Babak Tepuk Bahu

| Friday, January 27, 2012 | |
Hidangan bihun sup yang yang memenuhi tiga suku ruang di dalam mangkuk kecil polisterin dan lima cucuk sate (atau satay, entah) ayam berserta nasi himpit tercurah dengan kuah kacang sedia terletak atas meja aku. Dihiasi dengan segelas kecil air oren. Aku melahap makanan percuma hasil titisan peluh dari kerja gotong-royong penduduk sebuah taman perumahan di kawasan yang garisan sempadannya tidak begitu jauh dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Cuaca tengahari agak terik. Aku bernasib baik dapat mengambil tempat di meja yang menerima teduhan sebatang pokok besar berhampiran dengan playground.

Kedua-dua menu yang aku pilih adalah antara makanan terawal yang berjaya membuka selera aku walau pun itu adalah tempat kedua yang aku kunjungi untuk mendapatkan makanan percuma. Aku biarkan dulu bihun sup terduduk diam di atas meja dengan tujuan memberikan peluang kepada kuahnya untuk menyuamkan diri sebelum dapat aku hirup, dan fokus aku lebih terarah kepada susunan sate (atau satay, entah).

Secucuk, dua cucuk, dan tiga cucuk aku gigit untuk dikeluarkan isinya dari kedudukan tersusunan di lidinya. Ini adalah sesuatu yang wajib bagi orang yang makan sate (atau satay, entah) sebab belum pernah sepanjang hayat aku bersesak menjadi khalifah atas bumi melihat sesiapa pun yang makan sate (atau satay, entah) akan mengunyah dengan lidinya sekali. Tiba giliran cucukan sate (atau satay, entah) yang ke-empat, aku terasa seperti bahu aku ditepuk dari belakang.

Fokus aku masih tidak lari. Tepukan yang aku terima bukanlah tepukan yang bersifat mahu menyembamkan muka aku ke meja atau lebih teruk mahu menjadikan nama panggilan aku mempunyai tambahan perkataan `arwah' di depan, tetapi lebih kepada tepukan mesra. Berdasarkan saiz tapak tangan yang singgah ke tubuh aku, aku kira anggota badan itu bukan dimiliki oleh seseorang yang sebangsa dengan aku.

Minda di bawah sedar aku masih lagi fokus untuk setengah saat lagi kerana aku perlu menyudahkan gigitan sate (atau satay, entah) supaya aku tidak dilihat seperti seorang lelaki yang tidak senonoh kerana bercakap ketika mulut dipenuhi makanan.

"Apa khabar, selamat hari raya." Mesra bunyi percakapannya walaupun hanya terisi dengan beberapa patah perkataan. Posisi pemilik tangan itu kini telah berada betul-betul di sebelah kiri aku, menundukkan sedikit badannya agar tangannya dapat dihulurkan kepada aku. Tangan dihulurkan. Aku segera meletakkan lidi sate (atau satay, entah) ke atas piring polisterin yang masih berbaki secucuk lagi. Huluran tangannya aku sambut dengan kemas. Senyumannya aku balas dengan sengihan. Kisaran daging sate (atau satay, entah) hanya bersisa lebih kurang sepuluh peratus.

"Ya, selamat hari raya." Pendek jawapan lisan yang meniti keluar dari bibir munggil aku. Lebih pendek daripada ucapan salam yang dia berikan sebelumnya.

Sebaik pemilik tangan berbadan besar itu melangkah beberapa meter menjauhi tempat aku menikmati makanan percuma sambil diiringi oleh beberapa orang ke dalam khemah, Adele yang duduk disebelah aku mula bersuara.

"Ingatkan kawan lama tadi, mesra lain macam je. Dari jauh lagi dah nampak dia datang. Parking kereta terus tuju ke sini dulu. Macam biasa nampak je, siapa tu?" Soal Adele.

Aku pura-pura jadi orang pekak. Kalau soalan tak berapa nak mencabar minda lepasan SPM ni memang aku malas nak layan.


Pemilik tangan berbadan besar itu adalah seorang ahli parlimen kawasan perumahan tempat aku makan percuma hari tu. Seorang yang mukanya sering terpapar di skrin tv, tapi suaranya jarang dapat didengar. Hanya ulasan merepek pembaca berita setiap kali visual dia keluar dan masuk mahkamah berkaitan dengan kes-kes berprofail tinggi yang diwakilinya.

Ok, kali ini aku harus memberikan tabik hormat kepadanya kerana aku tak tahu langsung akan kehadirannya tengahari tu. Langsung tiada banner yang tergantung di mana-mana. Tiada karpet merah merentang dari jalan hingga ke penjuru khemah. Dia juga memijak tanah yang sama aku pijak beberapa minit sebelumnya, yang berkemungkinan tersembunyi najis kucing atau anjing di celah-celah rumputnya.

Bentuk, saiz dan warna khemah yang sama macam tetamu yang lain. Jumlah kipas yang sama, tiada juga ropol-ropol atau renda yang membezakan dia harus duduk makan di khemah yang mana satu. Juga menghirup air oren yang diceduk dari tong yang sama, menggunakan gelas polisterin kecil sama seperti aku. Makan bihun sup dari mangkuk kecil menggunakan sudu dan garfu plastik sama seperti aku juga.

Nampak hina ke very important person yang menjalani hidup seperti makan, minum, berjalan atau berteduh sama seperti orang yang dipimpinnya? Tidak...

Sekian entri penghormatan untuk orang yang sepatutnya.

16 comments:

reen afny Says:
January 27, 2012 at 3:34 PM

pertama.... hihi

SM Says:
January 27, 2012 at 3:35 PM

gedik la budak kecik ni! kat blog aku tak payah berebut. dengan siapa je yang kau nak rebut, yang baca pun tak sampai sembilan orang.

ralphrazaq Says:
January 27, 2012 at 3:36 PM

2 gambar ko ea SM?

reen afny Says:
January 27, 2012 at 3:42 PM

hahaha tapi salu dapat nombor last je. hihi

sate dalam sebutan melayu, satay in english kan2.. hahaha

tak hina la. tu makna nya, dorang sendiri meletakkan taraf dan pemikiran dorang macam kita. orang macam tu patut diberi kehormatan ;)
dia kaya tapi tak menunjuk. siap nak berkenalan lagi dengan orang yang datang makan, eh buat gotong royong. hehehe

SM Says:
January 27, 2012 at 3:47 PM

ralph : itu adalah gambar orang yang aku maksudkan. bukan gambar aku, mata aku lebih menawan dan menikam kalbu. hahaaa!!!

ra : kadang-kadang marhaenis macam kita ni yang membeza-bezakan status sesama sendiri. oh, baru aku tau pasal ejaan tu.

ralphrazaq Says:
January 27, 2012 at 3:50 PM

yeke? eleh...kau je yg x post gambar sendiri..takut orang eksploitasi la tu

NenetPenne (NP) Says:
January 27, 2012 at 3:54 PM

@SM
oklah tu kalau ahli parlimen mcm tu...
lagikan nabi mohammad pun bersikap biasa inikan pula seorang ahli parlimen... kita je..(bukan aku) yang bangga bagai kat politician..
kalau politician datang melawat kawasan, kalau boleh nak bagi makan dalam pinggan emas walhal warna darah sama je merahnya...

yang baca sembilan 9 je tapi dapat komen sampai 45 komen...

karpal singh ke tu? tapi

reen afny Says:
January 27, 2012 at 3:56 PM

sedar pun... tengok dekat mind set orang tu jugak. kadang2 dorang ukur pada kekayaan harta. kadang2 dorang ukur pada kekayaan budi bahasa seseorang itu.

kau tergolong dalam mana?? hehe

SM Says:
January 27, 2012 at 5:11 PM

ralph : aku takut ramai yang kena histeria nanti sebab penangan yang lebih hebat daripada k-pop!

NP : si pemimpin dengan loratnya, ada jugak yang ok. yang dipimpin ni pun sama jugak. ada yang mengangkat pemimpin tak tentu pasal, ada jugak yang hormat bertempat. eh, kau dah jadi pegawai banci pulak sekarang?

ra : aku tergolong dalam kumpulan yang tak sesat di dunia dan akhirat. hahahaa!!!

Lady Windsor Says:
January 27, 2012 at 5:15 PM

Perghh!!! Aku tak boleh blahhh dengan dialog ".........." kata Adele! Bila pulak si Adele tu menyemak bawah kanopi makan sate kat Wilayah ni woi..ni haku marah ni sebab kenapa aku tak tahu Adele turun KL?

Oh ya, aku pantang orang tepuk bahu atau belakang..pantang tok nenek!

ralphrazaq Says:
January 27, 2012 at 5:17 PM

SM - kau letak la...aku nak gak kena serangan histeria hahaha

SM Says:
January 27, 2012 at 5:30 PM

LW : adele aku cuma untuk aku je. biasa la, kedekut. kenapa ada pantang pulak?

ralph : aku taknak tanggungjawab kalau ada kes kehilangan nyawa.

Lady Windsor Says:
January 27, 2012 at 7:37 PM

SM: aku tak suka org tepuk bahu atau belakang...sebab aku pernah kena tepuk dan si penepuk tu bukan tepuk kosong!

NenetPenne (NP) Says:
January 27, 2012 at 11:11 PM

@SM
aku apa apa pun boleh..pegawai banci, penyiasat, spy, csi..semua boleh.. pilih je...

adele tu bini kau eh? cakap jelah kau baru kahwin.. apapun selamat pengantin baru yer SM.. patutlah kita ajak asyik menolak jer... cakap terus terang kan senang... apaa daaaa...

@LW
so kalau i jumpa u nanti, tak boleh lah i tepuk belakang u yer... ok noted.... tapi kalau i tepuk, i tepuk kosong jer..tak ada apa2 ilmu..

Lady Windsor Says:
January 28, 2012 at 1:02 AM

NP, SM macam retis lah kahwin pun tak bitau...

NP lagi,ok tepuk kosong boleh...

reen afny Says:
January 28, 2012 at 2:37 AM

haha siot... bagus la kalau tergolong dalam orang yang ingat akhirat. huhu