Sebotol Jantung

| Monday, December 19, 2011 | |
Darah aku berderau tiap kali tengok minah ni nyanyi live, terutama sekali untuk lagu ni. Perhatikan emosi yang dia tunjukkan pada wajahnya bermula pada minit ke 2:15 dan minit ke 3:15. Boleh buat aku tercekik air liur! Apa pun, dia punya tattoo memang cara weh...!

video

Sekian entri mimik muka penuh emosi...

26 comments:

NenetPenne (NP) Says:
December 19, 2011 at 2:19 PM

minta maaf, office aku youtube telah dibanned..so aku tak nampak apa2 tapi aku pasti ianya adalah adele..

SM Says:
December 19, 2011 at 2:41 PM

haha, kau silap kali ni. aku direct upload, bukan attach dari `tiub awak'.

reen afny Says:
December 19, 2011 at 4:55 PM

hahaha aku suka lagu dia, a thousand years. and yeah! tattoo dia sangat cool kan. chomeyl2. haha

telor power Says:
December 19, 2011 at 5:18 PM

aku tak sempat tgk...mlm nanti aku dtg balik tuk tgk

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 6:43 PM

Pasai pa aku x boleh tengok? Tak dak apa pun? Why? Why?

telor power Says:
December 19, 2011 at 9:02 PM

SM: wa sokong lu.....hahaha awek minah saleh nie ker yg nyanyo. mmg sempoi la bro

SM Says:
December 19, 2011 at 9:29 PM

ra : apa pun, untuk kebanyakan lagu dia, aku suka versi live. lebih real beb!

LW : aik, orang lain ok je. kau patut dengar minah ni nyanyi live sambil main piano.

tp : macamana bro, cara tak? gua suka dia punya mimik muka yang full of emotion. boleh cair kahak dibuatnya!

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 9:32 PM

Macam mana aku nak dengar, x dak apa pun..ke iPad aku yg nenong2??

SM Says:
December 19, 2011 at 9:36 PM

hok ni kawe upload teruh. buke dari `tiub awak'. cubo demo search `christina perri - jar of hearts live' dale tiub awak.

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 10:19 PM

Ok kawe cek dulu deh...

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 10:27 PM

Ok aku dah dengar...suaranya ada iras2 suara awek ko tu...adakah kau sudah menduakan Adele?

SM Says:
December 19, 2011 at 10:29 PM

aku tak rasa ada iras. suara adele kurang keras berbanding miss perri ni, dan agak terdapat lenggok pada bait-bait tertentu mungkin kerana dia kelahiran inggeris. tetapi miss perri lebih keras pembawakan vokalnya.

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 10:52 PM

Aku rasa ada sikit2 tapi aku kena admit awek ko tu suaranya lebih lemak merdu berbanding perry...

SM Says:
December 19, 2011 at 10:54 PM

aku kagum dengan penyanyi yang mampu bermain muzik dan menyanyi secara live serentak. pulak tu, penyampaian mereka begitu beremosi.

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 11:56 PM

Mereka bukan saja menguasai lagu, tapi lirik juga, termasuk instrumen...

SM Says:
December 20, 2011 at 12:09 AM

kelebihan menguasai lebih daripada satu kemahiran. ini barulah boleh digelar `artis'. orang yang bukan setakat boleh menyanyi, malahan lebih daripada itu.

orang kita, asal boleh berlakon dua tiga scene atau nyanyi beberapa kerat lagu terus panggil artis. tak tau ke perkataan `artis' tu besar maknanya.

di sana, mereka tak pernah panggil penyanyi atau pelakon mereka sebagai `artiste'.

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 12:44 AM

toksah kata 3 lagu atau 3 drama...buat kecoh atau melatah sekejap atas pentas, terus dapat gelaran artis..

SM Says:
December 20, 2011 at 12:57 AM

kat sini, kau rasa siapa yang layak digelar `artiste' untuk generasi sekarang.

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 1:13 AM

aku x de la minat sangat pempuan ni, tapi sebab dia boleh tulis lirik, menguasai instrumen guitar dan boleh menyanyi, aku rasa dia artiste...Yuna, Aizat pun ok. Kalau yg senior, M Nasir etc..

SM Says:
December 20, 2011 at 1:19 AM

tapi sayangnya senario kat malaysia ni. sepatutnya penggiat seni yang lain macam tok dalang atau pengukir seni khat juga patut dipanggil artis. maknanya di sini, ungkapan artis telah membawa nilai yang rendah.

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 8:26 AM

mereka dan keluarga mereka melacurkan maksud artis..tapi macam pengukir dan tok dalang, mereka diiktiraf menerusi anugerah tokoh seni negara, cuma event ini agak kurang ditonjolkan dan pemenangnya pun kebanyakannya sudah berusia...antara tokoh adiguru pengukir negara yg aku sempat jumpa, arwah Tg Ibrahim di Kuala Terangganu..kalu ko tengok peralatan mengukir dia, penuh satu rumah...

SM Says:
December 20, 2011 at 11:12 AM

LW : kau tolong la ajukan pada siapa-siapa supaya acara ni dapat dilihat dengan lebih gah. bukan setakat diraikan oleh kelompok yang terhad. bukan itu sepatutnya yang si penerima anugerah ni nikmati. aku maksudkan, mereka layak mendapat kemasyhuran yang lebih meluas lagi.

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 12:32 PM

sedihkan mengenang mereka yang sepatutnya dinobatkan sebagai tokoh yang sebenar-benar tokoh, hanya ada satu anugerah je untuk mereka..anugerah tokoh seni negara...tapi ada juga pecahan kepada adiguru bidang ukir, tempa, batik etc..aku dah tak berada dalam gelanggang, susah juga nak jentik isu ini...

SM Says:
December 20, 2011 at 12:36 PM

terima kasih atas info. aku rasa kau kena up satu entri pasal ni. sebab kau lebih tau.

reen afny Says:
December 20, 2011 at 1:43 PM

betul2... at least boleh tahu la dorang bolgeh nyanyi live ke tak. setakat edit macam tak real je.

SM Says:
December 20, 2011 at 4:36 PM

sebab tu aku lebih suka live perfomance.