Sitkom

| Saturday, December 03, 2011 | |
Sepanjang minggu ni, kalau aku berkesempatan atau teringat nak tengok (tonton) tv jam 8 malam, hati aku sentiasa rasa sangat-sangat terhibur dengan segala macam kisah kutuk-mengutuk, gelar-menggelar, caci-maki dan sorakan yang menyelangi setiap ayat mereka yang diberi kepercayaan untuk membuahkan pemikiran di hadapan ribuan orang.


Terima kasih dan tahniah sebab kalian telah menyediakan sajian yang penuh citarasa lawak. Sesuai dengan aku yang sentiasa dahagakan aksi-aksi lucu natural oleh manusia tanpa sedar.


Kalian tau tak, kalian lebih lawak daripada Jester di-Raja!







Gambar cilok dari laman web rasmi kalian, sekian...

31 comments:

Lady Windsor Says:
December 3, 2011 at 10:16 PM

Depa ni lebih lawak dr mr bean yg buat lawak budus tu ka?

SM Says:
December 3, 2011 at 10:26 PM

aku jarang menonton berita dengan penuh semangat, tapi kali ni keghairahan aku menonton sama macam siri pi mai pi mai tang tu setiap minggu dulu. bezanya, ini adalah `drama realiti' dalam kotak murah di ruang tamu aku. satu yang aku perasan, kenapa aku lebih banyak dengar sorakan daripada ucapan? oh, speaker tv aku juga mungkin rosak macam speaker pc aku sekarang. naahahahaa!!!

Lady Windsor Says:
December 3, 2011 at 10:45 PM

Mereka berhimpun untuk bersorak, bukan untuk bermusyawarah dengan penuh kesedaran dan tawadhuk...itulah jadinya...

SM Says:
December 3, 2011 at 10:56 PM

jangan lupa, berhimpun juga untuk bershopping. shopping complex sekitar KL dan pasar malam legend malam ni mesti dipenuhi dengan muka-muka yang dikenali ni. mujur aku takde. kalau tak, sekor-sekor aku palau duit diorang...

Lady Windsor Says:
December 3, 2011 at 11:14 PM

Ouchh rugi la ko, pasai pa x niaga malam ni?

SM Says:
December 3, 2011 at 11:40 PM

urasan keluarga. aku dengar, sewa tapak kat pwtc tu mencecah ribuan ringgit. gila betul! kalau sewa pun dah beribu, entah berapa belas ribu untung peniaga tu boleh dapat. nampak sangat orang-orang berbaju putih dan bersongkok hitam atau bertudung merah/pink ni semua berduit dan gila shopping.

Lady Windsor Says:
December 3, 2011 at 11:43 PM

Haha...ko baru tau ke depa tu cop duit, tabur duit dan perabiskan duit?

SM Says:
December 3, 2011 at 11:47 PM

dah lama tau, cuma sampai sekarang tak dapat lagi palau duit diorang. adakah tujuan mereka bersorak ramai-ramai, memuji orang terntentu dan membodek menggila tu supaya poket mereka boleh sentiasa kembung. iya, tapi tak semua kot... masih ada lagi `beberapa' wajah suci dan naif macam aku!

Lady Windsor Says:
December 4, 2011 at 12:03 AM

Ntah le...tapi aku tengok depa tu macam pemain wayang boneka di satu pentas teater yg pengarahan dan skripnya setiap tahun adalah sama...dah boleh agak dah tingkah laku mereka, sama setiap tahun...cuma dialognya mungkin sedikit berbeza...

SM Says:
December 4, 2011 at 12:11 AM

dalam setandan pisang, tak semuanya busuk. aku yakin masih ada lagi yang boleh digoreng atau dibuat cekodok. tapi minta maaf, aku langsung tidak pernah (atau terfikir) berdiri di pentas yang sama dengan mereka. sebab aku tak mahu menari seperti beruk berantai emas.

Lady Windsor Says:
December 4, 2011 at 12:26 AM

Benar, menjadi pisang lebih untung dari kelapa. Pisang busuk2 pun masih boleh adjust jadi cekodok tapi kelapa kalau busuk, buang je lah. Err ko muda lagi, mana tau tetiba darah ko tu dimasuki virus politik dan ko lah sang politikus pembela bangsa...boleh?

SM Says:
December 4, 2011 at 12:34 AM

siapa kata aku muda? aku terlibat dengan cara aku sendiri. tak semestinya menjadi penjilat.

Lady Windsor Says:
December 4, 2011 at 12:56 AM

Aku kata ko muda...muda dalam erti kata: hati muda walopon ko selalu kata ko lebih antic dari aku dan NP..penjilat? Sedut!!

DuniakuAbstrak Says:
December 4, 2011 at 1:34 AM

syok sendiri mereka ni

NenetPenne (NP) Says:
December 4, 2011 at 9:22 AM

i hate politician... not all but most of them..cakap tak serupa bikin, kata jgn main rasuh, kata jangan minum, kata jgan main pompuan..kata itu dan ini tapi just kata2 jer... choy...

Fara Says:
December 4, 2011 at 11:09 AM

...terima kasih pd ko sbb menayang gamba2 nie. Aku tak tergamak msk dlm site die apalagi psg telinga atqau tonton setiap kata2 semangat mrk (kononnya).

Dulu aku mgkn tak tahu tp benda dah jadi dpn mata. Jujur aku kata, aku tak tahu nak mengundi yg mana satu. Bila semua pun mcm celaka.

Lady Windsor Says:
December 4, 2011 at 12:58 PM

MF, bila semua pun macam celaka...bingo! Hahaha...

NP, yerp not all but most of them...so I assume 98% le kot ye...baki yg 2% tu je yg very de clear...

NenetPenne (NP) Says:
December 4, 2011 at 3:00 PM

@LW
yang baik2 telah ditenggelami oleh mereka yang tidak baik jadi semua nampak mcm tak baik... kesian kan ..

depan penyokong, yesss dialah segalanya... belakang penyokong??? tak tahu nak kata apa... kenapa nak jadi hipokrit??? nak raih undi? nak tetap jadi orang besar??? yelah orang besar byk kuasa..kuasa adalah segala2nya... nak kuasa pakailah bateri tahan lama..ha ha ha..

Lady Windsor Says:
December 4, 2011 at 4:05 PM

NP, sekarang ni kita pakai kuasa solar u..lagi power....kan!

SM Says:
December 4, 2011 at 11:24 PM

LW : apa yang aku nampak, kulit mereka semua sama sampai menutup apa yang ada kat dalam. yang lagi 2% tu langsung tak kelihatan.

DA : mana tak syok kalau perut kenyang, duit penuh dalam poket, apa yang kau perlu buat cuma bersorak dalam ruang berhawa dingin!

NP : walau benci macamana pun, itu yang perlu kita perlu hadapi secara berkala (PRU). kalau takde mereka (kata orang) dunia lebih aman, tapi aku setuju mengatakan yang mereka ni perlu ada supaya tv kita lebih meriah lagi.

MF : sejauh mana celakanya mereka tu pada pandangan mata kau? aku tak suka main pukul rata, tapi bila memandang mereka, aku rasakan semua sama je. terutama bila melihat aksi masing-masing menjulang tangan, bertempik penuh semangat tanpa mereka sedar mereka kelihatan amat bodoh sekali. dan lagi, berani aku katakan rata-rata mereka ni semua dah macam babi yang buta, mengikut tanpa usul periksa hingga sanggup beratur menjilat bontot si ketua. what the hell???

weh NP. aku jual panel solar kat kau nak? time malam kalau panas boleh buat kipas.

Fara Says:
December 5, 2011 at 8:43 AM

...aku bet ko nie penyokong Anwar. Betul tak?

SM Says:
December 5, 2011 at 9:56 AM

MF : salah. aku bukan penyokong anwar. bukan juga di pihak oposisi atau pemerintah. macam biasa, aku suka mengkritik (dan meminta pandangan) atas perkara yang aku lihat salah.

SM Says:
December 5, 2011 at 9:58 AM

*tambahan
itu bukan dikira tiada pendirian. pendirian aku adalah tidak meyebelahi mana-mana pihak yang salah. lebih baik daripada melihat menyebelahi orang-orang yang salah dengan cara yang salah macam mereka dalam gambar-gambar tu.

Fara Says:
December 5, 2011 at 10:38 AM

...aku phm sbb aku punya pendirian pun mcm ko. Klu salah tetap salah. Bukan jdk mcm keldai tunggangan. Tapi kan beb, diorang tu klu dpt pulus....aku rs diorang pun tak sggp jdk tunggangan...

Haishh!

Ko dah pengaruh aku. Serius!

SM Says:
December 5, 2011 at 10:45 AM

MF : bukan rasa beb. tapi ni memang kenyataan. yang betul-betul berlaku depan mata kita. cuma kita yang lebih suka buat-buat tak nampak.

kenapa? sebab kita dah sedia selesa dengan hidup kita sehari-hari tanpa mahu mengambil sedikit rasa peduli dengan `fenomena tunggangan' ni.

pada kita: ah, biarlah asalkan tiap-tiap bulan aku dapat gaji, dapat bagi anak bini makan, ada rumah dan hidup selesa. lain-lain aku tak peduli. semua aku dah ada, apa lagi yang aku nak?

bullshit la itu semua! memang semua kita dah ada. tapi kalau kita membuat sedikit tindakan tak mustahil kita boleh dapat susuatu yang lebih baik yang bukan setakat untuk diri kita, tapi juga orang lain.

bila masa pulak aku pengaruhi kau beb! kau ada mata, boleh melihat. kau ada otak, boleh berfikir.

eh, panjang pulak komen aku. harap-harap tak emosi.

Fara Says:
December 5, 2011 at 3:50 PM

...sbb aku ada matalah aku melihatm aku ada otaklah aku berfikir maka aku mcm sikit2 terpengaruh dgn pemikiran ko.

Klu aku jenis tak ambil peduli, aku takkan membebel setiap hari dgn blog aku tu. walau cite remeh, tapi aku tetap bersuara.

...aku bukan blogger yg setiap hari dok cite, "Laki aku beli nie, laki aku beli tu, semalam makan restoran mewah nie, semalam g kenduri kawen kat hotel tu"

Aku fhm sgt ape yg ko kesalkan dan cuba nak smpikan sbb itulah yg aku bt setiap hari dr mula aku berblog.

Sekian.

SM Says:
December 6, 2011 at 1:38 PM

...sebab tu la!

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 2:27 PM

betul betul cakap SM, dalam negeri atau apa sahaja mesti ada pihak yang memerintah dan pembangkang
bukan bermakna kalau kita sokong satu2 parti tu kita kena setuju dgn apa yagn mereka utarakan walaupun salah...bagi aku yang salah tetap salah, yang baik tetap baik walaupun dari pihak lawan...

SM Says:
December 6, 2011 at 3:42 PM

NP : kau setuju? hahahaaa...! (ketawa bangga)

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 3:58 PM

abis kau nak aku tak setuju dgn kau ker???

SM Says:
December 6, 2011 at 4:04 PM

NP : baik kau setuju kalau tak nak kena geraham aku. meow...!