Yang Pertama, Kekal Segar...

| Sunday, December 25, 2011 | |
Sepanjang hidup, kita akan mengalami beberapa pengalaman pertama. Tak kisah sama ada pengalaman pahit atau manis. Kekuatan memori yang kemas tersimpan dalam kepala kita pasti akan kekal segar sampai bila-bila dan tak akan dapat ditandingi oleh pengalaman yang kedua atau yang ke sekian kalinya.


Persoalan dalam kepala aku, apakah kita akan menghargai setiap saat yang kita kecapi ketika melalui pengalaman pertama itu, sama seperti kita merindui untuk melaluinya sekali lagi, tatkala kita tahu kita telah kehilangannya?


Video yang memang menjadi tujuan utama aku menaip entri seawal jam dua pagi, walau pun projek ratusan juta aku masih terbengkalai. Dalam kesibukan melayan asyiknya urusan duniawi, tempoh bermalas-malasan selama 15 minit di depan MTV Channel bersama minuman Orange Pulpy yang tak sedap, video ini dapat aku hayati.


Sekian entri awal pagi minggu.

25 comments:

Lady Windsor Says:
December 25, 2011 at 4:55 AM

Seperti mana yang aku dan NP searing katakan, yang pertama (baik pengalaman atau merujuk kepada individu) adalah yang terbaik dalam kehidupan...begitu juga dengan material, suasana mahupun detik dalam kehidupan...justeru ia kekal dalam ingatan...


Aku x dpt tgk video tu...cer ko download betul2...

SM Says:
December 25, 2011 at 9:16 AM

ya, sampai bila2 tetap kekal. tapi...

katy perry - the one that got away. nanti aku download, baik punya!

Lady Windsor Says:
December 25, 2011 at 11:51 AM

Tak ada tapi2 nya..Cuba ko ingat balik, kenapa ada kata2 cinta pandang pertama, kali pertama berjumpa, first time itu ini...semua yg first will be lasting forever... Jadi, yang mula2 atau yang pertama itu akan meresap ke sanubari, sama ada ko sedar atau tidak, mahu atau tidak, ia akan kekal terakam pada kotak minda. Begitu juga apabila ko sudah tidak menghargainya walaupun ia mungkin tidak memberi makna dalam kehidupan ko, ia tetap berbekas...

Kalu aku boleh post mortem hati dan minda ko, sumpah aku nak buat!

Pok Amai-Amai Says:
December 25, 2011 at 1:43 PM

Pengalaman pertama aku mengajar aku jadi bijak.

Dulu aku bodoh.

Ah, aku malas nak ingat. Yg indah tu selalu bt aku sakit hati sorang2.

Aku selalu mimpi aku ditinggal sorang. Realiti aku bahagia. Semoga mimpi itu tak lebih dari mainan saja.

=(

SM Says:
December 25, 2011 at 5:06 PM

LW : cinta pandang pertama, aku anggap sekadar bersandarkan pada nafsu cuma. kali pertama jumpa, suatu tindakan yang agak nekad. ha, apa lagi yang pertama. isteri pertama? (sengih)

MF : kalau dah sakit hati, tak perlu lagi dianggap sebagai indah. mungkin hanya indah pada luaran. pergh, sampai ke tidur pun kau bawa segala macam kerisauan tu!

Lady Windsor Says:
December 25, 2011 at 5:48 PM

Gaji pertama, aku bagi sedikit daripadanya kepada arwah mak aku, kira2 17 tahun lalu...tapi aku tak pasti dia buat apa dgn duit itu..yg ptg gaji pertama itu aku bagi dia merasa sikit...

NenetPenne (NP) Says:
December 25, 2011 at 6:28 PM

hari tu bila aku post lagu ni kat entry aku, kau kata tak best...

sekarang kau kata best pulak...

Lady Windsor Says:
December 25, 2011 at 6:34 PM

NP, SM cakap tak serupa bikini, tapi I rasa sikit masa lagi dia akan cakap serupa bikin juga ada...

SM Says:
December 25, 2011 at 6:44 PM

LW : ya, gaji pertama yang best tu. tapi aku tak apa jadi dengan gaji pertama aku. entah, tak boleh kira sebagai gaji kot. sebab kerja freelance.

NP : ala, kalau tak best pun, aku dengar lima kali sehari tau kat blog kau. bagai seorang lelaki yang mandi di sebatang sungai yang mengalir di hadapan rumahnya. hahaaa....! lagu biasa, tapi aku suka ceritanya. sori la.

LW : wah, kemain lagi kau ye. regu dah mari.

Lady Windsor Says:
December 25, 2011 at 7:28 PM

SM, mustila...memang aku tunggu2 kemunculan regu aku...siap la ko! Hahaha...

NenetPenne (NP) Says:
December 25, 2011 at 9:08 PM

@SM
that is why i'm trying to say...the story of the song...


@LW
regu tengah free...hiksssss

Lady Windsor Says:
December 25, 2011 at 9:38 PM

NP: yeszaa...kalu main takraw u boleh jadi tukang libas...hikhikhik...musti SM serender tu...

SM Says:
December 26, 2011 at 11:45 AM

Lw : memang aku tunggu, nak bukak langkah seribu serba satu.

NP : ala, masa tu apa yang kau nak sampaikan tak menusuk jauh ke sanubari aku la beb! sekarang betapa aku sedar akan pengkisahan yang tersembunyi.

LW lagi : ada ke orang main takraw berdua. sorang lagi? aku tak nak!

Pok Amai-Amai Says:
December 26, 2011 at 5:17 PM

Aku tak pnh nak amik port utk rs isau. Tp serius. Mimpi tu selalu dtg kat aku. Dah jadik hantu...

Yg indahlah selalu bt sakit hati. Klu yg buruk, aku tak ingin nak kenang lagi.

=p

NenetPenne (NP) Says:
December 26, 2011 at 8:56 PM

@LW
nak libas menda, tak cukup tinggi..kang tersangkut kaki kat net..ha ha ha

@SM
tulah lain kali dengar dulu, tengok dulu then baru boleh judge.. kan...

Lady Windsor Says:
December 26, 2011 at 10:37 PM

NP, libas dengan ayat kat blog...hahahaha! I pun x de la tinggi tapi best melibas dia kat sini...

SM Says:
December 26, 2011 at 11:09 PM

MF : anggap je permainan tidur yang mana kau selalu hampir tewas. jadi, bila bangun je kau takkan rasa terganggu. atau pun kau cuma basuh sebelah kaki je kot. hahaha... alamak, lawak bodoh seh! haha!

NP: biasa la, aku ni kalau dengan kau main sebat je.

LW : haah, sedap sangat melibas. kau ingat aku tak reti mengelak dengan wajah selamba di sebalik jaring ke.

telor power Says:
December 26, 2011 at 11:44 PM

wa benci politik....politik buat wa sakit kepala.

telor power Says:
December 26, 2011 at 11:44 PM

SM: wa dah masuk geng kepala botak...dgn jayanye kehkehkeh

Lady Windsor Says:
December 27, 2011 at 4:08 AM

SM: sebab ko reti mengelak dengan wajah selamba di sebalik jaring itulah aku sedap jer nak libas ni...so kalu aku buat libas maut sekalipun, aku tahu ko tak akan tercedera zahir dan batin sebab ko tahu mengelak..hahahahah!

TP: Hah? Da masuk geng botak gojes ker? Syabbas bette...kehkehkeh!

SM Says:
December 27, 2011 at 1:55 PM

tp : bai, lu silap komen ke? hahaa... takpe. gua pun sebenarnya terpaksa sukakan politik sebab dah berkira-kira nak masuk bertanding PRU13 nanti. parti BABAS.

tp lagi sekali : gua tabik mantul-mantul kat lu! botak selamanya...

LW : kau tengok tu, pengikut ajaran botak dah bertambah. makanya, gangster estet harus tersingkir!

Lady Windsor Says:
December 27, 2011 at 4:57 PM

gengster estet tersingkir? apa kelaszz beb..ada haku kesah..? Taiko aku pun mau turun padang lho..istihar perang sama itu gengster botak gojes..

NP...cepat...perangi SM habis-habisan...!

NenetPenne (NP) Says:
December 27, 2011 at 10:03 PM

what? gangster estet?
arloooo siapa gangster estet ni?
sorry!!! tak mainlah estet2 ni..
apa kelasssss..
kalau kata gangster shopping complex tu boleh lah menahan tapi make sure shopping complex 5 bintang okay mcm pavi atau yang sewaktu dengannya... :P

anyway siapa geng baru SM tu?

geng baru ke lama ke mana boleh challenge i dgn LW... kan LW kan....

Lady Windsor Says:
December 28, 2011 at 7:32 AM

NP: SM lah dia kata kita gengster estate..i kata gengster estate pun koman2 cap mamat khalid punya bukan cap ayam...okeh sekarang kita gengster pavi atau up sket akan jadi gengster harrods atau la fayette gallery kan...hahaha...hidup mesti lelebih tau!

NP lagi: Itu gengster botak gojes tu adalah Telur Power yg sudah membotakkan kepalanya akibat terpengaruh dengan seorang gengster botak berasal dari JB...larikkkkk!

SM: Taiko aku suda mari...ko jaga2!

SM Says:
December 28, 2011 at 10:39 AM

(lutut aku ketar) hahahaa...