Seribu Tahun

| Monday, December 19, 2011 | |


Menonton program Curiosity di Discovery Channel malam tadi, yang mengetengahkan Adam Savage sebagai host dalam episode Could You Live Forever? membuatkan aku asyik untuk tempoh sejam lamanya. Begitu banyak teori-teori yang dipaparkan untuk membolehkan kita bertahan dalam tubuh badan yang telah digunakan sejak lahir. Bermula dari penggantian organ sibernetik sehinggalah kepada penggunaan robot bersaiz mikro untuk menyembuhkan penyakit dalam bidang perubatan, serta juga idea menggunakan kaedah yang seakan semulajadi seperti mewujudkan persekitaran di dalam rahim manusia dalam proses pembentukan semula tisu-tisu badan.


Semuanya aku anggap agak relevan memandangkan sebahagian idea-idea tersebut telah mula ditempatkan di dalam makmal untuk dibangunkan dan diuji secara prototaip bukan sahaja terhadap tikus makmal, malahan juga manusia.


Memang tidak mustahil dalam tempoh beberapa abad yang akan datang, para saintis dan pakar perubatan akan menumpukan seluruh perhatian terhadap bidang kejuruteraan genetik yang mana akan menghasilkan kesan positif dalam pemeliharaan kesihatan manusia sejagat. Dan lagi, kita juga tak perlu rasa takut untuk menghadapi hari tua kerana kita sebenarnya tidak akan melalui hari-hari mendatang menggunakan gelaran warga emas. Segala-galanya mampu diperbaharui dengan bantuan teknologi yang serba canggih dan melangkaui jangkaan pemikiran sesetengah kita hari ini.


Cuma, sebaik sahaja tamat program ni aku segera menemui konklusi ringkas yang amat bertentangan dengan idea asal program ni sejak mula iaitu:


"Kita sebenarnya mampu hidup lebih lama melampaui tempoh seribu tahun.
Caranya bukan dengan menghitung umur di kalendar saban tahun, tetapi dengan hanya hidup dalam ingatan dan kenangan manusia lain.
Itulah sebenarnya yang akan kekal abadi untuk selama-lamanya."

Semoga aku akan hidup untuk sembilan ratus sembilan puluh sembilan tahun lagi, insya-Allah.


Sekian entri kesedaran untuk diri sendiri...


*Entri ini mengingatkan aku akan filem Bicentennial Man yang pernah aku tonton secara back to back bersama The Green Mile di TGV dulu.

25 comments:

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 8:20 AM

Owh sudah semestinya, kita tak perlu menghitung detik atau dekad kerana sesaat selepas melakukan sesuatu yang mengesankan, menyenangkan, bermanfaat dalam ertikata konteks perhubungan kita dengan individu lain fan membawa kesan positive kepada mereka, saat itu kita akan terus kekal ingatan mereka sehingga infinity...

Semoga aku juga akan terus hidup seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan tahun lagi. Insyaallah...

ralphrazaq Says:
December 19, 2011 at 8:54 AM

puiyooo muka baru tuh......baru r best nk baca huhu

SM Says:
December 19, 2011 at 10:13 AM

LW : cikgu add math aku pernah `bitau' yang saintis adalah orang yang tak percayakan tuhan, berbeza dengan ahli matematik. sebab tu semakin lama kegilaan saintis ni makin terserlah. immortality adalah sesuatu yang bukan milik kita. tak perlu dicari.

ralph : hahahaa!!! kembang lubang hidung aku weh!

Pok Amai-Amai Says:
December 19, 2011 at 10:46 AM

Sonok jdk org bujang. Smpt je nak tgk TV tanpa gangguan.

SM Says:
December 19, 2011 at 11:04 AM

aku bukan bujang... naahahahaa!

ralphrazaq Says:
December 19, 2011 at 11:06 AM

status SM?? ----> laki org kan?kan?kan?

SM Says:
December 19, 2011 at 11:09 AM

dapatkan borang di kaunter berhampiran. tapi kena beratur belakang adele aku. naahahahaa!

ralphrazaq Says:
December 19, 2011 at 11:11 AM

eleh.....!!! adele kunun..

SM Says:
December 19, 2011 at 11:12 AM

don't play-play with my adele...

ralphrazaq Says:
December 19, 2011 at 11:14 AM

adele 2 kakak aku la..ko nk ngorat kakak aku, kena la amek hati adek die dulu hahahaha!!!!

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 11:32 AM

Aku dah debik Adele pagi tadi, dia sepahkan nasi depan pintu aku..jiran aku kucing dia Nama Adele...
Immortality..yehhh..V is immortality...

SM Says:
December 19, 2011 at 11:37 AM

ralph :
aku rasa dia yang usha aku selama ni.

LW :

weh, kau nak kena marah dengan MF ke apa. aniaya binatang.

tapi kan, aku rasa tak salah apa yang para saintis tu cuba buat. cuma tujuan tu sepatutnya untuk menambah baikkan lagi tahap kesihatan manusia secara sejagat. contohnya mencari penawar untuk beberapa jenis penyakit sekarang, bukannya untuk menjadikan usia manusia ni infiniti (pinjam perkataan kau sebentar).

Pok Amai-Amai Says:
December 19, 2011 at 12:52 PM

Ko da kawen ke? Ouh, aku main petik je....

Hoh, kak LW...nape debik kucen? Sian kucen tu...Klu nak kasik sadis, sembelih je kucen tu! Wahahaha!

Aku komen merapu. Jgn diikut.

SM Says:
December 19, 2011 at 12:54 PM

dengan adele... (jangan jelas pulak!)

eh, ok jugak cadangan kau tu. kali ni aku nak tengok LW masuk paper sebab kes penderaan terhadap haiwan.

Pok Amai-Amai Says:
December 19, 2011 at 2:16 PM

Ape maksud ko JANGAN JELAS? Aku tak phm. Boleh jelaskan?

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 2:40 PM

MF, apa kata masuk kuceng tu dalam microwave...grill selama setengah jam api atas dan bawah...

SM, apa heran masuk paper...paper tu aku buat alas meja jer, cukup bulan paper tu aku jual kat cina olpeper...hik!

SM Says:
December 19, 2011 at 2:42 PM

MF : typing error... jangan jeles.

LW : kejam, kau sampai hati ke nak buat?

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 7:47 PM

Ko br tahu ke aku kejam...aku selalu buat macam tu ( dalam imaginasi) panggang kucing, rebus arnab dan segala bagai yang sadis, terutama selepas aku baca berita pelik dalam paper...tak terjangkau fikiran aku kenapa ada orang kejam macam tu... Aku cuba letak diri aku dalam situasi mereka yang kejam itu, kenapa sanggup danafa keberanian untuk melakukannya? Mungkin ada baiknya kalau saintis yg ko tengok kat channel History tu boleh reka satu alat untuk booster otak manusia supaya sentiasa eager untuk melakukan kebaikan.

Apa ke jadahnya aku nak panggang kucen, aku ahli seumur hidup MNS, so segala bagai isi alam termasuk haiwan adalah wajar dilestarikan...

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 7:49 PM

Typo error:
Danafa ..aku nak tulis: dan ada...

SM Says:
December 19, 2011 at 9:34 PM

bukan history channel la, tapi discovery. ha, cepat sikit ambik asstro!

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 10:32 PM

Opss tersasul. Baiklahhh...

SM Says:
December 19, 2011 at 10:32 PM

cepat sikit angkat itu asstro. baru kau tau.

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 10:54 PM

Ya ya! Tahu...

SM Says:
December 19, 2011 at 10:55 PM

dah dapat, bitau aku... buat review sikit.

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 11:58 PM

Insyaallah ...