Selamat Tinggal

| Tuesday, December 06, 2011 | |
Sedikit tersentak. Antara tempoh kekosongan itu, aku langsung tidak melakukan apa-apa tindakan. Sama ada untuk mencari engkau, atau memahami engkau dengan lebih mendalam.


Kini sudah lebih sepuluh tahun tempoh kekosongan itu menjadi warna antara kita. Sehingga suatu hari, warna itu berubah menjadi kelam.


Berita yang aku tidak jangka. Aku hanya menjangka kad jemputan dititipkan ke alamatku. Sama seperti kad ucapan hari raya yang pernah tiba untuk aku buat beberapa kali Syawal dulu. Atau sekurang-kurangnya berita kelahiran cahaya matamu yang entah ke berapa.


Tapi perkhabaran yang baru menjengah ke telinga telah merenyukkan nafas aku. Suatu pemergian. Kau telah pergi.


Selamat jalan sahabatku. Usah tunggu aku di sana, kerana aku masih belum habis mencongak amalan aku ketika ini. Entah kan kita boleh bertemu, entahkan tidak. Atau pun mustahil aku mengekori langkah mu ke ruang yang penuh wangian firdaus itu.


Selamat tinggal sahabatku. Aku cemburu melihatkan kau telah dipanggil untuk berehat.


al-Fatihah...