Surat Cinta Tanpa Bedak

| Wednesday, December 28, 2011 | |
Tunggakan untuk tiga tahun berturut-turut. Pada awal mendiami hartanah jenis `landed property' tidak begitu memikirkan tentang perkara-perkara asas macam ni. Sebab itu, pada tahun pertama dan kedua menerima notis tuntutan cukai, aku buat tak tahu dengan jumlah yang kononnya `tak seberapa' dan beranggapan itu bukan sesuatu yang penting.


Kemudian, pemberontakan yang berlaku dalam jiwa telah membisikkan agar aku mempraktikkan pemikiran ala hippy supaya membayar cukai kepada pemerintah pada kadar separuh daripada yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang. Itu cara puak-puak hippy dengan alasan sebagai tanda protes terhadap dasar-dasar pemerintah yang tak dipersetujui. Tapi, macamana dengan aku yang hampir tidak menyenangi hampir semua dasar-dasar yang cuba diperkenalkan oleh pihak pemerintah?


Apakah aku tidak perlu membayar langsung? Ya, jawapannya aku langsung enggan membayar dan sengaja membatukan hati atas alasan yang sama, iaitu sebagai tanda protes.


Sebagai menambahkan rasa tidak puas hati lagi dan juga sebagai alasan tambahan, aku tidak suka duit yang keluar hasil perahan keringat aku setiap hari bakal digunakan oleh mereka sebagai elaun dalam bentuk tiket flight ke luar negara!


Selain itu, apa yang membuatkan hati aku bertambah-tambah baran adalah, caj untuk pengeluaran notis sebanyak RM20 juga telah dikenakan.


Makanya, aku tidak setuju sama sekali!


........................................


Tapi, akhirnya aku terpaksa akur pada perkara yang satu ini. Apa pun tindakan protes yang aku jalankan, semuanya tidak akan mendatangkan bekas. Malahan, padahnya akan diterima oleh aku sekeluarga. Aku tak mahu tiba satu hari kediaman aku akan didatangi oleh sekumpulan lelaki beruniform menaiki lori dan ditemani oleh wartawan Sinar Harian bertujuan untuk mengosongkan kediaman aku atas alasan undang-undang.


Motherfucker!!!


Sekian entri untuk penerima cukai.

31 comments:

ralphrazaq Says:
December 28, 2011 at 10:38 AM

puiii...biar betik

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 10:40 AM

bayar jelah SM
kadang2 kita terpaksa akur walaupun kita tak bersetuju..

SM Says:
December 28, 2011 at 10:42 AM

ralph : betul la. mula-mula RM792.72 tapi dah tambah caj rm20 untuk notis jadi rm812.75. jimbet betul!!!

NP : dah bayar pun, walau pun tak redha. sekarang tengah cari jalan lain untuk ekspresikan protes aku.

Pok Amai-Amai Says:
December 28, 2011 at 10:48 AM

Hahahahahah!

Sekali lagi, aku gelak baca entri ko. Walaupun aku tau, ko mmg skt hati.

Aku tau ko bengang. Aku tau ko mmg dh byr da pun walau terpakse. Nak buat mcm ne kan? Jomlah kita pindah Brunei...

SM Says:
December 28, 2011 at 10:56 AM

MF : ceh, gampang betul la diorang ni. aku baru sedar bahawa keengganan membayar cukai bukan kaedah protes yang terbaik.

Lady Windsor Says:
December 28, 2011 at 11:34 AM

Itulah perasaan aku kala bertemu staff TM Bangsat di Bangsar tengah hari semalam. Aku tahu bukan salah dia pun, tapi bila dia kata akak terpaksa juga bayar RM500 untuk terminate TM Unifi service...maka di mulut aku berkata: tak ada cara lain ke dik?

Akan tetapinya di hati aku berkata: Pukimak celaka haramjadah lahanat punya TM Bangsat sedut duit aku...aku akan pastikan apa cara sekalipun duit aku x akan keluar sebanyak itu isware!

Dan aku keluar dari TM Bangsat tu dengan muka senyum kontrol walopon hati aku mendidih gila...

SM Says:
December 28, 2011 at 11:38 AM

kau rasa apa lagi tindakan protes yang sesuai untuk menentang arus ni, tapi dalam nada yang penuh hormat.

Lady Windsor Says:
December 28, 2011 at 11:51 AM

ala protes je kat blog ni..dah tentu aku dengar dan baca..we hv no choice la dear...kita ni tak sampai tahap bilis pun, anak bilis pun belum tentu..karang kalu protes tetiba datang polis dgn wartawan akhbar sinar..haa sapa nak jawab...

eh aku sengaja bahasakan ko dear..supaya hati ko sejuk dan nyaman sikit walopon hati aku sendiri masih mendidih dengan TM PU*&^%$# tu..

SM Says:
December 28, 2011 at 11:55 AM

eh, tapi kan marka kat kaunter bayaran semalam pun bikin hati aku sejuk la. ni mesti strategi puak-puak kapitalis ni!!!

Lady Windsor Says:
December 28, 2011 at 12:20 PM

haa tau tak pe...aku pernah berurusan di kaunter BSN di langat..humakaihh brader kat kaunter tu layan aku macam..orang tengah panas tetiba disuakan segelas sirap ais...perghh..terus aku tak jadi nak sembur...kan? hahahah...

SM Says:
December 28, 2011 at 12:21 PM

ok, itu aku bagi lima bintang pada petugas kat kaunter. cuma masalah protes aku masih tak selesai lagi ni.

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 12:27 PM

jadinya bila akan selesai protes kau tu?

Lady Windsor Says:
December 28, 2011 at 12:49 PM

ko tak yah le protes lebih-lebih...bayar je...buat macam mana pun kita tak menang...lagi sakit hati der!

SM Says:
December 28, 2011 at 12:52 PM

NP : bomoh. ya, bomoh... aku nak mandrem golongan pemerintah ni semua!

LW : bayar memang la kena bayar. tapi pasti ada satu mekanisme yang kurang menyakitkan hati...

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 1:31 PM

@SM
ok tak kalau aku buat statement mcm ni?

biarlah Allah yang balas...

SM Says:
December 28, 2011 at 1:47 PM

itu balasan kat sana yang dah sememangnya pasti. tapi tindakan kat dunia ni atas usaha aku juga. takpe la, kalau aku marah-marah (protes) kat blog ni pun at least ada la dua tiga orang yang baca.

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 1:54 PM

betul laa
kadang2 kita buat mcm ni just to lepaskan marah dan rasa tidak puashati..even tho kita tahu kita tak boleh buat apa2 pun untuk mengubah sistem tu...

stay cool okay...

SM Says:
December 28, 2011 at 1:56 PM

NP : aku rasa aku nak satu tuju dengan pendapatan kau ni la...

Lady Windsor Says:
December 28, 2011 at 2:03 PM

SM: aku pun nak suggest pd ko stay cool okeh!

SM Says:
December 28, 2011 at 2:14 PM

cadangan diterima.

reen afny Says:
December 28, 2011 at 2:15 PM

haha sama la macam family aku. da dapat surat amaran baru nak pergi bayar bil. kalau tak, haram la nak bayar. huhu

SM Says:
December 28, 2011 at 2:17 PM

ra : kau ni mesti kurang fokus dengan lakon layar cerita ni. bukan taknak bayar, tapi sebagai tanda protes atas ketidaksembangan pengagihan antara rakyat dan pemerintah.

cilakak! tepuk dahi aku semalam nak keluar lapan ratus lebih!

reen afny Says:
December 28, 2011 at 2:27 PM

perghh.... siapa suruh pending. kalau aku pun gigil nak bayar weh. haha

ooh ingat buat2 lupa kena bayar. hihihi

SM Says:
December 28, 2011 at 2:41 PM

notis sebelum tu yang juga berwarna merah telah berjaya aku abaikan. tapi bila mengenangkan muka yang terpampang kat sinar harian adalah sesuatu yang macam gampang, aku bayar jugak.

reen afny Says:
December 28, 2011 at 3:59 PM

hahaha gilaaa la. takkan tak bayar cukai kena masuk berita lak??

SM Says:
December 28, 2011 at 5:20 PM

ye la, sinar harian kan suka berita macam ni. penuh satu page gambar barang rumah aku kena angkut karang.

reen afny Says:
December 28, 2011 at 5:41 PM

hahaha takde maknanya la... okayy pe. confem laku sinar harian tu kteorang beli. haha

SM Says:
December 28, 2011 at 9:01 PM

betul memang membantu kadar jualan, tapi aku taknak reporter tu tulis macam-macam pasal aku. nanti dia tulis yang aku ni dah tiga belas tahun tak pernas bayar cukai taksiran, bil IWK, tnb, asstro, air dan macam-macam lagi la. pendek kata aku ni digambarkan macam bad citizen. aku faham sangat permainan akhbar ni.

reen afny Says:
December 29, 2011 at 10:29 AM

haha biasa la nak bagi cerita tu lebih hangat la konon... kalau buat cerita biasa je siapa nak beli paper dorang...

SM Says:
December 29, 2011 at 2:55 PM

ha, tau pun. tapi kalau boleh bukan aku yang jadi bahan berita tu...

reen afny Says:
December 29, 2011 at 3:28 PM

hahaha selamat la kau da terlepas...