Ulasan Hukuman Dunia, Suatu Penaakulan Ringkas

| Sunday, December 25, 2011 | |
(nak lebih-lebih lagi, klik sini)


BERSALAH!
Kerana...
1 . Menyamun seorang mangsa yang masih kecil.
2. Mempunyai pendapatan yang agak tinggi tetapi memilih untuk menjadi mat gian kelas bawahan. Lebih baik menjadi penagih dadah sintetik dan menghabiskan gaji di kelab-kelab malam eksklusif.
3. Tidak merompak dalam jumlah yang lebih banyak seperti ratusan ribu ringgit supaya mampu mengupah peguam yang lebih handal agar mudah terlepas dari sebarang hukuman oleh hakim yang bodoh kayu.
4. Sepatutnya memecah masuk rumah ADUN atau ahli parlimen di kawasannya, di mana terdapat lebih banyak wang tunai dan model televisyen yang serba canggih dan terkini.
5. Tidak merancang rompakan dengan teliti hingga terkantoi secara memalukan dan menjadi bahan berita kegemaran tabloid utama negara.






(kalau bukan Melayu pemalas, klik sini pulak)


BERSALAH!
Kerana...
1. Gagal menjalinkan jaringan perhubungan yang lebih baik antara pengamal undang-undang hingga kecurangannya enggan ditutupi oleh orang yang sepatutnya.
2. Tidak sepatutnya mencilok dua lot banglo sekaligus, kerana pasti akan dihidu oleh musuh-musuh politik dan akan menjadi modal untuk menjatuhkannya. Lebih baik dia membeli 700 ekor lembu dan ditempatkan di dalam sebuah kondominium mewah. Untung-untung bila dah beranak, dia mampu menjadi usahawan dalam bidang agriculture apabila parti pimpinannya masih gagal dalam peperangan pusingan kedua nanti.
3. Tidak menjaga hati musuh politiknya, hingga karier politiknya ditamatkan sebegitu rupa.
4. Enggan mengakui pernah menyuntik botox ke muka, sebaliknya menyalahkan amalan pengambilan tempe yang menyebabkan kulitnya kekal remaja bagaikan model iklan Fair and Lovely. Tempe tu favourite aku la weh!!! Cicah dengan sambal kicap. Pergh...!
5. ...dia ahli politik!


Sekian entri isu semasa, balik kenduri rumah jiran.

31 comments:

Lady Windsor Says:
December 25, 2011 at 5:45 PM

Sakit hati aku tengok hukuman itu..yg salah tetap salah tapi bersesuaiankah hukuman diterima dengan kesalahan berbanding ada kesalahan membabitkan pecah amanah berjuta2 ringgit tapi hukuman plg lama 5 tahun..sigh!

SM Says:
December 25, 2011 at 6:47 PM

nak cerita pasal keseimbangan hukuman antara keduanya tu pun aku dah malas, banyak sangat polemiknya. aku bagi tejuk laporan akhbar je dah cukup kot. dengan ungkapan `hakim bodoh kayu, tu pun rasanya kau dah tau pendirian aku dalam hal ni.

Lady Windsor Says:
December 25, 2011 at 7:25 PM

Besok hakim tu tau le nak jawab dengan hakim yg lagi besar...hakim segala hakim.

NenetPenne (NP) Says:
December 25, 2011 at 9:09 PM

ini tidak adil... (kena ikut gaya mcm pelakon dalam citer 3 Abdul)

SM Says:
December 26, 2011 at 11:43 AM

LW : ah, bodoh kayu ni semua nak sedap kat dunia sini je. dunia yang lagi satu belakang kira.

NP : "bila anakanda makan, ayahanda kena berdiri jadi hakim. anakanda rasa ayahanda adil tak?"

NenetPenne (NP) Says:
December 26, 2011 at 8:52 PM

@SM
ayahanda memang adil.....ha ha ha...

Lady Windsor Says:
December 26, 2011 at 10:30 PM

SM, terserlah sudah kebodohkayuan si hakim yg arif dan laksana tu...

SM Says:
December 26, 2011 at 11:01 PM

NP : terima kasih anakanda.

LW : tapi tak bermakna aku merendahkan profesion pengamal undang-undang.

Lady Windsor Says:
December 27, 2011 at 4:04 AM

Aku pun tapi alu cek balik beberapa kes, nyata kedunguan itu...x lojik akai la kalau curi rokok sekarton kena jel setahun manakala songlap RM1000, sehari penjara..gilos!

NenetPenne (NP) Says:
December 27, 2011 at 11:32 AM

something fishy going on...

SM Says:
December 27, 2011 at 1:52 PM

LW : hukuman dari undang-undang manusia nampak sangat celanya.

NP : fish? euww...

NenetPenne (NP) Says:
December 27, 2011 at 2:44 PM

apa euww euww...
fish is good for your health okay

SM Says:
December 28, 2011 at 10:39 AM

euw...! fish?

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 12:16 PM

ya la
fish
the creature that swim2 in the sea tu..
oi fish pun tak kenal ke?
budak kecik pun kenal fish walau kadang2 sebut 'pish, pish'
:P

SM Says:
December 28, 2011 at 12:20 PM

tak kenal, aku vege. hahaaa!

Lady Windsor Says:
December 28, 2011 at 12:22 PM

vege la sangat.. bluekkkk!!

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 12:30 PM

@SM
ooo kau vegetable rupanya..ha haha..
vegetable apa agaknya kau yer?
sengkuang?
carrot?
asaparagus?
ha ha ha..
i know this is a silly jokes but i'm just trying to entertain my sorrow feeling..

SM Says:
December 28, 2011 at 12:54 PM

LW : kau tak percaya? aku sedang mengamalkan falsafah hippies ni.

NP : la, tengah sorrow? awat tak habaq. mintak LW belanja nasi kukus kat sebelah masjid tu.

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 1:34 PM

@SM
tak nak..
aku nak kau yang belanja aku makan...
aku nak kau jugakkk...
:P

SM Says:
December 28, 2011 at 1:48 PM

(seluk poket, kosong. belek wallet, ringan) tahun lusa la, boleh?

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 1:56 PM

@SM
tahun lusa?
boleh!!!
aku tuntut janji aku tau...

SM Says:
December 28, 2011 at 1:57 PM

tapi...

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 2:10 PM

tak per
aku faham
aku faham isteri kau tak kasi keluar dgn kitaorang
yelah kitaorang ni tak ada suami..
its okay
no hard feeling...

SM Says:
December 28, 2011 at 2:16 PM

heart filling la, bukan hard feeling. adele aku galakkan pergi rumah sape-sape yang asstro lebih-lebih lagi kalau ada channel 951.

reen afny Says:
December 28, 2011 at 2:24 PM

kesiannya... dunia2. manusia semakin ramai, dunia semakin kejam. huhu

SM Says:
December 28, 2011 at 2:43 PM

aku lebih kesian pada mereka yang tak perasan, atau pun perasan tapi tak ambil peduli.

reen afny Says:
December 28, 2011 at 4:01 PM

huhu manusia takut zaman sekarang semua pun boleh jadi. heshhhh

SM Says:
December 28, 2011 at 5:21 PM

takut? takut sampai kecut telur? jangan sampai macam tu sekali.

reen afny Says:
December 28, 2011 at 5:43 PM

telor power??? yeah! hahaha mana aku tahu sampai kecut telur ke tak. bukan aku cek pun. haha

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 11:35 PM

@SM
ooh sudah tukar ker?
tapi aku still jugak nak guna perkataan hard feeling... tu terms aku okay

SM Says:
December 28, 2011 at 11:41 PM

term aku pulak, heart filling...