Jemput-jemput

| Tuesday, January 17, 2012 | |
Kalau dulu, mak ayah dah siapkan senarai orang-orang yang dikenali kat dalam kepala. Bermula dari tok cik yang kita baru sekali je pernah jumpa, membawa ke dua pupu yang kita pun tak tau akan kewujudan mereka sehinggalah kepada penghuni rumah yang ke-41 melintasi sempadan kampung sebelah. Mereka cuba sedaya upaya untuk memastikan tak akan ada nama yang tertinggal. 
Kalau teringat akan kawan yang pernah dikenali masa zaman sepermainan dulu, pasti akan berkait sehingga kepada bekas cinta pertama. Semuanya tak tertinggal.


Kemudiannya satu persatu kertas akan dicoretkan dengan nama-nama mereka yang penting yang tinggal di kawasan setempat. Ketua kampung jangan dilupa, ahli jawatankuasa surau pun mesti diingat, tukang masak rasmi, tukang sembelih, ahli-ahli komplot rewang dan kumpulan penanggah.


Sehabis semua memori kemas disimpan dalam cakera keras kat kepala otak, beberapa hari akan diperuntukkan untuk menemui jiran sebelah kanan dan kiri. Seberang jalan, belakang jalan, kampung sebelah... Lepas tu peruntukan masa yang baki itu digunakan untuk bertandang ke rumah orang-orang penting untuk menyampaikan hajat. Tak sah kalau pesanan cuma disampaikan ketika terserempak di simpang jalan je. Kena repeat balik undangan tu ke rumah. Almaklum la, nak buat benda baik ni kena la buat dengan cara yang tertib jugak.


Kepada mereka yang tempat mastautinnya jauh dan mengurangkan kebarangkalian untuk berjumpa, kad akan dikirim ke alamat yang pasti. Cantiknya dan berapa harga sekeping kad tu tak penting, yang penting sampainya undangan ke tangan mereka adalah sangat bermakna untuk menunjukkan kehadiran mereka ke majlis begitu dihargai.



Tapi sekarang, hantar pakai fuckbook je? Takde seni langsung!




Sekian entri untuk jemputan walimah masa kini...

43 comments:

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 11:36 AM

aku hantar tanda dulu 1st! baca jap lagi.

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 11:39 AM

pada aku jemputan paling tak patut..kalau terima jemputan gini, awal2 aku dah block di penghantar..sorry..

kalau ikut resam mak bapak aku dulu, undang berpadah dengan jemput mulut, dihulur kad dgn harapan org yg diundang berasa dihargai..dan kad juga sama tak kira si anu atau si polan tu kerabat kain kuning atau kerabat apa..

telor power Says:
January 17, 2012 at 11:40 AM

owh tahniah2, berlangsung ahad nie. preparation dah siap blom bro??

SM Says:
January 17, 2012 at 11:46 AM

LW : persoalan aku sekarang, dengan kecanggihan teknologi dan kebolehcapaian maklumat yang semakin sampai kemuncaknya akan meminggirkan lagi unsur-unsur perhubungan insaniah? sehinggakan nak jemput ke kenduri kahwin pun tak perlu bertemu muka, cuma satu klik untuk sampai ke ramai orang.

tp : kawan aku la.

telor power Says:
January 17, 2012 at 11:55 AM

ceh mati2 aku ingatkan ko, kalo mcm tu aku pun tak setuju jemput undangan via FB or email. macam x ikhlas aje.
(baru nak buka kedai printing kad kahwen)

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 12:09 PM

TP, ko nak buka kedai printing..aku ada benda nak tanya ko bro..how i can i get u aa?

SM: aku tak peduli, zaman bintang atau apa sekalipun, jemputan mesti dilakukan secara bersemuka atau paling dinjjj pun call, at least boleh dengar suara org yang menjemput..aku tradisional habis bab2 ini..

SM Says:
January 17, 2012 at 12:17 PM

tp : moga berjaya dengan perniagaan printing tu.

LW : aku juga seringkali menganggap diri aku sebagai seorang yang kolot. dan memang itulah pilihan aku, menjadi manusia kolot pemikiran terutama dalam soal interaksi yang sebegini.

telor power Says:
January 17, 2012 at 12:19 PM

lady W: dalam perancangan bersama kawan. printing+photographer + butik andaman(kawan pompan)

aku ada di manjung perak.

dtg perak jgn lupa bawa ole2 dari kl.(KL ada apa yg best??)

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 12:51 PM

TP: aku konpius ko neh base kat KL ke kat Perak. Sikalang lu mana ada aaa?

SM: Kolot atau tak...aku tak bagi arwah mak aku kat kampung dulu memenuhi undangan atau jemputan kalau sekadar pesan mulut kepada penyampai..macam kita ni hadap sangat nak pelahap kenduri derang kan..ptuii la org macam tu..

telor power Says:
January 17, 2012 at 1:17 PM

LadyW:aku selepas berkerja dari johor,aku berhijrah ke perak. dekat sikit nak balik ke kampung,berbanding waktu aku dok Johor.

(aku tak pernah kerja di KL lagi, menetap jauh sekali, tak suka bazirkan masa atas jalan raya....hehehe)

telor power Says:
January 17, 2012 at 1:19 PM

SM: terima kasih, harap2 menjadi dan bukan hangat2 taik ayam tuk aku dan rakan2

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 1:25 PM

TP: so skang ni ko kat manjung eh?

telor power Says:
January 17, 2012 at 1:29 PM

yes,betul jawapan anda tu. cepat menari shuffle2 tanda kemenangan. kalau tergolek, sila tanggung sendiri

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 2:37 PM

manjung kat mana? pekan ke wei...teman punya kerabat ramai kat manjung tu...

telor power Says:
January 17, 2012 at 2:42 PM

Lady W: hado....manjung belah stadium. (senang nak bersukan kata hati aku)

bact. Says:
January 17, 2012 at 2:48 PM

sekadar melepas batuk di tangga.
nnt kang kata tak jemput pulak

NenetPenne (NP) Says:
January 17, 2012 at 2:49 PM

save cost beb!!! sekarang semua dah naik harga..setem pun dah naik harga..hari tu aku tanya katanya setem sekrang mana main 30sen lagi.. sekarang dah 60sen... perghhhhh

ekonomi dah teruk, so apa lagi...guna fuckbook jelah...ha ha ha...

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 4:37 PM

NP: buatnya orang kampung mana nak ada fuckbook..kena gak jemput mulut..hehe!

TP: Ok kalu haku sesat ke manjung aku roger2 ko eh..kat manjung ada hotel tak? ke ada rumah tumpangan?

telor power Says:
January 17, 2012 at 4:39 PM

ok. mnjung lagi maju dri ipoh

reen afny Says:
January 17, 2012 at 4:43 PM

haha tahu takpe bro.. member aku invite thru fuckbook je. da tu, tagged aku dekat map rumah dia. kalau nak datang print out map tu sendiri. ceittt, kedek kad jemputan betul. taknak beli hadiah mahal2 la camni.. hahaha

SM Says:
January 17, 2012 at 9:33 PM

tp : bisnes kau tu perlu ada kelainan.

LW : itu pun satu hal kalau undangan cuma disampaikan dari mulut ke mulut. tak ada adab. sama la jugak kesnya macam sekarang. takde adab, tak kenal budaya, tak ada rasa hormat dan menghargai bila jemput menggunakan media soSIAL je.

bact : macam tu gaya, baik tak payah bai...

NP : kalau ekonomi jatuh pun, takkan nilai kesantunan tu pun ikut jatuh jugak. agak-agak la kan.

ra : pada mulanya, aku mengambil masa yang agak lama sebelum memutuskan sama ada nak pergi atau tidak memandangkan kaedah jemputan yang dia gunakan. cuba kau bayangkan 20 tahun akan datang...

telor power Says:
January 17, 2012 at 9:55 PM

sm: kelainan,,,bagus tu tapi bila reen cakap pasal ekonomi jer,terus wa boring. ada 100 org mcm dia kompom biz aku lingkup. asik nak guna fakbook jer

SM Says:
January 17, 2012 at 9:58 PM

tp : hahahaa...! takkan tunas dah patah sebelum tummbuh kot. cabaran beb, cabaran... benda-benda art ni memang payah sikit nak bagi orang tangkap.

telor power Says:
January 17, 2012 at 10:27 PM

hadoi...aku baru berazam jer nie. takpe selagi ada pembakar semngat aku akan cuba berusaha bersama rakan kongsi

Lady Windsor Says:
January 18, 2012 at 12:00 AM

SM, aku suka perkataan soSIAL ko tu...

SM Says:
January 18, 2012 at 12:06 AM

tp : chaito!

LW : aku suka perkataan, tapi tak suka apa maksud perkataan tu.

Lady Windsor Says:
January 18, 2012 at 12:18 AM

Aku suka maksud dan perkataan, tetapi bergantung juga pada konteks penggunaannya...

SM Says:
January 18, 2012 at 12:21 AM

sial lebih kurang macam siak, bergantung pada ayat. sekadar info...

Lady Windsor Says:
January 18, 2012 at 1:24 AM

owh ok..noted..next time i would not use the word 'siak'like simply!

SM Says:
January 18, 2012 at 7:39 AM

hahaaa... no, you got the wrong idea here. `siak' is not a properly malay word. so, you should not use the word at any case.

reen afny Says:
January 18, 2012 at 10:20 AM

aah kan... dunia semakin maju, manusia semakin kedekut. haha
aku rasa dorang jemput thru ym je kot. hahaha

kan2... rasa macam mood nak datang tu takde lak. macam nak taknak je dorang jemput ni. huhu

SM Says:
January 18, 2012 at 10:21 AM

lagi gila kalau jemput guna ym je! takde adab.

reen afny Says:
January 18, 2012 at 10:23 AM

hahahaha tahu takpe... da nama pun kedek. hihihi

SM Says:
January 18, 2012 at 1:00 PM

tapi agak-agak la kalau kedekut pun. nanti kang jadi budaya pulak jemput pakai ym.

Pok Amai-Amai Says:
January 18, 2012 at 3:51 PM

Eh, ko nak jemput aku ke nie?

SM Says:
January 18, 2012 at 3:52 PM

bukan majlis aku pun.

reen afny Says:
January 18, 2012 at 4:11 PM

da kau kata another 20 years. aku agak je bro.. huhu

SM Says:
January 18, 2012 at 4:19 PM

ra : ha?

reen afny Says:
January 18, 2012 at 4:37 PM

ayokkk... susah la cakap dengan orang tua. huhu semuanya tak ingat. hahaha

SM Says:
January 19, 2012 at 3:55 PM

ra : bukan tak ingat, tapi penyakit lupa.

reen afny Says:
January 19, 2012 at 4:52 PM

huhu biasa la tu penyakit orang tua. huhu kadang2 orang muda pun ada penyakit lupa. haha

NenetPenne (NP) Says:
January 22, 2012 at 8:05 PM

masih ada lagi manusia yang beradab sekarang ni? technology advances.. orang pun dah lupa adab lorrr... but aku still ada adab cause i dont simply called my fren bodoh or bongok no matter how close we are..... open minded tu open laa jugak tapi jangan teropen lelebih..ok aku dah keluar baris... sorry

SM Says:
January 23, 2012 at 8:11 AM

NP : panggil `bodoh' atau `bongok' pada kawan baik yang sekepala bukan dikira sebagai tidak beradab oleh sesetengah orang selagi tidak menyentuh sensitiviti. adab tu boleh datang dalam pelbagai cara dan pendekatan. salah satu contohnya, macam kes jemputan yang aku ketengahkan ni. patut ke menjemput tapi langsung tak dengar suara (sekurang-kurangnya). ini la yang aku anggap teknologi membawa kepada kebiadapan secara halus. sekadar pendapat...