Krisis 50 sen

| Thursday, January 26, 2012 | |

Kelmarin, keberadaan aku di satu daerah yang sedikit terasing di negeri selatan semenanjung, menghadap perairan yang kini agak gelora hinggakan pertanyaan aku "tak turun ke laut ke?" terhadap seorang nelayan tegar dijawab juga dengan soalan, "ha, nak hantar nyawa?" telah menulis kembali sejarah pandangan aku terhadap pekan kecil ini.


Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kuali besar bernama Lembah Klang, mata aku dijamu dengan pemandangan yang sangat-sangat membuatkan hati aku memberahi. Sebuah Ford Ranger berwarna biru yang terisi dengan ikan yu! Celaka, kaki pancing mana yang dah buat hati aku berkecamuk ni? Tak hormat langsung pada Dewa Laut ni. Biarkan, kerana ada satu lagi kecelakaan yang betul-betul mendidihkan hati aku sepanjang berada di sana.


Di antara garis bujur 104º06'20"T iaitu simpang empat yang dahulunya hanya simpang tiga menuju ke selatan, menganjur ke arah timur sehingga 104º06'37"T iaitu sejauh lebih kurang 600 meter; hanya terdapat dua buah kedai yang menjual prepaid! Sepuluh tahun lalu, prepaid untuk satu jenama yang diwakili oleh lelaki gemuk berwarna kuning langsung tidak dijual disini. Dengan alasan, tiada liputan. Simpati aku pada kawan aku masa tu kini patut diarahkan kepada aku pula, semuanya gara-gara 50 sen yang enggan aku keluarkan dari poket.


Masih tak faham? Takpe, lama-lama faham la tu.


Usai makan malam, kedai pertama yang aku masuki untuk mendapatkan prepaid berharga RM10 adalah kedai yang 'signage'nya dihiasi dengan syarikat komunikasi berwarna biru dari luar hingga ke dalam. Dan di situlah pendidihan hati aku bermula apabila penunggu di sebalik kaunter menyatakan aku perlu membayar tambahan 50 sen untuk mendapatkan prepaid berharga RM10 atau kurang. Apa lancau aku kena top up RM20 semata-mata nak elak kena tambah lagi 50 sen? Fuck you la...


Apabila dibentes dengan soalan maut yang aku belajar dari Mazidul Akmar Sidik, penunggu itu menyatakan dia langsung tak tau apa-apa, itu hanyalah arahan daripada bos dan dia hanya bekerja di situ. Tak puas hati, aku keluar dari premis kayu itu berjalan lagi sejauh beberapa ratus meter memasuki hampir semua kedai runcit dengan matlamat yang sama, namun gagal.


Kesudahannya, berbekalkan kekerasan dan keutuhan hati yang jitu, keengganan aku menyerahkan 50 sen kepada tokey kedai bangsat itu telah membuatkan telefon selular aku hanya mampu menerima pesanan ringkas dan panggilan masuk sahaja selama hampir 36 jam!


Celaka!


Gambar ada kaitan.
Pemandangan deretan kedai separa usang di pekan Sedili Besar, Kota Tinggi 
dari jeti yang pernah sibuk sebelum kehadiran jambatan baru yang menyeberangi sungai.


Sekian entri tak puas hati dengan tokey kedai.

27 comments:

Lady Windsor Says:
January 26, 2012 at 12:12 AM

1st...karang aku baca..

Telor Power Says:
January 26, 2012 at 1:11 AM

nie kedai mana nie yang part ada jual pau panas tu ker????hmmm....

Lady Windsor Says:
January 26, 2012 at 7:40 AM

macam cilake kan tokei kedai tu, mentang2lah dia sorang je jual menatang tu...boleh dia buat style paksa rela, nak beli sudah, tak nak beli pun sudah...cisss setan!

dan aku juga x akan bazirkan 50 sen itu..kasi ajar sama dia.

ralphrazaq Says:
January 26, 2012 at 8:39 AM

kau same macam along aku..siap gaduh dgn orang kedai lagi..kalau aku bayar je la..keadaan terdesak la katakan..

SM Says:
January 26, 2012 at 10:33 AM

tp : aku tak nampak ada pau panas kat situ. hati yang panas ada la.

LW : 50 sen jumlah yang sedikit pada sesetengah orang. tapi tidak pada aku kalau bertujuan untuk mengenyangkan perut buncit orang lain.

ralph : aku dan along kau berdarah pahlawan, punyai hati yang bertekad tinggi dan jitu. tak mudah mengalah dengan keadaan. cewah!

Telor Power Says:
January 26, 2012 at 10:46 AM

bukan kedai makan eh...ko pi kedai runcit ker? aku ingat kedai makan yang ada jual pau besar dan panas2 kat area jeti tu...

Lady Windsor Says:
January 26, 2012 at 10:47 AM

ok aku berdarah srikandi...cheewah tak mo kalah tu...haha! dan aku pun sanggup terputus talian daripada hulur 50 sen pada pencekik darah macam tu..

SM Says:
January 26, 2012 at 11:08 AM

tp : pekan tu dah tak berapa happening sejak ada jambatan baru. pau tu pun aku dah tak nampak lagi.

LW : ok, aku juga. don't mess with my money!

Anonymous Says:
January 26, 2012 at 1:16 PM

kt puduraya pun sama.masuk kedai yg ketiga, abg kedai tu xjd amik 50sen sbb sy tanya itu dan ini psl 50sen

lg dia ckp dia suka sy xsng2 je nk bg 50sen.bkn sbb berkira tp xnak jd satu trend lak di ms hdpn :)

SM Says:
January 26, 2012 at 1:55 PM

anon : orang yang hobi dia suka ambil kesempatan macam ni patut diajar dengan tumbukan padu ke muka! (didihan hati aku belum jadi suam lagi)

NenetPenne (NP) Says:
January 26, 2012 at 3:34 PM

@SM
kau nak pinjam hp aku? tapi sayang aku tak ada kat situ....kalau tak, aku bagi je kau pinjam... kredit aku byk lagi...

SM Says:
January 26, 2012 at 3:53 PM

NP : nyesal tak ajak kau. (hahahaaa...!)

NenetPenne (NP) Says:
January 26, 2012 at 5:21 PM

@SM
terlambat sudah....

SM Says:
January 26, 2012 at 5:45 PM

NP : next time. (eh, terjanji pulak)

Lady Windsor Says:
January 26, 2012 at 9:21 PM

Ko patut tukar pada post paidlah...kalau kecemasan macam mana?

NenetPenne (NP) Says:
January 26, 2012 at 10:57 PM

@SM
dah terjanji kena tunaikan... la la la...

Lady Windsor Says:
January 26, 2012 at 11:10 PM

SM, aku nak buat penyungguhan terhadap statement NP, dah terjanji kena tunaikan, sama la kata mesti dikota...kalu tidak musti Ada yg menagih janji...hahaha

SM Says:
January 27, 2012 at 7:36 AM

LW : kadar penggunaan aku sangat rendah. kurang rm10 dalam seminggu. prepaid lebih sesuai.

NP : (aku rasa aku nak padam la komen janji manis aku tu, baru diorang ni lupa)

LW : (seperti di atas)

Lady Windsor Says:
January 27, 2012 at 8:31 AM

SM, ahh tak bleh! tak bleh! sekali ko dah berjanji, lapan blas juta kali aku dan NP akan ingat dan NP akan buat tuntutan patblasjuta kali dan aku juga akan ungkit doplohjuta kali...jadi berkali-kalilah otak ko akan diasak dengan segala bagai tuntutan..

NenetPenne (NP) Says:
January 27, 2012 at 11:53 AM

@SM
as per LW said..sorry!!! tidak mungkin kami lupa... nope nope nope....

reen afny Says:
January 27, 2012 at 12:12 PM

haha last2 beli jugak kan...
aku nak tanya ni, kau selalu tulis latitud magnitud tu betul ke ukuran dan kedudukan nya?? atau kau maen tulis je.. haha

SM Says:
January 27, 2012 at 12:18 PM

LW : (emoticon tutup telinga)

NP : (emoticon buat-buat tak nampak)

ra : tak, aku beli kat seremban! koordinat yang aku berikan adalah koordinat sebenar. tak percaya, kau boleh cuba convert, lepas tu `tap' dalam map.

reen afny Says:
January 27, 2012 at 3:45 PM

hoho cari kat google map rupanya. huhuhu

SM Says:
January 27, 2012 at 3:48 PM

ra : dan itu adalah tempat yang sebenar.

NenetPenne (NP) Says:
January 27, 2012 at 3:58 PM

@SM
buat2 tak nampak tapi still dah nampak kan?? ha ha ha...

SM Says:
January 27, 2012 at 5:13 PM

(buat-buat buta huruf)

NenetPenne (NP) Says:
January 27, 2012 at 11:15 PM

@SM
mana boleh buat2 buta huruf atau tak nampak sedangkan kau tak buta huruf dan boleh nampak...