Oh, Baru Aku Tau...

| Friday, January 06, 2012 | |
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi membawa mati


Semalam, baru aku tau, orang zaman dahulu yang pergi berdagang merentasi laut akan membawa pisang emas sebagai bekalan. Antara khasiat membawa buah ini adalah kerana buah ini dipercayai mampu menghilangkan mabuk laut.


Baru aku tau, tak kisah la pisang tu letak kat mana pun sama ada atas peti harta karun, dalam kotak kasut atau bawah katil kapten kapal sekalipun, pisang itu akan masak secara berperingkat atau sebiji demi sebiji dan bukannya sekaligus.


Baru aku tau, orang zaman dahulu kebanyakannya kaya-raya. Dan mana-mana yang berhutang tu tiada masalah untuk melangsaikannya. Kalau miskin kedana macamana pun, dia tetap akan berusaha menyelesaikannya sebelum mati.


Dan baru aku tau, ramai daripada kita keberatan untuk menerima pertolongan orang lain sebab takut tak terbayar sebelum dipanggil tuhan...


Begitulah indahnya seni warisan kita. Pantun yang nampak super simple je  tapi sangat perfect untuk menggambarkan apa yang tersurat dan tersirat dalam kehidupan kita pada ketika dulu dan sekarang.


Sekian entri berpantun.

29 comments:

ralphrazaq Says:
January 6, 2012 at 11:38 AM

1st hoyeah3

SM Says:
January 6, 2012 at 11:41 AM

pergh, terkesima aku dengan kepantasan anak muda zaman sekarang.

ralphrazaq Says:
January 6, 2012 at 11:44 AM

wei same maksud dgn pantun ni jugak kowt Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang 3, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga

* muda lagi mg la pantas *

SM Says:
January 6, 2012 at 11:49 AM

ok, cuba kau pulak huraikan sampai terbarai kalau boleh.

telor power Says:
January 6, 2012 at 12:28 PM

baru aku tahu.......

(aku pelik lah si ralph dan Lady W nie, dorng memang pantas tahap ape ek....asyik 1st jer)

Anonymous Says:
January 6, 2012 at 2:11 PM

TP: aku dah nampak entry geng botak gojes ko neh tapi aku saja buat dek sebab nak bagi ralph peluang merasa 1st..kehkehkeh...bangga siak!

SM: betul tak perkataan siak aku tu...hahahaha kalau salah lagi aku kena mentaikokan diri sendiri la..

SM lagi: aku dah tahu pasai pa pisang emas di bawa belayar, buat ubat mabuk...nampak gaya aku kena bawa pisang emas la woiii..

SM sekali lagi: cer ko jawab pantun aku ni:

ambil galah jolok cempedak
lain dijolok lain yang luruh
panas tidak suam pun tidak
dalam air badan berpeluh?

LW
aku malas nak login!

ralphrazaq Says:
January 6, 2012 at 2:35 PM

TP - pantas menaip
SM - x reti & mls nk pk haha

Pok Amai-Amai Says:
January 6, 2012 at 3:38 PM

Ko sinis dgn pantun tu ke?

SM Says:
January 6, 2012 at 4:15 PM

tp : tu yang aku double hairan dan takjub. kepantasan jejari diorang menaip melebihi kemasukan maklumat melalui saraf neuron!

anon a.k.a. LW : bagi aku masa 12 jam boleh?

ralph : wah budak ni... sabar, sabar...

MF : kau bijak mengesan. ada tersembunyi di celah-celah aksara tu...

telor power Says:
January 6, 2012 at 4:39 PM

oh baru kutahu dorang ada kepantasan yg sgt luar biasa. bab menulis dan menaip ajela kan.

lady W: wah itu pantun moden tu lagi susah dari pantun biasa

reen afny Says:
January 6, 2012 at 4:40 PM

hahaha hutang budi dibawa mati. betul la tu. takut jugak kalau tak terbalas budi orang. kalau dia tak ikhlas, kira kita berhutang dengan dia ke??

SM Says:
January 6, 2012 at 4:40 PM

tp : banyak jugak yang kita baru tau...

SM Says:
January 6, 2012 at 4:42 PM

ra : kalau kita anggap sebagai hutang, kira hutang la tu. terpulang pada penilaian masing-masing nak menerima pertolongan seseorangan tu.

berlainan pulak dengan cara orang yang sedikit angkuh melihat pertolongan orang lain terhadap dirinya.

sekadar pendapat.

telor power Says:
January 6, 2012 at 4:51 PM

sm: betul tu, banyak betul yang kita baru tahu, dan akan bertambah tahu

reen afny Says:
January 6, 2012 at 4:54 PM

hoho betul2.. tapi kalau kita anggap benda tu settle, orang tu pulak suruh balas budi dia camne?? haha yang kita tak paham2 pulak kan. haha

kalau yang angkuh tu, tak payah tolong la senang cerita. baek tolong orang yang lebih memerlukan dan hargai niat baek kita.

SM Says:
January 6, 2012 at 5:00 PM

tp : bersekutu bertambah tahu.

ra : itu dah jadi tak ikhlas pulak. baik jadi monyek yang makan pisang emas masa belayar tu.

dan orang sombong pulak, tak semestinya tak boleh ditolong. dengan harapan, pertolongan tu akan menurunkan tahap kesombongannya.

sekadar pendapat.

ralphrazaq Says:
January 6, 2012 at 5:08 PM

SM - dh x fokus ea..?? hahaha 'monyek'...hahahaha!!!

SM Says:
January 6, 2012 at 5:10 PM

aku cuba menaip dengan pantas seperti kalian, tetapi ternyata gagal...

reen afny Says:
January 6, 2012 at 5:13 PM

ooh betul2.. kalau tolong tak ikhlas baek tak payah tolong. yela jadi MONYEK. hahaha kurang FOKUS...

SM Says:
January 6, 2012 at 5:16 PM

nak ikut kirang punya kepantasan punya pasal, dah silap taip...

telor power Says:
January 6, 2012 at 5:22 PM

SM: korang la

reen afny Says:
January 6, 2012 at 5:43 PM

hahahaa ni sah2 bukan kurang lagi. HILANG FOKUS.... bos dekat depan kau ke?? kantoiiii

Lady Windsor Says:
January 6, 2012 at 6:48 PM

SM, aku bagi ko lebih pada 12 jam...aku nak pi belayar ni, jap nak kena cari pisang emas dulu nak bawa bekal...so aku balik belayar lagi seminggu make sure jawpan ko da siap atas meja aku...siyes!

SM Says:
January 8, 2012 at 11:30 AM

tp : aku kehilangan fokus.

ra : bukan SEBAP bos la, tapi SEBAP suhu aircon yang sedikit mengganggu konsentrasi.

LW : aku dah jawab. macamana?

Lady Windsor Says:
January 8, 2012 at 1:38 PM

SM secara literalnya ko dah jawab le tapi kalu dilihat dr aspek maksud dan konteks isi kandungan pantun, ko x jawab, ko cuma bagi pantun balas je tapi jawapan kpd teka teki pantun itu ko x focus...tak pe...percubaan yg bagus. Salute!

reen afny Says:
January 9, 2012 at 10:08 AM

sengal... eh, kau pun pelat ke?? SEBAP... haha

Pok Amai-Amai Says:
January 9, 2012 at 5:39 PM

Hoh! Anon tu LW ke? Heheheheh!

SM Says:
January 9, 2012 at 5:40 PM

iye la kot. dia main ciku cak.

Lady Windsor Says:
January 12, 2012 at 8:52 AM

Aku malas nak login..tu yg guna anon.