Amarah Bumbung Lopong

| Sunday, January 29, 2012 | |
November 2009, lebih kurang lima bulan selepas aku berpindah ke rumah berhalaman dan setingkat ini, setelah lebih setahun menetap ni sebuah rumah tiga bilik yang berlantaikan bumbung orang lain dan berbumbungkan lantai orang lain.


"Kenapa pindah sini? Kan dah tau rekod tempat ni macamana."


Pukimak apa tanya aku macam tu. Dah la aku terpaksa tunggu kau dari jam tujuh petang sebaik kembali daripada membuat laporan kat pondok polis yang cuma berjarak beberapa ratus meter dari rumah hingga hampir jam sebelas malam, semata-mata nak dengar soalan yang sinis macam tu?


Di mana tanggungjawab kau yang memegang amanah sebagai orang memakai uniform keramat tu? Cuma itu je yang kau boleh tanya pada aku?


Aku langsung tak dengar sebarang nasihat atau pandangan positif tentang kawasan kediaman aku. Sebaliknya kau mengatakan rumah aku memang sepatutnya menjadi sasaran penjenayah oleh kerana pengubahsuaian yang minimum ini amat mudah untuk dipecah masuk. Selain daripada itu, kau mengatakan rumah-rumah jiran aku yang besar dan cantik mengurangkan kebarangkalian kes pecah masuk, kerana para penjenayah cuma mensasarkan hasil dalam bentuk wang tunai atau barang kemas yang mana tidak (atau kurang) disimpan di dalam rumah yang sebegitu. Kepala butuh!


Sekali lagi, aku rasa macam nak tikam leher gebu kau tu dengan pisau kesayangan aku yang telah menjadi bahan bukti. Pisau itulah yang telah digunakan oleh si penjenayah sebagai senjata ketika berkeliaran di dalam rumah aku, kalau-kalau rumah aku berpenghuni ketika itu.


Atau pun, seelok-eloknya patut aku kerat-kerat lidah kau dan keluarkan sebelah biji mata kau dari soket ketika kau dalam keadaan nazak supaya sebelah lagi mata kau dapat melihat aku mengisar bebola mata dan lidah kau secara serentak di dalam blender aku dalam keadaan mulut kau bermuntahkan darah!


Apakah kau tidak sedar dengan keadaan lantai dapur aku yang dibanjiri air akibat hujan lebat yang turun ketika aku menunggu kau datang? Jangan tanya kenapa aku tidak menutup bumbung aku yang terbuka, kerana aku menyangkakan itu tidak perlu dilakukan supaya kau dapat mengambil gambar bumbung rumah aku dengan kamera digital single lense reflect kau yang berkanta besar itu. Tetapi rupanya aku silap, shutter kamera canggih kau hanya berbunyi tak lebih lima kali hingga membuatkan lopong pada bumbung aku tertinggal daripada menjadi simpanan dalam kad memori kamera kau.


Anak celaka! Adakah kau telah menyalahkan aku kerana telah membeli hartanah di tempat ini? Ohya, kalau begitu kau patut juga bertanya kepada:

  • mangsa rompakan jalanan - kenapa membawa wang tunai bersama-sama walau pun cuma RM30?
  • mangsa langgar lari - kenapa berada di atas jalan raya walau pun ketika itu adalah waktu puncak pekerja keluar dari rumah?
  • waris mangsa bunuh - kenapa dia tidak mati disebabkan punca semulajadi seperti sakit jantung atau serangan stroke?
  • mangsa rogol - kenapa tuhan menjadikan kamu wanita?

Aku harap, kau sebagai pegawai penyiasat tidak akan mengalami nasib yang sama seperti aku. Berjumpa dengan orang yang tidak tahu mengeluarkan kata-kata dengan penuh bertanggungjawab! Fuck you...


Sekian entri teringat memori pahit selepas menonton filem tamil. 

10 comments:

Telor Power Says:
January 29, 2012 at 1:28 AM

pegawai penyiasat tu org gomen ke org swasta??? kehkehkeh

luahfikiran ... mari kita Says:
January 29, 2012 at 7:46 AM

Salam,
Membaca dan memahami.

SM Says:
January 29, 2012 at 9:33 PM

tp : dia adalah pegawai polis yang ditugaskan menyiasat kes pecah rumah aku dulu.

lf : terima kasih.

kasihnurain Says:
January 30, 2012 at 8:33 AM

ganas ayat ko, klu pencuri baca pun takut, pegawai penyiasat baca lagi la dia terjun tingkt emptblas....

reen afny Says:
January 30, 2012 at 10:00 AM

bunuh jangan tak bunuh! kahkah marah gila ni... tapi kalau aku pun bengang. orang tengah panas rumah kena pecah masuk, apa pulak tanya soalan macam tu. tett..

ralphrazaq Says:
January 30, 2012 at 10:22 AM

ada polis swasta ea TP?

SM Says:
January 31, 2012 at 12:32 AM

kn : ganas ayat je, tapi bila depan dia cuma maki dalam hati je.

ra : kalau dia bukan polis, dah lama kena sepuk.

ralph : hahaha, soalan yang bijak!

reen afny Says:
February 1, 2012 at 3:28 PM

ralph... kahkah aku pun baru perasan yang tp tanya soalan tahap spm. kihkihkih


SM.... hahaha tula. mesti kita macam sabar jela polis ni kan. huhu kau imagine je sepuk dia. hehe

SM Says:
February 2, 2012 at 1:15 AM

mungkin dia ingat pegawai penyiasat tu orang insurans kot. tu yang tanya sama ada gomen atau swasta.

reen afny Says:
February 2, 2012 at 3:22 PM

hahaha betul2 tu SM... (jaga hati tp)