All Hail...!

| Tuesday, January 03, 2012 | |


"Ader adik beradik mereka ini kena jadi hamba abdi ker di Malaysia nie? Ader sedara mereka kena tindas sampai kebulur macam orang Somalia tuu? Ader sedara mara kena paksa keluar dari Islam? Ader ker? Ader tak?"
-ada. kita sendiri ini adalah hamba abdi tanpa kita sedar. dalam masa yang sama ramai antara kita yang kebulur separuh mati hingga terpaksa memilih jalan jenayah bagi yang kurang iman, dan kemudian datangnya tangan-tangan maha ikhlas bersama-sama kru tv dan akhbar memberi bantuan yang nilainya sama dengan hidangan makan tengahari si pemberi itu. dipaksa murtad? bukan dipaksa...


"...aper diorang nih tak reti nak bersyukur atau kufur nikmat?"
-bersyukur kepada siapa yang sepatutnya, dan bagaimana caranya?


Cilokan komen susulan di fuckbook untuk siswa UPSI.


Sekian entri untuk fuckhrer...

22 comments:

reen afny Says:
January 3, 2012 at 1:28 PM

dorang buat perhimpunan haram ke???
macam sia2 je pergi belajar tinggi2 tapi buat benda bodoh. siswa siswi =.=

SM Says:
January 3, 2012 at 1:30 PM

kita tak serupa, pandangan juga berbeza. aku tidak menyokong perlakuan mereka itu, tapi pada masa yang sama aku rasa mereka perlu melakukan sesuatu.

reen afny Says:
January 3, 2012 at 1:32 PM

mesti ada sebap dorang buat macam tu.... aku tak tahu apa cerita. tapi dengar polis belasah siswa UPSI eh?

SM Says:
January 3, 2012 at 1:34 PM

dengar yang sana begitu, dengar yang sini begini pulak.

pokoknya, yang orang sibuk persoalkan sekarang adalah kewajaran mereka berdemonstarsi tu.

dan aku tetap melihat ini semua sebagai satu lagi hasil kegagalan sistem.

reen afny Says:
January 3, 2012 at 1:38 PM

haha betul la tu.. ada la tu benda budak2 ni tak puas hati. tapi perlu ke dorang buat macam tu?? dan hasilnya??? masih sama kan....

telor power Says:
January 3, 2012 at 1:38 PM

tapi aku setuju dgn tindakan pelajar upsi yg berani tu.

SM Says:
January 3, 2012 at 1:43 PM

ra : hasilnya bukan boleh dilihat dalam tempoh semalaman je. mereka ni boleh menjadi sedikit riak air yang menyumbang kepada ombak besar perubahan. bukan ombak rindu.

tp : ya, aku juga. cuma terlalu banyak sara-suara prasangka di luar sana.

reen afny Says:
January 3, 2012 at 1:47 PM

ceh nak kata aku la tu.. korang sokong la. nanti malaysia da tak aman da ;(

hoho yela. okay la kalau tindakan dorang membuahkan hasil. kalau takde?? bukan ke perbuatan yang sia2 je tu. bukan dapat apa pun...

SM Says:
January 3, 2012 at 2:03 PM

aada perbezaan ketara antara menyokong keamanan dengan bersuara menuntut hak.

apakah kita sekarang hidup dalam suasana yang aman? atau apakah kita hidup dalam negara yang kucar-kacir?

ada yang kata itu perbuatan yang sia-sia, ada yang kata satu tindakan berani. tapi aku cuma mahu memberikan pendapat yang umum: bahawa kebebasan bersuara di sini hanya terhad untuk golongan tertentu sahaja. kau pernah ditindas? mungkin kau rasa tak pernah, jadi kau tak ada apa untuk disuarakan. jadi, ramai antara kita yang lebih selesa duduk di kerusi empuk sambil menuding jari mengatakan para demonstran ini adalah golongan yang kurang cerdik.

sekali lagi, aku juga tidak menyokong sebarang bentuk keganasan tetapi aku mahu hidup di dalam dunia yang suara setiap dari kita didengari. (didengari dengan batasan saluran yang sewajarnya)

reen afny Says:
January 3, 2012 at 3:22 PM

hoho da mula da.. okeh2.. betul la tu. mungkin pada pemikiran aku, aku tak suka nak buat perbuatan yang aku rasa tak buahkan hasil.
mostly kan perhimpunan2 macam ni tak datang hasil.

bact. Says:
January 3, 2012 at 3:27 PM

konklusinya
jangan jadi bangang

Lady Windsor Says:
January 3, 2012 at 3:34 PM

..mereka tu conteng arang ke muka sendiri..

SM Says:
January 4, 2012 at 10:33 AM

ra : sekadar pendapat...

bact : atau bangang tak bertempat (untuk yang dicucuk bontot)

LW : itu pendapat kau, mungkin mereka punyai pendirian yang sama sekali berbeza.

Lady Windsor Says:
January 4, 2012 at 11:05 AM

aku yakin mereka tu buduss bangang!

SM Says:
January 4, 2012 at 11:17 AM

aku pulak yakin mereka telah berfikir sebelum bertindak.

Lady Windsor Says:
January 4, 2012 at 1:15 PM

mereka berfikir sekerat jalan, mereka fikir kesan jangka pendek, mereka tidak fikir kesan jangka panjang. jangka pendeknya memang menguntungkan banyak pihak..aku pun suka mereka berdemo segala bagai sebagai meluahkan kemarahan kepada orang atasan tapi adakah pada jangkamasa panjang suara mereka akan terus di dengar..kesian!

SM Says:
January 4, 2012 at 1:19 PM

aku rasa, mungkin akan mendatangkan sedikit kesan untuk jangka masa panjang walau pun secara `indirect'. bak komen aku yang sebelumnya, bagaikan sedikit riak air yang menjadi penyumbang kepada ombak yang lebih besar.

Lady Windsor Says:
January 4, 2012 at 1:31 PM

"bagaikan sedikit riak air yang menjadi penyumbang kepada ombak yang lebih besar.."

haa ayat ko yg ni aku suka....sangat versatile...harapnya begitulah...

SM Says:
January 4, 2012 at 2:45 PM

LW : aku pun harap begitu, supaya pengorbanan yang bukan sedikit tu tak sia-sia.

Lady Windsor Says:
January 4, 2012 at 4:53 PM

thump up!

Pok Amai-Amai Says:
January 5, 2012 at 8:33 AM

Gambar polis ko tu...buat aku sedih.

Aku dan adik beradik membesar dgn duit gaji mak ayah aku sbg polis...

=(

SM Says:
January 5, 2012 at 10:21 AM

MF : MAAF, tak terniat menyinggung perasaan sesiapa.