Membenarkan Kebodohan

| Wednesday, December 21, 2011 | |



Siapa agaknya yang membenarkan kebodohan
Tidur terlentang dalam kehidupan
Menjerti-jerit tentang kematian
Pekik lolongnya kosong...

Siapa agaknya yang memberi izin
Kepada kebodohan datang ke rumah kami
Semadikan diri di jiwa kami...

Bicaranya bohong
Janjinya bohong
Semangatnya bohong
Juangnya bohong...

Siapa agaknya yang meletakkan kebodohan
Di tempat yang amat tinggi
Tentu saja siapa itu adalah kami
Yang berjalan berkaki ayam
Kerana sepatu kami tertinggal di rumah bapak menteri...

Sajak : Abdullah Jones
Nyanyian : Meor Yusoff Aziddin

Gua tak boleh blah sial dengar ayat berjalan berkaki ayam sebab sepatu tertinggal di rumah pak menteri tu. Sangat dalam...

Sekian entri penghargaan untuk para karyawan hebat.

8 comments:

Lady Windsor Says:
December 21, 2011 at 12:19 AM

Aku suka meow aziddin ni nyanyi..

SM Says:
December 21, 2011 at 12:21 AM

abis tu, ingat kau sorang je suka? lagu `sama antara sesama' dah beberapa tahun jadi aku punya ring tone.

telor power Says:
December 21, 2011 at 12:42 AM

style.....sgt dalam ayat2 nya.

Pok Amai-Amai Says:
December 21, 2011 at 9:12 AM

Apa kata kau asah bakat ko karang puisi lak dr ko amik puisi org lain...aku nak gak tgk isi hati ko...

reen afny Says:
December 21, 2011 at 10:10 AM

kau amek dari youtube or rakam live??

SM Says:
December 21, 2011 at 11:00 AM

tp : dalam, payah nak gali lebih dalam dari tu.

MF : cadangan yang baik tu. tengok la kalau aku ada kesempatan melapangkan kepala daripada urusan duniawi.

ra : cilok dari `tiub awak' la. fokus!

reen afny Says:
December 21, 2011 at 3:16 PM

HAHAHAHAA AKU BARU PERASAN TIUB AWAK TU YOUTUBE!! HAREMMM.... HAHA PATUT LA PIKIR PUNYA DALAM. ADEH...

SM Says:
December 21, 2011 at 5:12 PM

nah, mati-mati aku ingat selama ni kau faham. tapi bukan `TIUP AWAK".