The Last March : Suatu Penyesalan

| Friday, January 20, 2012 | |
Tahun 2010 dan 2011, aku berpeluang beberapa kali menjejakkan kaki ke bandar yang pernah menjadi ibu negeri bagi sebuah negeri di utara kepulauan Borneo iaitu Sabah. Sepanjang waktu itu, aku telah berpeluang membelek-belek dan meneliti sejarah tentang tempat yang penuh dengan kesan sejarah tersembunyi ini. Tersembunyi oleh kemegahan karangan dasar laut dan kejernihan air laut di kepuluan sekitarnya, yang diiktiraf sebagai antara lokasi selaman tercantik di dunia. Tapi, aku tak berapa peduli dengan itu semua. Apa yang aku ingat, aku agak tertarik dengan sebuah buku berkulit hijau ketika kali pertama aku ke sana. Kemudian, lawatan kali kedua juga perkara yang sama telah berlalu. Seolah-olah aku telah mewujudkan situasi `de javu' aku sendiri.


Ketika lawatan kali kedua itu, aku juga telah menghabiskan beberapa minit membelek-belek naskhah isitmewa ini. Tapi entah kenapa, niat aku untuk memiliki buku ini tiba-tiba hilang apabila mata aku dijamu dengan kecantikan susunan mutiara dari gred terbaik yang dipamerkan di dalam bekas kaca, di sebuah kedai cenderahati. Juga di tempat yang sama seperti kali pertama sebelumnya iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan. Dan begitulah seterusnya yang berlaku untuk lawatan yang berikutnya. Sangat bodoh...


Seingat aku tentang buku itu adalah : 


Tragedi pembunuhan beramai-ramai oleh tentera empayar Jepun terhadap sekumpulan askar Australia dan penduduk tempatan semasa peperangan Pasifik, ketika tempoh Perang Dunia Kedua dahulu. Tajuk buku ini diambil sempena perjalanan terakhir para mangsa dari satu tempat di Sandakan ke tempat yang lain (aku dah lupa) iaitu lokasi mereka dibunuh dengan kejam.






Bila aku search pasal buku ni kat internet, keinginan aku untuk memiliki buku ini semakin menebal. Entah bila agaknya aku akan mendapat peluang kembali untuk menyentuh buku berwarna hijau ini. Entah...


Sekian entri separa menyesal.

35 comments:

Telor Power Says:
January 20, 2012 at 1:33 AM

ada jual kat mana? bulan 4 InsyaAllah aku pi kesana. nak kirim x bro??

Lady Windsor Says:
January 20, 2012 at 5:21 AM

TP, ok aku nak kirim!

Lady Windsor Says:
January 20, 2012 at 7:21 AM

SM, sangat rugi..aku ketagih buku perang dan cover buku itu, walaupun sangat buruk, tapi ia menarik perhatian aku kalau aku melihatnya di kedai buku. Ia menarik perhatian aku kerana apakah yg ingin disampaikan pengarangnya sehinggakan menampilkan figura-figura yg agak mengerikan dengan manusia yg jelas dilihat sosok kerangkanya...

Ok next time sila beli ya..hehe!

luahfikiran ... mari kita Says:
January 20, 2012 at 8:33 AM

Sala,
LF tak ada buku tu .... kalau ada, memang LF bagi terus

Pok Amai-Amai Says:
January 20, 2012 at 10:55 AM

Eh, rs nya ada pnh kuar kat History channel kan? Aku mcm pnh tgk...tp lupa channel pe...

NenetPenne (NP) Says:
January 20, 2012 at 12:08 PM

lain kali kalau berkenan, beli..jangan tunggu lama2...faham!

apsal nak bunuh dengan kejam? bunuh dengan tak kejam boleh tak? i dont understand laa pasal perang2 ni... nak bunuh2 orang buat apa?? ish ish ish...

aku: anti pembunuhan

Telor Power Says:
January 20, 2012 at 12:15 PM

Lady W: ok nanti aku belikan.

Lady Windsor Says:
January 20, 2012 at 12:16 PM

NP: i often try to 'suicide'...haha..

SM Says:
January 20, 2012 at 12:28 PM

tp : ok, aku nak satu. sebab aku pun tak tau bila lagi nak ke sana. ingat!

LW : secara visual, bila aku tatap cover buku ni memang agak creepy sikit. dan bila baca sinopsis, derauan darah aku makin memuncak. tapi kilauan susunan mutiara tu kemudiannya berjaya menyirnakan semua tu.

LF : dapat bagi pinjam pun dah ok.

MF : oh ya, tak silap aku pun ada jugak kat history channel. kisah veteran perang yang kembali ke sabah dan menceritakan pengalaman dia masa tu. masa lawatan tu dia kembali untuk upacara peringatan untuk mangsa perang. kalau tak silap la.

NP : dah nama pun bunuh, memang la keja. kalau bunuh pakai serbuk ubat nyamuk bubuh dalam air suam pun, tetap kejam jugak.

Lady Windsor Says:
January 20, 2012 at 12:54 PM

TP: ok tq!

SM: so ko beli tak mutiara tu?

SM Says:
January 20, 2012 at 12:55 PM

LW : gila babi mahal! ribu-ribu punya barang. sebelum tu aku dah borong kat pasar sandakan. lagi murah.

Lady Windsor Says:
January 20, 2012 at 2:03 PM

Aku google kat sini tadi pasal buku ni http://www.borneobooks.com/blog/uncategorized/sandakan-the-last-march-revised-5th-ed/ kalu buleh beli online nak je aku beli..

reen afny Says:
January 20, 2012 at 2:08 PM

hoho buku pasal sejarah perang kan. mesti best...

SM Says:
January 20, 2012 at 2:38 PM

LW : takpe, TP dah jadi orang harapan aku. aku harap dia tak gagal carikan buku ni kat sana.

ra : hoho? dan jadi santa clause pulak?

ralphrazaq Says:
January 20, 2012 at 3:01 PM

wowowowooooo...

ralphrazaq Says:
January 20, 2012 at 3:14 PM

SM & TP & LW - tau x mane nk cari novel Ketupat Cinta Musim 2 (Faisal Tehrani)

NenetPenne (NP) Says:
January 20, 2012 at 3:18 PM

@LW
'suicide' yang mcm mana tu???


@SM
bagi aku kejam ialah dengan bunuh pancung kepala, sula ker...
kalau nak bunuh, tembak terus..kasi mati itu jam...jangan seksa..

reen afny Says:
January 20, 2012 at 3:32 PM

haha fokus2.. pe kejadah santa clause dalam cerita ni?? hihi

SM Says:
January 20, 2012 at 4:00 PM

ralph : kalau `ketupat rindu' aku tau la.

NP : tembak bagi mati terus tu takkan tak kejam kot. yang tengok boleh trauma sampai ke anak cucu.

ra : kau selalu cipta satu perbendaharaan kata yang baru. wok ow ow!

Telor Power Says:
January 20, 2012 at 4:50 PM

SM: ok no hal aku carikan dari sana, kat mana eh, area airpot ker?

Lady W: nak kirim atau nak beli on9, takpe tak kisah, kurang sikit berat yg perlu aku galas nanti

ralph: tak pasti le ralph

reen afny Says:
January 20, 2012 at 4:56 PM

hahaha adoyy... patut la korang ter'influenced dengan aku heh. hahaha wok ow ow~ kbai

SM Says:
January 20, 2012 at 4:58 PM

tp : kedai tu kat airport.

ra : misi aku sekarang nak bawa kau ke jalan yang diredhai. hahahaaa, kbai.

Lady Windsor Says:
January 20, 2012 at 10:35 PM

TP, aku tetap nak kau yang beli...sayang la ko..tolong aku tau..hakhakhak! Nanti aku buatkan kek cekelat paling sedap abad ini utk ko...

Telor Power Says:
January 20, 2012 at 11:42 PM

lady W: ok, cisss rasuah kek cekelat.

SM Says:
January 22, 2012 at 7:38 AM

LW & TP : nate gapo cekelat tu?

Lady Windsor Says:
January 22, 2012 at 9:41 AM

TP, habes tu ko nak apa? Nak gula kapas? Okeh aku beli nanti masa ko bagi buku tu...

SM, cekelat adalah sebuah cicak gecko yang rajin tengok movie kala duit kekeringan...

Telor Power Says:
January 22, 2012 at 12:54 PM

ok2 kek cekelat lebih bagus dari gula2 kapas.

Lady Windsor Says:
January 23, 2012 at 6:02 AM

TP, noted!

Ralph, ko nak cari buku ketupat cinta Faisal Tehrani kan, cer tengok sini www.ujanailmu.com.

SM Says:
January 23, 2012 at 8:03 AM

LW : dah tua bangka ejaan pun menyimpang lagi. ceh!

Telor Power Says:
January 23, 2012 at 12:11 PM

buku tu kat lapangan terbangkan...ok2 2 ketul aku carikan.

Lady Windsor Says:
January 23, 2012 at 6:12 PM

SM, alah aku saja nak manja2 dgn TP tu yg eja menyimpang...ko jeles kah? Hikhikhik...tiba2 aku ditimpa perasaan...

TP, aku tau ko x akan mengecewakan aku...konpem kek cekelat paling sedap dah tunggu ko...

Telor Power Says:
January 23, 2012 at 7:46 PM

InsyaAllah...moga2 dapat. moga2 aku tak terleka mcm SM di airport

SM Says:
January 25, 2012 at 1:14 PM

tp : apa-apa hal, lu pun kena hayati jugak.

LW : pencemaran...

Lady Windsor Says:
January 25, 2012 at 6:39 PM

Mana der cemar, aku tak main lumpur ahh...

Telor Power Says:
January 25, 2012 at 7:06 PM

SM: beak bos...akan aku cuba tidak terleka.