winston light yang tinggal separuh untuk dihabiskan. Abu rokok yang terhasil daripada proses pembakaran dihujung rokok itu sengaja dibiarkannya memanjang. Tidak sedikit pun dipetiknya sejak dinyalakan hampir lima minit yang lalu. Sehabis matanya mengekori susuk-susuk tubuh pelanggan yang keluar masuk ke dalam bank, dia kembali memerhatikan kekhusyukan seorang lelaki yang tekun menyudahkan kerja di celah-celah premis perniagaan tersebut. 

Memang itulah tujuannya ke situ, iaitu untuk berjumpa seorang lelaki berkumis sederhana. Niatnya itu telah tersimpan lebih seminggu lamanya sejak dia menyedari sahabat kakinya telah lama terduduk di bawah meja. Kasihan akan sahabat kakinya yang telah hampir setahun menghuni bawah mejanya, dia mengambil keputusan untuk menemui lelaki berkumis itu. Namun barulah petang itu Tuhan melapangkan kepala botaknya dengan ingatan untuk membawa pulang sahabat kakinya itu. Mungkin usia yang semakin memanjat ke penghujungya telah menyempitkan lagi ruang-ruang kosong di kepalanya hingga dia seringkali terlupa akan perkara-perkara kecil yang harus didahulukan.

Seingat lelaki kacak berambut botak itu, lelaki yang sedang menjadi fokus matanya ketika itu telah beberapa tahun menjadi penghuni tetap di kaki lima itu. Berbekalkan kotak perkakasan diperbuat daripada kayu yang dikemudiannya menjadi bangku kecil tatkala menyudahkan tempahan pelanggan dan sebuah lagi kotak polisterin sederhana besar berisi alat ganti untuk dipasang pada sahabat kaki pelanggannya yang lain, dia tak pernah memungkiri janji pada diri sendiri. Janji untuk mencari rezeki halal berupa not-not kertas agar laku untuk ditukarkan dengan beras dan sardin berjenama Bumblebee.

20 minit berlalu sejak lelaki kacak berambut botak menyerahkan sepasang sahabat kakinya ke tangan lelaki berkumis sederhana itu.

"Ok, siap. Lepas ni tak terkopak lagi dah", kata lelaki berkumis sederhana memecahkan kebuntuan perbualan sejak dari mula.

"Berapa?" Tanya lelaki kacak berambut botak sambil tangan kanannya menyeluk poket belakangnya. Dompet hadiah daripada Adele berwarna hitam dan berdimensi 10.5cmX8.0cm dan setebal hampir 2.0cm dikeluarkan.

"Sepuluh ringgit," jawab lelaki berkumis sederhana seraya membetulkan posisi punggungnya. Mungkin kebas akibat pemastautinan punggungnya sejak pagi lagi. Tangannya ligat memasukkan sepasang sahabat kaki berwarna coklat dengan logo Bata di kedua-dua belah tapak ke dalam beg guna semula berwarna hijau. Kemas. Sehabis dimasukkan, tangkai beg guna semula itu disimpulkan bersama-sama untuk memudahkan si lelaki kacak berambut botak memuatkannya ke dalam bakul Honda EX5 berwarna hitam dan dihiasi sport rim berwarna emas.

"Nah, terima kasih bang", si lelaki kacak berambut botak mengunjukkan susunan wang kertas berupa sekeping not berwarna hijau dan lima keping berwarna biru. Wang kertas itu disambut lelaki berkumis sederhana dengan tangan kanannya lantas dimasukkan ke dalam poket bajunya.

"Eh, tak kira dulu ke. Mana tau tak cukup ke..." halus, indah dan penuh kejujuran soalan yang terhambur keluar dari mulut manis si lelaki kacak berambut botak.

"Ala, takpe..." lelaki berkumis sederhana menjawab perlahan.

****************************************




Ini adalah tukang kasut. Tukang kasut ini bertugas sebagai pembaikpulih pakaian yang disarungkan di kaki seperti kasut, sandal atau selipar. Dia tidak memilih pelanggan. Pelanggannya terdiri daripada bermacam bangsa dan keturunan serta pelbagai latarbelakang kewangan. Prinsip kerjanya amat mudah. Saya ambil, saya repair, saya kembalikan, dan saya terima upah. jika upah yang diterima tidak mencukupi seringgit daripada sepatutnya, dia tidak akan kisah asalkan pekerjaan yang dilakukan adalah halal. Selagi dia tidak dihalau oleh penguatkuasa pemakan gaji dari Majlis Perbandaran Subang Jaya, selagi itu dia akan terus menjalankan operasinya di ruang tangga ke tingkat atas antara CIMB dan Ambank di Jalan TK1/11A, Taman Kinrara.



Ini adalah kasut, bukan buaya gila yang cuba menelan pemetik api. Kasut ini berjenama Bata. Kasut berjenama Bata ini telah dibeli pada penghujung tahun 2009 di Alor Setar. Kasut ini dibeli di Alor Setar bukan kerana barangan di sana lebih murah dari tempat-tempat lain di semenanjung Malaysia, tetapi kerana pembeli kasut ini adalah seorang pelupa. Dia telah terlupa untuk membawa kasut untuk dipakai di majlis perkahwinan penting di pekan Langgar. Oleh itu dia terpaksa menelan kata-kata makian terhadap diri sendiri sambil membayar RM80 kepada tokei kedai kasut. Namun begitu, kasut ini telah terbiar lebih setahun yang lalu sejak tak dapat berkhidmat dengan sempurna kepada tuannya. Jadi untuk mengelakkan terjadinya pembaziran, Tuhan telah membuka hati pemiliknya agar membawa kasut ini kepada si tukang kasut.

Sekian entri menghargai kepercayaan dan keikhlasan seorang tukang kasut.

45 comments:

ralphrazaq Says:
January 16, 2012 at 4:14 PM

1st...ha aku tau tempat ni

SM Says:
January 16, 2012 at 4:17 PM

ya, antara cimb dengan ambank taman kinrara. macam siot, punya la pantas kau ni! brader ni kalau aku bagi duit tipu pun bukannya dia tau. nasib baik dia mempunyai pelanggan yang berhati luhur petang tu.

ralphrazaq Says:
January 16, 2012 at 4:20 PM

tocei tocei..weekend nt nk g tgk r..ada ke x si tukang kasut tuh hehe..besaunye kasut, kaki saiz gajah!!

SM Says:
January 16, 2012 at 4:21 PM

zoom in memang la besau! kalau boleh aku nak tunjuk sekali pijat yang dah bermastautin tu.

ralphrazaq Says:
January 16, 2012 at 4:27 PM

berhenti lah smoking bro..aiyoo x elok untuk kesihatan, nt Adele marah hahaha (Adele pun merokok gak haha)

telor power Says:
January 16, 2012 at 4:29 PM

aku suka entri ko nie SM. boleh digambarkan ko sebagai seorang yg berhati mulia dan jujur.

ralph: laju jer ko, naseb kerja aku tak banyak dah.senang nak tgk member2 update

ralphrazaq Says:
January 16, 2012 at 4:33 PM

TP - SM & kak LW kalu wat novel konpem laku kan? Ayat penuh sastera..sebenarnya tgn aku tgh menggigil ni sbb tgh thn marah..jd dr nk biarkan terus menggigil baek aku komen kt blog korang...

Lady Windsor Says:
January 16, 2012 at 4:35 PM

humakaihh..besaunya kasut...err macam kukenal saja lighter biru itu..musti kasut tu humble gila ada tuan punyanya yang berhati legend dan bersifat budiman...masih mahu mengubati ia walopon sudah hilang harga diri lantaran pengabdian sejati memijak aspal tanpa jemu..

err apakah yg aku tulis ini??? Apakah..

Lady Windsor Says:
January 16, 2012 at 4:37 PM

Ralph...pasai pa lak ko marah? marah kat sapa wehh? hari ini aku tak marah2 dah selepas hari jumaat lepas aku marah kaw-kaw...

Pok Amai-Amai Says:
January 16, 2012 at 5:03 PM

Aku mcm bygkan kasut itu berbau......paenggggg!

Adekah?

NenetPenne (NP) Says:
January 16, 2012 at 5:07 PM

kasut kalau tak dipakai lama2, nanti lama2 kulitnya terkopak... kan dah rugi...

reen afny Says:
January 16, 2012 at 5:11 PM

jahat gila nak bagi duet palsu. haha!
eh, lama da kau pakai kasut tu kan. kalau aku, mesti da korayk rabak da. pandai kau jaga. hehe

SM Says:
January 16, 2012 at 5:30 PM

komen balasan secara jualan gudang.

ralph : aku akan berhenti kalau adele pun berhenti jugak.

tp : ah, kalau aku reka cerita pun bukan korang perasan. hahahaa...!

ralph lagi : tula, apasal menggigil tak tentu pasal pulak ni weh?

LW : kasut ni dah aku bawak ke mana-mana. utara, selatan, timur, barat, waima merentas laut china selatan pun pernah!

MF : telah melepasi tempoh bau bangkai. bau dah takde...

NP : sebab tu aku bawak pergi jumpa doktor kasut. biasa la lelaki, pakai kasut sampai betul-betul barai.

ra : bukan la, kasut tu yang jaga aku.

Lady Windsor Says:
January 16, 2012 at 7:28 PM

Ntah kenapa aku rasa kasut tu agak comel...tapi adakah pemakainya gojes?? Oh tidak!! Larikkkkk....hahaha!

NenetPenne (NP) Says:
January 16, 2012 at 11:22 PM

@SM
aku tengok kat kasut tu kulit dah tercabut2.. aku kalau gini dah tak pakai dah...aku dah buang dah... meh kita cari kasut lain meh... jom laaaaaaaa.... tapi harga kasut kau bayar lah..hiksss...

LW jom!!!!

SM Says:
January 16, 2012 at 11:25 PM

LW : apa ada pada kasut, yang penting hati budi si pemakainya yang luhur dan ikhlas!

NP : sori beb. aku punya prinsip. pakai selagi boleh.

NenetPenne (NP) Says:
January 16, 2012 at 11:36 PM

@SM
kedeks...*larikkkkkk*

kasut tu dah terukk laaa...

SM Says:
January 16, 2012 at 11:39 PM

aku ni bukan kedekut taik hidung masin bapak kepada haji bakhil, tapi jimat la. selagi boleh pakai, aku sarung je. bukan salah pun pakai kasut lama. yang penting takde bau tungkik yang mengganggu orang yang berhanpiran.

NenetPenne (NP) Says:
January 16, 2012 at 11:41 PM

@SM
tak ubah mcm bekas laki aku...

SM Says:
January 16, 2012 at 11:47 PM

NP : alamak... hahahaa!!!

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 12:31 AM

NP, jom kita heret SM cari kasut baru, kita pilih untuk dia tapi dia bayar sendiri...nak ke tu...

telor power Says:
January 17, 2012 at 12:51 AM

kan kasut SM dah repair..kira masih boleh pakai lagi ler. tapi kalau korang nak seret juga dia beli yang baru aku tak halang.

(pale otak terbayang si SM diseret oleh NP dan Lady W, mcm budak lelaki sdg merajuk tak mahu pi sekolah)

SM Says:
January 17, 2012 at 7:38 AM

LW : aik, nak heret aku pulak? kang aku buat kispen pasal kena heret pergi shopping complex karang...

tp : biasa la tu bai, perempuan. rosak sikit kecohnya macam minggu depan nak kiamat. huru-hara je pergi beli baru. dah siap repair, kira ok la tu.

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 7:43 AM

SM, hamboih3x sedapnya mengata perempuan...esok2 ko dapat bini yg kecoh tahap petala langit...baru ko tahu kan..masa tu ko menyesal menangis air liar basi pun, satu sen tarak guna tau... Dan masa tu juga aku yakin ko Akan teringat akan keprihatinan aku dan NP nak tolong ko beli kasut kan..!

TP, ko pun jangan nak ngada2, silap gaya aku heret ko sama tau...SM tu kan bleh cayer pun, karang dia rambang mata nak pilih kasut Ben 10 atau kasut doraemon...

SM Says:
January 17, 2012 at 7:45 AM

aku sempoi, beli selipar pun dah orait.

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 8:31 AM

sebagai botak yang claim gojes, selipar adalah tidak sesuai dgn ko..siyes!

SM Says:
January 17, 2012 at 10:07 AM

cukup la aku gojes pada tempat dan sudut tertentu je. tak payah semua. kang NP jatuh kat aku pulak. hahahaa...!

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 10:19 AM

wakakakakak..tulun...aku nak ketawa ni...NP where you haaa...pls come over here..

SM Says:
January 17, 2012 at 10:38 AM

NP dia dah jatuh...

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 11:41 AM

bluerkkkk...bagi pihak NP!

telor power Says:
January 17, 2012 at 11:58 AM

Lady W: aku bukan nak sokong mana2, tapi kalo ko heret tuk jalan2 window soping ok la....tuk beli kasut mmg aku pilih ben 10, stail tu. ala beli kat pasar malam uptown pun bley, cari brand crocs ada gambo ben10.

SM: Orang gojes pakai apa pun jd semat.

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 12:12 PM

SM & TP: Orang gojes pakai apa pun jd semat? Apakah??? Agagagagaga..baiklah!

SM Says:
January 17, 2012 at 12:18 PM

tp : wa sokong 99.9% tanpa jangkitan kuman!

LW : pakai apan pun tetap gojes, tapi kalau tak pakai apa boleh buat orang muntah apam balik!

NenetPenne (NP) Says:
January 17, 2012 at 2:46 PM

@SM
what?? jatuh?? aku jatuh?? jatuh kat kau?? ha haha... ha ha ha... oh emmm geee..
pleaselah pakai kasut....
ada kalanya kau kena pakai kasut bai...


@LW
thanks sebab tolong 'bluerkkk' on behalf of me
so lets bluerrrrkkk together..... ha haha....
bayangkan eh...pakai baju smart, dgn seluar jeans, spek semua bagai ala2 pelakon jason statham..sekali tengok bawah, selipar!!!!! ha ha ha..


@TP
mesti comel kan tengok SM ditarik2 oleh kami..

telor power Says:
January 17, 2012 at 2:49 PM

tolong!!! selamatkan aku....

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 4:46 PM

TP: ahh ko pun dah terkena penyakit sama SM pulak dah..meh sini aku tarik telinga ko tu..mwahaha..


NP: lets do it now..bluerkkkkk!!!!hahaha weii tabbley tahan tu..dari atas memang kontrol gojes, turun ke mata...wow! sebab spek mata hitam kan...sampai ke kemeja dan suar ok lagi...tapi bila tengok kaki...apa kelass bhaii pakai selipar jer..tableh! tableh! SM ko kena pakai kasut gak untuk melipatgandakan kecomelan mu itu...

TP: tolong nasihatkan mentor ko tu ya..jangan pakai selipar nanti masuk habuk celah kuku dah jadi tak comei...

SM Says:
January 17, 2012 at 9:35 PM

guys, for the sake of hillary clinton, please get back to the line. masuk baris!

telor power Says:
January 17, 2012 at 9:56 PM

lelaki tak perlu comel2 perlu gagah dan sejati. kbai...larik

SM Says:
January 17, 2012 at 10:00 PM

`sebap' tu aku memilih untuk menjadi separa comel.

Lady Windsor Says:
January 18, 2012 at 12:04 AM

Weii apa jadah tetiba2 Hillary Kelentong muncul dalam scrip drama ni weii..adoii...agak2 la SM nak propa pun...dah aku x mo masuk barisan..tak bebas...haha

SM Says:
January 18, 2012 at 12:08 AM

dasar gangster estet!

Lady Windsor Says:
January 18, 2012 at 12:19 AM

Apa barang estet..pavillion aaa...

SM Says:
January 18, 2012 at 12:21 AM

lantak la, pada aku pavilion dengan estet sama je.

Lady Windsor Says:
January 18, 2012 at 1:27 AM

x sama! estet ada pokok getah, atau kelapa sawit..pavillion ada baju, gincu, kasut, anak ikan etc....hahahah!

SM Says:
January 18, 2012 at 7:40 AM

estet ada aroma manis dari tanahnya, pavilion ada bau apa?