Kadang-kala

| Tuesday, January 31, 2012 | |
Entri khas untuk seorang sahabat yang telah hilang,
semoga dia kembali beriringan dengan aku seperti dulu...

7 comments:

Telor Power Says:
January 31, 2012 at 2:57 AM

aik tajuk sama lagi.cerita berlainan.

Pok Amai-Amai Says:
January 31, 2012 at 8:48 AM

Jgnlah sedih pagi2 mendung mcm nie....

=(

Akim Iqbal Says:
January 31, 2012 at 12:01 PM

Kadang kala bila aku rasa aku berada di bawah teduh. Peh peh peh

Anonymous Says:
January 31, 2012 at 1:18 PM

semoga sahabat itu kembali beriringan seperti dulu :)

SM Says:
January 31, 2012 at 1:47 PM

tp : tu yang aku hairan anak ajaib. dia plagiat tajuk entri aku la. hahahaa!!!

MF : bumbung rumah aku bocor. aku harus rasa sedih.

akim : lu jangan main-main bai. orang teknikal nak main sastera ni! hahaa!

anon : insya-Allah.

NenetPenne (NP) Says:
February 1, 2012 at 4:55 PM

kau tulis dalam BM boleh tak??? boleh tak?? letih laa nak baca jawi ni..

SM Says:
February 2, 2012 at 1:12 AM

khas untuk kau NP, aku taip balik.


kadang-kala bila aku rasa aku berada di bawah teduh pemerhatiannya, aku akan rasa lebih selesa seperti berjalan beriringan bahu dengannya.
kadang-kala bila aku rasa seperti ada yang menjauhi diri aku, seolah-olah jalan yang akan dan telah aku lalu seperti lapang. bagaikan mata kompas telah hilang arah kutub magnetnya. yang mana utara, yang mana selatan.
kadang-kala bila aku rasa seperti ada yang menjadi batu sepi, sepertinya aku juga telah menjadi butir pasir yang kaku menimbuskan diri di dalam kerak bumi. tidak mahu lagi menampakkan diri di tengah lapangnya jalan, tanpa ada sempadan kiri dan sempadan kanan.
kadang-kala aku rasa seperti ada sesuatu yang telah hilang, tetapi dia enggan menyembunyikan diri. sepertinya dia enggan mengaku telah tegak sebidang jaring penyamaran yang membaluti kami. ketika itu, aku rasa aku juga mahu menjadi seperti serangga yang berkepakkan helai daun hijau, seperti aku juga turut sama dapat menyamar seperti dia. biar kami sama-sama berdegil, sama-sama menyisihkan diri.
kadang-kala dia tidak tahu bahawa dia adalah punca kenapa aku masih lagi berjalan di tengah-tengah padang ini.
sekian...

hahahaaa...! otak teknikal aku cuba untuk bersastera. susah siot!!!