Membeli Status

| Wednesday, January 18, 2012 | |
"Macam tu ke makan kat hotel? Ada appertizer, lepas tu ada main course. Abis semua tu, diorang hidang pulak dessert." dia tanya.


"Ye la kot," aku jawab malas.


"Kalau macam tu, bila ada duit lebih sikit boleh la kita try kan?" dia tanya lagi.


"Jangan buat gila..." aku terus blah.


**********


Bagi aku, hidangan yang berharga puluhan ringgit bukanlah juadah yang layak untuk mengisi ruang kosong dalam perut aku. Kelahiran aku sebagai seorang lelaki yang memenuhi kelompokan manusia biasa-biasa cuma cukup dengan makanan yang mengenyangkan dan terdapat sedikit perasa di hujung lidah.


Berbeza dengan manusia-manusia golongan atasan yang memilih makanan hanya bertujuan untuk mengekalkan status mereka. Apa yang mereka bayar itu bukannya untuk kenyang, sebaliknya untuk membeli satu anak tangga agar mereka sentiasa dapat duduk lebih tinggi daripada orang-orang macam aku. Pendek kata, apa yang ada di atas pinggan mereka adalah simbol kepada satu lagi garisan tebal antara kaya dan miskin sebagai pemisah.


Sekian entri cebikan untuk makanan berstatus.

13 comments:

ralphrazaq Says:
January 18, 2012 at 4:41 PM

1st

ralphrazaq Says:
January 18, 2012 at 4:42 PM

xsedap la makanan hotel..rupa aje gah tp rasa lg sedap kalau aku masak sendiri..eh eh dia tuh sape?? perempuan ea?? hahaha!!

Pok Amai-Amai Says:
January 18, 2012 at 5:07 PM

Aku tak suka fine dining.

Klu rege mhl tp portion 2 org ley mkn pastu sedap...why not!

...tapi klu rege mhl, protion sket pastu sedap....automatik aku turn off.

Alang-alang nak makan sedap...biar kenyang betul walaun mhl!

Pok Amai-Amai Says:
January 18, 2012 at 5:07 PM

Err...ejaan PROTION aku tu tlg abaikan...

SM Says:
January 18, 2012 at 5:27 PM

ralph : dia adalah ADELE!

MF : aku tak layak langsung walaupun untuk berimaginasi makan kat tempat macam tu. almaklum, orang biasa-biasa dengan gaji yang seciput.

Pok Amai-Amai Says:
January 18, 2012 at 5:36 PM

Eh, gaji aku lagik gaji ciput dr ko. Aku kuli je. Jenis2 buruh duduk dlm opis. Bukan jenis ade kemahiran nak draft lukisah engineering ke, hape ke....tidak seme itu!!!

SM Says:
January 18, 2012 at 5:59 PM

kau ingat kuli tak kena buat drawing ke. aku kuli kepada kuli. nak berhenti kat drive-thru pun kena buat calculation dulu.

Lady Windsor Says:
January 18, 2012 at 6:37 PM

Adele kah??? musykil ya amat....

telor power Says:
January 18, 2012 at 10:06 PM

........tinggalkan jejak kejap.nanti dtg balik eh

telor power Says:
January 18, 2012 at 11:44 PM

aku lebih gemar makan makanan yg biasa2 aje, tak perlu yg sedap2 mcm kat hotel yg hidangan nampak sedap dan pelik macam makanan alien. pastu mahal tak agak2. cukup sekadar layan warung2. sebab situ tak formal dan bebas melihat pelbagai gelagat pelanggan yg lain.

kalo ada org belanja aku makan kat situ sah2 aku tak tolak tapi yg setannya aku tak mahir pakai sudu dan garfu.

SM Says:
January 19, 2012 at 3:53 PM

LW : cayo la cakap den ni ha!

tp : aku pun kalau orang belanja, sebat je semua. tapi kalau keluar dari poket sendiri, tunggu la dua tiga hari sebelum kiamat.

Pok Amai-Amai Says:
January 19, 2012 at 5:33 PM

Eh, ko ckp nogori ko? Apekah?

SM Says:
January 19, 2012 at 6:01 PM

MF : aku 1malaysia la...