Tetangga

| Friday, December 16, 2011 | |
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 67

Lot yang ber`hatching' itu adalah rumah aku.

Lot sebelah kanan bernombor 50902 didiami oleh sebuah keluarga india yang anaknya lebih kurang sebaya aku baru mendirikan rumah tangga dua bulan lalu. Ibunya, auntie di rumah ni adalah orang yang paling rajin bersembang dengan aku, dan aku juga pernah beraya (Deepavali) di rumah mereka. Air oren yang dia bancuh sedap jugak, pekena pulak dengan maruku. Pergh! Dalam family ni cuma dua orang je yang vegetarian.

Selang satu rumah iaitu rumah bernombor lot 50904 didiami oleh keluarga cina. Aku tak berapa tau latar belakang keluarga ni. Cuma tau nama lelaki pemilik rumah ni iaitu Chin, seorang pemandu teksi.

Rumah di sebelah kiri rumah aku pula baru sahaja didiami sejak bulan Ramadhan lalu setelah terbiar kosong hampir setahun sebelumnya. Pemilik sebelumnya, seorang makcik yang telah meninggal akibat serangan jantung pada waktu malam, dan rumah itu terbiar kosong sejak itu. Hanya sekali-sekali dijenguk oleh anak-anaknya yang tinggal berhampiran. Pemilik terkini, Zali adalah seorang juruteknik di sebuah kilang di Subang Jaya. Brader ni memang ramah. Senang diajak berbual. Setiap kali pulang dari rumah ibu mertuanya di Puchong, hampir pasti aku akan dapat merasa buah-buah yang biasanya aku malas nak beli di tepi jalan dek kerana harganya kurang masuk akal.

Rumah bernombor lot 50899 juga baru berpindah lebih kurang sama waktunya dengan Zali. Dibeli oleh seorang lelaki berketurunan singh yang bekerja di sebuah syarikat keselamatan, tapi aku tak pernah berbual dengannya. Cuma aku biasa bersembang dengan ayahnya yang sebelum ini menetap di Ipoh. Tetapi telah berhenti kerja sebagai pemandu lori akibat kemalangan yang langsung tiada kaitan dengan kerjanya. Tangan kanannya telah dipotong separas siku kerana tersepit mesin kilang. Uncle ni juga seorang yang ramah. Rajin berjoging seawal jam 6:30 pagi setiap hari. Waktu yang sama aku keluar dari rumah.

Betul-betul di hadapan rumah aku, rumah bernombor lot 50960 pula dimiliki sebuah keluarga india lama sebelum aku berpindah masuk dua tahun lalu tetapi ketua keluarga ini baru sahaja aku kenali. Shankar, sebelum ini bertugas sebagai electrician di Libya dan telah pulang ke Malaysia beberapa minggu sebelum negara itu dilanda kekacauan yang lebih serius. Sekarang, dia juga bekerja sebagai electrician di Puchong.

Askar pencen yang aku pernah sebut sebelum ni pula adalah jiran aku yang tinggal di rumah bernombor lot 50961, sekeluarga. Dia kini bekerja sebagai polis bantuan di Glenmarie, keluar pergi kerja tak tentu masa. Kadang-kadang dah beberapa minggu aku tak nampak muka dia, cuma bunyi kocakan air dari kolam ikan tilapia di depan rumahnya. Anak lelakinya masih menuntut di UPM dan mewakili universiti itu dalam pasukan hoki.

Itu aje la yang dapat aku kisahkan bergantung kepada tahap kerajinan aku menaip. kalau nak cukupkan sampai radius 40 buah rumah dari rumah aku, tak terlayan pulak aku sendiri nak baca. Apa-apahal pun, aku juga nak bagi nasihat tak berguna kepada PM Najib iaitu: tak payah la sibuk nak perkenalkan segala macam slogan yang berniat memenangi hati rakyat macam 1Malaysia, transformasi ekonomi dan entah apa-apa lagi. Kami di sini telah sedia hidup aman sejak taman perumahan ini dibina lagi. Yang menimbulkan kekacauan itu adalah orang-orang kamu juga yang pasti mempunyai niat untuk memenangi pangkahan kami di kertas undi.

Akhir kata: jiran kita, keluarga kita.

Sekian entri jiran tetangga.

24 comments:

Fara Says:
December 16, 2011 at 4:42 PM

Aku tak sangka yg kau...

Peramah.

SM Says:
December 16, 2011 at 4:44 PM

ceh, tu pun nak tulis sekerat-sekerat ke. biasa la. jiran kita, keluarga kita. aku ambik iktibar selepas rumah aku kena pecah masuk beberapa bulan lepas aku pindah masuk dulu.

reen afny Says:
December 16, 2011 at 4:48 PM

tahu takpe.. semua benda tahu. bagus2. yeke, ni mesti sebelum ni malas nak tegur sapa ke??

haha sempat dia bagi nasihat dekat PM eh. bagus2... kata2 kau tu mewakili kawasan perumahan aku sekali la.

eh, aku minum air masak sambil baca entry kau ni. segelas jugak habis. (tak sedap)...

SM Says:
December 16, 2011 at 5:01 PM

sebelum ni, aku orang baru. jadi segan-segan sikit nak bermesra dan membelai manja.

setakat nasihat tak berguna ni, nak ke PM ambik tau?

ok, setengah bintang untuk itu...

Fara Says:
December 16, 2011 at 5:10 PM

Rumah aku pun pnh kena pecah masuk gak walau umah apt yg ade guard.

Aku kena ramah gaklah. Tp sebelah umah aku tu...aku konpius. Diorang dah kawen ke lom eh? .....

reen afny Says:
December 16, 2011 at 5:17 PM

SETENGAH??? ceitt... kedekssss

haha nak cakap pemalu la ni?? geli dengar.. tapi ok lah. nanti apa2 hal dorang jugak boleh tolong kan.


kak fara... hahaha cuba akak pergi tanya dorang.

Lady Windsor Says:
December 16, 2011 at 5:24 PM
This comment has been removed by the author.
Lady Windsor Says:
December 16, 2011 at 5:27 PM

Ko tak mo jadi neber aku ke?

SM Says:
December 16, 2011 at 5:32 PM

MF : alamak, yang tu kena ada pendekatan yang khusus kot.

ra : macam auntie tu cakap, kita duduk sini mesti mau baik-baik jugak. apa-apa hal, kitorang jugak tolong sama kita.

LW : hahaaa. sebenarnya dulu aku pernah blacklist tempat kau. tempat yang aku takkan beli rumah kat situ. sebab tak tahan dengan jem tiap-tiap pagi. tu dulu, sekarang... (neber? bahasa apakah)

Lady Windsor Says:
December 17, 2011 at 1:01 AM

Ala jem sikit jer ko neh...

SM Says:
December 17, 2011 at 1:24 AM

LW : aku dulu pernah stay kat pandan indah. tiap pagi kena lapor diri kat rumah bos (batu 14 langat). tapi aku sanggup lalu jalan kat bukit ampang nun. gila babas jem masa tu. sekarang tak tau pulak.

blu4sky Says:
December 17, 2011 at 5:09 AM

setuju

Lady Windsor Says:
December 17, 2011 at 11:09 AM

Alah bisa tegal biasa...aku kuar rumah lepas subuh, kol 6 gitu setiap hari sebab nak avoid jem..so aku boleh bawak keta macam jalan raya itu aku yang punya! Masa balik aku balik lepas habis jam...tapi kalu orang ada anak pinak sian la...macam aku ni ada anak ikan jer...hakhakhak!

SM Says:
December 17, 2011 at 11:46 AM

kesian anak ikan kau tu. aku pulak kalau boleh nak keluar pergi dan balik dari kerja dalam keadaan jiwa tenang tanpa kacau. tak perlu fikir pasal trafik yang menggila, macamana nak elak atau memastikan alarm dalam badan aku sentiasa berfungsi mengikut waktunya. aku manusia, tak nak jadi macam android. tak sanggup siot. boleh panas baran jadinya.

SM Says:
December 17, 2011 at 11:48 AM

blu : apa yang setuju. nasihat tak berguna buat PM tu ke.

Lady Windsor Says:
December 17, 2011 at 12:20 PM

Tu la pasal,aku kadang2 korban masa tdo sebab nak rebut masa nyaman atas jalan raya, bila dapat masa nyaman, aku kurang mencarut/ memaki...

SM Says:
December 17, 2011 at 12:22 PM

aku lebih suka berehat di rumah daripada atas jalan.

Lady Windsor Says:
December 17, 2011 at 1:34 PM

Aku x kisah rehat mana2 asalkan bukan jamban...oh ya kawasan perkuburan pun nyaman kalu nak rehat..menyuntik keinsafan ngko...

SM Says:
December 17, 2011 at 2:22 PM

jamban adalah tempat untuk lepaskan tekanan dalaman.

Lady Windsor Says:
December 17, 2011 at 3:29 PM

A ah...bhahahahaha...lupa lak!

blu4sky Says:
December 17, 2011 at 4:05 PM

aku setuju ngan akhir kata..
tang nasihat tu pun aku setuju gak :-p

SM Says:
December 18, 2011 at 2:59 PM

LW : ha tu la, kau tak petut bersikap double standard kat satu benda yang orang anggap jijik tapi tak sedar dengan keperluannya.

blu : aku dah lama setuju dengan nasihat tak guna diri sendiri. power tak? naaahahaha!

Lady Windsor Says:
December 18, 2011 at 4:01 PM

SM: baiklahhh!

SM Says:
December 18, 2011 at 4:38 PM

naahahaaa... tabik!