Benda Itu

| Wednesday, January 04, 2012 | |
Hari tu, dah lupa hari apa. Petang. Baru beberapa ratus meter meninggalkan bangunan pejabat pencakar rimau. Cuaca baik tak macam hari sebelumnya. Matahari berada pada kedudukan jam dua dari aku dengan sudut pugaknya lebih kurang 15 darjah dari garisan ufuk. Mujur visor gelap dengan kadar 85% berjaya menapis panahan cahaya matahari daripada terus menembusi kanta spek mata aku. Beberapa saat kemudiannya, simpang berlampu isyarat yang pertama mula kelihatan dari kejauhan.

Dari gear empat, turun kepada gear tiga dan kemudiannya kepada gear dua apabila semakin menghampiri persimpangan. Persimpangan kecil yang setakat ini belum pernah menghampakan. Seringkali lampu hijaunya menyala apabila dihampiri. Jujukan kereta para pekerja pejabat masih belum panjang. Masih boleh dihitung dengan jari kaki. Namun begitu, terdapat sedikit keganjilan pada pergerakan kenderaan yang memasang niat untuk membelok ke kiri oleh pemandu dan penunggangnya.

Bagi kenderaan beroda empat, kebanyakannya akan menghimpit ke kiri sebaik menukar lorong paling kiri. Manakala bagi kenderaan beroda dua yang memilih untuk tidak membelok ke kiri, akan memperlahankan alat tunggangan mereka sebelum menggelekkan badan tak ubah macam Datuk M Daud Kilau menyanyi lagu Gila Judi. Agak kelakar jugak kalau dipandang dari jauh gelagat mereka.

Beberapa puluh meter lagi menghampiri, kedua-dua biji mata aku mengesan kehadiran objek asing di hujung kerb. Oh, rupanya gelagat aneh mereka ini didorong oleh kewujudan `benda itu' rupanya.

Meneruskan lagi perjalanan berbaki beberapa meter menghampiri island yang menempatkan lampu isyarat, mata aku terus memerhatikan `benda itu' yang membaringkan dirinya betul-betul di atas garisan. Watak baik dalam diri aku mula bertanyakan soalan bertubi-tubi ke dalam kepala hotak aku. "Apa yang aku nak buat? Nak teruskan perjalanan ke, atau nak lakukan sesuatu yang mampu memberikan sedikit pahala?"

Soalan tu terus tidak terjawab sehinggalah belalang tempur aku melewati `benda itu'. Kebetulan lampu merah menyalakan dirinya. Aku menekan brek, berhenti melepasi garisan. Kaki kiri aku ditongkatkan pada kerb.

Dari side mirror sebelah kiri aku, dapat dilihat dengan jelas `benda itu' masih lagi berada di tempatnya sama seperti beberapa saat sebelumnya. Eh, perlu ke aku bergerak barang beberapa saat cuma untuk membantu? Kalau lampu hijau menyala sekejap lagi macamana? Atau pun, kalau aku bangun je ada orang sambar belalang tempur aku? Kan dah naya...

Dalam pada melayan persoalan dalam kepala hangguk, lampu hijau serta-merta menyala. Lamunan aku terus terpadam.

Meneruskan perjalanan...

Semakin menjauhi persimpangan, semakin besar rasa bersalah apabila melihat pantulan imej di side mirror menunjukkan kelibat seorang manusia terbongkok-bongkok dari kenderaan beroda duanya cuba mengalihkan benda itu.

Perjalanan tetap diteruskan sambil melepaskan peluang membuat sedikit kebajikan...

Petunjuk:
Titik merah : benda itu
Titik hijau : aku dan belalang tempur

Sekian entri sedikit penyesalan...



34 comments:

Lady Windsor Says:
January 4, 2012 at 1:05 PM

1st!

SM Says:
January 4, 2012 at 1:09 PM

ha, aku 2nd!

Lady Windsor Says:
January 4, 2012 at 1:11 PM

ko mungkin dah lepaskan peluang membuat pahala tapi ada sebab dan musababnya kenapa ia tidak berlaku. Kalau aku nak hurai dalam juzuk sainsa fizik memang peninglah kapla tapi dalam keterangan mudah, tak perlulah ko berasa kesal akan apa yang sudah lepas itu.

SM Says:
January 4, 2012 at 1:16 PM

ish, patutnya aku la orang tu. haha!

Lady Windsor Says:
January 4, 2012 at 1:26 PM

eh ko yg titik hijau ke atau titik merah ni weii?

ralphrazaq Says:
January 4, 2012 at 1:44 PM

ape bendanye?? kucing ke?

NenetPenne (NP) Says:
January 4, 2012 at 2:32 PM

cakap direct to the point boleh tak?
apa menda yang mengganggu perjalanan hari ini?

SM Says:
January 4, 2012 at 2:45 PM

LW : titik hijau, bersama-sama belalang tempur.

ralph : bukan benda bernyawa.

NP : `dia-yang-tidak-boleh-disebut-namanya' macam dalam hairy reporter tu.

ralphrazaq Says:
January 4, 2012 at 2:47 PM

ha aku tau..mesti dompet kan?

NenetPenne (NP) Says:
January 4, 2012 at 2:51 PM

tak berapa sangat ingat tentang citer harry porter..maaf...

SM Says:
January 4, 2012 at 2:56 PM

ralph : bukan jugak. kalau dompet bukan bawak pahala, tu membawa durjana.

NP : maaf diterima wahai sahabat. bukan hari ni, tapi minggu lepas. lupa hari apa.

ralphrazaq Says:
January 4, 2012 at 3:09 PM

SM - alahhh..banyak naw teka-teki..gtau je la ape bendanya??

SM Says:
January 4, 2012 at 3:12 PM

kepingan besi sepanjang lebih kurang sekaki yang mungkin berasal dari construction site bersebelahan. (aku harap jawapan ni ringkas, padat dan memenuhi kehendak soalan)

ralphrazaq Says:
January 4, 2012 at 3:16 PM

SM - ohhhh.........

NenetPenne (NP) Says:
January 4, 2012 at 4:05 PM

apsal entry selipar tak boleh komen?? apsal??

SM Says:
January 4, 2012 at 4:06 PM

NP : ala, nak komen jugak ke? itu entri luahan hati terhadap orang di sekeliling je la. ok, aku bukak...

Lady Windsor Says:
January 4, 2012 at 4:52 PM

ko nampak besi? sorry aku tak paham..ke ko nampak hantu? weii cakap direct le wei..dah le aku silap teka antara titik hijau dan titik oren..cehh

SM Says:
January 4, 2012 at 4:58 PM

titik hijau mewakili aku ketika berhenti di lampu merah, titik merah adalah kepingan besi yang sedikit menghalang laluan pengguna jalan.

reen afny Says:
January 4, 2012 at 5:01 PM

apa benda weh?? motor rosak ke?? huhu

SM Says:
January 4, 2012 at 5:02 PM

ra : kepingan besi yang menghalang laluan pengguna jalan, disyaki dari construction site bersebelahan.

reen afny Says:
January 4, 2012 at 5:36 PM

ooh camtu.. patut la. kalau kau tak tolong pasti ada orang laen yang tolong ;)

SM Says:
January 4, 2012 at 5:44 PM

melepas aku...

ralphrazaq Says:
January 5, 2012 at 8:22 AM

reen x fokus hahaha!!

reen afny Says:
January 5, 2012 at 8:31 AM

haa asal lak?? fokus la tu.. korang ni...... =.=

ralphrazaq Says:
January 5, 2012 at 9:26 AM

SM dh mention benda tuh adalah sebatang besi...ce ko baca komen yg sebelum2 tuh..hahahaha

reen afny Says:
January 5, 2012 at 10:07 AM

ada. da komen baru aku baca. hehe
ooh tu yg cakap aku tak fokus eh. huhu lantak dia, kena reply dua kali... haha

SM Says:
January 5, 2012 at 10:20 AM

terima kasih ralph sebab jadi wakil aku, ingatkan si reen ni pasal kepentingan fokus. hahahaa...

reen afny Says:
January 5, 2012 at 10:26 AM

siot la.. kau pun ralph??? da la komen dekat blog tp pun kena perli pasal fokus jugak. arghhhhh =.=

SM Says:
January 5, 2012 at 10:29 AM

dia gurau je la. gurau manja gitu!

reen afny Says:
January 5, 2012 at 10:40 AM

kbai....

ralphrazaq Says:
January 5, 2012 at 10:55 AM

alolo...majok plak dak reen ni

SM Says:
January 5, 2012 at 11:05 AM

ha, baik kau pujuk dia. kang dia bawak kereta laju-laju nanti. aku tak tau... hahahaa!!!

reen afny Says:
January 5, 2012 at 11:39 AM

hahaha bongokkkk.... kena perli lagi... =.=

SM Says:
January 5, 2012 at 2:23 PM

ya ampuuuunnn...!