Pergi Mati!

| Tuesday, January 31, 2012 | 9 comments |
Gua syok sendiri? Pergi mati...

Nak ajak gua main game dalam fuckbook? Pergi mati...

Gua tengah serabut, pergi mati...!



Sekian entri penat...

Kadang-kala

| | 7 comments |
Entri khas untuk seorang sahabat yang telah hilang,
semoga dia kembali beriringan dengan aku seperti dulu...

Dalam Hati

| | 2 comments |
11:33 malam
29 Januari 2012
Medan Selera Seagate
Bayan Lepas
Pulau Pinang

Ke Neraka

| Sunday, January 29, 2012 | 13 comments |
Top 5 pemandu yang patut mati ngeri atas jalan raya.
  1. Pemandu bas ekspress/persiaran. Memandu macam drag racer atas highway. Tak pernah kurang daripada 110km/j,  memotong kenderaan lain di lorong kiri, cucuk rapat kenderaan yang memandu pada kelajuan sederhana. Patut terus dihantar masuk neraka tanpa penghakiman!
  2. Pemandu teksi Lembah Klang. Menjadikan teksi seperti motosikal cup prix, mencelah-celah antara kenderaan lain macam budak pizza atau mat peon, parking ikut suka kepala bana. Patut terus dihantar masuk neraka tanpa penghakiman!
  3. Kebanyakan pemandu di Pulau Mutiara. Walau pun mak abah tak pernah ajar pasal adab sopan, tapi patut belajar erti bertimbang rasa ketika memegang stereng. Patut terus dihantar masuk neraka tanpa penghakiman!
  4. Pemilik kereta Proton Iswara yang tampal stiker Mitsubishi bapak besar. Orang yang suka buat malu macam ni pun patut terus dihantar masuk neraka tanpa penghakiman!
  5. Pemandu yang aku maksudkan dalam cerita di bawah:
Berkenaan insiden kemalangan yang membabitkan beberapa orang pelumba dengan sebuah kereta di Putrajaya pagi tadi, aku rasa kesalahan bukan diletakkan kepada marshal yang gagal mengawal pelumba atau anggota keselamatan yang terleka ketika mengawal trafik atau pun pelumba yang sepatutnya berlumba seperti kuda belang atas padang savana, tapi pemandu kereta kancil yang jelas telah terlupa membawa sekali otak yang masih elok untuk digunakan semasa memandu! Dia tidak perlu dipaksa masuk ke neraka kerana suatu hari nanti pukimak pemandu kancil ini pasti akan memandu dengan sendirinya ke sana...

Sekian entri kutukan kepada pemandu kurang ajar...

Amarah Bumbung Lopong

| | 10 comments |
November 2009, lebih kurang lima bulan selepas aku berpindah ke rumah berhalaman dan setingkat ini, setelah lebih setahun menetap ni sebuah rumah tiga bilik yang berlantaikan bumbung orang lain dan berbumbungkan lantai orang lain.


"Kenapa pindah sini? Kan dah tau rekod tempat ni macamana."


Pukimak apa tanya aku macam tu. Dah la aku terpaksa tunggu kau dari jam tujuh petang sebaik kembali daripada membuat laporan kat pondok polis yang cuma berjarak beberapa ratus meter dari rumah hingga hampir jam sebelas malam, semata-mata nak dengar soalan yang sinis macam tu?


Di mana tanggungjawab kau yang memegang amanah sebagai orang memakai uniform keramat tu? Cuma itu je yang kau boleh tanya pada aku?


Aku langsung tak dengar sebarang nasihat atau pandangan positif tentang kawasan kediaman aku. Sebaliknya kau mengatakan rumah aku memang sepatutnya menjadi sasaran penjenayah oleh kerana pengubahsuaian yang minimum ini amat mudah untuk dipecah masuk. Selain daripada itu, kau mengatakan rumah-rumah jiran aku yang besar dan cantik mengurangkan kebarangkalian kes pecah masuk, kerana para penjenayah cuma mensasarkan hasil dalam bentuk wang tunai atau barang kemas yang mana tidak (atau kurang) disimpan di dalam rumah yang sebegitu. Kepala butuh!


Sekali lagi, aku rasa macam nak tikam leher gebu kau tu dengan pisau kesayangan aku yang telah menjadi bahan bukti. Pisau itulah yang telah digunakan oleh si penjenayah sebagai senjata ketika berkeliaran di dalam rumah aku, kalau-kalau rumah aku berpenghuni ketika itu.


Atau pun, seelok-eloknya patut aku kerat-kerat lidah kau dan keluarkan sebelah biji mata kau dari soket ketika kau dalam keadaan nazak supaya sebelah lagi mata kau dapat melihat aku mengisar bebola mata dan lidah kau secara serentak di dalam blender aku dalam keadaan mulut kau bermuntahkan darah!


Apakah kau tidak sedar dengan keadaan lantai dapur aku yang dibanjiri air akibat hujan lebat yang turun ketika aku menunggu kau datang? Jangan tanya kenapa aku tidak menutup bumbung aku yang terbuka, kerana aku menyangkakan itu tidak perlu dilakukan supaya kau dapat mengambil gambar bumbung rumah aku dengan kamera digital single lense reflect kau yang berkanta besar itu. Tetapi rupanya aku silap, shutter kamera canggih kau hanya berbunyi tak lebih lima kali hingga membuatkan lopong pada bumbung aku tertinggal daripada menjadi simpanan dalam kad memori kamera kau.


Anak celaka! Adakah kau telah menyalahkan aku kerana telah membeli hartanah di tempat ini? Ohya, kalau begitu kau patut juga bertanya kepada:

  • mangsa rompakan jalanan - kenapa membawa wang tunai bersama-sama walau pun cuma RM30?
  • mangsa langgar lari - kenapa berada di atas jalan raya walau pun ketika itu adalah waktu puncak pekerja keluar dari rumah?
  • waris mangsa bunuh - kenapa dia tidak mati disebabkan punca semulajadi seperti sakit jantung atau serangan stroke?
  • mangsa rogol - kenapa tuhan menjadikan kamu wanita?

Aku harap, kau sebagai pegawai penyiasat tidak akan mengalami nasib yang sama seperti aku. Berjumpa dengan orang yang tidak tahu mengeluarkan kata-kata dengan penuh bertanggungjawab! Fuck you...


Sekian entri teringat memori pahit selepas menonton filem tamil. 

SYTYCD : The Irish Dance and The Bleeding Toe

| Saturday, January 28, 2012 | 5 comments |

Dulu ketika musim ke lima program ni nak bermula, aku telah memberikan komen berbunyi "A bunch of American idiots try to fool themselves on stage" di dinding fukcbook tetapi telah diikuti dengan komen berjela yang tidak sependapat dengan aku. Sebenarnya, ini adalah antara program realiti yang aku boleh layan sambil santai sejak zaman aku belum ada Asstro lagi kerana kebolehan teknikal yang ditunjukkan oleh peserta-peserta amatur yang begitu mengagumkan dalam bidang tarian.


Ketepikan obsesi segelintir idiots yang langsung tak berbakat untuk menjadi penari hingga menyusahkan orang lain, dan aku boleh nampak kecintaan mereka yang betul-betul berbakat dalam disiplin tarian yang mereka amalkan tak kira sama ada yang berbentuk moden, kontemporari atau tarian tradisional. Tapi entah kenapa aku tak begitu berselera dengan SYTYCD versi Malaysia.


Malam semalam, aku telah menghabiskan masa tiga jam berbaring di depan tv menonton episod pembukaan SYTYCD tanpa aku sedari program ini telah masuk musim ke lapan! Kenapa ada tanda seru pada ayat yang sebelum ni, apakah sebab aku begitu mengagumi program ni? Tidak...


Aku cuma terkejut bahawa irish dance sebenarnya mempunyai sejarah yang berkaitan dengan penguasaan empayar British pada masa dahulu. Betul atau tidaknya fakta yang si Mary Kate ni bagitau aku tak pasti dan aku (Melayu) malas nak cari sejarah yang sebenarnya.
(Mary Murphy sering hilang kawalan setiap kali melihat peserta lelaki tidak berbaju)


Kemudian kepala hotak berjambul aku dilintasi dengan persoalan berIQ rendah iaitu, selama ratusan tahun orang Inggeris telah menguasai sepertiga glob hingga negara mereka digelar sebagai `tanah yang sentiasa siang', entah apa lagi doktrin-doktrin keras yang mereka laksanakan ke atas tanah jajahan mereka yang telah mempengaruhi kebudayaan tanah jajahan itu hingga turun temurun.


Tak mustahil kalau satu hari nanti ada yang mendakwa lagu Jong-jong Inai terhasil apabila seorang lelaki cuba melarikan diri dari askar Inggeris ketika terkantoi sedang curi-curi makan nasi dagang di dalam sel tahanan. Semasa dalam pelarian itu, kakinya telah tersadung tunggul pokok inai hingga berdarah ibu kaki. Jadi sebagai mengenang darah pahlawan yanh telah menitis dari ibu jari kaki lelaki itu, mereka yang telah menyaksikan kejadian itu sependapat menggubah sebuah lagu kanak-kanak untuk didodoikan kepada anak kecil supaya semangat melawan (atau semangat melarikan diri) pahlawan dapat meresap ke dalam diri anak cucu mereka.


Mungkin...


Sekian entri pasca tontonan realiti tv.

Antisosial

| | 8 comments |
"Sebab aku memang seorang individu yang mempunyai corak komunikasi sesama manusia yang tersangat mendatar dan dingin terutama sekali secara lisan. Atau lebih tepat lagi aku katakan, aku lebih suka menghampiri zon lingkungan antisosial..."


Ini adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditujukan kepada aku iaitu:

  • kenapa aku jarang berada di luar rumah terutama ketika cuti hujung minggu atau cuti umum.
  • kenapa aku terlupa bila kali terakhir aku membeli-belah dari luar tingkap kedai.
  • kenapa jumlah kenalan aku begitu terhad.
  • kenapa aku tidak suka berkenalan.
  • kenapa aku memilih untuk menjadi manusia pendiam ketika berada dalam kumpulan manusia yang bercakap.
  • kenapa aku sukar untuk berjanji temu dengan orang yang belum pernah aku jumpa/kenal.


Sekian entri pengakuan tak ikhlas.

Boy and Ball

| Friday, January 27, 2012 | 6 comments |

Serious shit! Budak ni mesti pernah mimpi jumpa Khairul Fahmi.

Babak Tepuk Bahu

| | 16 comments |
Hidangan bihun sup yang yang memenuhi tiga suku ruang di dalam mangkuk kecil polisterin dan lima cucuk sate (atau satay, entah) ayam berserta nasi himpit tercurah dengan kuah kacang sedia terletak atas meja aku. Dihiasi dengan segelas kecil air oren. Aku melahap makanan percuma hasil titisan peluh dari kerja gotong-royong penduduk sebuah taman perumahan di kawasan yang garisan sempadannya tidak begitu jauh dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Cuaca tengahari agak terik. Aku bernasib baik dapat mengambil tempat di meja yang menerima teduhan sebatang pokok besar berhampiran dengan playground.

Kedua-dua menu yang aku pilih adalah antara makanan terawal yang berjaya membuka selera aku walau pun itu adalah tempat kedua yang aku kunjungi untuk mendapatkan makanan percuma. Aku biarkan dulu bihun sup terduduk diam di atas meja dengan tujuan memberikan peluang kepada kuahnya untuk menyuamkan diri sebelum dapat aku hirup, dan fokus aku lebih terarah kepada susunan sate (atau satay, entah).

Secucuk, dua cucuk, dan tiga cucuk aku gigit untuk dikeluarkan isinya dari kedudukan tersusunan di lidinya. Ini adalah sesuatu yang wajib bagi orang yang makan sate (atau satay, entah) sebab belum pernah sepanjang hayat aku bersesak menjadi khalifah atas bumi melihat sesiapa pun yang makan sate (atau satay, entah) akan mengunyah dengan lidinya sekali. Tiba giliran cucukan sate (atau satay, entah) yang ke-empat, aku terasa seperti bahu aku ditepuk dari belakang.

Fokus aku masih tidak lari. Tepukan yang aku terima bukanlah tepukan yang bersifat mahu menyembamkan muka aku ke meja atau lebih teruk mahu menjadikan nama panggilan aku mempunyai tambahan perkataan `arwah' di depan, tetapi lebih kepada tepukan mesra. Berdasarkan saiz tapak tangan yang singgah ke tubuh aku, aku kira anggota badan itu bukan dimiliki oleh seseorang yang sebangsa dengan aku.

Minda di bawah sedar aku masih lagi fokus untuk setengah saat lagi kerana aku perlu menyudahkan gigitan sate (atau satay, entah) supaya aku tidak dilihat seperti seorang lelaki yang tidak senonoh kerana bercakap ketika mulut dipenuhi makanan.

"Apa khabar, selamat hari raya." Mesra bunyi percakapannya walaupun hanya terisi dengan beberapa patah perkataan. Posisi pemilik tangan itu kini telah berada betul-betul di sebelah kiri aku, menundukkan sedikit badannya agar tangannya dapat dihulurkan kepada aku. Tangan dihulurkan. Aku segera meletakkan lidi sate (atau satay, entah) ke atas piring polisterin yang masih berbaki secucuk lagi. Huluran tangannya aku sambut dengan kemas. Senyumannya aku balas dengan sengihan. Kisaran daging sate (atau satay, entah) hanya bersisa lebih kurang sepuluh peratus.

"Ya, selamat hari raya." Pendek jawapan lisan yang meniti keluar dari bibir munggil aku. Lebih pendek daripada ucapan salam yang dia berikan sebelumnya.

Sebaik pemilik tangan berbadan besar itu melangkah beberapa meter menjauhi tempat aku menikmati makanan percuma sambil diiringi oleh beberapa orang ke dalam khemah, Adele yang duduk disebelah aku mula bersuara.

"Ingatkan kawan lama tadi, mesra lain macam je. Dari jauh lagi dah nampak dia datang. Parking kereta terus tuju ke sini dulu. Macam biasa nampak je, siapa tu?" Soal Adele.

Aku pura-pura jadi orang pekak. Kalau soalan tak berapa nak mencabar minda lepasan SPM ni memang aku malas nak layan.


Pemilik tangan berbadan besar itu adalah seorang ahli parlimen kawasan perumahan tempat aku makan percuma hari tu. Seorang yang mukanya sering terpapar di skrin tv, tapi suaranya jarang dapat didengar. Hanya ulasan merepek pembaca berita setiap kali visual dia keluar dan masuk mahkamah berkaitan dengan kes-kes berprofail tinggi yang diwakilinya.

Ok, kali ini aku harus memberikan tabik hormat kepadanya kerana aku tak tahu langsung akan kehadirannya tengahari tu. Langsung tiada banner yang tergantung di mana-mana. Tiada karpet merah merentang dari jalan hingga ke penjuru khemah. Dia juga memijak tanah yang sama aku pijak beberapa minit sebelumnya, yang berkemungkinan tersembunyi najis kucing atau anjing di celah-celah rumputnya.

Bentuk, saiz dan warna khemah yang sama macam tetamu yang lain. Jumlah kipas yang sama, tiada juga ropol-ropol atau renda yang membezakan dia harus duduk makan di khemah yang mana satu. Juga menghirup air oren yang diceduk dari tong yang sama, menggunakan gelas polisterin kecil sama seperti aku. Makan bihun sup dari mangkuk kecil menggunakan sudu dan garfu plastik sama seperti aku juga.

Nampak hina ke very important person yang menjalani hidup seperti makan, minum, berjalan atau berteduh sama seperti orang yang dipimpinnya? Tidak...

Sekian entri penghormatan untuk orang yang sepatutnya.

Pilihan Laluan

| Thursday, January 26, 2012 | 33 comments |


Garisan Biru : Laluan 1
Jarak perjalanan sehala : 34.6 km
Tempoh perjalanan : 40 minit kalau tak hujan


Garisan Hijau : Laluan 2
Jarak perjalanan sehala : 30.8 km
Tempoh perjalanan : 35 minit kalau tak kena langgar lori


Setiap pagi, aku akan keluar dari rumah memulakan perjalanan mencari modal untuk membeli beras, gula dan sayur seawal jam 6:30 pagi. Itu paling awal. Dan kalau sebelah malamnya aku banyak menghabiskan masa di depan skrin monitor atau di depan tv melayan kerenah gangster jalanan di saluran 951, aku akan mengambil masa yang agak lama untuk memisahkan kepala dari bantal pada sebelah paginya, menyebabkan aku mungkin akan bertolak 10 atau 15 minit lebih lewat. Tapi aku jarang gagal untuk memenuhi temujanji dengan mesin pengetik masa di pintu masuk pejabat.


Sifir yang aku gunakan agak mudah. Perjalanan ke tempat kerja aku akan mengambil masa lebih kurang antara setengah jam hingga empat puluh minit kalau aku mengamalkan corak tunggangan yang santai dan selamat. Ini kerana, selain sayangkan belalang tempur, aku juga sayangkan nyawa yang Tuhan pinjamkan tanpa syarat yang ketat ini. Apa perlunya aku tergesa-gesa berlumba dengan masa kalau akhirnya aku hanya akan tiba di wad kecemasan hospital terdekat.


Parameter yang aku pakai untuk sifir ini pun agak mudah pembolehubahnya. Ada dua laluan terdekat. Laluan berwarna hijau atau pun biru. Selama ini aku hanya lebih selesa dan senang menggunakan lebuhraya iaitu laluan pertama berwarna biru. Namun begitu, semenjak seminggu lebih ni, hati aku telah mengarahkan handle belalang tempur aku dihalakan ke arah laluan kedua berwarna hijau pula.


Bukan bermaksud nak mengada-ngada, tapi aku sekarang lebih gemar memilih laluan yang tidak membosankan dan mempunyai pemandangan yang pelnagai berbanding menggunakan lebuhraya yang sangat statik pemandangannya serta mampu membuatkan aku berkhayal di atas jalan. Walau pun laluan yang aku pilih kini, aku terpaksa bersaing dengan objek-objek besar yang bergerak lebih pantas daripada belalang tempur aku.


Lebih kurang begitulah yang aku rasakan dalam hidup ni. Kadang-kala, aku perlu mencuba jalan yang sedikit berbeza berbanding rutin hari-hari semalamnya. Setiap hari kita keluar bekerja, sarapan sebelum memulakan kerja bersama kawan-kawan sepejabat, berhenti sebentar pada waktu tengahari untuk lunch, sebelum menyambung semula kerja. Kemudiannya, pulang semula ke rumah tepat apabila waktu pejabat tamat. Sebulan sekali atau seminggu sekali kita akan meluangkan sedikit masa melakukan aktivi bersama keluarga seperti makan di luar, keluar jalan-jalan menghabiskan duit yang sejemput dengan menonton wayang atau sekurang-kurangnya membeli-belah dari luar tingkap kedai. Setahun sekali pula bagi yang mendapat bonus tinggi, akan menetapkan tarikh yang ideal untuk keluar melancong tak kira sama ada bersama kawan-kawan atau pun bersama keluarga, atau setidak-tidaknya pulang ke kampung halaman apabila tibanya musim perayaan.


Tidakkah kita terfikir, tindakan yang sedikit terkeluar daripada kebiasaan akan menjejaskan tujuan hidup kita? Apakah tujuan hidup akan terpesong daripada matlamat yang asalnya? Tidakkah kita takut kalau-kalau menjejaskan kehidupan orang-orang yang ada di sekeliling kita?


Sekian entri memilih laluan hidup.



Krisis 50 sen

| | 27 comments |

Kelmarin, keberadaan aku di satu daerah yang sedikit terasing di negeri selatan semenanjung, menghadap perairan yang kini agak gelora hinggakan pertanyaan aku "tak turun ke laut ke?" terhadap seorang nelayan tegar dijawab juga dengan soalan, "ha, nak hantar nyawa?" telah menulis kembali sejarah pandangan aku terhadap pekan kecil ini.


Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kuali besar bernama Lembah Klang, mata aku dijamu dengan pemandangan yang sangat-sangat membuatkan hati aku memberahi. Sebuah Ford Ranger berwarna biru yang terisi dengan ikan yu! Celaka, kaki pancing mana yang dah buat hati aku berkecamuk ni? Tak hormat langsung pada Dewa Laut ni. Biarkan, kerana ada satu lagi kecelakaan yang betul-betul mendidihkan hati aku sepanjang berada di sana.


Di antara garis bujur 104º06'20"T iaitu simpang empat yang dahulunya hanya simpang tiga menuju ke selatan, menganjur ke arah timur sehingga 104º06'37"T iaitu sejauh lebih kurang 600 meter; hanya terdapat dua buah kedai yang menjual prepaid! Sepuluh tahun lalu, prepaid untuk satu jenama yang diwakili oleh lelaki gemuk berwarna kuning langsung tidak dijual disini. Dengan alasan, tiada liputan. Simpati aku pada kawan aku masa tu kini patut diarahkan kepada aku pula, semuanya gara-gara 50 sen yang enggan aku keluarkan dari poket.


Masih tak faham? Takpe, lama-lama faham la tu.


Usai makan malam, kedai pertama yang aku masuki untuk mendapatkan prepaid berharga RM10 adalah kedai yang 'signage'nya dihiasi dengan syarikat komunikasi berwarna biru dari luar hingga ke dalam. Dan di situlah pendidihan hati aku bermula apabila penunggu di sebalik kaunter menyatakan aku perlu membayar tambahan 50 sen untuk mendapatkan prepaid berharga RM10 atau kurang. Apa lancau aku kena top up RM20 semata-mata nak elak kena tambah lagi 50 sen? Fuck you la...


Apabila dibentes dengan soalan maut yang aku belajar dari Mazidul Akmar Sidik, penunggu itu menyatakan dia langsung tak tau apa-apa, itu hanyalah arahan daripada bos dan dia hanya bekerja di situ. Tak puas hati, aku keluar dari premis kayu itu berjalan lagi sejauh beberapa ratus meter memasuki hampir semua kedai runcit dengan matlamat yang sama, namun gagal.


Kesudahannya, berbekalkan kekerasan dan keutuhan hati yang jitu, keengganan aku menyerahkan 50 sen kepada tokey kedai bangsat itu telah membuatkan telefon selular aku hanya mampu menerima pesanan ringkas dan panggilan masuk sahaja selama hampir 36 jam!


Celaka!


Gambar ada kaitan.
Pemandangan deretan kedai separa usang di pekan Sedili Besar, Kota Tinggi 
dari jeti yang pernah sibuk sebelum kehadiran jambatan baru yang menyeberangi sungai.


Sekian entri tak puas hati dengan tokey kedai.

Kicau

| Wednesday, January 25, 2012 | 41 comments |
"Botak, lu ada twitter?"
"Takde."
"Dah 2012 ni lu takde twitter lagi?"
"Sebab gua kolot..."

11.33pm, 23 Januari 2012, atas jambatan Tanjung Sedili.

Sekian entri kontot anti-sosial.

Tengah dan Selatan

| Monday, January 23, 2012 | 9 comments |
Di sebuah pekan yang dahulunya kecil. Hanya sekadar laluan mereka yang berdestinasi ke selatan, atau yang berhala tuju jauh ke utara. Hanya menjadikan tempat ini sekadar medan persinggahan. Melepaskan dahaga dan rancaknya gelora perut. Kini, namanya bukan lagi seperti dulu. Bukan sekadar stesen perhentian.

Dengan luas binaan 800 kaki persegi dan keseluruhan binaan hanyalah setingkat. Mendapat status sebagai kos rendah kerana dihiasi dengan kemasan yang ala kadar dan organ dalaman hanya terdiri daripada bahan-bahan murah, namun kekal teguh selepas lebih dua puluh tahun. Tiga bilik tidur, satu tandas yang berasingan bilik mandi. Ruang makan yang sedikit berprivasi dan tersembunyi dari pandangan luar. Ruang kelegaan ke dari lantai ke siling hampir sepuluh kaki. Tanpa perlu plaster siling di atasnya,  tanpa perlu dikemaskan dengan kepingan jubin di lantainya, tanpa adanya skim coat yang halus hingga ke dapur, dan tak perlu juga wall fencing di depan dan belakang sempadan tanahnya.

Tibanya waktu malam, segalanya masih normal dengan gelak tawa keponakan kecil yang hampir sebaya. Enam orang semuanya, ditambah dengan tujuh orang lagi yang berusia. Setiap hasta ruang telah dipenuhi dengan jasad nyata dan suara.

Malam semakin memanjat ke dinihari, jarum pendek si muka bulat semakin lama semakin menjauhi angka dua belas. Hawa dingin menghampiri ke ulu hati, mencari-cari ruang yang masih diselubungi kehangatan untuk diselimuti dengan kesejukan. Sebaik kepala menjejak ke bantal kekabu separa kusam, mata langsung tak terganggu walau kedapatan seekor dua serangga yang mengutik ibu jari kaki. Kekal lena, kekal tidak terganggu. Hingga segala nikmat lena secara automatiknya memudar tatkala azan subuh kedengaran dari surau kecil di hujung jalan.

****************************

Pelik. Aku juga setiap hari melalui persekitaran yang hampir sama di sebuah kuali besar yang dinamakan Lembah Klang. Mempunyai rumah yang lebih kurang sama saiznya. Bahan binaan yang hampir sama. Jumlah bilik yang sama. Kawasan perumahan yang kemajmukannya sama.

Tapi aku jarang mendapat ketenangan dalam tidur yang sama. Apakah kerana hawanya yang sangat berbeza? Panas? Ohya, mungkin juga disebabkan tempat pemastautinan kekal aku sekarang penghuninya senang menggelumangkan diri mereka dengan dosa!

Klik

| Sunday, January 22, 2012 | 26 comments |
Menghabiskan beberapa minit menatap skrin tv yang memaparkan gelagat anak-anak remaja di sekolah dan sekitaran lingkungan sosial mereka dalam fiksyen bertajuk Klik, kepala hotak aku tertanya-tanya...

Memang betul ke budak-budak lelaki kita semuanya berciri lembut?

(gambar hodoh rembat dari internet)


Arrrrgghhhh.... Fuck!

Sekian entri simpati pada remaja masa kini.

Ciri Terbaik

| Friday, January 20, 2012 | 38 comments |
Di sana-sini kita seringkali diberikan tip-tip untuk menghasilkan blog yang terbaik supaya mampu menarik trafik yang banyak. Ada jugak yang menyenaraikan ciri-ciri yang perlu ada untuk mengkategorikan sebuah blog itu sebagai blog yang baik.


Pada aku, terbaik itu adalah sesuatu yang sangat subjektif kerana Tuhan menjadikan semua manusia dengan litar-litar otak yang berbeza walau pun ada yang mempunyai nama yang sama atau kembar seiras antara kita, hingga akhirnya citarasa semua dari kita ternyata berbeza.


Teringat sedikit masa dulu, aku pernah menghabiskan tiga hari semata-mata untuk membaca keseluruhan entri sebuah blog bermula dari entri yang terkini hingga entri yang pertama. Dan itu adalah ciri yang menjadikan sebuah blog itu sebagai yang terbaik pada pendapat aku. Bukan hanya mempunyai layout yang berbunga-bunga bagai, iklan yang melampau-lampau seolah tayangan filem Lanun Carribean ketika waktu perdana di TV3, atau pun isu-isu yang diketengahkan sentiasa panas macam air yang dicurahkan dari cerek elektrik.


Terima kasih kepada Tok Rimau kerana telah membuatkan aku duduk sepanjang hari dan hanya bangun apabila pundi kencing aku telah betul-betul sarat!


Sekian entri penghargaan untuk blogger otai.

The Last March : Suatu Penyesalan

| | 35 comments |
Tahun 2010 dan 2011, aku berpeluang beberapa kali menjejakkan kaki ke bandar yang pernah menjadi ibu negeri bagi sebuah negeri di utara kepulauan Borneo iaitu Sabah. Sepanjang waktu itu, aku telah berpeluang membelek-belek dan meneliti sejarah tentang tempat yang penuh dengan kesan sejarah tersembunyi ini. Tersembunyi oleh kemegahan karangan dasar laut dan kejernihan air laut di kepuluan sekitarnya, yang diiktiraf sebagai antara lokasi selaman tercantik di dunia. Tapi, aku tak berapa peduli dengan itu semua. Apa yang aku ingat, aku agak tertarik dengan sebuah buku berkulit hijau ketika kali pertama aku ke sana. Kemudian, lawatan kali kedua juga perkara yang sama telah berlalu. Seolah-olah aku telah mewujudkan situasi `de javu' aku sendiri.


Ketika lawatan kali kedua itu, aku juga telah menghabiskan beberapa minit membelek-belek naskhah isitmewa ini. Tapi entah kenapa, niat aku untuk memiliki buku ini tiba-tiba hilang apabila mata aku dijamu dengan kecantikan susunan mutiara dari gred terbaik yang dipamerkan di dalam bekas kaca, di sebuah kedai cenderahati. Juga di tempat yang sama seperti kali pertama sebelumnya iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan. Dan begitulah seterusnya yang berlaku untuk lawatan yang berikutnya. Sangat bodoh...


Seingat aku tentang buku itu adalah : 


Tragedi pembunuhan beramai-ramai oleh tentera empayar Jepun terhadap sekumpulan askar Australia dan penduduk tempatan semasa peperangan Pasifik, ketika tempoh Perang Dunia Kedua dahulu. Tajuk buku ini diambil sempena perjalanan terakhir para mangsa dari satu tempat di Sandakan ke tempat yang lain (aku dah lupa) iaitu lokasi mereka dibunuh dengan kejam.






Bila aku search pasal buku ni kat internet, keinginan aku untuk memiliki buku ini semakin menebal. Entah bila agaknya aku akan mendapat peluang kembali untuk menyentuh buku berwarna hijau ini. Entah...


Sekian entri separa menyesal.

Logam dan Holocaust

| Thursday, January 19, 2012 | 27 comments |
destroying, without mercy
to benefit the aryan race
surgery, with no anesthesia
fell the knife pierce you intensely
inferior, no use to mankind
strapped down screaming out to die
angel of death
monarch to the kingdom of the dead
infamous butcher
angel of death
(kalau sanggup nak dengar versi live, klik sini)


Ada sesetengah Jewish yang terluka dengan lagu ini, kerana begitu menggambarkan perilaku dan suasana ganas ketika tempoh Holocaust dulu. Sepertimana juga kita seringkali terlompat dengan aksi-aksi nakal segelintir individu yang dianggap tidak sealiran dengan idea-idea kita. Namun, mujur masih ada lagi yang sentiasa berpandangan positif dan tidak memasang prasangka yang keterlaluan.


Dan bagi yang enggan terluka dengan lagu ini, mereka lebih senang berkata bahawa ini adalah "the best vehicle for new generation to learn about the Holocaust" dan "I won't lie to you. It also disturb me because my father was also in the Holocaust. But I don't look it at the negative way. I don't take it personally".


Sekian entri merujuk pandangan neutral metal bangers dari Israel.

Lima Bintang Untuknya

| Wednesday, January 18, 2012 | 10 comments |
Siapa berani lawan?


Sekian entri merayau di Tiub Awak.

9999

| | 11 comments |
Nombor pujaan untuk hari ini!


Sekian entri tanpa makna...

Membeli Status

| | 13 comments |
"Macam tu ke makan kat hotel? Ada appertizer, lepas tu ada main course. Abis semua tu, diorang hidang pulak dessert." dia tanya.


"Ye la kot," aku jawab malas.


"Kalau macam tu, bila ada duit lebih sikit boleh la kita try kan?" dia tanya lagi.


"Jangan buat gila..." aku terus blah.


**********


Bagi aku, hidangan yang berharga puluhan ringgit bukanlah juadah yang layak untuk mengisi ruang kosong dalam perut aku. Kelahiran aku sebagai seorang lelaki yang memenuhi kelompokan manusia biasa-biasa cuma cukup dengan makanan yang mengenyangkan dan terdapat sedikit perasa di hujung lidah.


Berbeza dengan manusia-manusia golongan atasan yang memilih makanan hanya bertujuan untuk mengekalkan status mereka. Apa yang mereka bayar itu bukannya untuk kenyang, sebaliknya untuk membeli satu anak tangga agar mereka sentiasa dapat duduk lebih tinggi daripada orang-orang macam aku. Pendek kata, apa yang ada di atas pinggan mereka adalah simbol kepada satu lagi garisan tebal antara kaya dan miskin sebagai pemisah.


Sekian entri cebikan untuk makanan berstatus.

Logam dan Identiti

| | 34 comments |
Di Brazil, heavy metal muncul seiring dengan kejatuhan pemerintahan diktator sekitar tahun 1985. Pada awalnya, penggiat muzik ini hanya memperkenalkan apa yang dinamakan sebagai Brazilian Heavy Metal, oleh kerana kesukaran mendapatkan maklumat dari luar dan peralatan muzik yang baik kesan daripada pelbagai sekatan oleh pihak pemerintah.

Di sini juga, Max Cavalera adalah ikon besar yang telah menjadikan negara ini begitu sinonim dengan muzik metal selain daripada bolasepak, samba dan hutan Amazon disebabkan keberaniannya mengetengahkan elemen muzik tradisional dalam berkarya. Katanya, "I think it suck because I don't think we should copy. We should have our own identity".


Ya, identiti. Kita semua tak kira sama ada individu kecil, kelompok masyarakat tertentu, organisasi yang menjalankan tugas-tugas khusus atau pun sebuah negara berdaulat; sangat-sangat memerlukan identiti yang tersendiri. Agak-agaknya, apakah identiti unik yang mencerminkan siapa aku, kalian, mereka dan negara yang tanahnya kita pijak dan langitnya kita junjung setiap hari ni?


Batik? Lagu Rasa Sayang? Kemajmukan masyarakat? AirAsia? Variasi makanan tradisional? Atau pun produk daripada Proton dan Perodua?

Pada aku, tiada... Yang kenampakan hanyalah kesan daripada keghairahan perlumbaan menonjolkan siapa antara kita yang lebih hebat. Hingga akhirnya kita langsung tak nampak apa nilai unik yang ada dalam lingkungan hayat tradisional kita.

Tak faham? Takpe, tak berapa penting pun. Esok pagi, teruskanlah keluar bekerja seperti biasa. Lusa, ulangi rutin yang sama. Tulat, adalah hari minggu dan waktu santai...

Sekian entri tak faham apa yang aku nak sampaikan.

Jemput-jemput

| Tuesday, January 17, 2012 | 43 comments |
Kalau dulu, mak ayah dah siapkan senarai orang-orang yang dikenali kat dalam kepala. Bermula dari tok cik yang kita baru sekali je pernah jumpa, membawa ke dua pupu yang kita pun tak tau akan kewujudan mereka sehinggalah kepada penghuni rumah yang ke-41 melintasi sempadan kampung sebelah. Mereka cuba sedaya upaya untuk memastikan tak akan ada nama yang tertinggal. 
Kalau teringat akan kawan yang pernah dikenali masa zaman sepermainan dulu, pasti akan berkait sehingga kepada bekas cinta pertama. Semuanya tak tertinggal.


Kemudiannya satu persatu kertas akan dicoretkan dengan nama-nama mereka yang penting yang tinggal di kawasan setempat. Ketua kampung jangan dilupa, ahli jawatankuasa surau pun mesti diingat, tukang masak rasmi, tukang sembelih, ahli-ahli komplot rewang dan kumpulan penanggah.


Sehabis semua memori kemas disimpan dalam cakera keras kat kepala otak, beberapa hari akan diperuntukkan untuk menemui jiran sebelah kanan dan kiri. Seberang jalan, belakang jalan, kampung sebelah... Lepas tu peruntukan masa yang baki itu digunakan untuk bertandang ke rumah orang-orang penting untuk menyampaikan hajat. Tak sah kalau pesanan cuma disampaikan ketika terserempak di simpang jalan je. Kena repeat balik undangan tu ke rumah. Almaklum la, nak buat benda baik ni kena la buat dengan cara yang tertib jugak.


Kepada mereka yang tempat mastautinnya jauh dan mengurangkan kebarangkalian untuk berjumpa, kad akan dikirim ke alamat yang pasti. Cantiknya dan berapa harga sekeping kad tu tak penting, yang penting sampainya undangan ke tangan mereka adalah sangat bermakna untuk menunjukkan kehadiran mereka ke majlis begitu dihargai.



Tapi sekarang, hantar pakai fuckbook je? Takde seni langsung!




Sekian entri untuk jemputan walimah masa kini...

Anak Haram dan Kerja Haram

| Monday, January 16, 2012 | 18 comments |
Date : 16/01/2012
Time : 8:51pm
Message : Woi botak! Bz ke? Mtk tlg sket. Dwg yg lu email td ada ammend sket la chol. Volume kasi up lg smp 3200m3. Wa pnya client nk claim gila babi kali ni. Tlg ar.


Date : 16/01/2012
Time : 9:17pm
Message : Kimbet lu, kcau wa tgh nk mnyudu. Pehal ni chol, wa bkn ank haram nk bt keja haram ni. Bgtau client lu dosa claim lbh2, tu nipu namanya. Ni da kali ke-3 wa kasi ejas. Wa x cmpur.


Date : 16/01/2012
Time : 9:23pm
Message : Tlg ar botak. Setel job ni, wa bnk in dgn job yg hr tu pnya. Wa pnya pyment da msuk. Ni potong kote pnya janji. Kasi ejas sket je lg. Urgent!


Date : 16/01/2012
Time : 11:13pm
Message : Wa suda email, baek pnya ejas. Jgn lpe, wa pn nk kaya mcm lu jgk!


Date : 16/01/2012
Time : 11:20pm
Message : Tq botak. Lu mmg wa pnya gundik yg plg cntik.


************************************************************


Aku seringkali terfikir tentang kerja-kerja yang aku lakukan selama ni, sama ada kerja rasmi di pejabat atau job-job haram yang aku kutip satu-persatu dari luar. Persoalan yang seringkali timbul adalah; adakah semua kerja yang aku lakukan tu bersih daripada unsur-unsur yang haram. Sama ada yang membabitkan penipuan, atau kaedah mencilok untuk mandapatkan result yang menguntungkan pihak tertentu.


Atau pun hasil kerja yang aku lakukan tu akhirnya digunakan oleh pihak lain yang mempunyai kepentingan peribadi, atau pun mendatangkan kesan negatif terhadap pihak lain.


Sebagai contohnya: jika mengikutkan perkiraan matematik kasar peringkat darjah tiga, selama lebih kurang sepuluh tahun aku bekerja, aku juga telah melibatkan diri dalam pembinaan rumah-rumah ibadat untuk agama selain daripada agama aku. Ditakdirkan negara ni mempunyai sepuluh agama yang berdaftar, berkemungkinan aku akan berpengalaman dalam pembinaan lapan daripada sepuluh rumah ibadat agama-agama yang terbabit.


Adakah wang yang aku perolehi itu akan dikira sebagai datangnya dari sumber yang tak halal. Jika tak halal, macamana pula dengan beras, gula atau garam yang aku beli dengan menggunakan duit-duit tersebut? Haramkah darah daging aku?


Berbalik kepada sms yang mengganggu waktu makan aku sebentar tadi, itu adalah pertolongan kepada seorang kawan yang tak berapa aku berkenan. Ini adalah kerana aku telah diminta untuk melakukan sedikit pembohongan supaya menguntungkan pihak tertentu dalam satu projek (dirahsiakan). Adakah aku dikira telah melakukan dosa kering?


Tapi yang membuatkan aku hilang rasa bersalah, aku bakal kaya beberapa ratus ringgit dalam tempoh dua tiga hari lagi. Sekaligus menjadikan dosa kering yang terpalit tu dengan mudah terhapus oleh amaun dalam Cimb Click aku esok lusa!


Sekian entri penuh persoalan dosa kering.

Percaya

| | 45 comments |



Lebih kurang jam 6:30 petang, hari biasa yang biasa-biasa. Bukan hari minggu yang penuh penunggu. Petang yang suam-suam kuku, atmosfera di persekitaran pada aras lebih kurang 22.3m berdasarkan satah geodetik berbau agak harum dengan biasan aroma jalan tar yang baru lepas disirami hujan tropika. Permukaan jalan masih lembab. Namun terdapat tompokan-tompokan kering bersaiz kereta sedan di dalam beberapa petak parkir di kiri dan kanan jalan. Mungkin pemilik kenderaan beroda lima termasuk roda simpanan tidak mengalihkan kenderaan mereka sepanjang acara siraman hujan lebat sebentar tadi.

Di kaki lima deratan premis perniagaan yang lebih kurang beberapa kaki lebih tinggi daripada aras jalan, kelihatan seorang lelaki kacak berambut botak menyengetkan badannya sedikit ke kanan rapat pada handrail sambil memerhatikan gelagat beberapa pelanggan bank yang keluar masuk dari sebuah bank komersil. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan kepalanya meneleng mengekori susuk-susuk tubuh yang tidak dikenalinya.

Entah kenapa hari itu kelompokan manusia urban tidak begitu teruja memenuhi ruangan matanya seperti selalu. Jalan yang berkoordinat latitud 3°03'51.5" dan longitud 101°38'55.0” itu seperti tidak langsung mendatangkan keterujaan di hatinya untuk lebih mendalami perilaku penghuni sementaranya.

Di tangan kirinya tersepit sebatang rokok Winston light yang tinggal separuh untuk dihabiskan. Abu rokok yang terhasil daripada proses pembakaran dihujung rokok itu sengaja dibiarkannya memanjang. Tidak sedikit pun dipetiknya sejak dinyalakan hampir lima minit yang lalu. Sehabis matanya mengekori susuk-susuk tubuh pelanggan yang keluar masuk ke dalam bank, dia kembali memerhatikan kekhusyukan seorang lelaki yang tekun menyudahkan kerja di celah-celah premis perniagaan tersebut. 

Memang itulah tujuannya ke situ, iaitu untuk berjumpa seorang lelaki berkumis sederhana. Niatnya itu telah tersimpan lebih seminggu lamanya sejak dia menyedari sahabat kakinya telah lama terduduk di bawah meja. Kasihan akan sahabat kakinya yang telah hampir setahun menghuni bawah mejanya, dia mengambil keputusan untuk menemui lelaki berkumis itu. Namun barulah petang itu Tuhan melapangkan kepala botaknya dengan ingatan untuk membawa pulang sahabat kakinya itu. Mungkin usia yang semakin memanjat ke penghujungya telah menyempitkan lagi ruang-ruang kosong di kepalanya hingga dia seringkali terlupa akan perkara-perkara kecil yang harus didahulukan.

Seingat lelaki kacak berambut botak itu, lelaki yang sedang menjadi fokus matanya ketika itu telah beberapa tahun menjadi penghuni tetap di kaki lima itu. Berbekalkan kotak perkakasan diperbuat daripada kayu yang dikemudiannya menjadi bangku kecil tatkala menyudahkan tempahan pelanggan dan sebuah lagi kotak polisterin sederhana besar berisi alat ganti untuk dipasang pada sahabat kaki pelanggannya yang lain, dia tak pernah memungkiri janji pada diri sendiri. Janji untuk mencari rezeki halal berupa not-not kertas agar laku untuk ditukarkan dengan beras dan sardin berjenama Bumblebee.

20 minit berlalu sejak lelaki kacak berambut botak menyerahkan sepasang sahabat kakinya ke tangan lelaki berkumis sederhana itu.

"Ok, siap. Lepas ni tak terkopak lagi dah", kata lelaki berkumis sederhana memecahkan kebuntuan perbualan sejak dari mula.

"Berapa?" Tanya lelaki kacak berambut botak sambil tangan kanannya menyeluk poket belakangnya. Dompet hadiah daripada Adele berwarna hitam dan berdimensi 10.5cmX8.0cm dan setebal hampir 2.0cm dikeluarkan.

"Sepuluh ringgit," jawab lelaki berkumis sederhana seraya membetulkan posisi punggungnya. Mungkin kebas akibat pemastautinan punggungnya sejak pagi lagi. Tangannya ligat memasukkan sepasang sahabat kaki berwarna coklat dengan logo Bata di kedua-dua belah tapak ke dalam beg guna semula berwarna hijau. Kemas. Sehabis dimasukkan, tangkai beg guna semula itu disimpulkan bersama-sama untuk memudahkan si lelaki kacak berambut botak memuatkannya ke dalam bakul Honda EX5 berwarna hitam dan dihiasi sport rim berwarna emas.

"Nah, terima kasih bang", si lelaki kacak berambut botak mengunjukkan susunan wang kertas berupa sekeping not berwarna hijau dan lima keping berwarna biru. Wang kertas itu disambut lelaki berkumis sederhana dengan tangan kanannya lantas dimasukkan ke dalam poket bajunya.

"Eh, tak kira dulu ke. Mana tau tak cukup ke..." halus, indah dan penuh kejujuran soalan yang terhambur keluar dari mulut manis si lelaki kacak berambut botak.

"Ala, takpe..." lelaki berkumis sederhana menjawab perlahan.

****************************************




Ini adalah tukang kasut. Tukang kasut ini bertugas sebagai pembaikpulih pakaian yang disarungkan di kaki seperti kasut, sandal atau selipar. Dia tidak memilih pelanggan. Pelanggannya terdiri daripada bermacam bangsa dan keturunan serta pelbagai latarbelakang kewangan. Prinsip kerjanya amat mudah. Saya ambil, saya repair, saya kembalikan, dan saya terima upah. jika upah yang diterima tidak mencukupi seringgit daripada sepatutnya, dia tidak akan kisah asalkan pekerjaan yang dilakukan adalah halal. Selagi dia tidak dihalau oleh penguatkuasa pemakan gaji dari Majlis Perbandaran Subang Jaya, selagi itu dia akan terus menjalankan operasinya di ruang tangga ke tingkat atas antara CIMB dan Ambank di Jalan TK1/11A, Taman Kinrara.



Ini adalah kasut, bukan buaya gila yang cuba menelan pemetik api. Kasut ini berjenama Bata. Kasut berjenama Bata ini telah dibeli pada penghujung tahun 2009 di Alor Setar. Kasut ini dibeli di Alor Setar bukan kerana barangan di sana lebih murah dari tempat-tempat lain di semenanjung Malaysia, tetapi kerana pembeli kasut ini adalah seorang pelupa. Dia telah terlupa untuk membawa kasut untuk dipakai di majlis perkahwinan penting di pekan Langgar. Oleh itu dia terpaksa menelan kata-kata makian terhadap diri sendiri sambil membayar RM80 kepada tokei kedai kasut. Namun begitu, kasut ini telah terbiar lebih setahun yang lalu sejak tak dapat berkhidmat dengan sempurna kepada tuannya. Jadi untuk mengelakkan terjadinya pembaziran, Tuhan telah membuka hati pemiliknya agar membawa kasut ini kepada si tukang kasut.

Sekian entri menghargai kepercayaan dan keikhlasan seorang tukang kasut.

Tahun Baru

| Saturday, January 14, 2012 | 14 comments |
Hari ini, panggilan pertama diterima pada waktu tengahari. Perbualan hanya berdurasi lebih kurang lima minit ketika aku berada di tebing sungai bersama-sama dua lagi kaki ngail. Dan temujanji ditetapkan pada penghujung panggilan. Petang nanti, dia datang rumah. Macam biasa.


Panggilan kedua, sejurus selepas azan asar. Katanya, kerana kesibukannya menguruskan kerja-kerja yang tertangguh, petang ditunda kepada waktu malam. Aku takde masalah. Memang aku tengah free, datang bila-bila masa je yang kau senang. Asalkan jangan datang jam dua pagi bawa molotov cocktail sudah.


Panggilan ketiga, diterima ketika aku sedang melayan Chong Wei membasahkan gelanggang dengan peluh masinnya dalam pertentangan separuh akhir Malaysian Open kat Bukit Jalil. Jangan jadi pandai sangat, aku baring depan tv kat rumah, Chong Wei yang kat Stadium Putra Bukit Jalil.


Hallo?
Saya sekarang dekat kedai la, tengah beli barang sikit.
Saya ingat hari ni memang takda senang la mau jumpa.
Memang tak sempat jugak.
Itu drawing you kasi email sama saya saja, nanti saya final, lepas tu saya boleh submit.
Sikit-sikit section tu you masukkan sample saja.
Saya masukkan dimension.
Eh, sorry la saya takda dapat datang.
Esok tahun baru.
Ini malam ada bakar-bakar baju lama jugak.
Esok pagi ada celebrate sikit.
Boleh ya, sudah email kasi tau sama saya.


Oh, baru aku tau esok 15 Januari diorang punya tahun baru. Teringat aku akan penerangan Priya masa kerja kat Puchong dulu. Penentuan tarikh-tarikh penting termasuk la tahun baru hanya dilakukan oleh orang-orang tertinggi dalam agamanya di tempat asal kelahiran agama ini. Tiada kaedah pengiraan yang khusus sebagaimana penentuan tarikh perayaan dalam kalendar Hijrah. Semuanya ikut sesedap rasa si pemegang `kitab' kat sana.


Bila aku bekerja bersama-sama dengan mereka yang berlainan agama dengan aku, barulah aku tau yang aku ni sebenarnya langsung tak tau sebab tak ambil tau tentang sahabat-sahabat berlainan fahaman agama dan kepercayaan yang berada disamping aku. Apa yang aku tau, perayaan-perayaan besar mereka agak penting pada aku jika melibatkan cuti umum. Lain-lain aku peduli apa.


Apakah kita ni sebenarnya mempunyai toleransi dalam percampuran etnik yang melibatkan komunikasi setiap hari? Pada aku, tidak. Kita lebih selesa melepaskan pucuk masing-masing...


Sekian entri tahun baru untuk agama lain.

Bermesra Dengannya

| Friday, January 13, 2012 | 20 comments |
Bulan puasa hari tu. Kalau tak silap, minggu kedua kot. Petang, selepas waktu pejabat. Aku keluar tepat beberapa saat selepas jam mengeluarkan ringtone lebih kurang macam mesin basuh kat rumah bila dah habis buat kerja.


Beberapa ratus meter selepas traffic light kedua dari ofis. Sesedap rasa melayan corner baring, tempat di mana aku pernah melihat orang terbaring atas jalan, ada kon warna merah tersusun menyempitkan jalan. Dua lorong sehala menjadi satu. Beberapa buah motosikal yang mendahului belalang tempur aku memperlahankan kenderaan, kemudiannya berhenti di sisi kiri jalan setelah diarahkan oleh beberapa makhluk tuhan berpakaian seragam. Beberapa saat kemudian, aku pun menuruti jejak mereka. Berhenti.


Aku berhenti, menolak visor gelap aku ke atas untuk menunjukkan aku tidak mempuyai raut wajah seperti perogol bersiri. Tongkat sisi belalang tempur aku diturunkan.


"Matikan enjin", dia kata. Aku memulas kunci belalang tempur aku 15 darjah mengikut arah lawan jam hingga lampu bertanda Neutral terpadam.


"Tunjukkan IC, lesen dengan road tax", dia kata lagi. Suara iras-iras macam Ahmad Tarmimi Siregar mengacarakan rancangan kuiz More Jutaria. Aku menurut lagi. Manghulur semua dokumen yang dia maksudkan sekaligus kecuali road tax sebab road tax aku dah sedia ada terikat sama dengan gugusan kunci. Biar dia tengok sendiri. Jangan jadi Melayu pemalas.


"Dari mana?" Mulut dia mengeluarkan ayat yang mengandungi dua patah perkataan dan satu tanda soal.


"Balik kerja", mulut aku pulak mengeluarkan jawapan ringkas berupa dua patah perkataan sebagai balasan.


"Pergi mana?" Tanya dia lagi. Dasar pemakai uniform pemalas, bagi la soalan mencabar sikit.


"Eh encik ni, saya ni kan datang dari belakang sana. Sana tu kebanyakannya bangunan pejabat. Kalau tanya dari mana, mesti la jawapannya saya baru balik dari kerja. Orang lain pun macam tu jugak. Nak tanya pergi mana, mesti la saya nak balik rumah. Orang yang lain-lain pun mesti nak balik jugak. Tapi kalau tanya rumah kat mana, mesti jawapan dah lain-lain..." Jawab aku selamba stail cakap dengan adik-adik sambil tersengih. Konon-konon nak beramah mesra.


Dia kerutkan dahi...


******************************


Ok, aku tipu. Aku memang ada cakap macam tu, tapi isi kandungannya separuh je daripada ayat kat atas. Lain-lain tu aku reka-reka je.


Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke rumah, beberapa kali aku cuba menepuk dahi licin bebas jerawat aku ni tapi gagal sebab tertutup dengan helmet. Terasa macam bongok ada, menyesal pun ada jugak. Sumpah, lepas daripada tu aku janji atas nama Barrack Obama yang aku takkan buat lagi kerja bodoh macam tu.


Lawak macam tu cuma sesuai digayakan di hadapan cermin sahaja. Jangan nak cuba-cuba mempersendakan keletihan seorang penguatkuasa undang-undang bertaraf A. Galak macam pemakai uniform tu. Nasib baik tak kena cepuk.


Sekian entri kenangan bersama pak polisi di bulan Ramadhan.

Kurang Harga

| | 24 comments |
Perkataan priceless kalau diterjemahkan secara sebiji-sebiji, price bermaksud harga dan less bermaksud kurang. Apabila dicantumkan akan terhasillah ungkapan minta terajang kat perut secara berjemaah iaitu kurang harga. Untuk barang yang menjadi pameran hari ni, aku tak benarkan sesiapa pun guna ungkapan kurang harga sebaliknya ungkapan priceless sahaja yang dibenarkan. Kalau kalian bukan melayu pemalas, sila jangan buat direct translation. Sebut je tak ternilai, tapi bukan tak bernilai...
(ini adalah t-shirt, jangan tanya mana aku dapat ini barang)

Sekian entri amaran keras jangan main-main dengan bahasa!

Kenyataan Ikhlas

| | 21 comments |

Orang Kaya Makan Nasik

| Thursday, January 12, 2012 | 25 comments |
Orang Kaya


Kecik-kecik belum masuk tadika, dah expert main PS3. iPad sentiasa dalam tangan. Tiap-tiap hujung minggu temankan mak pergi shopping kat Hong Kong, Milan atau paling koman kat Bangkok. Kadang-kadang abah ajak temankan main golf kat Jakarta. Belajar kolej swasta yuran beribu-ribu ringgit satu semester. Further study kat oversea tak payah tunggu result SPM dah boleh tempah tiket flight. Pergi sekolah bawak Mini Cooper. Dalam wallet takde cash, semua kad hutang.


Tak payah isi borang SPA nak kerja gomen. Kedudukan dalam company mak bapak dah terjamin. Sebulan sekali tukar kereta baru. Dapat awek, jenis kulit mulus rambut blonde tapi nama ada `binti' dalam Mykad. Scuderia 430 belum masuk market Asia lagi, dia booking. Tak tau langsung kewujudan kereta Proton. Tak pernah naik bas. Isi minyak guna RON97, cucuk dengan kad hutang.


Badan rasa gatal kalau pakai baju yang sama. Sabun yang digunakan pun bukan Daia seringgit sekotak. Ah, apa dia peduli. Orang lain yang cucikan pun. Pintu wardrobe lebih banyak daripada pintu yang ada dalam rumah. Baju yang dibeli bulan lepas lupa nak pakai sebab tak tau letak kat mana dan ada banyak lagi yang belum keluar dari wraping.


Makan tak reti pakai tangan. Cucuk steak pakai tangan kiri, protokol katanya. Nabi dulu pakai tangan kanan sebab buah kurma tak payah potong, katanya lagi. Tak pernah tengok macamana rupa ikan selar kuning. Nama ikan sepat pun tak pernah dengar. Mandarin Oriental, Hilton atau Imperial tempat makan tengahari yang biasa. Kalau makan bawah kipas, pastikan tempat tu pernah di`review' oleh chef selebriti sahaja.




Orang Miskin


Pergi sekolah, jalan kaki. On the way singgah kedai beli cikedis dengan chewing gum. Nak merasa main game, pergi rumah kawan. Seminggu sekali, mak ajak pergi pasar malam beli lauk. Awal bulan kalau nasib baik, mak belikan t-shirt RM5 sehelai. Kadang-kadang ikut abah pergi kerja, nak dapatkan duit poket beli kasut sekolah baru. Lepas abis paper terakhir SPM, terus kerja kilang jubin. Tiap-tiap hari sedut habuk.


Dapat result SPM, terus isi borang SPA nak kerja gomen. Ada jaminan katanya. Panggil interview empat kali tapi tak pernah dapat, sebab takde pakcik yang jadi orang dalam kot. Kerja makan gaji, basic RM875 sebulan. Dapat awek kerja kedai Menara Optometri. Sebulan sekali belanja makan KFC. Pergi kerja naik moto beli second hand, bayar bulan-bulan. Tiap-tiap hari racing dengan kereta lain nak pergi kerja.


Baju basahan ada lapan pasang, baju kerja tiga pasang je. Hari Khamis pakai balik baju yang sama dengan baju hari Isnin. Dah rabak tak boleh nak repair baru beli lain kat bundle. Baju raya tukar lima tahun sekali. Tu pun sepasang je.


Pagi-pagi sarapan biskut cicah kopi o empat keping. Tak makan tengahari sebab nak jimat beli susu anak. Hari pertama dapat gaji, duit dah tinggal beberapa puluh ringgit lepas tolak ansuran moto, sewa rumah, belanja dapur, susu anak dan bil pelbagai. Anak tak pakai lampin pakai buang. Barang-barang kalau tak beli kat pasar malam, balik kerja singgah Kedai Rakyat 1Malaysia. Jimat katanya.




**************************************************


Kesimpulan mudah yang aku dapat berdasarkan dua lapis kehidupan manusia adalah, orang kaya makan nasik, orang miskin makan taik...


Sekian entri ayat pendek-pendek.

Simpang-siur

| Wednesday, January 11, 2012 | 37 comments |
Pertama sekali, bagi sesiapa yang tak tau jadah apa yang kat atas ni, meh sini aku bagi tau. Ini adalah lukisan design bagi persimpangan lebuhraya yang biasa kita lalui kat Malaysia. Kat highway Utara-Selatan memang bersepah-sepah dari hujung ke hujung. Kat Lembah Klang lagi la berterabur, dan lebih kompleks lagi design dia. Dari susur jalan biasa masuk ke lorong utama lebuhraya, dari lorong utama lebuhraya keluar sekejap ke jalan biasa lepas tu masuk balik highway yang lain. Nampak biasa? Tak faham dengan tujuan kenapa aku tepekkan lukisan ni dalam entri. Orang yang tak mengalami je yang tak faham.


Ok, yang kat bawah ni lukisan yang aku dah zoom in dan siap dengan  situasi sekali. Tapi nak faham dengan lebih real, perhati objek-objek berwarna dengan petunjuk.


Petunjuk
A : kedudukan awal kereta pertama.
A' : kedudukan kereta pertama yang berikutnya.
B : kedudukan awal kereta kedua.
B' : kedudukan kereta kedua yang berikutnya.
anak panah hijau : laluan yang biasa diambil oleh pemandu budiman.
titik ungu : kedudukan semasa brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai.
anak panah ungu : laluan brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai yang (dikatakan0 sepatutnya.

Ok, dipendekkan cerita, aku bagi kesimpulan tentang perkara yang bakal berlaku kat brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai tu.



1. Brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai akan sampai di depan pintu rumahnya dengan muka yang meradang dan badan yang basah disebabkan percikan lopak air di atas permukaan jalan.


2. Beberapa ratus meter di hadapan, kelihatan brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai sedang menolak kapcainya kerana tayar tanpa tiub yang baru ditukar minggu lepas terbarai kena paku.


3. Brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai akan memaki hamun sesiapa sahaja sepanjang perjalanan kerana tak puas hati dengan kereta harga ratusan ribu yang memandu laju di sebelahnya tadi menyebabkan dia terkejut beruk.


4. Brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai buat muka selamba sambil tersenyum mengenangkan nasib dirinya yang hanya mampu menjadi rider berbanding orang lain yang menjadi driver dan berkebolehan membuli pembayar cukai jalan yang lain.


5. Brader balik kerja muka hensem tunggang kapcai mati eksiden...


Sekian entri kecaman kepada genius designer dan road bastard.


*jangan tanya macamana dan dari mana aku dapat design highway ni.