Bermesra Dengannya

| Friday, January 13, 2012 | |
Bulan puasa hari tu. Kalau tak silap, minggu kedua kot. Petang, selepas waktu pejabat. Aku keluar tepat beberapa saat selepas jam mengeluarkan ringtone lebih kurang macam mesin basuh kat rumah bila dah habis buat kerja.


Beberapa ratus meter selepas traffic light kedua dari ofis. Sesedap rasa melayan corner baring, tempat di mana aku pernah melihat orang terbaring atas jalan, ada kon warna merah tersusun menyempitkan jalan. Dua lorong sehala menjadi satu. Beberapa buah motosikal yang mendahului belalang tempur aku memperlahankan kenderaan, kemudiannya berhenti di sisi kiri jalan setelah diarahkan oleh beberapa makhluk tuhan berpakaian seragam. Beberapa saat kemudian, aku pun menuruti jejak mereka. Berhenti.


Aku berhenti, menolak visor gelap aku ke atas untuk menunjukkan aku tidak mempuyai raut wajah seperti perogol bersiri. Tongkat sisi belalang tempur aku diturunkan.


"Matikan enjin", dia kata. Aku memulas kunci belalang tempur aku 15 darjah mengikut arah lawan jam hingga lampu bertanda Neutral terpadam.


"Tunjukkan IC, lesen dengan road tax", dia kata lagi. Suara iras-iras macam Ahmad Tarmimi Siregar mengacarakan rancangan kuiz More Jutaria. Aku menurut lagi. Manghulur semua dokumen yang dia maksudkan sekaligus kecuali road tax sebab road tax aku dah sedia ada terikat sama dengan gugusan kunci. Biar dia tengok sendiri. Jangan jadi Melayu pemalas.


"Dari mana?" Mulut dia mengeluarkan ayat yang mengandungi dua patah perkataan dan satu tanda soal.


"Balik kerja", mulut aku pulak mengeluarkan jawapan ringkas berupa dua patah perkataan sebagai balasan.


"Pergi mana?" Tanya dia lagi. Dasar pemakai uniform pemalas, bagi la soalan mencabar sikit.


"Eh encik ni, saya ni kan datang dari belakang sana. Sana tu kebanyakannya bangunan pejabat. Kalau tanya dari mana, mesti la jawapannya saya baru balik dari kerja. Orang lain pun macam tu jugak. Nak tanya pergi mana, mesti la saya nak balik rumah. Orang yang lain-lain pun mesti nak balik jugak. Tapi kalau tanya rumah kat mana, mesti jawapan dah lain-lain..." Jawab aku selamba stail cakap dengan adik-adik sambil tersengih. Konon-konon nak beramah mesra.


Dia kerutkan dahi...


******************************


Ok, aku tipu. Aku memang ada cakap macam tu, tapi isi kandungannya separuh je daripada ayat kat atas. Lain-lain tu aku reka-reka je.


Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke rumah, beberapa kali aku cuba menepuk dahi licin bebas jerawat aku ni tapi gagal sebab tertutup dengan helmet. Terasa macam bongok ada, menyesal pun ada jugak. Sumpah, lepas daripada tu aku janji atas nama Barrack Obama yang aku takkan buat lagi kerja bodoh macam tu.


Lawak macam tu cuma sesuai digayakan di hadapan cermin sahaja. Jangan nak cuba-cuba mempersendakan keletihan seorang penguatkuasa undang-undang bertaraf A. Galak macam pemakai uniform tu. Nasib baik tak kena cepuk.


Sekian entri kenangan bersama pak polisi di bulan Ramadhan.

20 comments:

Pok Amai-Amai Says:
January 13, 2012 at 11:32 AM

Eh, ko kena saman tak?

SM Says:
January 13, 2012 at 11:34 AM

sebagai seorang good citizen, aku kena kerut dahi je. nasib baik...

Lady Windsor Says:
January 13, 2012 at 1:38 PM

aku pernah bersoal jawab dgn polis traffic jam 3 pagi sebab tekan minyak 120 je...
Aku rasa polis tu nenong2 sebab aku kata balik dari party fesyen show dengan aku sendiri berbaju kurung dgn selendang segala bagai..

SM Says:
January 13, 2012 at 2:30 PM

ada cara nak sebenarnya nak tackle pak polisi ni.

Lady Windsor Says:
January 13, 2012 at 3:22 PM

apa caranya? bitau la...

reen afny Says:
January 13, 2012 at 5:27 PM

haha yeke.. aku tak pernah kena tahan dengan polis lagi la. al maklumlah, semua ada. lesen complete yo. haha

haha biar benar kau jawab camtu.. bapak mesra kau eh. haha

telor power Says:
January 13, 2012 at 9:34 PM

biasanya kalo aku kena tahan ngan polis, aku akan senyum jer...walau pun aku kena saman. takde idea masa kena tahan, pasal dah salah.

SM Says:
January 14, 2012 at 7:45 AM

LW : nanti aku bitau, tapi...

ra : aku jawab sikit je, yang lain-lain tu tambahan. polis zaman sekarang selain mencari pesalah, dia jugak mencari kesalahan orang lain walaupun kita ni bersih.

tp : aku tengok muka dia macam cool je, tu yang beranikan diri loyar buruk sikit.

Lady Windsor Says:
January 14, 2012 at 9:12 AM

kalau ada tapi tu...tak payah le ko bitau..

telor power Says:
January 14, 2012 at 10:59 AM

SM: kehkehkeh patut pun berani, mcm aku mmg berani tapi idea hilang dan terkedu bila berdepan dgn pak polisi nie...dari aku melalut baek aku senyum.

SM Says:
January 14, 2012 at 10:45 PM

LW : kau dah kenal aku.

tp : cilaka, kemesraan aku tak berbalas masa tu. buang kalori je!

Lady Windsor Says:
January 15, 2012 at 5:35 AM

SM, ko baru tahu ke...hmmm...

NenetPenne (NP) Says:
January 16, 2012 at 10:15 AM

kena tegur
nak kena saman tapi tak jadi
semualah
sampai pak polis traffic tersangkut dengan aku pun ada gak

hari tu kena tegur sebab tak tampal road tax..aku tak reti tampal nanti kalau tampal terkoyak2 pulak... selalu tukang tampal si dot dot...

SM Says:
January 16, 2012 at 10:31 AM

kelebihan untuk orang `muka mari' macam kau kot. tak perlu beri alasan secara lisan. senyum sikit dah cukup.

road tax tu tak tampal pun takpe, letak kat dashboard dah cukup.

NenetPenne (NP) Says:
January 16, 2012 at 11:20 AM

time drive, aku letak kat dash board, time tak drive aku simpan dalam beg....

bukan sebab 'muka mari' lah..tapi sebab alasan yang diberikan adalah benar dan benar2 belaka....

SM Says:
January 16, 2012 at 4:10 PM

apa alasan yang kau bagi? kau bagitau tak sempat nak tampal ke?

reen afny Says:
January 16, 2012 at 5:09 PM

tahu takpe... palang pak polisi. haha

NenetPenne (NP) Says:
January 16, 2012 at 5:10 PM

@SM
ha ah..buat apa nak tipu, cakap je jujur tapi aku lupa nak suruh dia tolong tampalkan... demn

SM Says:
January 16, 2012 at 5:32 PM

ra : tapi...

NP : kau akan dapat peluang lagi lain kali. time tu boleh minta tolong dengan wajah yang super ayu...

reen afny Says:
January 17, 2012 at 4:38 PM

tapi apa lagi??