Retorik Taik

| Tuesday, December 20, 2011 | |
"Kalau retorik politik ini berterusan, mahasiswa akan menggerakkan seluruh tenaga pelajar untuk mengubah rejim semasa menerusi saluran demokrasi nanti,” Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.


Teringat zaman aku bergelar pelajar dulu. Kebanyakan kami yang dididik untuk menjadi teknokrat langsung tak ambil peduli dengan situasi yang berlaku di luar pagar kampus. Pagi pergi kelas, tengahari pergi tapau nasi bungkus makan dalam bilik. Petang kalau ada masa membuta sekejap. Hari minggu pergi dating kat Lake Garden. Tak pun kat Perpustakaan Negara.


Dan sekarang, dapat dilihat satu perkembangan yang positif di kalangan anak-anak muda kita, walaupun kebelakangan ni diselubungi dengan pelbagai polemik yang memeningkan. Jangan takut dik, abang ada kat sebelah ni. Bukan belakang. Apa-apa hal abang besar ni boleh back up!


Satu lagi, aku berasa sangat-sangat takjub dengan sikap mendewa-dewakan pemimpin oleh sesetengah orang kita. Pantang dicuit sikit. Masing-masing berebut-rebut nak jadi ayam jaguh. Sanggup ludah-meludah, tumbuk-menumbuk dan memaki hamun. Sikit lagi aku tengok perangai diorang ni macam nak bunuh orang je lagaknya. Layak sangat aku panggil barbarian!


Kan elok kalau semangat yang berapi-api tu disalurkan ke tempat yang sebaiknya. Banyak lagi yang boleh dibuat. Nak aku bagi nasihat tak berguna jugak ke? Tak payah, masing-masing dah tua bangka. Taksub tak bertempat!


Sekian entri bendera separuh tiang.

8 comments:

Pok Amai-Amai Says:
December 20, 2011 at 11:12 AM

...eh, aku lom tuka alamat la! Agak2 terima g tak permohonan aku nak tuka alamat tmpt mengundi?

Err, aku salah komen ke ape nie?

SM Says:
December 20, 2011 at 11:14 AM

aku rasa dah tak sempat kot. ala, kotak komen aku ni sentiasa terbuka nak suarakan pendapat apa pun. apa pun, aku ada rasa sedikit bangga dengan anak-anak muda kita sekarang. berani.

NenetPenne (NP) Says:
December 20, 2011 at 11:54 AM

bendera separuh tiang sebab menghormati presiden korea yang dah meninggal tu ker?

SM Says:
December 20, 2011 at 12:00 PM

NP : aku saje je taip separuh tiang. ini isu dalam negara, kes bendera muka pemerintah kita kena turun tu la. ala, takkan tak cukup lagi muka dicetak dalam suratkhabar tiap-tiap hari. kat bendera pun nak jugak ke? tak faham aku dengan tahap fanatik diorang ni.

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 12:23 PM

cakap pasal mengundi, sejak aku hidup ni, baru sekali aku p mengundi, tu pun ex aku paksakeras...kalu tak...mampus aku tak hingin...

SM Says:
December 20, 2011 at 12:34 PM

cerita pasal mengundi jugak. aku pernah pendapat yang mengatakan bahawa mengundi ni haram, dan ada jugak pendapat yang sebaliknya. entah la weh...

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 2:02 PM

aku tak pernah dengar pula pendapat kata mengundi haram..tapi aku sendiri mengharamkan diri aku p buang undi..tambah pulak aku terpaksa kerja masa orang mengundi...

SM Says:
December 20, 2011 at 4:34 PM

itulah dia kekeliruan yang berlaku.