Road Bastard : Padan Muka Kau, Si Bodoh Sombong...!

| Wednesday, December 21, 2011 | |
Petang semalam, macam biasa aku melalui jalan susur keluar dari Lebuhraya KESAS menuju ke kawasan perumahan Taman Kinrara. Dalam kesamaran saki-baki cahaya yang tertinggal dari celah-celah awan renyai, aku berjaya mengelak lubang-lubang jahanam yang sejak akhir-akhir ni semakin bermaharajalela. Berbekalkan belalang tempur warna hitam, aku dengan selamba melenggang-lenggokkan badan seirama dengan deruman enjin hasil putaran throttle di tangan kanan aku, menghimpit ke kiri jalan mendekati guard rail agar bahu aku tidak tersenggol side mirror sebuah van pest control, membrek sedikit untuk memberi laluan sebuah myvi lagi best milik Reen (eh bukan, kancil 660 je la) yang cuba menghulurkan muncungnya di tengah laluan aku, dan sesekali mengangkat bontot aku sedikit agar tidak terhentak dengan seat belalang tempur aku yang semakin keras. Semuanya itu aku lakukan dengan lagak bersahaja tetapi kekal fokus berkat pengalaman aku selama bertahun-tahun menangani kerenah cuaca dan `road bastard' di Lembah Klang dan juga bandaraya selatan tanah air, Johor Bahru.


Ketika menghampiri sebuah stesen minyak yang keadaan sambutannya seakan `rumah kata pergi, kubur kata berambus', aku perasan akan kehadiran sebuah kereta buruk yang terhenti di laluan masuk stesen tu. Dan kelihatan seorang lelaki tua berkulit gelap sedang duduk seperti termenung mengenangkan rumah jagaan orang tua mana yang bakal dihuninya beberapa tahun lagi. Kebetulan, ketika itu lampu isyarat bertukar daripada hijau kepada kuning membuatkan aku berpura-pura tak sempat untuk meneruskan perjalanan seperti biasa seolah pengguna jalanraya yang begitu tertib dan berhemah. Di kesempatan beberapa minit itu, aku melirikkan mata aku meneliti apa yang tak kena dengan kereta buruk import itu. Seketika kemudian, baru aku tersedar yang kereta itu tak mungkin dapat digerakkan dengan sempurna dek kerana keadaan tayar hadapannya yang `flat'.


Hah, padan muka kau! Eh, tiba-tiba pulak kepala hotak berjambul aku teringat akan peristiwa yang berlaku tak jauh dari situ beberapa tahun dulu. Peristiwa yang sampai sekarang menjadi bahan sengihan aku.


******************************


Jalan Puchong, beberapa ratus meter selepas SMK Dharma dari arah Jalan Klang Lama menghala Kinrara. Langit yang runtuh sejak tengahari telah memberhentikan amarannya hampir dua jam yang lalu, namun permukaan jalan masih lagi basah. Dengan beberapa lopak air masih ditakungi air. Percikan-percikan airnya pantas menerpa dan tersebar ke serata arah sebaik dasar lubang di tengah jalan dihentam tayar beberapa kenderaan yang meluncur manja.


Aku seperti biasa, masih mengamalkan gaya tunggangan santai bak seorang nyonya bertenggek di atas Passola menuju ke pasar pagi. Deruan enjin belalang tempur aku sekejap kuat, sekejap perlahan. Sekejap aku menggelek ke kiri, sekejap ke kanan. Semua lubang yang dah mula bertapak ganas sejak beberapa hari sebelumnya berjaya aku perdayakan kerana kedudukan mereka sudah sedia tersimpan dalam cakera keras di kepala hangguk aku. Datang la lubang sebapak mana besar atau sedalam mana pun, aku tetap dapat mengelak dengan aman dan nyaman. Kalau dah tiap-tiap hari lalu tapi tak ingat jugak kat mana ada lubang, maknanya otak aku dengan otak udang takde bezanya. Lebih kurang layak dihumban ke dalam tombot*.


Sedang aku asyik melayan kenakalan lubang-lubang di tengah jalan, aku hampir-hampir melompat setinggi 73 meter dari aras laut apabila sebuah objek berwarna putih melepasi aku dengan agak laju sehinggakan aku nyaris gagal mengawal belalang tempur aku. Babi betul la, anak haram...! Aku menyumpah dalam hati.


Di kejauhan depan sana, aku dapat melihat dengan jelas sebuah kereta Nissan Datsun tonggek meninggalkan aku dengan kepulan asap hitamnya. Celaka kau! Sekali lagi aku menyumpah hati. Dapat aku perhatikan `road bastard' tu kerap kali menukar lane. Sekejap ke kiri, dan beberapa saat kemudiannya ke kanan. Memandu tak ubah macam mambang mabuk minum brandi. Pergerakannya langsung tidak tersekat. Trafik sepanjang jalan pada petang tu masih lagi belum sesak dan berjalan lancar, memudahkan si `road bastard' itu menjadi raja.


Hehe, sekejap lagi kena la kau kat depan sana. Tuhan tengah tunggu kat simpang empat sana. Si bodoh sombong!


Beberapa minit kemudian... Menghampiri simpang empat sebelum flyover yang melintasi lebuhraya KESAS, aku dapat melihat keadaan sedikit berserabut. Beberapa buah kenderaan mengelak ke kiri. Beberapa lagi menukar lorong ke kanan dengan segera. Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena berlaku. Ada kemalangan? Minta dijauhkan. Traffic light rosak? Kebarangkaliannya kurang sebab sepanjang tempoh aku bergelar manusia, traffic light kat depan tu jarang menghampakan lebih-lebih lagi dalam keadaan yang genting. Ohye, atau pun si `road bastard' tadi dah mampus langgar bontot lori pasir? Mungkin...


Semakin lama, belalang tempur aku makin menghampiri lokasi tumpuan mata aku sejak beberapa saat sebelumnya. Jantung aku berdebar. Apakah?


.
.
.
.
.
.


Nah, tu dia. Kan betul cakap aku. Tu la, berlagak sangat tadi. Konon-konon bawak kereta dah macam hero la sangat. Macam la jalan ni arwah moyang dia yang bikin. Kalau setakat sekali sekala lalu sini, jangan nak buat macam samseng yang redah rumah orang tak reti bagi salam. Sekarang, tuhan bagi balasan secara cash. Dah malas dah Dia nak tangguh-tangguh. Ramai lagi `road bastard' macam kau yang Dia nak sekolahkan hari tu.


Aku tengok, Datsun tonggek warna putih tu dah tercegat betul-betul kat tengah simpang empat. Beberapa meter di belakangnya, ada satu lubang besar kesan tampalan pada manhole yang tak kemas. Tampalan yang dibuat lebih kurang seminggu sebelum tu, aku perasan dah terbarai sejak petang semalamnya. Memang ngam-ngam sebiji tayar kereta masuk. Kalau nak ukur kedalaman tu, ada la lebih kurang setengah kaki.


Aku `slow'kan belalang tempur aku untuk menoleh ke kanan. Dengan jelas aku dapat lihat tayar kiri bahagian hadapan `road bastard' ni dah pecah.


Hahahaaa... Padan muka kau, si bodoh sombong...!


******************************


Kepada para pemandu sama ada yang dari jenis `road bastard' atau bukan, aku nak bagi nasihat tak berguna. Kalau memandu dalam musim hujan macam sekarang, sila la tambahkan lagi `hati' dalam diri tu supaya kalian lebih ber`hati-hati' lagi. Walau pun kalian dah biasa dengan laluan pergi balik kerja, tapi tak mustahil jalan raya yang diperbuat dengan campuran tepung beras dan santan akan terbarai dalam masa yang kalian tak sedar.


Sekian, entri untuk si bodoh sombong...


*tombot=tapak pelupusan sampah.

25 comments:

Lady Windsor Says:
December 21, 2011 at 11:47 AM

Pay cash ooo! Aku pun selalu kalau jumpa road bastard macam ni, ringan je mulut cakap dey babi ko dah lama hidup eh...kannya apa...orang berperangai bastard, tu je la perkataan yg layak dgn si bastard kan.

SM Says:
December 21, 2011 at 11:57 AM

tapi bila sampai rumah, rasa menyesal pulak sumpah orang macam tu. patut ke?

ralphrazaq Says:
December 21, 2011 at 12:21 PM

SM - kat umah aku area jalan puchong 2 pun jalan teruk la...berlubang sana sini

Pok Amai-Amai Says:
December 21, 2011 at 12:24 PM

Hahahahahahaha!

Dah lama aku tunggu ko bt comeback mcm nie. Serius kelakar gila baca entri ko. Tp nsb ko baiklah sbb dpt tgk karma tang2 tu jugak. Aku asiklah tertunggu bila turn aku dpt tgk pembalasan secara cash mcm tu!

Hahahahahaha! Aku tergelak lagi nie dgn ayat2 ko.

Lady Windsor Says:
December 21, 2011 at 1:16 PM

Aku tak pasti aku menyesal ke tak bila carut org masa tu...yg aku tahu, bila aku sebut je perkataan tu, aku ambil risiko...risiko menyesal, bersalah, berdosa, puas hati, semua ada...

SM Says:
December 21, 2011 at 5:10 PM

ralph : bukan puchong je beb. tempat lain lagi haru pun ada. bila hujan sikit je dah rabak jalan. memang betul kot ada campur tepung dengan santan.

MF : time tu aku rasa macam tuhan sangat-sangat menyebelahi aku. nak sujud syukur, atas moto pulak.

LW : sangat puas hati masa tu. aku tak angkat jari tengah, tapi ibu jari.

Lady Windsor Says:
December 21, 2011 at 6:12 PM

Kan...nikmat puas hati tu hanya Tuhan saja yg tahu...
Lepas tu baru fikir dan janji dgn diri sendiri, x mau carut lagi, lepas tu buat lagi kalau jumpa dgn road bastard, then menyesal lagi...bla!bla!bla!

SM Says:
December 21, 2011 at 6:21 PM

sikap. masalah pemandu malaysia yang utama adalah sikap. bila atas jalan, terus lupa diri. tu yang munculnya golongan road bastard ni. lepas tu tak pasal-pasal lelaki yang hatinya bertaman ni pun ikut sama memaki atas jalan.

telor power Says:
December 21, 2011 at 10:14 PM

wa suka cerita lu nie...kehkehkeh lama tak baca entri style gini.

SM Says:
December 21, 2011 at 11:46 PM

serious shit, gua memang geram time tu. sekali tuhan dengar gua punya amarah da...

Lady Windsor Says:
December 22, 2011 at 12:57 PM

Beb pasai pa blog ko neh...asyik tukar skin jer..Ada bakteria ka?

telor power Says:
December 22, 2011 at 4:08 PM

SM: mcm tu wa nak lu doakan kan wa jadi kuat la, pasai doakan lu dimakbulkan segera

Lady W: kejap ok kejap x....aku rasa ada kulat ar...

Lady Windsor Says:
December 22, 2011 at 4:29 PM

tadi aku masuk, tulisan biru...ni oren pulak..ko jangan...malam karang aku bukan kuning pulak kang..

SM Says:
December 22, 2011 at 8:25 PM

tp : pasal minta tolong doakan tu, gua terpaksa tolak secara baik beb. tengah musim bah ni, gua banyak buat dosa basah. tak makbul kot dalam tempoh sebulan dua ni. hahaha!!

LW : entah apa punya gila, background tak tubik pulak. blogger ni nak cari pasal pun esok lusa la, aku dah la banyak projek ratus-ratus juta ni.

Lady Windsor Says:
December 22, 2011 at 9:19 PM

Ahahaha...weii bila pulak kau kapel dengan awek kelantan beb...tubik tu...mwahahahaha! Siott je...!

SM Says:
December 22, 2011 at 10:32 PM

eh, aku memang orang kelantan pun. tapi lahir kat labuan. power tak? hahahaaa... saje je aku kecek klate sikit-sikit. lebih-lebih kang kau kata bunyi siam pendek lidah pulak.

Lady Windsor Says:
December 22, 2011 at 11:00 PM

Ko kelatan?? Motif? Hahahahaha...bluekkk! Woitt identity beb...identity...jangan nak cedok jer...

SM Says:
December 22, 2011 at 11:06 PM

identiti aku? 1malaysia

Lady Windsor Says:
December 22, 2011 at 11:30 PM

1 Malaysia la sangat...!

telor power Says:
December 23, 2011 at 2:31 AM

SM: kehkehkeh dosa basah eh...

reen afny Says:
December 23, 2011 at 3:32 PM

road bastard?? bukan aku.... tak terasa. haha

weh, masin gilaaa mulut kau. apela orang tu, aku rasa da berpuluh orang sumpah dia kot. tu yang dia accident terus. haha

SM Says:
December 25, 2011 at 12:44 AM

Lw : you knew it beb!

tp : dosa kering gua dah tak lalu nak buat.

ra : bukan kau, kau kan fokus bila memandu. aku rasa aku orang yang ke-99. kat depan sikit ada sorang lagi yang menyumpah. tu yang kena kot.

Lady Windsor Says:
December 25, 2011 at 4:59 AM

Am I? You sure?

SM Says:
December 25, 2011 at 9:18 AM

hahahaa..! pikir la sendiri.

Lady Windsor Says:
December 25, 2011 at 11:54 AM

Gotcha!