Anak Haram dan Kerja Haram

| Monday, January 16, 2012 | |
Date : 16/01/2012
Time : 8:51pm
Message : Woi botak! Bz ke? Mtk tlg sket. Dwg yg lu email td ada ammend sket la chol. Volume kasi up lg smp 3200m3. Wa pnya client nk claim gila babi kali ni. Tlg ar.


Date : 16/01/2012
Time : 9:17pm
Message : Kimbet lu, kcau wa tgh nk mnyudu. Pehal ni chol, wa bkn ank haram nk bt keja haram ni. Bgtau client lu dosa claim lbh2, tu nipu namanya. Ni da kali ke-3 wa kasi ejas. Wa x cmpur.


Date : 16/01/2012
Time : 9:23pm
Message : Tlg ar botak. Setel job ni, wa bnk in dgn job yg hr tu pnya. Wa pnya pyment da msuk. Ni potong kote pnya janji. Kasi ejas sket je lg. Urgent!


Date : 16/01/2012
Time : 11:13pm
Message : Wa suda email, baek pnya ejas. Jgn lpe, wa pn nk kaya mcm lu jgk!


Date : 16/01/2012
Time : 11:20pm
Message : Tq botak. Lu mmg wa pnya gundik yg plg cntik.


************************************************************


Aku seringkali terfikir tentang kerja-kerja yang aku lakukan selama ni, sama ada kerja rasmi di pejabat atau job-job haram yang aku kutip satu-persatu dari luar. Persoalan yang seringkali timbul adalah; adakah semua kerja yang aku lakukan tu bersih daripada unsur-unsur yang haram. Sama ada yang membabitkan penipuan, atau kaedah mencilok untuk mandapatkan result yang menguntungkan pihak tertentu.


Atau pun hasil kerja yang aku lakukan tu akhirnya digunakan oleh pihak lain yang mempunyai kepentingan peribadi, atau pun mendatangkan kesan negatif terhadap pihak lain.


Sebagai contohnya: jika mengikutkan perkiraan matematik kasar peringkat darjah tiga, selama lebih kurang sepuluh tahun aku bekerja, aku juga telah melibatkan diri dalam pembinaan rumah-rumah ibadat untuk agama selain daripada agama aku. Ditakdirkan negara ni mempunyai sepuluh agama yang berdaftar, berkemungkinan aku akan berpengalaman dalam pembinaan lapan daripada sepuluh rumah ibadat agama-agama yang terbabit.


Adakah wang yang aku perolehi itu akan dikira sebagai datangnya dari sumber yang tak halal. Jika tak halal, macamana pula dengan beras, gula atau garam yang aku beli dengan menggunakan duit-duit tersebut? Haramkah darah daging aku?


Berbalik kepada sms yang mengganggu waktu makan aku sebentar tadi, itu adalah pertolongan kepada seorang kawan yang tak berapa aku berkenan. Ini adalah kerana aku telah diminta untuk melakukan sedikit pembohongan supaya menguntungkan pihak tertentu dalam satu projek (dirahsiakan). Adakah aku dikira telah melakukan dosa kering?


Tapi yang membuatkan aku hilang rasa bersalah, aku bakal kaya beberapa ratus ringgit dalam tempoh dua tiga hari lagi. Sekaligus menjadikan dosa kering yang terpalit tu dengan mudah terhapus oleh amaun dalam Cimb Click aku esok lusa!


Sekian entri penuh persoalan dosa kering.

18 comments:

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 12:29 AM

Beb persoalan dosa halal haram ni aku no idea...

telor power Says:
January 17, 2012 at 12:57 AM

hado....boleh pening aku, amik mudah kita bersedekah aje di masjid2, sebab tak semua tu milik kita. atau bayar jer zakat harta.

SM Says:
January 17, 2012 at 7:35 AM

alamak, lupa pulak nak komen apa.

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 7:39 AM

Cehh! Lawak pagi ya....

SM Says:
January 17, 2012 at 7:41 AM

serious shit, aku dah baca komen korang sebelum tidur malam tadi. tapi pagi ni mungkin sebab aku ikut jalan yang lain dari kebiasaan untuk pergi kerja, dah lupa pulak.

Pok Amai-Amai Says:
January 17, 2012 at 8:21 AM

Aku tak sangka yg ko ada terfikir tentang dosa kering. Ishhh....tu bru bab claim lebih. Klu jenis makan suap?


Adehh!

Tp korang punye bahasa teringat bahasa hubby aku dgn kwn2 die. Ade ke di bahasakan bini/gf dgn TETEK?

Cilakak!

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 8:30 AM

MF..tetek tu ok lagi kan..at least sedap gak nak sebutnya...ada yang sebut jamban..keji!

SM, ko pe hal ikut jalan lain...? cemane boleh lupa apa yg ko nak tulis neh..weii aku musykil!

SM Says:
January 17, 2012 at 10:06 AM

MF : dah lama terfikir, cuma baru ada tempat untuk minta pendapat. macamana?

LW : aku saje ikut jalan alternatif. tak sangka pulak laluannya lebih meriah dengan adegan pertaruhan nyawa. tapi jarak tetap sama dengan laluan yang biasa.

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 10:18 AM

len kali sila jangan lalu situ lagi..ingat ko ada sembilan ratus sembilan puluh sembilan tahun eh!

SM Says:
January 17, 2012 at 10:37 AM

tapi aku ni macam kucing, ada sembilan nyawa. satu aku pegang, lapan lagi ada dalam hati orang lain. cewah!!!

Lady Windsor Says:
January 17, 2012 at 11:40 AM

ye lah sangat! sembilan nyawa...meoww!

telor power Says:
January 17, 2012 at 11:46 AM

MF: hahaha siot,suami ko n kawan2 cakap begitu? tapi tak nafikan pun adat perbualan org lelaki. mana bleh skema2 sgt hahaha

SM Says:
January 17, 2012 at 11:46 AM

hahaaa!!! kau pegang satu.

reen afny Says:
January 17, 2012 at 4:41 PM

haha siot je... sekejap nya tobat. haha nak kira halal ke tak, tu kena tanya ustaz idrus la. haha

SM Says:
January 17, 2012 at 9:34 PM

ustaz azhar idrus tak dapat jawab sms yang aku kirimkan semalam. dia terlalu sibuk sekarang.

reen afny Says:
January 18, 2012 at 10:21 AM

perghh.. rapat nampak. hahaha
biasa la nak kena replt twitter, fesbuk dengan emel do. mana nak sempat. haha

SM Says:
January 18, 2012 at 10:23 AM

kawan baik yang tak pernah ketemu.

reen afny Says:
January 18, 2012 at 10:24 AM

ooh yeke... ok la tu. huhu