Orang Kaya Makan Nasik

| Thursday, January 12, 2012 | |
Orang Kaya


Kecik-kecik belum masuk tadika, dah expert main PS3. iPad sentiasa dalam tangan. Tiap-tiap hujung minggu temankan mak pergi shopping kat Hong Kong, Milan atau paling koman kat Bangkok. Kadang-kadang abah ajak temankan main golf kat Jakarta. Belajar kolej swasta yuran beribu-ribu ringgit satu semester. Further study kat oversea tak payah tunggu result SPM dah boleh tempah tiket flight. Pergi sekolah bawak Mini Cooper. Dalam wallet takde cash, semua kad hutang.


Tak payah isi borang SPA nak kerja gomen. Kedudukan dalam company mak bapak dah terjamin. Sebulan sekali tukar kereta baru. Dapat awek, jenis kulit mulus rambut blonde tapi nama ada `binti' dalam Mykad. Scuderia 430 belum masuk market Asia lagi, dia booking. Tak tau langsung kewujudan kereta Proton. Tak pernah naik bas. Isi minyak guna RON97, cucuk dengan kad hutang.


Badan rasa gatal kalau pakai baju yang sama. Sabun yang digunakan pun bukan Daia seringgit sekotak. Ah, apa dia peduli. Orang lain yang cucikan pun. Pintu wardrobe lebih banyak daripada pintu yang ada dalam rumah. Baju yang dibeli bulan lepas lupa nak pakai sebab tak tau letak kat mana dan ada banyak lagi yang belum keluar dari wraping.


Makan tak reti pakai tangan. Cucuk steak pakai tangan kiri, protokol katanya. Nabi dulu pakai tangan kanan sebab buah kurma tak payah potong, katanya lagi. Tak pernah tengok macamana rupa ikan selar kuning. Nama ikan sepat pun tak pernah dengar. Mandarin Oriental, Hilton atau Imperial tempat makan tengahari yang biasa. Kalau makan bawah kipas, pastikan tempat tu pernah di`review' oleh chef selebriti sahaja.




Orang Miskin


Pergi sekolah, jalan kaki. On the way singgah kedai beli cikedis dengan chewing gum. Nak merasa main game, pergi rumah kawan. Seminggu sekali, mak ajak pergi pasar malam beli lauk. Awal bulan kalau nasib baik, mak belikan t-shirt RM5 sehelai. Kadang-kadang ikut abah pergi kerja, nak dapatkan duit poket beli kasut sekolah baru. Lepas abis paper terakhir SPM, terus kerja kilang jubin. Tiap-tiap hari sedut habuk.


Dapat result SPM, terus isi borang SPA nak kerja gomen. Ada jaminan katanya. Panggil interview empat kali tapi tak pernah dapat, sebab takde pakcik yang jadi orang dalam kot. Kerja makan gaji, basic RM875 sebulan. Dapat awek kerja kedai Menara Optometri. Sebulan sekali belanja makan KFC. Pergi kerja naik moto beli second hand, bayar bulan-bulan. Tiap-tiap hari racing dengan kereta lain nak pergi kerja.


Baju basahan ada lapan pasang, baju kerja tiga pasang je. Hari Khamis pakai balik baju yang sama dengan baju hari Isnin. Dah rabak tak boleh nak repair baru beli lain kat bundle. Baju raya tukar lima tahun sekali. Tu pun sepasang je.


Pagi-pagi sarapan biskut cicah kopi o empat keping. Tak makan tengahari sebab nak jimat beli susu anak. Hari pertama dapat gaji, duit dah tinggal beberapa puluh ringgit lepas tolak ansuran moto, sewa rumah, belanja dapur, susu anak dan bil pelbagai. Anak tak pakai lampin pakai buang. Barang-barang kalau tak beli kat pasar malam, balik kerja singgah Kedai Rakyat 1Malaysia. Jimat katanya.




**************************************************


Kesimpulan mudah yang aku dapat berdasarkan dua lapis kehidupan manusia adalah, orang kaya makan nasik, orang miskin makan taik...


Sekian entri ayat pendek-pendek.

25 comments:

NenetPenne (NP) Says:
January 12, 2012 at 3:43 PM

eee tak baik kau cakap orang miskin makan taik...mesti orang miskin marah... aku tak marah sebab aku orang kaya... baju beli bulan lepas pun belum pakai lagi..tagging pun belum buang lagi... mauhaaha...

*lariiikkkkkk*

yaayyy 1st.

SM Says:
January 12, 2012 at 3:49 PM

NP : bukan taik betul la. itu cuma perlambangan je.

yay, 2nd!

ralphrazaq Says:
January 12, 2012 at 3:53 PM

mentaliti org swasta!!! x semua org keje gomen ada org dlm la wei!!

SM Says:
January 12, 2012 at 3:55 PM

ralph : ala, jangan marah. aku nak sedapkan jalan cerita je. sorry.

ralphrazaq Says:
January 12, 2012 at 3:56 PM

SM - masa kecik2 aku org miskin weh..bila dh besar & keje sendiri aku jd cam NP..baju baru beli thn lepas pun x rasmikan lagi..hahaha (maaf diterima)

SM Says:
January 12, 2012 at 4:01 PM

ralph : haha.. kalian masih belum dapat tangkap maksud disebalik entri ni.

NenetPenne (NP) Says:
January 12, 2012 at 4:06 PM

faham laaaa.... saje malas nak faham... saje nak menyakat kau laaa SM...

mcm lah kau tak kenal aku ni tak suka masuk baris...

LW mana!!!

ada tu kan beli seluar panjang...setahun baru pakai...perghhhh memang kaya kan??

SM Says:
January 12, 2012 at 4:08 PM

NP : tak, kau tak jumpa maksud yang aku sembunyikan di sini.

mula la nak gelabah, takde geng.

ralphrazaq Says:
January 12, 2012 at 4:13 PM

kalau dpt cari maksud tersembunyi ko nk bg hadiah ape??

NenetPenne (NP) Says:
January 12, 2012 at 4:15 PM

tak ada nak gelabah gelabah laa bro
wa taiko..taiko sorang2 pun rileksss jer...

maksud kau ialah sikap double standard yang diamalkan di negara kita even di semua negara sekali pun...

betul kan? so hadiahnya kena keluar dgn aku dan LW...
tapi aku tau, kau tak berani punya... loser!!!! ha ha ha

SM Says:
January 12, 2012 at 4:19 PM

ralph : sekadar ucapan tahniah dan pujian ikhlas. tapi...

NP : taiko estet? jawapan kau hampir tepat! hahahaa!

ralphrazaq Says:
January 12, 2012 at 4:25 PM

suka cm2...bagitau je la

NenetPenne (NP) Says:
January 12, 2012 at 4:25 PM

excuse me hokay..
taiko shopping complex hokay...
aah hari ni kau tak comel...
chow

SM Says:
January 12, 2012 at 4:54 PM

ralph ; cari sendiri, baru dapat kepuasan sebenar.

NP : kalau comel setiap hari pun tak best jugak kan. ok la, gangster dan tailong shopping.

Pok Amai-Amai Says:
January 12, 2012 at 5:09 PM

Hoh! Kaya ke keje swasta? Adehhh! Ralph, tlg betulkan ayat tu ok! Keje gomen untung sbb;

Melayu gaduh sama Melayu, Melayu cekik sama Melayu, Melayu dengki sama Melayu, Melayu kuli sama Melayu, Melayu bodoh sama Melayu, Melayu mengumpat sama Melayu, Melayu menjatuhkan sama Melayu!

Bkn sng oh nak keje sama Cina atau India. Perkara pertama dlm kepala otak mereka terhadap org Melayu - Melayu adalah bangsa kuli!

Tak percaya? Jom keje dgn org Cina dan India! Huahuahuahua!

Ye, aku keje dgn bangsa Cina. Hari nie je aku dah kene buli dgn bangsa2 Cina. Dah nak masuk 4 thn pun aku lali dgn buli-buli mereka. Tapi percayalah, aku lebih seram nak ngadap sesama bangsa aku sendiri dalam bekerja.

Lady Windsor Says:
January 12, 2012 at 5:30 PM

Hello sapa kaya gangster shopping tak dak geng ooo...apa kelas takut kalu x dak geng beb, sorang pun boleh settle le...ko pandai buat ayat nak sera kan cite...memang anak murid cikgu Fatimah betullah ko ni...hahaha tu NP sudah cakap ada beran mau jumpa kitorang? Ok lah aku bagi chance, ko boleh ajak mana2 geng botak gojes ko...hahaha...oh aku menjadi sangat taiko hari ini selepas menyelesaikan battery keta aku yg kong dan bertekak dengan cina pomen yg hensem tu...hehe

Lady Windsor Says:
January 12, 2012 at 5:31 PM

Isk typo error..bukan salah aku..salah iPad!

SM Says:
January 12, 2012 at 5:49 PM

MF:
sabar beb, bawak bertenang. aku hampir setuju dengan statement kau tu. aku pernah bekerja ber`bos'kan melayu, cina dan india. situasi dalam pejabat yang dimonopoli oleh pekerja melayu sama berbeza dengan yang majmuk. sangat berbeza. sebab tu, aku masih lagi sinis dengan ungkapan `orang malas dalam gomen' atau `orang melayu kerja gomen'. maaf.

LW:
cina tu botak?

*hmm, yang tersirat di antara lapisan kehidupan manusia di sini masih belum kalian temui.

Lady Windsor Says:
January 12, 2012 at 8:09 PM

SM, ya cina separa tua yg juga separa botak..

Aku sudah temui lapisan kehidupan yg ko maksudkan itu...cuma x mau tulis di sini...

SM Says:
January 12, 2012 at 9:51 PM

terima kasih sebab menemui. bermakna, aku tak gagal menyampaikan.

Lady Windsor Says:
January 12, 2012 at 11:15 PM

Aku je yg faham, yang lain aku tak pasti...maybe ko kena explain...haha...berlagak kan statement aku...kuikuikui!

reen afny Says:
January 13, 2012 at 11:51 AM

kesiannya baca entry orang miskin tu. kenapa takde entry untuk orang golongan sederhana?? haha

makan tahi tu macam hina sangat je bro... kbai

SM Says:
January 13, 2012 at 12:16 PM

LW : terima kasih sebab faham.

ra : sebab orang sederhana semakin berkurangan jumlahnya. garisan antara kemiskinan dan kekayaan semakin tebal. jadi orang yang dipertengahan dah ramai tergolek ke aras bawah. ya, ungkapan makan taik tu memang hina. tapi aku tak bermaksud mahu menghina.

reen afny Says:
January 13, 2012 at 1:53 PM

haha betul la tu. sekadar ungkapan kan. yeke golongan pertengahan semkain jatuh?? kalau jatuh kan boleh bangun semula. hehe

SM Says:
January 13, 2012 at 2:33 PM

aku tak rasa mungkin. cuba kau tengok sekeliling. ada kereta wira, rumah flat, anak dua orang. aku tak anggap dia sebagai golongan pertengahan.