Berpeluh Dalam Air

| Sunday, January 08, 2012 | |
Rentetan daripada pantun LW yang memerlukan aku menjawabnya dalam tempoh sembilan ratus sembilan puluh sembilan puluh tahun, aku mengambil masa beberapa ketika untuk menyelesaikan teka-teki yang terkandung dalam rangkap tersebut. Kerana aku tak tahu sama ada aku perlu memberikan jawapan secara direct atau pun indirect.


"Itu semua tak menjadi hal, setiap jawapan kepada sesuatu soalan yang kau berikan tu tak semestinya betul atau salah. Kalau kau tak tau jawapan langsung pun, kau harus memberikan jawapan mengelak", kata kawan aku sedikit masa dulu.


Tinggalkan dulu perihal jawapan kepada soalan pantun si LW tu dulu. Sebab sekarang aku sedang melayangkan memori aku ke dalam kelas Bahasa Melayu ketika zaman sekolah dulu. Dan nama yang terus sinonim dengan memori itu adalah Cikgu Fatimah. Teringat dulu, beliau pernah memberitahu kami ciri-ciri pantun yang baik. Dengan memfokuskan kepada pantun empat rangkap ketika itu, seingat aku pantun sepatutnya....


1. Mempunyai sejumlah antara lapan hingga dua belas suku kata dalam satu rangkap. Tetapi lebih cantik lagi kalau jumlah tersebut adalah sama dalam setiap rangkap.


2. Ritma untuk perkataan terakhir bagi rangkap pertama adalah sama dengan rangkap ketiga, dan rangkap kedua sama dengan rangkap keempat. Seelok-eloknya, biarlah perkataan yang berakhir dengan suku kata (contoh) `ma' di rangkap pertama digandingkan dengan suku kata `ma' juga dalam rangkap ketiga, dan elakkan dengan suku kata yang kurang sepadan seperti `na', `pa' atau `ta'. Seboleh-bolehnya la...


3. Pembayang iaitu rangkap pertama dan kedua mempunyai jalan cerita yang bersambung dan terkait, seperti contoh pantun `buah cempedek' atau `pisang emas'.


4. Elemen alam semula jadi atau tradisional dimasukkan di dalam pembayang.


5. Mempunyai unsur-unsur nasihat, sindiran atau pun berupa teka-teki pada rangkap maksudnya. Tetapi jika pantun berbentuk jenaka, tidak perlu dibuat dengan keterlaluan.


Ok, itu je yang aku ingat tentang pesanan beliau. Kalau aku tersilap atau perlukan penambahan, minta tolong beritahu aku.


Apa pun, aku mengambil masa hampir empat puluh lapan jam untuk membalas pantun dari LW dek kerana hidung aku sekarang yang tengah tersumbat dan mukus yang sering kali mengalir menuju ke bibir atas jika tidak dikesat dengan hujung jari!



Macamana LW, boleh terima tak jawapan aku? Sesiapa yang ada jawapan yang lebih baik, minta tolong...


Sekian entri hari minggu di tepi jamban...

13 comments:

SM Says:
January 8, 2012 at 11:40 AM

1st!
mwahaha...!

Lady Windsor Says:
January 8, 2012 at 1:41 PM

2nd...hahaha. Nanti aku balik belayar aku jawab entry ko yg ini ya..apa2 pun ko buat aku teringat zaman berbalas pantun peraingkat daerah wakil sekolah...tulis pulak dgn jawi..perghhh...nostalgia meh...like berkalikalikali!

telor power Says:
January 8, 2012 at 8:39 PM

hebat mu SM....

SM Says:
January 9, 2012 at 7:53 AM

srooottt....!!!
(bunyi sedut hingus dengan lubang hidung kembang)

reen afny Says:
January 9, 2012 at 1:38 PM

boleh terima kot jawapan kau. aku tak reti berpantun la... tapi suka tengok orang berpantun. hehe

Pok Amai-Amai Says:
January 9, 2012 at 5:38 PM

Pas ni, ko jwblah pantun aku. Boleh?

SM Says:
January 9, 2012 at 5:38 PM

MF : takde hal, tapi kau tolong aku jawab pantun LW ni...

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 10:14 AM

kenapa blog kau jadi blog penulis buku pulak ni?

SM Says:
January 10, 2012 at 10:52 AM

NP : blog penulis buku? can't get it la babe... but still in a neutral way (perhap).

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 11:44 AM

@SM
yelah ilmiah gituh...

SM Says:
January 10, 2012 at 3:29 PM

NP : ilmiah hapekebendanya...

NenetPenne (NP) Says:
January 10, 2012 at 5:09 PM

@SM
ilmiah laa tu citer pasal pantun..
siap dgn keterangan lagi...
ilmiah can be anything laa dear..
eh ter'dear' laa pulak...ha ha ha..

word verification ialah 'chote'

SM Says:
January 10, 2012 at 5:15 PM

bukan ilmiah, tapi tu cuma mengembalikan semula apa yang cikgu aku pernah `bitau'. tapi dia bernasib malang sebab dapat murid macam aku. dah tua bangka, pantun tahap sekolah dulu jugak. hahahaa.... ampun cikgu.