Perempuan Gemok Di Sebelah Meja

| Wednesday, December 21, 2011 | |






Seorang diri sepi adalah beban
Seorang isteri cantik adalah beban
Seorang anak comel adalah beban
Seorang ibu nyanyuk adalah ehsan

Sebuah rumah milik PKNS adalah beban
Sebuah proton wira bayar secara ansuran adalah beban
Sebuah masjid dalam taman perumahan adalah ehsan

Kekasih adalah beban
Teman adalah beban
Taulan adalah beban
Ikhlas adalah ehsan

Kerja di pejabat kerajaan adalah beban
Amanah tidak makan suap adalah ehsan
Aku adalah beban
Aku adalah beban
Perempuan gemuk di sebelah meja adalah ehsan

Sajak : Abdullah Jones
Nyanyian : Airmas SZ




Banyak betul bebanan dalam hidup kita. Beban yang kadang-kala menjadi keperluan, dan kadang-kala pula menjadi kemahuan. Tapi kebanyakannya jarang sekali kita sedari akan kewujudannya yang asyik terus-terusan kita tanggung.


Sekian entri penuh bebanan...

19 comments:

Lady Windsor Says:
December 21, 2011 at 12:14 AM

Antara ehsan dan beban, mana yang harus didahulukan dalam hidup?

SM Says:
December 21, 2011 at 12:17 AM

sama antara keduanya. nak membezakan yang mana satu perlu diutamakan adalah sejauh mana kita memandang sesuatu beban itu dapat menjadikan diri kita itu sebagai `seseorang'. sama juga dengan ehsan. adakah bebanan yang kita pikul itu benar-benar kita anggap sebagai beban? mahukah kita singkirkan segala beban yang sebahagian besarnya memang kita perlukan dan sayang?

Pok Amai-Amai Says:
December 21, 2011 at 9:11 AM

Puisi tu takyah nak pujilah sbb dtg dr org yg berbakat.

Tapi aku nak tepuk tangan dgn ayat konklusi ko.

=D

reen afny Says:
December 21, 2011 at 10:06 AM

haha chomeyl gilaaaa lagu ni... macam kau nyanyi je weh (macam pernah dengar je suara kau kan).


tapi apa kaitan dengan perempuan gemok pulak ni =.=

SM Says:
December 21, 2011 at 10:59 AM

MF : haha, aku ni kan jarang memuji. jadi bila terserempak barang baik, tak kisah la hasil siapa pun, aku puji la sebagai tanda penghargaan. aik, kenapa dengan konklusi ringkas aku.

ra : perempuan gemuk ni mungkin sebagai salah satu metafora yang melambangkan bebanan yang tidak kita ingini, tetapi sebenarnya suatu yang perlu ada dan juga sebagai warna yang melengkapkan hari ceria kita. pendapat aku je la... (terima kasih puji suara aku comel macam angry bird)

Lady Windsor Says:
December 21, 2011 at 11:49 AM

Adele gemuk gemuk gemuk! ( NP kata..so aku sangat sokong)

SM Says:
December 21, 2011 at 11:57 AM

gemuk pada mata kalian...

Pok Amai-Amai Says:
December 21, 2011 at 12:25 PM

Ayat konklusi ko tu bergeliga! Aku suka!

Lady Windsor Says:
December 21, 2011 at 1:17 PM

Ala memang Adele chubby pun...chubby=comel!

reen afny Says:
December 21, 2011 at 3:06 PM

haha betul la kau yang nyanyi eh?? hehe ooh yeke. kena pikir dalam2 baru dapat paham maksud dia eh. huhu nasib baek kau bagitau. hehe


word verification : comet.
ke comot or comel?? haha

SM Says:
December 21, 2011 at 5:12 PM

MF : tapi memang sajak ni pun sempoi jugak.

LW : tau takut...

ra : suara aku lebih lunak lagi. comet la, kau tau apa tu comet?

Lady Windsor Says:
December 21, 2011 at 6:13 PM

Eh hello....ko cakap apa neh.tetiba kuar statement takut..ko cakap apa beb!

SM Says:
December 21, 2011 at 6:22 PM

ada geng baru (buat-buat) berani.

Lady Windsor Says:
December 22, 2011 at 1:02 PM

So ko pilih geng mana? Geng estet? Geng diva? Geng kakak degil atau geng atas angin atau geng underground? Oh ya haku lupa ko geng bas skolah..eh bukan geng semejid!

SM Says:
December 22, 2011 at 8:26 PM

geng bas sekolah pun orait apa. baru orang suka sebab comel-comel belaka...

Lady Windsor Says:
December 22, 2011 at 9:20 PM

Eh ko kan geng semejid?

SM Says:
December 22, 2011 at 10:32 PM

budak sekolah yang selalu pergi musolah.

Lady Windsor Says:
December 22, 2011 at 11:01 PM

Noted, ko geng semolah...hik!

reen afny Says:
December 23, 2011 at 3:33 PM

perasan la kau... haha
comet? komet taek bintang tu ke??